Assalamualaikum wbt...
Salam Aidil Adha 1434H. Pagi-pagi raya, dah update entry. Apa cerita Anim ni?
EPISOD SEBELUM RAYA
Anim dan 2 Abdul sepatutnya bersekolah semalam Sekolah kami cuti Selasa - Khamis (plus 2 hari, Jumaat dan Sabtu..5 hari tau). Ahad lalu, habaq P. Kanan, Isnin nak balik lepas rehat ( dlm 11 pagi). "Saya buat korban di Johor, cikgu". Dia tanya balik, pukul berapa nak tiba. Ambil cuti sajalah esok .Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal...
Perjalanan lancar. Orang dah balik kampung agaknya. Jam 2.30 p.m dah ada di Pt Sulong (turun tol Pagoh).. Misi pertama, cari cawan dan pinggan polisterine. Misi ke 2, bergerak ke rumah kami di Tongkang Pechah. Bersihkan diri dan bersihkan rumah mana yang patut. Habuk tu yang tak tahan. Kami bergegas ke Pt Yaani, Yong Peng untuk misi ke 3 pulak. Tengok lembu!!!
Urusan pembelian lembu, urusan sembelih, khemah dan sebagainya guna telefon dan bank-in duit saja Kalau orang SP tak risau, bohonglah. Kalau dekat mau saja pilih lembu di kandang. Berserah pada Allah. Tersenyum kami bila lihat lembu sedang berehat di kebun. Nampak bekas minuman bersebelahan. Kami minta bantuan sepupu Encik Suami menjaganya.
Cuma terkilan sikit sebab rumput bercampur lalang yang naik tinggi ini tidak di"pancah"(tebas). Dah minta seseorang buat part ini. Tulah susahnya tuan tanah duduk jauh. Arahan guna telefon saja..Tak sedap mata lak lihat khemah didirikan di sini. Apa nak buat....terima ajalah.
Sekejap saja di sini, kami bergegas balik ke Kluang (rumah Bonda). Misi ke 4..masak untuk berbuka dan hidangan pagi raya.Nak masak di rumah kami di Tongkang Pechah, bukan takat nak cari bahan mentah tapi kena fikir bawang, bilis, minyak, garam, gula dan segala macam. Gas pun entah ada entah tidak. Ahh..tak payah nak peningkan kepala. P aja rumah Bonda yang lebihkurang 45 minit dari rumah kami.
Singgah kedai on the way tiba rumah Bonda. Apa nak masak ni? Itu habis, ini habis. Sempat rebus nasi impit segera Adabi di SP. Nak di matchkan dengan apa ? Nak membeli ayam di pasaraya, tak terbeli rasanya. Tak biasa sejak dulu walaupun tanda halal terpampang. Hentam sajalah...Maghrib cepat di Johor ni.
Walaupun hanya ubi kayu goreng dan keladi goreng bercicahkan sambal kicap..nikmatnya tak terhitung. Ubi kayu dan keladi di Johor memang terbaik. Tak sampai dengan tanah negeri lain. Sila abaikan pinggan yang bercampur aduk. Maklum..pembantu saya semua lelaki!!
Menu lontong simple yang turut jadi hidangan berbuka dan juga juadah pagi raya. Pelik 2 Abdul kerana kuah lontong tak warna kuning macam Ummi dia buat kat rumah. Heee..balik sekali sekala, Anim tak dapat cari kunyit kat dapur Bonda ni. Juadah Aidil Adha 1434H kami anak beranak, takde ayam, takde daging. Telur rebus aja.
Pening tak hangpa baca dan cuba memahamkan?
~Sebenarnya Bonda dan Abah beraya di Sepang. Anim kan baru dapat anak buah baru. Dek kerana Bonda menjaga SIL berpantang, adik-adik di Lembah Kelang ( 6 orang) pakat beraya di sana. Yang dok Johor pun beraya di sana. Orang SP lak, dah rancang program korban ni lama. So, teruskan plan walaupun beraya di kampung tapi tak de sesiapa..huhu. Camnilah musafir,kan? Bukan isu besar fasal juadah raya. Masak dan makan apa yang ada ~
P/S That's why pagi2 ni Anim dapat duduk depan laptop. Apa taknya, sebelum Subuh tadi dah panaskan kuah dan sambal. Buat air panas dan ready nak solat raya.InsyaAllah, lepas solat nanti, bergerak semula ke Pt Yaani untuk misi korban kami . Okay...jumpa nanti dengan episod 'semasa raya" pulak bagi yang sudi membacanya,

Alahai kakak call tak berangkatlah pulak. Kesiannya. Rumah kakak sekarang ada lodeh, ada sambal kacang, ayam masak merah, nasi beryani pun ada, kambing pun ada, sambal goreng juga. Kakak siap ada urap pucuk ubi dgn perut tau Anim...
BalasPadamSelamat menjalankan ibadah qurban. Kakak dah selesai agih sebelum zuhor tadi...
selamat hari raya aidil adha Anim....utara selatan beraya ye...alhamdulilah...semuga setiap titisan darah menjadi saksi ketaqwaan kita..insyaallah
BalasPadamsalam aidiladha anim. berkenan kat ubi kayu dgn sambal kicap!
BalasPadamSalam Aidil Adha Kak Anim.. Eh, first time Erin lihat lontong warna putih.. Apa pun nampak sedap je lontong tu.. :-)
BalasPadamsalam aidiladha kak anim.. nampak sedap semua menu raya tu.. :D
BalasPadamSalam Aidil Adha utk Anim dan keluarga....
BalasPadamtuler pening2 lalat bacanyer la ni dah paham...
BalasPadamdah rancang terlebih dulukan.. teruskanjer...
oklertu yang penting semuanya dah pun berjalan lancar...
tapi tak bestler jugak yerk...
salam aidil adha ... adventure sungguh . yg ptg misi tercapai ...
BalasPadamRezeki dah tak dapat berkumpul ye kak tak apalah lain kali insyaallah...
BalasPadamCantik lembu yg nak dikorbankan tu kak...puas hati tengok.
salam aidiladha kak.. tak tau akak balik..kalau tak kami tumpang beraya.. hehe.. alhamdulillah semua selesai kan? syukur.. semoga ibadah akak sekeluarga diterima..amin.. juadah berbuka kita hampir sama.. saya makan ubi rebus dengan sambal tumis...tak sempat nak ambik gambar dah licin.. hehe..
BalasPadam