Balik dari berkenalan dengan Ali (dia ni suku Semai dan non Muslim), hujan turun selebat-lebatnya. Kami mengambil kereta yang diletakkan di kawasan parkir Padang Golf . Badan masing-masing sudah keletihan. Rasa macam tak larat nak memandu balik ke SP petang ni. Call Strawberry Park untuk xtend satu malam lagi...tapi fully booked. Try call hotel-hotel berdekatan yg nama2 omputeh tu...tapi fully booked jugak. Akhirnya...ada bilik kosong di Rossa Passadena, Brinchang. Depa kata "1st come 1st serve, no booking". Eloklah, malam ni ada Pasar Malam Brinchang. Boleh jalan kaki saja dari hotel.
Tersangat pelik bin ajaib kerana restoran Nik Ikan Bakar dan Tomyam lengang tak seperti malam pertama dinner di situ. Selesai makan, barulah nampak berduyun-duyun pelanggan datang. Masing-masing menjinjing beg plastik di tangan. Oooo....dari pasar malam. Sudah membeli....baru nak makan. Yang kami pulak..turun lepas Maghrib dan isi perut dulu!
__________________________________________________________________
Lepas breakfast...terus checkout. Sebelum singgah Kea Farm untuk last shopping sayur mayur.. singgah satu nursery. Encik Suami berhajat nak membeli sesuatu . Nak tahu apa yang dipilihnya?
Apek kedai ni kata.."Sekarang, jual apa juga barang, lu letak itu gambar strawberry...haiyaa banyak laku punya".
Pokok Halau Nyamuk sama saja harga sejak 2 tahun lalu cuma saiz pokok lebih kecil. Pokok lama dah lama jadi arwah.
Pokok daun busuk ni menurut Encik Suami elok untuk buang angin. Maklumlah..nenek dia dulu bidan.
"Senang nanti Ummi nak masak western"..bila ditanya kenapa memilih pokok daun parsley (RM7) ni..
Juga pokok daun rosemary (RM7) ni. "Tak payah guna yang kering bila nak buat Roasted Chicken. Guna Rosemary fresh".. ni mesti gara-gara lihat cooking program kat AFC.
Dahlah namanya pokok cili padi (RM6)....ditambah "pedas" pulak. Tunggu hasil masakan nanti!!
Terbayangkan sayur2 dan cendawan berbagai jenis yg segar-bugar. Bukan setakat bila sentuh dan nampak je segar. Bau sayur tu pun segar... Best! Best!
BalasPadamhaaa3x... dah boleh bayangkan bonet keter bila turun dari cameron highland ni macam mana punya penuh...
BalasPadamsama kes jugak kalau kami pi sana... bila pi sana memang tak cukup rasanya kalau pi sehari... macam nak 2-3 hari sebab kat sana dah banyak tempat untuk kita pergi...
huda_kalau boleh mcm2 nak beli..
BalasPadamtapi cari buah dan sayur yg tak de dan mahal compared to yg kat bawah je lah..
kazman_saya rasa udahle cukup 4 hari 3 malam kali ni. tunggu 5 tahun lagilah baru naik semula..hihi..
BalasPadam