Salahuddin....cukup teruja. Dia cukup cool dan melambai gembira bila Anim memberi isyarat mahu balik...
Si abang yang mogok tak mahu pergi. Merayu untuk "excuse" tahun ini. Silap Anim juga tak reti balik cepat. Sibuk ke sana sini, check tempat tidur depa..dok susun beg, toto, baju..mentang-mentang sekolah sendiri.. Walhal selalu nasihat mak ayah murid...letak anak kat sekolah, lepas tu balik, jangan tunggu2.Jenuh memujuk,akhirnya Ustaz tolong "tarik" masuk dewan. Manja sikit dia nih mengalahkan si adik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini, jam 12.30 tengahari ....para ibu yang menjemput pulang anak masing-masing dihulurkan sesuatu yang menyentuh kalbu. Malam kelmarin menurut Ustaz Akmal, depa ada sessi "Warkah Untuk Ibu". Selepas diberi motivasi, muhasabah diri tentang pengorbanan ibu bapa (khabarnya dewan sekolah basah dengan air mata anak-anak Tahun 3- Tahun 6 yang mengikuti perkhemahan ini), mereka kemudiannya diminta meluahkan perasaan mereka dengan "menulis surat" untuk ibubapa mereka malam itu.
Si abang yang pendiam tapi....bila meluahkan perasaannya, tu dia..sebak Ummi dibuatnya.
P/S Mudah-mudahan perubahan yang dibawa balik terus melekat dihati mereka.
Amiin..mudah-mudahan..insyaallah..
BalasPadamBaca ni teringat la pula sessi motivasi masa sekolah dulu..
tq faiz..
BalasPadamtapi dah namanya budak..
kerana juga selalu diingatkan..
depa mudah LUPA!!!