Home · About Me · Sitemap ·

Cerita dari Ipoh (1)


Assalamualaikum wbt..

Nampaknya, "lubang" dah pecah gara-gara signboard nama taman dalam entry terdahulu ( tule pandai sangat..hee). So secara rasminya, inshaAllah menjelang 2014 ( hopefully lebih awal) blog Anim akan bersiaran dari Ipoh pulak, huhu. Kak Nah, AA, Zulaikha, Bunda insyaAllah, kita bakal senegeri (kalau ada orang Perak yang tertinggal, habaq no..)

Masa nak balik ke SP selesai cuti raya haji tempohari, kami kan transit Ipoh. Bukan senang nak cari restoran Melayu area Station 18 yang bersepah dengan restoran Cina. Ternampak satu restoran baru berhawa dingin. Kalau tak silap, namanya Restoran Ramuan Opah.

Ni gambar lain...tak terfikir nak ambil gambar waktu kejadian..hee

Restoran self service. Lepas order, kami cari tempat duduk. Anim dan si Abdul kecil order menu sama, Nasi Ayam. Si Abdul sulung dan Encik Suami pula dengan menu berbeza.

Tak lama kemudian, pelayan restoran datang ke meja kami. Hanya satu set Nasi Ayam saja yang tinggal. Boleh tak satu set Nasi Ayam tu ditukar ke menu Nasi Goreng Udang Galah? Si Abdul kecil mengangguk setuju. Dia ni apa pun boleh. Tak cerewet:-))

Masa membayar di kaunter, cashier ulang menu yang diorder . Bila 2 Nasi Ayam disebut, kita kata satu set saja dapat. Satu lagi sudah ditukar menu Nasi Goreng Udang Galah.

Cashier kata caj tetap sama. Harga untuk Nasi Goreng Udang Galah untuk si Abdul kecil tidak dikira. Alasannya, kami order lain tapi kemudian mereka tukar pulak. Pelik kan? Tak pernah jumpa lagi restoran buat alasan ini. (Lainlah dalam makanan kita ada screw..cam cerita Yanjournal). 

Untuk makluman, sepinggan Nasi Ayam RM 4.50 manakala Nasi Goreng Udang Galah pula RM 6.50.

Kesimpulan:- Ini baru betul "customer is always right". Mungkin pihak restoran beranggapan mereka patut maklumkan awal pada pelanggan jika mereka kehabisan makanan semasa customer order menu. 

P/S  Susah nak jumpa pengurusan "tak berkira" . Yang "potong leher" banyakle. Betul tak?

Artikel berkaitan:

30 Komen untuk "Cerita dari Ipoh (1)"

  1. kiranya dah jadi orang Perak la nie..haha rupanya kita satu negeri..ingatkan Umi dapat pindah Selangor.. :D..rupanya dah jadi orang Perak ye..hai senegerilah kita nampaknya..
    #welcometoPerak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yuupppp...bakal berhijrah ke Ipoh pulak, insyaAllah. jemputlah nanti berkunjung ke rumah:-))

      Padam
    2. In Sha Allah kalau ada rezeki ..ipoh dekat mana..senang-senang nanti pass la alamat..manatau kalau ada rezeki boleh singgah..huhu :D

      Padam
  2. bagusnya tuan kedai tu kak.. susah nak jumpa yang baik dan tidak berkira macam tu.. kak singgah ipoh ya?
    p.s: aiza nama je orang perak, area ipoh aiza tak biasa sangat sebab kampung aiza di hulu perak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hulu perak tu dekat2 grik kan aiza. jauh tu......

      Padam
  3. itu rezekilah namanya.
    saya pun orang Perak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo..satu lagi rakan blogger saya di perak nanti:-))

      Padam
  4. kak nim..selamat berhijrah ke perak ..nnti nnti zu nak ziarah kak nim kat ipoh yer...

    BalasPadam
  5. Wah, dah nak jadi orang Ipoh pula. Baguslah, saya ingatkan harga Nasi Ayam tu lebih mahal dari nasi udang galah tu. Tapi, sedap la tengok nasi udang galah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. camtulah helmi...lompat sana, lompat sini:-))

      Padam
  6. mintak skit nampak gaya orang ipoh suka akan udang..cam suami saya padaha umh saya asal melaka umh dekat dg laut tak layan dg udang sb jemu ayah mmg selalu melanggai udang masa kami kecil

    mama nyer tak layan makan sekli ker?

    p/s:tak suka janji manis pusat rawatan kurus sb pernah terkena...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu memang hantu udang...huhu
      la. kurang sikit sebab gatal satu badan kalau terlebih makan...

      Padam
  7. Kalau Anim turun sitiawan nanti jangan lupa singgah umah knah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah kak nah....same to kak nah kalau mai ipoh

      Padam
  8. Wah..bagus betul restoran tu kan kak Anim.. Sedap tak nasi goreng udang galah tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah...ada 2 ekor udang galah saiz sederhana

      Padam
  9. Tak banyak orang berniaga yang prihatin dan ikhlas seperti ini terutama kalau dah berstatus restoren. Ini baru betul..."Ipoh mali talak sombong"...hehe

    BalasPadam
  10. alhamdulilah rezekilah tu ye..itulah ada masa kita jumpa orang baik..ada ketika nya kita jumpa yang kureng...silap haribulan..kopiah pun terobang!!

    BalasPadam
  11. oh .... pindah ipoh ya. syok jugak kot dok ipoh ...

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. setakat ni, alhamdulillah. kena jaga servis kan?

      Padam
  13. ooo.. nak jadi orang perak da.. fifi punye ic 08.. orang perak jugak..

    BalasPadam
  14. kakakku...kita pon orang ipoh.. tapi tak dok ipoh lah la ne sbb keje kat 'sini'... tapi kampungku masih di ipoh...
    kak ramuan opah ne kat mana?
    laaa... akak bukan g makan kat wonggeh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat station 18
      wonggeh makan, ramuan opah pun makan:-))

      Padam
  15. kalau ada mungkin 1 dlm 10 je kak...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai