Home · About Me · Sitemap ·

Mendaki puncak tertinggi@Cameron Highlands

Dek kerana Anim ni the rose among the thorns...maka my 3 Abduls tak berminatle nak melawat rose @butterfly@cactus farm. Depa nakkan aktiviti yang mencabar kelakian...ececeh..iyalah tu!. So, bila yang lain check out balik SP...kami buat plan nak "mendaki" Gunung Berinchang, the highest peak kat CH. Kena naik landrover lah kan...Ni yang anak-anak teruja!!!

 View sepanjang pendakian yang menyejukkan mata memandang. Boleh hilang stress...

 Ladang sayur waktu menuju ke puncak. Ini ladang daun sup....

 Geramnya tengok kobis..

Alamak...Cik Kambing pun ada atas ni. Sihat depa ni...gemuk2...

Mat Salleh dan Minah Salleh le ramai jungle trekking. Tempat depa mana ada hutan hijau macam ni...hutan batu adalah...


The highest peak...Gunung Berinchang  . Menara TM yang terpacak di sinilah yang kami nampak di luar balcony tempat kami menginap. Tak sangka dapat menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di CH , walaupun kami mendaki dengan landrover je..

Anim dan si Abdul sulung memanjat hingga ke puncak menara peninjau yang disediakan. Semakin tinggi semakin sempit laluan tangganya..Gayat tak gayat....peluang depan mata tak leh lepas. Bapak Abdul dan si Abdul kecil ada kat bawah je...maklumlah depa tu gayat terlampau!!


Yahooooo....akhirnya...sampai nun di atas. Alhamdulillah, cuaca baik hari ini. Enjoylah kami ber2 menikmati pemandangan indah ....Orang di bawah jangan jealous..

Pemandangan keseluruhan Cameron Highlands dari menara peninjau.

Bandar Ipoh disebalik sana...

Nak tulis ANIM WAS HERE!! takde pen pulak.Hihi... Terkejut bila si Abdul sulung tunjukkan sesuatu. "Ummi, Ustaz Azhar!".  Dia tau Umminya suka layan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tapi ni Ustaz Azhar "You Tube" ke? Kena confirm dengan Ustaz ni...haha.

P/S Diajak bertemu "Ali" di satu tempat. Siapa gerangan si dia? Tunggu next n3...

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Mendaki puncak tertinggi@Cameron Highlands"

  1. ala...sy x kesampaian nak p aritu kt sini..x tau pun..
    lain kali harus terjah ni=))

    sape Ali...?? mcm suspend je..

    BalasPadam
  2. kena terjah ni AA..
    tourist attraction terutama foreigner
    masuk hutan berlumut tu..

    BalasPadam
  3. memang best kalau dapat sampai sini.... sejuk mata memandang...

    BalasPadam
  4. cuaca baik..tak berkabus, ok gak.

    BalasPadam
  5. sapa kata tempat mat salleh ada hutan batu je?aku rasa tempat kita yg hutan dh nk pupus..diorg pnya alam semula jdi lg hebat kot..diorg ni nk rase hutan kt tempat kita je sbb tempat dorg mgkin xsama hutan kt sini..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai