Home · About Me · Sitemap ·

Kubur dan Angan-Angan


Assalamualaikum wbt...

Apa yang mereka lihat? Ralit bebenor sampai cikgu masuk kelas depa pun tak sedar. 

Sekolah sebelah kubur. Bila ada kematian dan kerja- kerja menggali kubur dilakukan, bukan budak saja ralit, kita pun tumpang pandang. Riuh rendah kelas bila mereka mengadu ternampak asap di salah satu kubur yang ada. Kita kata, ada orang bersih kubur atau orang merokok kot sambil menggali kubur.. Depa bermati-matian kata depa nampak asap betul-betul. Ish....tak boleh layan sangat.  

Kalau difikir, banyak impian dan azam (angan-angan) yang dipasang untuk penghijrahan tahun depan. Tertanya-tanya juga, sempatkah aku? 

Allah menjelaskan menerusi surah Luqman ayat 34, "Dan tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang dilakukannya esok, dan tiada seorang pun yang mengetahui di mana dia mati"

Anas berkata, "Nabi Muhammad melukiskan beberapa garisan. Kemudian beliau berkata, "Ini adalah angan-angan manusia. Ini adalah ajalnya. Pada waktu orang ini sedang berangan-angan, tiba-tiba datang ajalnya." Direkodkan oleh Bukhari.


Nabi Muhammad SAW menerangkan, "Garisan ini adalah manusia. Garisan ini adalah ajalnya.Garisan yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garisan-garisan pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Sekiranya dia terhindar dari bencana ini, dia ditimpa pula bencana yang ini pula.Sekiranya dia terlepas dari bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas dari bencana yang ini pula." Direkodkan oleh Bukhari.

~Sumber : Riyadus Solihin (Edisi terjemahan oleh Imam Nawawi)~

P/S  KEMATIAN ~ melenyapkan seluruh kenikmatan.

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Kubur dan Angan-Angan"

  1. very gd sharing ni tq yer

    BalasPadam
  2. Sebelah kubur jer sekolah... :)

    Hidup tidak akan terlepas dari dugaan...semoga kita di beri kekuatan dan kesabaran.
    Terima kasih kak anim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah BM..sebelah kubur dan sebelah masjid. tu yg kalau suara over limit, cepat2 turunkan, hee

      Padam
  3. selalu bertanya pada diri , dlm keadaan apakah nyawaku akan diambil ?

    BalasPadam
  4. Selalu terfikir, makin hari makin dekat kita dengan kematian walaupun kita tak tau bila...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah mak chaq, la ni orang sihat pun Allah panggil tiba-tiba..

      Padam
  5. kadangkala kita alpa tentang Bekalan untuk Mati...

    BalasPadam
  6. tetiba rasa sayu baca post akak ni..cukupkah bekalan dibawa dan untuk semua yg ditinggalkan...Ya Allah..

    BalasPadam
  7. Ingat mati adalah motivasi untuk jadi lebih baik... tunaikan amanah dengan segera...
    betul, kadang2 bila beribadat (ambik solat 5 waktu lah cth.), takut jer, ne Allah terima ke tak.
    tapi dalam masa yang sama Harap sesangat agar Allah terima.
    takut2 rasa cam dah banyak dah beribadah, tapi bila "balik" esok, dapat "report card", hah kosong???? merah??? negative???
    huhuhuhuhu....

    p/s: kak, sekolah betul sebelah kubur ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..tu yang kita kena berbaik sangka dengan Allah. kena tambah dgn solat sunat untuk cover solat fardhu. hari2 kena fikir balik, apa kebaikan yg telah aku buat hari ini. kalau rasa2 tak ada, esok kena top up. cuma tulah..kita berangan2 nak buat esok hari, tapi rupa2nya ajal menjemput..takutnya

      p/s haah..sebelah kubur, sebelah masjid lagi:-))

      Padam
  8. Patut lah ralit budak2 tgk. Mesti tertanya2 sapa yang meninggal tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 kita nampak nea bila part gali kubur. adakala ada yang berbaldi2 air dikeluarkan..ada kayu2 dikeluarkan..ada yang mendung saja, ada yang cepat betul siap kuburnya..masyaAllah..pengalaman

      Padam
  9. Bila dah 5 series ni..sakit sikit pun mcm mcm terbayang..doa nekcik dipanjang umur..diberi kesihatan yang baik..di tambahkan ketaqwaan..aamiin..
    risau akan bekalan yang tak cukup!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang muda, yang tua pun sama gak nekcik. yang tua cam saya ni banyak dosa..kalau muda, rasa tak cukup bekalan di bawa..

      Padam
  10. salam cikgu...dpt bertukar ke sek. mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum tau lagi. tunggu surat transfer dapat dulu :-))

      Padam
  11. tingat sekolah sy dulu sblh kubur jg...kalu ada org meninggal, bdk2 akn trn utk solat jenazah sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. eee..bestnya. kami tak pernah join lagi. cikgu2 lelaki biasalah p solat jenazah:-))

      Padam
  12. Seram jugakkan Aneem kelas tepi kubur ni....walaupun mati itu pasti...
    Biasalah zaman budak budak org bakar sampah pun dia ingatnya keluar dari dalam kubur hehe

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai