Assalamualaikum wbt..
Pertamanya, maaf kakzakie dan huda serta readers yang sempat membaca entry tentang Malaikat Penghitung Titisan Hujan sebelum ini. Terima kasih juga kepada Faiz yang memberikan komen segera berhubung entry tersebut yang dikatakan palsu. Syukurlah...
Sebelum ini Anim cukup berhati-hati nak share sesuatu yang bukan dalam bidang Anim. Kalau ada buku dan sumber rujukan dari mereka yang berilmu, barulah berani nak share. Perkongsian tentang malaikat penghitung titisan hujan itu dihantar oleh sepupu Anim di Mesir. Satu pengajaran buat Anim..
Ok..tinggal dulu cerita berkenaan. Nak cerita fasal Si Abdul kecil ni. (draft dah ada, cuma tambah intro di atas, hehe..I guna waktu free I dan wifi sendiri ya..tau takut ya Nim)
Alkisah, singgah kedai runcit nak beli Milo. Ada satu amoi tunggu depan rak Milo tu. Dia kata, setiap pembelian barangan Milo RM15, boleh dapat satu cubaan di "Wheel of Fortune". Ada 5@6 hadiah yang berlainan.. Amoi tu suruh lempar bola kecil (ada pelekat) kat ruangan yang kita suka.
Anim pesan si Abdul, p baling kat ruangan yang dapat 5 sachets Milo Sejuk. Muka si Abdul kecil dah semacam. Dia kata dia nak baling kat ruangan beg Milo. Minta si Amoi tunjuk rupa beg. Ala, beg kecik je, serupa beg kitar semula ( material plastik). Bisik kat si Abdul kecil, beg macam tu banyak di rumah. Baik ambil free 5 sachets tu.(Ummi dia kira nak untung saja).
Anak baik , dia ikut je saranan kita. Dalam kereta, sempat bagitau si abang, "Milo ni kena habiskan cepat2"
P/S Tak puas hati tak dapat beg. Nak cepat habiskan Milo tu, beli dan boleh pusing "Wheel" lagi. Ummi dia terlupa.. kehendak budak ni tak sama dengan orangtua. Sorrylah nak ye...
Kesian dia... tapi betullah Anim kalau kakak pun sama macam Anim baik ambil milo tapi anak kita kan suka barang sebab milo banyak dah di rumah..
BalasPadamkadang2 saya terlupa letakkan akal saya seperti akal budak 11 tahun lah kakzakie;-))
PadamAlahaiii...selalu macam tu Kak Anim kehendak anak2 mana le nak sama dengan selera kita.
BalasPadamkak ingat setakat beg milo yang dapat isi 2,3 buku tu..tak dapat pun tak pe
PadamBertambah sihatlah Abdul...selagi xdpt beg tu, asyik minum milo aje la... :)
BalasPadambetullah BM....heee..makan gitu aja pun ada:-))
Padammama singgah dan follow sini..
BalasPadamtq mama..nanti saya balas kunjungan mama:-))
PadamTak betul ke cerita malaikat pengira hujan tu.. makchaq sempat baca..
BalasPadamMesti Abdul kecik dah ada rancangan nak guna beg tu untuk apa.. tu yang dia nak sangat tu..
Makchaq, saya copy komen faiz:-))
BalasPadamkak anim,
semalam nampak status dari Dr Abu Anas Madani:
Lagi cerita palsu.
Perhatian,
Banyak disebarkan melalui fb, wssAp dll cerita ini;
KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN.
Diriwayatkan (Al-Mustadrak al-Wasaail, oleh: Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72).
Ini adalah kitab Syiah. Dan cerita ini palsu.
Tolong hapus bila dapat, jangan disebarkan.
(AAM, Makkah. 17 Zulhijjah 1434H).
Saya nak email print screec kat akak tp takda email address. :)
selalunya budak-budak mesti dia suka barang-barang.. kalau aiza pula suka makanan.. hehe..
BalasPadamsinggah & mohon doakan kesembuhan Adik yer
BalasPadamhihi.kehendak budak2 takkan sama ngan org tua..tapi kalau sy mesti ikutkan dia jer..
BalasPadamkesian abdul kecil.. akak kene belikan beg lain la untuk die..
BalasPadamhahahhaha kelakar lak baca entri ni... kesian abdul kecik!
BalasPadamHahaha..klaka lak...abdul nk beg akak lak n sachet milo..adehhh
BalasPadamBegitulah naluri seorang kanak-kanak.
BalasPadam