Home · About Me · Sitemap ·

Jika tiada rezeki....


Assalamualaikum wbt..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

"Hasbi Rabbi Jalallah..Maafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Salallah.. Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

P/S Perkongsian dari whatsapp 

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Jika tiada rezeki.... "

  1. Assalamualaikum wbt....

    setuju kak...

    Jika tiada rezeki jodoh,
    mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
    Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
    sepenuhnya pada orang tua.
    ---------------------
    Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
    yang lebih baik pada esok hari.
    Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...bersyukur atas nikmatNya dengan apa yang ada.. =)

    BalasPadam
  3. Betul kak Anim. Rezeki allah bg dlm bentuk yg berbeza. Yakin yg rezeki yang dikurniakan itu terbaik utk kita. Rahsia Allah..

    BalasPadam
  4. Kalau sudah depan mata, tapi bukan rezeki kita...xkan dapat juga.
    Namun, pasti ada hikmah disebaliknya...sentiasa positif dan terus berusaha, berdoa, bersabar, tawakal dan bersyukur :)

    BalasPadam
  5. rezeki tu tetap ada utk kita , cumanya ia menjadi rahsia Allah ...

    BalasPadam
  6. rezeki ALLAH dalam berbagai bentuk...bkn hanya kebendaan saja...bg akak..salah satu rezeki paling bernilai adalah kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  7. Betui sangat....Allah maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita....

    BalasPadam
  8. Aina selalu berpegang 'dalam rezeki kita ada rezeki org lain' bila ada yang meminta pertolongan dari Aina terutama kaum keluarga. Insyaallah bagi 1 akan di balas 100...

    BalasPadam
  9. betul tuh kak..setiap manusia rezeki yg Allah berikan berbeza kan..so kite kne la bersyukur dengan apa adanya..

    BalasPadam
  10. sesungguhnyer Allah swt lebih mengetahui & sentiasala bersyukur dgn apa yng kita ada skrang ni !

    BalasPadam
  11. Setuju....=)
    setiap org ada bahgian masing2

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai