Assalamualaikum wbt...
Sekolah sebelah kubur. Bila ada kematian dan kerja- kerja menggali kubur dilakukan, bukan budak saja ralit, kita pun tumpang pandang. Riuh rendah kelas bila mereka mengadu ternampak asap di salah satu kubur yang ada. Kita kata, ada orang bersih kubur atau orang merokok kot sambil menggali kubur.. Depa bermati-matian kata depa nampak asap betul-betul. Ish....tak boleh layan sangat.
Kalau difikir, banyak impian dan azam (angan-angan) yang dipasang untuk penghijrahan tahun depan. Tertanya-tanya juga, sempatkah aku?
Allah menjelaskan menerusi surah Luqman ayat 34, "Dan tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang dilakukannya esok, dan tiada seorang pun yang mengetahui di mana dia mati"
Anas berkata, "Nabi Muhammad melukiskan beberapa garisan. Kemudian beliau berkata, "Ini adalah angan-angan manusia. Ini adalah ajalnya. Pada waktu orang ini sedang berangan-angan, tiba-tiba datang ajalnya." Direkodkan oleh Bukhari.
Nabi Muhammad SAW menerangkan, "Garisan ini adalah manusia. Garisan ini adalah ajalnya.Garisan yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garisan-garisan pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Sekiranya dia terhindar dari bencana ini, dia ditimpa pula bencana yang ini pula.Sekiranya dia terlepas dari bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas dari bencana yang ini pula." Direkodkan oleh Bukhari.
~Sumber : Riyadus Solihin (Edisi terjemahan oleh Imam Nawawi)~
P/S KEMATIAN ~ melenyapkan seluruh kenikmatan.