Home · About Me · Sitemap ·

Buffalo Park@Langkawi

Dah banyak kali p Langkawi baru tau ada Buffalo Park kat Langkawi. Yang pertama dan satu-satunya di Malaysia ni. Ada 3 section pengunjung boleh lawat ....

Outdoor activities...Boleh tunggang kerbau you..Haaaa, puas tunggang kuda, tunggang unta, tunggang gajah....cubalah tunggang kerbau pulak. Bukan senang nak jumpa kerbau kan kat tempat korang....

 Indoor activities pulak...boleh beri kerbau makan, boleh try perah susu kerbau dan lihat cara susu kerbau diperah dengan mesin..

Last sekali...bolehlah kita lihat bagaimana susu kerbau ini diproses jadi yogurt, cheese dan susu kerbau berperisa. Bagi Anim, susu kerbau lagi sedap dari susu lembu!

P/ Anak-anak mesti teruja dapat melihat dengan dekat sambil menyentuh dan memberi makan kerbau ni....

Artikel berkaitan:

"Warkah Untuk Ibu"...oooh terharunya

3 hari 2 malam my 2 Abdul kecil takde di rumah mengikuti Perkhemahan Bahasa Arab anjuran Panitia Agama Islam dan J-Qaf di sekolah.Sunyi sepi rumah kami dibuatnya.... yang selalunya riuh rendah. Bila lihat tentatif program yang bermula Khamis, mereka akan "dibangunkan" jam 5.15 pagi untuk berqiamullail dan aktiviti yang diatur berakhir jam 12.30 p.m. Oleh kerana tahun lalu mereka ber2 telah melalui pengalaman yang sama...meninggalkan mereka kali ini tidaklah menimbulkan kerisauan buat si abah dan Ummi.

Salahuddin....cukup teruja. Dia cukup cool dan melambai gembira bila Anim memberi isyarat mahu balik...

Si abang yang mogok tak mahu pergi. Merayu untuk "excuse" tahun ini. Silap Anim juga tak reti balik cepat. Sibuk ke sana sini, check tempat tidur depa..dok susun beg, toto, baju..mentang-mentang sekolah sendiri.. Walhal selalu nasihat mak ayah murid...letak anak kat sekolah, lepas tu balik, jangan tunggu2.Jenuh memujuk,akhirnya Ustaz tolong "tarik" masuk dewan. Manja sikit dia nih mengalahkan si adik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini, jam 12.30 tengahari ....para ibu yang menjemput pulang anak masing-masing dihulurkan sesuatu yang menyentuh kalbu. Malam kelmarin menurut Ustaz Akmal,  depa ada sessi "Warkah Untuk Ibu". Selepas diberi motivasi, muhasabah diri tentang pengorbanan ibu bapa (khabarnya dewan sekolah basah dengan air mata anak-anak Tahun 3- Tahun 6 yang mengikuti perkhemahan ini), mereka kemudiannya diminta meluahkan perasaan mereka dengan "menulis surat" untuk ibubapa mereka malam itu.

 "Warkah Untuk Ibu" dari si Abdul gendut... dia ni memang ada "masalah" sikit menulis. Bila ditanya gambar Ummi yang dilukis..."Ummi main gelungsur"....laaaa...

Si abang yang pendiam tapi....bila meluahkan perasaannya, tu dia..sebak Ummi dibuatnya.

P/S Mudah-mudahan perubahan yang dibawa balik terus melekat dihati mereka.

Artikel berkaitan:

Nanti kami mimpi apa?

Setiap kali Encik Suami keluar daerah..2 Abdul pasti akan mencuri peluang minta izin tidur bersama Anim. Mereka ber2 ni sebenarnya sudah Anim biasakan tidur berasingan sejak berusia 3@4 tahun. Macam-macam alasan yang diberi; Ummi tak ada kawanlah, katil bilik Ummi sedap tidurlah, lama tak tidur dengan Ummilah. Bukan selesa sangat tidur atas katil Queen size yang ada...sorang bawah ketiak kiri, sorang sebelah ketiak kanan.

 Bila masing-masing dah berusia 10 & 11 tahun, dah teruna sunti ni..(dah sunat pun...) adalah alasan untuk Anim memujuk mereka tidur di bilik sendiri. Tapi pujukan anak ni, kadang2 buat kita cair. Namun semalam waktu Encik Suami ada tugas di Langkawi...Anim memberi ingatan buat mereka. "Ok..boleh tidur dengan Ummi. Tapi...kalau dah mimpi, tak boleh lagi. Dah baligh, dah dewasa tau..."

Perkataan "baligh" ni biasa dah mereka dengar dalam pelajaran Agama Islam. Tapi tang mimpi tu...alahai. Masih blurr lagi depa ni..

 "Mimpi? Mimpi apa?"

Bila Anim minta depa tanya sendiri abah depa (Encik Suami) untuk explain...terkejut bukan kepalang bila Encik Suami memberikan jawapan "mimpi hantu"..(Dia beranggapan anak masih kecil lagi untuk tahu tentang mimpi "itu")

Geram ada, nak gelak ada.. Anim beritahu Encik Suami, budak zaman la (sekarang) bukan macam dia dulu. Budak zaman la dah cepat terdedah..depa ada macam-macam sekeliling depa. TV, handphone, internet. Tengok sajalah berita2 yang keluar di media massa, umur 11,umur 12 tahun dah pandai beromen. Kat sekolah pun (ini sekolah kampung...) bukan sorang dua murid Tahun 5, Tahun 6 yang pernah tengok blue filem.Hampir suku kelas!! Tak salah anak-anak didedahkan dengan cerita mimpi...senang nak ajar depa mandi wajib!

 P/S Terpaksalah si Ummi explain, nanti..bila hangpa mimpi  kahwin, hangpa kena bagitau abah.. Agak2 depa boleh terima tak?

Artikel berkaitan:

Hidayah itu HAK ALLAH


Hidupnya hanya berpaksikan wang. Bangkit tidur, yang terlintas difikirannya ialah soal perniagaannya. Si ibu meminta DIA berkahwin tetapi dia menolak hinggalah ke akhir usia si ibu...DIA tetap membujang. Perniagaan yang DIA usahakan akhirnya mengalami masalah. DIA bingung memikirkan cara untuknya meneruskan kehidupan. Dan bagai sudah jatuh ditimpa tangga, DIA juga  menghidap 5 penyakit dan salah satunya ialah sakit jantung.

Di usia 40an, sudah pasti sukar untuk DIA mendapatkan pekerjaan. Bila memohon pekerjaan, sudah pasti status kesihatannya menjadi isu utama. DIA juga kerap bermimpikan arwah ibunya. Yang anehnya tentang mimpinya ialah ibunya berpakaian kotor dan bersujud di longkang. Bila diajukan kepada adik-beradiknya yang lain berbeza pula. Mereka semuanya bermimpi yang baik-baik tentang ibunya. Apalagi, ibunya tergolong wanita solehah apatah lagi keluarga mereka adalah keturunan beragama cuma DIA saja tersalah arah.

Satu hari, seorang sahabatnya yang mengetahui kesulitannya dalam mencari pekerjaan memberitahu akan satu peluang di luar negara. Sahabatnya memberitahu jawatan pemandu Mekah ke Madinah diperlukan. Sahabatnya mengatakan inilah peluang yang patut direbutnya kerana di sana juga DIA juga dapat mengubah nasib dirinya, bertaubat dan beribadah di Tanah Suci. DIA memberitahu sahabatnya, dengan keadaan kesihatannya sekarang, mana mungkin DIA dapat merebut peluang itu.Namun sahabatnya menasihatkannya supaya berserah kepada Allah. Malam sebelum diinterview, DIA bersolat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah sekiranya itulah yang terbaik buatnya, makbulkanlah.

Keesokannya, alangkah terkejutnya DIA kerana hasil pemeriksaan mendapati DIA bebas dari penyakit yang dihadapinya. Maha Suci Allah yang berkuasa atas sesuatu. DIA bersyukur kerana  dengan berita itu hajatnya untuk berkerja di Arab Saudi berjaya. DIA bertekad untuk memulakan penghijrahannya di bumi Mekah. DIA berazam untuk khatam Quran setiap minggu (DIA pun ada sedikit pengetahuan agama). DIA turut menghafaz tafsir Quran di sana. DIA bersolat malam setiap hari dan bertaubat atas kesilapan yang dilakukannya sebelum ini. Benarlah...hidayah itu hak Allah. Diambang usia 40an, DIA tersedar atas kesilapan dan keterlanjurannya selama ini. DIA kemudiannya bermimpi akan arwah ibunya . Kali ini ibunya tidak lagi bersujud di longkang. Alangkah terharunya bila DIA melihat kali ini arwah ibunya berpakaian bersih dan sujud bersolat di masjid. 

Alhamdulillah.....DIA benar-benar bersyukur atas apa yang menimpanya. DIA bercadang untuk pulang ke Indonesia dan mendirikan rumahtangga sepertimana yang pernah dihajatkan oleh arwah ibunya. DIA telah meminta adik-beradiknya untuk mencarikan pasangan untuknya di sana. DIA berdoa dan mengharapkan agar Allah tetapkan imannya walaupun DIA mengambil keputusan untuk menamatkan khidmatnya di Arab Saudi.

Ketika semua pintu telah terkunci...
Pintu-Nya tetap terbuka,
Ketika setiap jalan kelihatan buntu...
Jalan-Nya selalu terbentang.

Ketika semua tangan telah terkekang...
Tangan-Nya sentiasa terhulur,
Ketika semua cinta telah sirna...
Cinta-Nya tetap tercurah.

Ketika tiada seorang pun yang mampu menolong..
Hanya pertolongan-Nya yang kita harapkan
(Agar Allah Selalu Memberi Jalan Keluar : Abu Firly Bassam Taqiy)

P/S Pengalaman benar seperti yang diceritakan oleh penceramah agama di Radio Kedah FM97.5 jam 2.00 petang tadi. Nasihat penceramah janganlah menyalahkan anak, adik, keluarga kita kalau mereka masih tak "sedar-sedar". Kita bertahajudlah, mohon doa pada Allah moga-moga Allah lembutkan hati mereka untuk insaf dan sedar akan kesilapan mereka. Hanya Allah yang berkuasa atas sesuatu. Kalau mereka tak sedar saat ini, mungkin doa kita akan dimakbulkan untuk satu jangkamasa yang Allah saja tahu.

Artikel berkaitan:

Salah mama@salah anak?

Kertas di atas ini contoh jawapan murid Tahun 1 (subjek Dunia Sains Tahun 1).  Bila ditanya empunya kertas kenapa tanda (√ ) pada nasi (bawah gambar kucing)? Takkanlah nasi itu benda hidup?

Dengan penuh confident dia menjawab.. " Mama saya kata kalau saya makan nasi tak habis, nasi tu menangis. Kalau nasi menangis, mestilah dia benda hidup. Kan cikgu, kan?"

P/S Dah dari zaman tok nenek kita kata lagu tu kat kita....la ni kita "basuh" kat anak-anak...... peningle anak-anak bila jawab soalan..

Artikel berkaitan:

Cendawan Shiitake@Gunung Jerai

Sejak "kempunan" cendawan shiitake dari  Gunung  Jerai 2 tahun lalu, tak sangka "impian" merasa kelazatan cendawan shiitake hybrid tiba petang semalam. Souviner yang dipack cantik ini dibawa turun dari Gunung Jerai oleh Encik Suami yang menghadiri Program Bersama Jabatan Kerajaan dan Agensi Kawal Selia anjuran TNB bagi Wilayah Utara. Rezeki malam Jumaat...

Tanaman cendawan shiitake di Gunung Jerai tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam (kurang populasi bakteria). Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia. Walaupun shiitake ni berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hybrid gunung tersebut.

Dipetik segar dari ladang. 2 tahun lepas..harganya RM40+ sekilogram. Tak tahule pulak sekarang. Berbau segar...tak sama seperti bau cendawan shiitake kering yang perlu direndam bagi lembut mahupun shiitake segar yang dijual di hypermarket. Ada 500g shiitake yang perlu dikerjakan...  2,3 kali menu boleh disediakan.

Resipi simple dan mudah "Shiitake Angel Hair Pasta" dari allrecipes.com yang akan dicuba esok...Bila lagi nak guna daun parsley yang dibawa turun dari CH kan?

P/S Biasa tuan rumah guna cendawan tiram, cendawan butang tin dan cendawan telinga tikus aja..

Artikel berkaitan:

Kincham@Lily Buds Tumis Udang


Membeli kincham @ lily buds fresh di Kea Farm on the way balik SP. 1st time nak mencuba. Bukan mahal mana pun...4 jenis sayur RM10 je. Biasa nampak kincham fresh ni di supemarket tapi harganya...jauh lebih mahal. Dah benda-benda macam ni bukan makanan orang Melayu. 

Kat area Kea Farm ni, kincham ni digoreng tepung dan dijual bersama-sama cendawan dan brokoli goreng (tempura style) Tapi tak teringin pulak nak membeli masa tu...Masa kami mai, tengah musim sayur dan buah banyak di Cameron Highlands. Kincham ni bukan ada sepanjang tahun. Menurut penjual, dalam suku tahun pertama je kincham ni ada.

 Gambar google punya..

Begitu juga dengan tembikai wangi @ rock melon ni. Berbuah sekali je dalam setahun katanya. Ada serupa honeydew tapi isinya warna peach. Manis isinya even dah dibawa turun. Kami beli RM7 sebiji.

Ni rupa kincham kering@dried lily buds..dari google... yang selalu kita guna. Orang Kedah suka masukkan dalam sup sayur depa 

Menu tengahari Jumaat..macam tumis kacang juga. Cuma tambah 1 camca teh sos tiram dan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air. Jangan masak terlalu lama. Kejap je, macam sayur tauge. Ada rasa crunchy gitu....

P/S Kita sukalah makan strawberry hari-hari sebab payah nak jumpa dan mahal pula kat bawah. Depa yang duduk dan keja sana camna agaknya? Mesti rindu nak makan rambutan, manggis, ciku, pisang...

Artikel berkaitan:

Apa yang dibeli di Cameron Highlands?


Balik dari berkenalan dengan Ali (dia ni suku Semai dan non Muslim), hujan turun selebat-lebatnya. Kami mengambil kereta yang diletakkan di kawasan parkir Padang Golf . Badan masing-masing sudah keletihan. Rasa macam tak larat nak memandu balik ke SP petang ni. Call Strawberry Park untuk xtend satu malam lagi...tapi fully booked. Try call hotel-hotel berdekatan yg nama2 omputeh tu...tapi fully booked jugak. Akhirnya...ada bilik kosong di Rossa Passadena, Brinchang. Depa kata "1st come 1st serve, no booking". Eloklah, malam ni ada Pasar Malam Brinchang. Boleh jalan kaki saja dari hotel.

Tersangat pelik bin ajaib kerana restoran Nik Ikan Bakar dan Tomyam lengang tak seperti malam pertama dinner di situ. Selesai makan, barulah nampak berduyun-duyun pelanggan datang. Masing-masing menjinjing beg plastik di tangan. Oooo....dari pasar malam. Sudah membeli....baru nak makan. Yang kami pulak..turun lepas Maghrib dan isi perut dulu!

Hmmm..patutlah depa membeli belah dulu. Baru menjengok 2,3 gerai ... hairan juga lihat peniaga sibuk simpan barang jualan. Rupa-rupanya pasar malam ni tutup 10 malam (kami ingat sampai 2 pagi...hihi). Macam lipas kudung le memilih barangan. Best gak...4 bungkus sayur RM10, dapat free 2 peket lagi. Malam itu, baju, bantal strawberry dan sayur-sayuran kami tawar harga serendah2nya...
__________________________________________________________________
Lepas breakfast...terus checkout. Sebelum singgah Kea Farm untuk last shopping sayur mayur..  singgah satu nursery. Encik Suami berhajat nak membeli sesuatu . Nak tahu apa yang dipilihnya?

Apek kedai ni kata.."Sekarang, jual apa juga barang, lu letak itu gambar strawberry...haiyaa banyak laku punya".

Pokok Halau Nyamuk sama saja harga sejak 2 tahun lalu cuma saiz pokok lebih kecil. Pokok lama dah lama jadi arwah.

Pokok daun busuk ni menurut Encik Suami elok untuk buang angin. Maklumlah..nenek dia dulu bidan.

 "Senang nanti Ummi nak masak western"..bila ditanya kenapa memilih pokok daun parsley (RM7) ni..

Juga pokok daun rosemary (RM7) ni. "Tak payah guna yang kering bila nak buat Roasted Chicken. Guna Rosemary fresh".. ni mesti gara-gara lihat cooking program kat AFC.

Dahlah namanya pokok cili padi (RM6)....ditambah "pedas" pulak. Tunggu hasil masakan nanti!!


P/S  Lepas ni kena fikir menu sayur mayur yang dibawa turun....

Artikel berkaitan:

Berkenalan dengan Ali@Cameron Highlands


Ikut plan,turun dari Gunung Brinchang...landrover akan stop kat satu tempat. Kemudian kami dibawa masuk hutan macam Mat dan Minah Salleh buat. Alahai....pakaian pun tak sesuai.. ada ke masuk hutan bawak handbag....huhu..Bila kami tak sanggup, kami akan dibawa pula ke perkampungan orang asli  katanyalah....

Sebelum tu, bila ditanya apa dicari Mat dan Minah Salleh dalam hutan nu? Mossy forest (hutan berlumut) di Gunung Brinchang merupakan attraction untuk pelancong asing. Cuaca lembab di CH menyebabkan pokok-pokoknya berlumut. Depa juga suka tengok pokok paku pakis hutan.Depa kata hutan di Gunung Brinchang ni ada serupa itu hutan dalam cerita Harry Potter dan Lord of the Rings..

Menempuh perjalanan lebih 45 minit menuruni Cameron Highlands arah ke Tapah. Tiba-tiba driver stop kat gerai jual madu tepi jalan . "Ni ke perkampungan orang asli? Tepi jalan besar? Apa ke hal ada bear terpacak kat kayu tu?"

Jeng....jeng...jeng...kemudian keluarlah seseorang dari pondok itu dan mengenalkan dirinya, "Ali". Alkisah cerita si driver yang bawa kami, kalau nak masuk ke perkampungan orang asli, kena berjalan kaki hampir sejam. So, untuk memudahkan pelancong ( especially foreigner tourist ), Ali pula yang "dibawa keluar" dan "menemui" pelancong.  Ooo..gitu ka?

 Apalagi...ambil peluang menyumpitlah..

Haaa...si Abdul ni lagilah. Suka mencari pengalaman baru..macam Umminya jugak. Abdul sorang lagi...hati kecik...walaupun badan besar..huhu..

Ali kemudian mengajak kami berjalan dalam 200m (melintas jalan besar) untuk masuk hutan. Ada 2,3 biji kereta memperlahankan kenderaan mereka dan tertanya-tanya kot, apa ke halnya makcik dan anak-anak kecil masuk hutan ikut Ali. Well....dah terjawab bukan???
Note : Ali ni popular dan dikenali di kalangan pemandu bas dan lori yang lalu lalang sebab depa akan bunyi hon dan angkat tangan. Ali pula akan membalas balik!

Dari jauh terdengar bunyi air. Walaaaa....jernih dan sejuknya kaki mencecah air waterfall yang tersembunyi ni. Air terjun dari gunung!!!!  Ali kata "air ni boleh diminum, boleh ambil air sembahyang" Hihi..boleh tahan jugak kau Ali!

Abdul sorang ni PANTANG nampak air....mau terjun saja. Walhal dah diberi amaran, baju dan seluar tak bawa....

Ali yang berusia 48 tahun ni memang lucu dan loyar buruk. Dia boleh berbahasa Melayu. Tak abis gelak dengan gelagatnya.

Tentunya kami tak sampai hati pulang begitu sahaja tanpa membeli madu yang dijual oleh kaum kerabatnya. "Aku bagi diskaun" katanya...hihi.

Jawapan jujurnya yang menggelikan hati kami bila ditanya tentang khasiat madu, tongkat ali dan pelbagai akar kayu yang dijual, "Aku mana tau khasiatnya. Orang suruh aku bawak keluar dari kampung, aku bawa keluarlah"


P/S Dia tinggal bersama adiknya, "Michael Jackson" (gelaran diberi oleh pelancong asing). So, kalau ke Cameron Highlands ikut Tapah...jengoklah rumah tepi jalan tu kot2 terserempak dengan Ali. Dia tinggal di situ kerana nak balik ke kampung...sejam kena jalan kaki.

Artikel berkaitan:

Mendaki puncak tertinggi@Cameron Highlands

Dek kerana Anim ni the rose among the thorns...maka my 3 Abduls tak berminatle nak melawat rose @butterfly@cactus farm. Depa nakkan aktiviti yang mencabar kelakian...ececeh..iyalah tu!. So, bila yang lain check out balik SP...kami buat plan nak "mendaki" Gunung Berinchang, the highest peak kat CH. Kena naik landrover lah kan...Ni yang anak-anak teruja!!!

 View sepanjang pendakian yang menyejukkan mata memandang. Boleh hilang stress...

 Ladang sayur waktu menuju ke puncak. Ini ladang daun sup....

 Geramnya tengok kobis..

Alamak...Cik Kambing pun ada atas ni. Sihat depa ni...gemuk2...

Mat Salleh dan Minah Salleh le ramai jungle trekking. Tempat depa mana ada hutan hijau macam ni...hutan batu adalah...


The highest peak...Gunung Berinchang  . Menara TM yang terpacak di sinilah yang kami nampak di luar balcony tempat kami menginap. Tak sangka dapat menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di CH , walaupun kami mendaki dengan landrover je..

Anim dan si Abdul sulung memanjat hingga ke puncak menara peninjau yang disediakan. Semakin tinggi semakin sempit laluan tangganya..Gayat tak gayat....peluang depan mata tak leh lepas. Bapak Abdul dan si Abdul kecil ada kat bawah je...maklumlah depa tu gayat terlampau!!


Yahooooo....akhirnya...sampai nun di atas. Alhamdulillah, cuaca baik hari ini. Enjoylah kami ber2 menikmati pemandangan indah ....Orang di bawah jangan jealous..

Pemandangan keseluruhan Cameron Highlands dari menara peninjau.

Bandar Ipoh disebalik sana...

Nak tulis ANIM WAS HERE!! takde pen pulak.Hihi... Terkejut bila si Abdul sulung tunjukkan sesuatu. "Ummi, Ustaz Azhar!".  Dia tau Umminya suka layan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tapi ni Ustaz Azhar "You Tube" ke? Kena confirm dengan Ustaz ni...haha.

P/S Diajak bertemu "Ali" di satu tempat. Siapa gerangan si dia? Tunggu next n3...

Artikel berkaitan:

Kampung "Vanilla Coklat"@Cameron Highlands

Huh...gempaq punya tajuk. Bukan apa...Kg. Taman Sedia yang merupakan satu-satunya kampung Melayu di Cameron Highlands nilah lokasi pengembaraan drama komedi romantik Vanilla Coklat. Nilah destinasi akhir our countryside tour bersama van resort. Yang kena tiket berbayar seperti Butterfly Farm, Cactus Farm, Rose Farm kami tak p.

Mencari strawberry di kawasan ladang pengusaha Melayu. 

 Ooopss..ni yang kami cari sebenarnya. Kat YZ Agro Farm yang kami rasa strawberry coklatnya paling sedap. Tapi tak acilah...saiz kecil je depa wat strawberry coklat. Buah yang besar dijual..

Sebatang RM2...tapi 3 batang RM5. Sorang sepinggan....tamaknya!!!

Kebetulan pulak rakan kongsi YZ Agro Farm and Cafe ada di situ. YZ tu gabungan nama Yusoff  dan Zulkefli (dia le!). Orang Sg Petani kan pandai sembang....macam2 ilmu tentang strawberry dan isu-isu semasa Cameron Highlands dapat dikongsi. Dia habaq, dek kerana keadaan cuaca global tak menentu..penghasilan buah strawberry ikut terjejas. Sepatutnya bulan 3,4,5 ni berbuah banyak namun sebaliknya berlaku .Tu sebab di mana-mana ladang, pengunjung tak dapat lagi memetik sendiri strawberry seperti biasa. 

Strawberrylah tarikan utama pelancong ke Cameron Highlands...kalu tak de buah...alamat sunyi sepilah. Istimewanya Cameron Highlands...strawberrynya berbuah sepanjang tahun. Depa juga ada homestay di sana. Tak silap RM200 sehari, ada dapur masak dan sebagainya dan boleh muat 15 orang. Contact no.Zulkefli Zahari 019 9521426/05 4850032..En.Zul, dah tolong promo ni, len kali kami mai, coklat strawberry kasi free ya..

Deretan pengusaha ladang strawberry Bumiputera 

Singgah lagi di satu ladang Melayu. "Opah" kalau tak silap. Niat dihati nak cari jem strawberry dalam botol2 kecil di situ (senang nak buat souviner). Dulu...depa tanam sayur, baru 5 tahun bertukar ke ladang strawberry .

Tak puas2 lagi ke...aiskrim le pulak. Apalagi...bila dia kata, boleh tambah topping strawberry percuma (aiskrim tak leh).

Kalau malam pertama kami pekena ikan bakar pari bersambal dilapik daun pisang di Nik Ikan Bakar dan Tomyam (orang ramai sangat....payah nak bergerak ambil gambar), malam ke 2, kami pekena steambot pulak. Hujan malam tu...tak terpandang nama restoran.

Kuah sup dan tomyamnya boleh tahan sedap. Sos nya je kurang kick. Anyway...pada tekak Anim dan Encik Suami, tak leh lawan dari segi rasa dan harga steambot@Kelab Cinta Sayang di Sg.Petani..hihi

 Restoran ni melepasi padang golf .

 P/S Sejak tiba, malam asyik hujan. Aktiviti terhenti selepas makan....balik bilik, lena....

Artikel berkaitan: