Home · About Me · Sitemap ·

Berkenalan dengan Ali@Cameron Highlands


Ikut plan,turun dari Gunung Brinchang...landrover akan stop kat satu tempat. Kemudian kami dibawa masuk hutan macam Mat dan Minah Salleh buat. Alahai....pakaian pun tak sesuai.. ada ke masuk hutan bawak handbag....huhu..Bila kami tak sanggup, kami akan dibawa pula ke perkampungan orang asli  katanyalah....

Sebelum tu, bila ditanya apa dicari Mat dan Minah Salleh dalam hutan nu? Mossy forest (hutan berlumut) di Gunung Brinchang merupakan attraction untuk pelancong asing. Cuaca lembab di CH menyebabkan pokok-pokoknya berlumut. Depa juga suka tengok pokok paku pakis hutan.Depa kata hutan di Gunung Brinchang ni ada serupa itu hutan dalam cerita Harry Potter dan Lord of the Rings..

Menempuh perjalanan lebih 45 minit menuruni Cameron Highlands arah ke Tapah. Tiba-tiba driver stop kat gerai jual madu tepi jalan . "Ni ke perkampungan orang asli? Tepi jalan besar? Apa ke hal ada bear terpacak kat kayu tu?"

Jeng....jeng...jeng...kemudian keluarlah seseorang dari pondok itu dan mengenalkan dirinya, "Ali". Alkisah cerita si driver yang bawa kami, kalau nak masuk ke perkampungan orang asli, kena berjalan kaki hampir sejam. So, untuk memudahkan pelancong ( especially foreigner tourist ), Ali pula yang "dibawa keluar" dan "menemui" pelancong.  Ooo..gitu ka?

 Apalagi...ambil peluang menyumpitlah..

Haaa...si Abdul ni lagilah. Suka mencari pengalaman baru..macam Umminya jugak. Abdul sorang lagi...hati kecik...walaupun badan besar..huhu..

Ali kemudian mengajak kami berjalan dalam 200m (melintas jalan besar) untuk masuk hutan. Ada 2,3 biji kereta memperlahankan kenderaan mereka dan tertanya-tanya kot, apa ke halnya makcik dan anak-anak kecil masuk hutan ikut Ali. Well....dah terjawab bukan???
Note : Ali ni popular dan dikenali di kalangan pemandu bas dan lori yang lalu lalang sebab depa akan bunyi hon dan angkat tangan. Ali pula akan membalas balik!

Dari jauh terdengar bunyi air. Walaaaa....jernih dan sejuknya kaki mencecah air waterfall yang tersembunyi ni. Air terjun dari gunung!!!!  Ali kata "air ni boleh diminum, boleh ambil air sembahyang" Hihi..boleh tahan jugak kau Ali!

Abdul sorang ni PANTANG nampak air....mau terjun saja. Walhal dah diberi amaran, baju dan seluar tak bawa....

Ali yang berusia 48 tahun ni memang lucu dan loyar buruk. Dia boleh berbahasa Melayu. Tak abis gelak dengan gelagatnya.

Tentunya kami tak sampai hati pulang begitu sahaja tanpa membeli madu yang dijual oleh kaum kerabatnya. "Aku bagi diskaun" katanya...hihi.

Jawapan jujurnya yang menggelikan hati kami bila ditanya tentang khasiat madu, tongkat ali dan pelbagai akar kayu yang dijual, "Aku mana tau khasiatnya. Orang suruh aku bawak keluar dari kampung, aku bawa keluarlah"


P/S Dia tinggal bersama adiknya, "Michael Jackson" (gelaran diberi oleh pelancong asing). So, kalau ke Cameron Highlands ikut Tapah...jengoklah rumah tepi jalan tu kot2 terserempak dengan Ali. Dia tinggal di situ kerana nak balik ke kampung...sejam kena jalan kaki.

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Berkenalan dengan Ali@Cameron Highlands"

  1. Akak! Masuk hutan bawak handbag! Tak tahan!!!! =D

    BalasPadam
  2. kazman_nanti nk menyumpit tupai kat tongkang pechah..kehkeh...

    BalasPadam
  3. ren_salam kenal. tu le pasal, napelah tak mintak depa briefing fasal aktiviti masuk hutan ni dulu, xpasal2 makcik angkut handbag masuk hutan, hihi....(mesti Minah Salleh geleng kepala tengok akak nanti tau...)

    BalasPadam
  4. ain_kawan baru ni..janji kalau mai SP singgah umah saya, hihi...(sungguhpun begitu, dia sudah menjejakkan kaki ke Padang Besar, ada percaya?)

    BalasPadam
  5. Kak org asli jual mcm besabut buah ade gupa.bntuk ayam tu..apa ye bsabut coklat

    BalasPadam
  6. wah ali..
    beshnya kak dapat mandi manda tu....
    seksi gitu ali tau
    hehehe

    BalasPadam
  7. kisah aku_tak taule. yg kak kenal tongkat ali dan rebung je..
    tapi mcm2 pokok hutan dijual di situ.

    BalasPadam
  8. cheqna_memang dpt dosa mata je ari tu. dia bkn pakai spender pun, hihi.

    BalasPadam
  9. Itu rupanya Ali...
    Bestla cite ni;)

    sy p cameron x terfikir nak p tmt ni, pasni ble p...;)bestnya ada air terjun

    BalasPadam
  10. salam kenal.idah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    BalasPadam
  11. AA, kami pun tak plan..
    dek kerana rajin bersembang dgn kakitangan resort, dgn driver van, dgn chef, dgn pengusaha ladang..baru tahu cerita..hihi
    cari Ali tau kalau naik CH lagi..

    BalasPadam
  12. syerwina_tq. salam kenal jugak.

    BalasPadam
  13. Asalam ..
    Uniknya di sana, satu keajiban semulajadi di Malaysia..
    Tahniah ya Anim

    BalasPadam
  14. ya..tulah antara hikmah bermusafir

    BalasPadam
  15. Ok jugak bawak handbag... Sempat shopping2dlm hutan...

    BalasPadam
  16. hihi...nak bawak balik pokok hutan pn takut2..
    hulur "duit rokok" kat ali je la...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai