Isnin, 26 April 2010

Pokok Halau Nyamuk

Dalam banyak-banyak benda yang suami bawa balik turun dari Cameron Highlands semalam Anim tertarik dengan pokok halau nyamuk yg dibeli dgn harga RM6 sepokok.


Nama Tempatan: Jeremin
Nama Saintifik: Pelargonium radula
Nama Lain: Pokok halau nyamuk, pokok jari lima,geranium

Pokok ini bukan tumbuhan asal dari Malaysia. Tak boleh terdedah secara terus kepada sinaran matahari terik. Sesuai kalau kita tanam di tempat redup (dalam rumah). Bila kita pegang daunnya, terhasillah bau yang kuat . Nak biak mudah, dgn cara keratan batang. Kena siraman air dgn cukup, supaya tidak kering. Batangnya jadi kering dan berongga kalau tak cukup air.

Berguna untuk:
~ halau nyamuk. ia membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk . Bolehlah dijadikan tumbuhan hiasan sekali dalam rumah.
~ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. Kisar daunnya dgn beras . Sapu pada bahagian yang bermasalah.  

P/S Lepas ni tak payahlah beli ubat nyamuk!!

5 ulasan:

  1. Tahniah Nim... Wah hebat kor nya blog ni... belajar dari jauh pun hebat, kalau belajar dari FS kita lagi lah hebat... memang aku setuju, blog ni sebenarnya luahan rasa kita...mcm diari kot..tapi kita boleh berkongsi dgn org lain...Sama-sama lah kita belajar.

    BalasPadam
  2. Meha..aku ni kalau nk start enjin lembab. tapi bila dah panas enjin, memecut je..harap2 tak mati enjin tengah jalan...aku copy paste je..nk tambah aksesori mcm korang pye...lum reti..

    BalasPadam
  3. kak animm...
    pokok tu leh alo antu sekali la....
    hehehhehe

    BalasPadam
  4. nama pokok tu pelargonium graveolens family name geraniaceae
    common name rose scented geranium
    origin south africa

    BalasPadam
  5. nama pokok tu pelargonium graveolens
    family name rose scented
    common name rose scented geranium
    origin south africa

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi