Home · About Me · Sitemap ·

Mimpi membawanya ke Mekah


Foto  ni tak ada kaitan dengan entry....

Seorang teman bernazar untuk ke Mekah seandainya penyakit yang ditanggungnya sembuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah...setelah berubat, dia sihat seperti sediakala. Maka dia yang bakal ditemani oleh suaminya mendaftarkan diri untuk mengerjakan umrah melalui wakil syarikat pengurusan umrah yang dikenalinya.Bayaran deposit dijelaskan bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun dia diuji Allah sekali lagi apabila suaminya menghadapi satu masalah. Setelah dirujuk dengan ahli agama, suaminya dinasihatkan untuk menangguhkan pemergian tersebut sehinggalah masalahnya dapat diselesaikan. Teman ini buntu. Ini merupakan pemergiannya kali pertama. Takkanlah dia nak pergi seorang diri walaupun suaminya memberi keizinan.Setelah berfikir masak-masak, teman ini mengambil keputusan untuk turut menangguhkan pemergiannya. Dia bercadang untuk pergi bersama-sama suaminya apabila masalah yang dihadapi oleh suaminya itu selesai. Teman ini pun menelefon pihak syarikat untuk menyatakan keputusannya dan meminta semula wang deposit yang telah dibayar.

Teman ini kemudiannya telah bermimpi. Seseorang berjubah putih telah muncul dalam mimpinya dan bersungguh-sungguh meminta beliau meneruskan hajatnya ke Mekah. Dia tersedar dari tidur. Puas dia memikirkannya. Mungkinkah itu petunjuk untuk dia tetapkan hati menunaikan nazarnya ke Mekah. Benar, itulah hutangnya pada Allah yang perlu dibayar. Dia merujuk kepada ahli agama tentang mimpinya itu. Lalu dijawab oleh ahli agama tersebut, "Kalau dah sampai awak bermimpi disuruh ke Mekah, tunaikanlah nazar awak tu. Pergilah ke Mekah."

Anim faham kebimbangan teman ini. Anim hanya dapat nasihatkan dia supaya YAKIN yang Allah lah yang menjaganya sepanjang masa di sana. Kalau ditunda pemergiannya, belum pasti bila masalah yang dihadapi suaminya akan selesai walhal dia telah berjanji dengan Allah. 

Sedikit petikan dari buku Ketika Mulut Dikunci, Tangan dan Kaki Bersaksi oleh Mahmudin... 
 ~Dalam hidup, kita harus pandai memanfaatkan waktu. Kita harus menggunakan waktu untuk berbuat amal soleh sebanyak-banyaknya. Kita juga tidak boleh menunda kesempatan untuk berbuat baik. Berkaitan dengan hal ini, Ibnu Umar r.a berkata, "Jika kamu memasuki waktu petang, janganlah menunggu pagi. Bila kamu memasukki waktu pagi, maka janganlah menunggu datangnya petang". 

Ibrahim bin Adham r.a pernah ditanya. "Bagaimana kamu boleh bersikap zuhud terhadap dunia?"
Ia menjawab, "Aku boleh bersikap zuhud dengan 3 hal. Pertama, aku merasa resah bila melihat kubur, padahal tidak ada seorang pun yang menyertaiku. Kedua, aku melihat suatu jalan yang panjang, padahal aku tidak mempunyai bekal. Ketiga, aku melihat penguasa langit dan bumi bertindak sebagai hakim yang mengadili, padahal tidak ada seorang pun yang membelaku".

Teman, selama kita masih hidup, kita masih mempunyai kesempatan untuk memperbanyak amal ibadah dan meminta ampun segala dosa. Kesempatan itu tidak boleh disia-siakan kerana  menyesal kemudian tiada gunanya.  Al-Quran telah mengingatkan kita :

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu. Lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku hingga waktu terdekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan tergolong dalam orang-orang yang soleh?" (Al-Munafiqun: 10)

Syeikh Ahmad Atha'illah mengatakan, "Kekecewaan terbesar antara semua kekecewaan adalah ketika kamu melepaskan kesempatan begitu sahaja. Kekecewaan ini tidak berguna ketika di hari kiamat kelak kerana setiap manusia akan menerima balasan setimpal dengan amalnya di dunia"

Wallahu'alam.

P/S Waktu terus menerus berjalan. Boleh jadi kita meninggal dunia esok. Siapa yang mengetahui nasib kita esok?

Artikel berkaitan:

Cuba restoran baru di SP

Lama dah nampak iklan sebuah restoran baru di SP terpampang di laluan ke sekolah. Yang pasti ...terpikat dengan promo "100% daging tempatan".."bahan masakan bermutu" . So, petang Jumaat semalamlah masa nak membuktikan kebenarannya. Tambah-tambah diiklankan, kepakaran chefnya memberi peluang merasa makanan hotel bertaraf 5 bintang dengan harga yang murah.Ooo...tak ke hebat bunyinya?

Ada 3 pilihan Mee Kuah . Encik Suami memilih Mee Kuah Tulang Rusuk (RM8). Boleh tahan rasanya. 

Moi Sup (Bubur Nasi) pun ada 3 pilihan. Pilihan Uddin ialah Moi Sup Campur (RM6). Ada ayam, ada daging, ada telur asin..

Mee Udang Kuala Muda ada 4 pilihan. Udang laut A @ B, udang bela dan udang kupas. Dek kerana ini kunjungan pertama...Anim dan Syawal pilih Mee Udang bela (RM8 ).

Overall...bolehlah dipuji dari segi penggunaan bahan masakan seperti yang diiklankan. Harap-harap berterusan hingga ke akhirnya...jangan masa awal2 pembukaan restoran sahaja. Komen jujur dari juri JJCM Sg Petani tak bertauliah ni, servis ada "cacat" sikit. Bukan sahaja makanan lewat sampai di meja pelanggan walaupun belum ramai pelanggan yang menunggu. Kesilapan menulis order sepatutnya tak berlaku. Kami ber4, takkan 3 pinggan sahaja tiba. Rupa-rupanya order untuk Anim tak ditulis. Hmmmm...udahnya lebih 45 minit berada di situ. Mungkin pelanggan boleh di"lekakan" seperti di restoran ini.

Harap ada perubahan kerana teringin juga nak merasa Laksa Udang Hjh Yasmin, Mee Kari Tulang Rusuk, Nasi Ayam Panggang dll tu. Sesetengah pelanggan ni sensitif sikit...mahal dari restoran lain consider lagi asalkan sedap, bersih dan SERVIS tip top. Kalau tak...alamat, angkat kaki lah....

P/S Kalau tersinggah SP, jemu makan ikan bakar...leh le mencuba restoran baru di Taman Ria ni pulak.

Artikel berkaitan:

Siapa yang betul?

Bila baca entry blog teman Menara Kehidupan mengenai jawapan peperiksaan anaknya... teringat akan peristiwa "melucukan" hampir 20 tahun yang lalu. Zaman awal 90an, manalah kami, para guru buat soalan dengan komputer cam sekarang. Bukan tak nak dan tak tahu....tapi TAK ADA! Kami guna bakat melukis masing-masing di atas kertas stensil dan di"gelek" sendiri. Kalau jari jemari ni kaku habis, kenalah menekap dari buku. Bila menekap, tau ajalah...bukan boleh dapat exactly macam kita nak. Hasilnya, kekadang kertas soalan tu jadi bahan "kontroversi" antara pembuat soalan(cikgu) dengan mak bapak murid.

Contoh soalan yang dimaksudkan.....


Soalan pertama...hampir 99% murid mewarnakan anak ayam. Sudah terang lagi bersuluhkan. Kalau tak tau mana besar mana kecil...tak taule nak kabo. Tapi, jangan ingat kita (cikgu le) betul.

Alkisah, ada seorang murid yang mewarnakan si arnab. Bila cikgu tanda salah, maka bekejarlah si ayah ke sekolah mempertikaikan jawapan cikgu. Aku betul, engkau betul, kau salah, aku betul...hahaha... kecoh suasana bilik guru waktu tu. Si anak dipanggil untuk memberikan reason dia...

"Arnab dengan anak ayam kan besar arnab. Anak ayam kan kecik". Nak kata apa? Budak tu berfikir cara logik. Dia bukan tau cikgu tak dapat nak cari gambar anak yang kecil untuk "ditekap". Tak payahle tau sapa salah sapa betul waktu itu. Kesimpulannya...next time GB suruh lebih alert.

Soalan kedua...sekali pandang dah tau. 5 huruf...mestilah p i s a u. Kita anggap bebudak taulah. Tapi ada sorang hamba Allah ni p tambah lagi satu tempat kosong. Kalau cikgu bubuh 4 tempat kosong, dia tambah 1 lagi dan ditulisnya p a r a n g. Macam biasalah, cikgu tanda pangkah. Esok hari, hamba Allah tu berjumpa dengan cikgu berkenaan dan memberitahu "Ayah saya kata, kalau cikgu tak kenal mana pisau mana parang, esok dia boleh tunjukkan".. Hahaha...ganas punya bahasa .

P/S Tapi itu cerita 20 tahun lalu laaa...la ni, semua pakar komputer dah. Cari je kat google images.

Artikel berkaitan:

Bukan mata yang tajam.....

Anim selalu ditegur oleh Encik Suami kerana punya mata yang "tajam". Kami berjalan bersama... melihat benda yang sama...tapi entahlah, Anim akan terperasankan satu kelainan yang menyentap dihati dan Anim pasti ada "sesuatu" di sana yang menanti untuk Anim snap gambar atau buka mulut bercerita.

Sewaktu menuju ke kereta sebaik menghadiri majlis perkahwinan adik seorang teman....

 Apa yang Anim nampak agaknya?

Tiada yang pelik tentang sarang burung ini...tetapi akhirnya kami menyedari burung itu ialah burung gagak. Ini pertama kali Anim dan Encik Suami sendiri melihat sarang burung gagak!!!

Si comel ni datang bermain-main di wiper kereta seolah-olah tahu Anim akan mengambil gambarnya. Kata Encik Suami, burung ni menjadi buruan si pemikat burung...bukan senang nak jumpa. Dia pun tak pasti nama burung ini. Kali ni dia "beraksi"  di hadapan Anim...

Kat Sg.Petani....orang utan pandai naik motor tau!!!

P/S Mata tak tajam....otak je tajam nak buat entry dari apa yang dilihat dek mata....

Artikel berkaitan:

Kecik-kecik dah rabun teruk..

First try guna "effect" dengan laptop baru.....amacam?

MATA....anugerah Allah SWT paling berharga. Kalau dah seusia Anim ni, p jumpa optometrist bukan suatu yang pelik. Bila nak masuk benang dalam jarum asyik melepas aja, bila tulisan yang dibaca melompat-lompat...bakal bermata 4 la gamaknya. Bagaimana pula kalau si mata rabun itu masih terlalu muda?

Seorang hamba Allah bermurah hati memberi bantuan cermin mata kepada murid-murid sekolah Anim yang tidak berkemampuan. Ibu bapa murid berkenaan yang layak kemudiannya diminta untuk membawa anak mereka ke mana-mana kedai cermin mata . Kos cermin mata itu akan ditanggung oleh Hamba Allah tersebut.

Beberapa hari kemudian, ibu salah seorang murid yang layak menerima bantuan cermin mata menemui guru yang bertanggungjawab menguruskan bantuan tersebut. Menurutnya, dia telah membawa anak perempuannya (8 tahun) ke sebuah kedai cermin mata. Malangnya diberitahu mereka tidak dapat menentukan "power" mata anaknya itu kerana rabun teruk. Lebih dari satu kedai cermin mata dia p. Semuanya memberikan jawapan yang sama.

Hamba Allah yang bermurah hati itu dihubungi. Kemudian, dia membawa murid terbabit bersama guru berkenaan ke sebuah klinik pakar mata di Sg.Petani. Jawapan yang diberikan doktor pakar mata amat mengejutkan. Murid perempuan ini mengalami kerabunan mata (rabun dekat) yang amat teruk dan biasanya dialami mereka yang sudah berusia. Hasil "siasatan" pakar mata itu...murid perempuan berusia 8 tahun ini mengalami STRESS yang amat teruk hingga membawa efek kepada matanya.

Hati Anim amat tersentuh dengan berita yang diterima. Tambahan pula dia adalah bekas anak murid Anim tahun lepas. Macamanalah Anim boleh terlepas pandang dalam perkara ini.. Perwatakannya ceria di sekolah, bajunya kemas dan bergosok rapi..namun bila diingat2 kembali, barulah tersedar sikapnya yang jarang menghabiskan kerja sekolah, tak berminat untuk membaca rupa-rupanya ada kaitan dengan masalah matanya.

Dan hati tambah tersentuh bila hasil siasatan mendapati ibubapanya telah berpisah dan dia kini tinggal bersama-sama ibu dan abangnya di rumah nendanya. Bagaimanakah kehidupannya sehari-hari, apakah yang berlaku pada anak ini yang membuatkannya STRESS? Semoga Allah melindungi anak ini.

Artikel berkaitan:

Zikir terapi diri Hafiz Hamidun


Nikmat paling besar yang dicari setiap manusia dalam hidupnya ialah KETENANGAN.
 "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad ayat ke-28) .
Rasulullah SAW bersabda:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).

Dalam kesibukan kita sehari-hari, Album Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun ini dapat membantu menenangkan kita sebaik berada dalam kereta. WAJIB ada nih. Penemuan album secara tidak sengaja di Kedai Buku Hasani, Sg Petani ini memberi impak besar dalam keluarga Anim bila anak-anak Anim begitu cepat dapat menyanyikan bait-bait zikir yang terdapat di album ini berbanding lagu Awan Nano (Hafiz jugak nama penyanyi!) yang depa nyanyikan sebelum ini.

Dalam usia sekarang, Anim bukanlah ambil tahu sangat tentang penyanyi muda la ni.Tahniah buat Hafiz, seorang komposer yang juga penyanyi nasyid kumpulan UNIC (2003) kerana menerbitkan album terapi ini. Yang bestnya pendengar boleh melanggan Nada Dering Pemanggil dari setiap lagu@zikir dalam album Hafiz ini. Dan pastinya Anim memilih my favourite song, LAWKANA BAINANA .

P/S Mengingati Allah merupakan suatu KEWAJIPAN...bukan suatu PILIHAN.

Artikel berkaitan:

Ole-ole dari Mekah

Tergamam Encik Suami ketika disambut di muka pintu rumah seorang teman dengan kata-kata.... "Aku mimpi hang kat Mekah la. Hang pun p Mekah jugak"  Alhamdulillah....amin. Mimpi kat tempat baik tu, yang bermimpi lak tengah menunaikan ibadah umrah. Moga-moga mimpi itu terkabul tahun ini....hihi....

Dalam batuk2 tak berhenti sejak turun dari Genting cuti yang lalu ,Anim ke rumah seorang teman yang baru pulang menunaikan umrah bersama keluarganya. Seronok nak mendengar cerita terbaru dari Tanah Suci. Terkejut juga bila dihulurkan satu bungkusan sedang mulut sibuk menikmati kurma dan kekacang. Berbalut kain seperti broked, bermanik dan berenda. Wah....cantiknya buah tangan dari Mekah ni. "Anim mesti suka dapat benda ni" ujarnya.

Bila dibuka...Al-Quran rupanya. Musim umrah kali ni...nilah souviner popular yang dibawa balik katanya. Kalau tahun lalu, tasbih mutiara dan berbatu banyak dijual,musim umrah kali ni...tasbih kristal pulak. Betullah kata teman Anim tu. Selain kurma, air zamzam, kekacang dan makanan lain, pening juga nak memilih souviner dari Mekah. Nak belikan jubah, silap-silap tak sama saiz, tak dipakai. Barangan kanak2 banyak yang made in China. Tak sampai seminggu dah berkecai. Perfume pun kekadang ada "bau" kuat yang orang Malaysia tak berminat nak pakai. Last2...cari tasbih dan inai jari sahajalah.

P/S Next visit, nak bawa balik lebih kurma bersalut kacang almond dan badam ....insya-Allah.

Artikel berkaitan:

Bila anak kampung mencipta permainan..


"Tertutup bunga ros...terbuka bunga ros
Terdatang seorang puteri, menari-nari..
Boom..boom..chakeboom..yeye.."
Kita kata ayat "terdatang" tu SALAH, sepatutnya "datang" sahaja. Depa kata, dak eh Madam. Kami nyanyi memang lagu ni...
Kalau pilih "malam"...kena tutup mata, guess nama kawan
Kalau pilih "siang"...kejar mereka, siapa tertangkap...kenalah jadi "puteri" dalam bulatan

P/S Aksi di waktu rehat. Anak-anak 7 tahun ni memang kreatif mereka permainan...


Artikel berkaitan:

Satu pagi di Pasar Taman Ria@Sg Petani.

Konen? Buah apa agaknya? Pertanyaan khusus buat orang luar Kedah nooo...

Ingat buah asam jawa...Rupa-rupanya bukan. Ia dijadikan ulam dan sedap dimakan bersama sambal belacan@budu(kata si penjual).

P/S  Setiap pagi Jumaat kalau tak ke mana, adalah muka kami di sini. 

Artikel berkaitan:

Siapakah lelaki tua yang dibantunya?


Dia melihat kelibat seorang lelaki tua keletihan tersandar seorang diri di tepi tong air zamzam sewaktu hendak mengerjakan sai'e. Baju lelaki tua itu lusuh, kotor dan penampilannya tidak terurus. Dia yang berkebolehan berbahasa Arab, Hindustan dan Inggeris bertanyakan lelaki tua itu. Ditanya dalam bahasa Arab, tak menjawab. Hindustan pun tak jawab. Muka lelaki tua tu ada iras-iras Arab. Takkanlah tak boleh berbahasa Arab@Hindustan. Dia kemudiannya berbahasa Inggeris. Lelaki tua itu pun tidak menjawab.

Artikel berkaitan:

Last day at Genting & Restoran Mohd Chan lagi


Decide nak check out jam 11 pagi. Hotel First World ni mudah sangat. Pagi  ada staff hotel mai bilik tanya bila check out. Lepas tu sebelum 12 tengahari...kita blah. Tak payah berurusan lagi di kaunter.  Hotel ni masuk Guiness Book of Records pada 2006 ~ World's Largest Hotel (6118 rooms).
Singgah rumah adik di Rawang sekejap. Ada banyak faktor kena "berpatah balik". Biasalah, bila ramai2, sibuk2, kalut2 mesti ada yang tertinggal. Blaus la, seluarlah, bedak pun sekali. Tu pasal 3 hari dok Genting, satu benda tak calit. Natural, hihi...sib baik cuaca sejuk, tak berpeluh, berminyak muka! Emak pulak berkirim "duit jajan" untuk Uddin dan Syawal. Lepas mengira "salam seluk" , cucu-cucu pun tumpang semangkuk. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki Atok dan Nenek.

Namun, faktor yang lebih besar ialah........

 3 hari dok makan tempat sejuk....nak cari nasi panas2. Hanya 3 anak saudara lelaki dan adik ipar join kami ke sini. Adik lelaki Anim berkerja.

 Olehkerana hari ini kami yang belanja depa, maka I le tukang order dan boleh share harga food di restoran ini. Siakap Goreng Asam (RM38). Ikan digoreng rangup...ditabur kacang panjang kukus dan tauhu pok goreng.

 Tauhu Kukus wajib order (RM6). Kombinasi rasa masin kicap bersama rangup bawang goreng..tu yang order 2 set.

 Brokoli Udang ni RM18 sepinggan.

 Sotong Goreng Rangup RM8 sepinggan.

Tomyam Seafood berkuah pekat ni (RM10) .


P/S Dah berusia ni...kena cari nasi panas jugak!

Artikel berkaitan:

Fun Moments@Genting Highlands Day 2

Seawal jam 8.30 pagi, semua dah ready nak p breakfast. Olehkerana dalam pakej kami breakfast not included, p le cari sendiri. Tapi stay kat Hotel First World tak de masalah tempat makan. $$$ je kena tebal. Terjumpa restoran Curry House halal. We all berkongsi mee hun dan kuey teow goreng ( 2 pinggan) bersama telur mata lembu 2 keping plus 2 teh tarik dan 2 milo ais...RM40. Gulp...

And then p beli pakej family untuk 1 hari pas permainan tanpa had (all park). All park ni bermaksud boleh masuk tanpa had Outdoor Theme Park, First World Indoor Theme Park,Rainforest Splash Pool and Flying Coaster. Haaa..puas hati dah anak2..mainle sepuas-puasnya. Luar dalam gitu....

Lepas bye bye to Encik Suami, merayap bersama Ila dan anak-anaknya. Depa dah naik Genting last year so...join dialah bersama 4 orang anaknya. Si Abdul yang sulong nak naik try Flying Coaster tapi yang lain tak berani. Takkan nak menunggu dia seorang...dah le pengunjung dah mula beratur.

Warming up dululah...kita naik Antique Car. Bukan senang dapat pegang stereng dan pijak brek.

Sukanya depa. Kita pun tumpang seronok bila dapat menggembirakan mereka.

Terdengar jeritan manusia...masing-masing berkejar ke sini....Pirate Ship

Gambar candid yang depa ambil (RM15). Hanya Anim, Syawal, dan 2 anak gadis Ila yang berani naik. Si Mira yang dok hujung tu cool saja. Anim ni dah gelabah..cukuple sekali. Gadis di belakang kami tu menangis nak turun...hehehe...

Kemudian kami ke Dinasourland. Aduh...jenuh beratur. Cuti sekolahle katakan....

Dibawa menaiki boat...masuk dalam bangsal tu nanti, pintu ditutup. Lepas tu adalah story tentang dinasour dengan 4@5 dinasour dalam tu yang bergerak-gerak. Takla menakutkan. Bebudak tu seronok adalah....

Cuaca dalam jam 12 tengahari ni..Masih berkabus dan sejuk giler.

Si Abdul kecil di atas Flying Jumbo.. Macam-macamlah yang depa naik. Tak larat nak upload gambar. Pendekata sampai pukul 2 petang..sampai depa mengadu lapar.

On the way balik, si abang request nak wax tangan. Si adik tak leh kata apalah. Dia dah dapat topi dan penutup telinga Angry Bird . Si abang belum dapat bahagiannya lagi. Camnile bebudak, kalau sorang dapat...yang sorang lagi mesti nak bahagiannya jugak.

Inilah rupanya.....RM40 jugakle terbang...

Encik Suami suakan 4 tiket bila selesai training dalam 3 petang. "Malam ni jam 8, kena tunggu di lobby. Ada shuttle bas naik Genting Hotel.  Kita p tengok Ice Magic Show"

Encik Suami pulak nak try outdoor theme park. Nampaknya tak ada rezeki dia petang ni....hujan turun selebat-lebatnya. Terus menuju ke 4D Movie Motion Master. Cerita yang ditayangkan "Haunted Mine". Masya-Allah...ramainya orang beratur. Bayangkanlah..dari mula kami masuk (lorong berliku tempat menunggu) hingga ke satu point yang tertulis "45 minutes from this point". Kami beratur dah lebih 15 minit. Penat berdiri...duduk atas lantai. Nak keluar pun tak boleh..nak tak nak beraturle lagi. Lagipun kat luar sana hujan...BUT...BERBALOI menunggu (walaupun movie tu 20 minit saja). Puas rasanya menikmati pengembaraan movie 4D ni. Real....si Abdul sulong siap menangis ketakutan.

Sempat lagi p buat Chair Massage tempat semalam. Si rambut pendek ni Ah Soo. Fuhh...tangan macam orang lelaki. 1st time try Chair Massage, terus jatuh cinta. Anim pun kebetulan sakit bahu, sakit pinggang...Chair Massage ni RM78 untuk 30 minit.  Head, shoulder, pinggang....lebih mahal, lebih umpph, lebih segar dari Foot Reflexology ...

 Gambar google

Jam 8.30 dah ada di Genting International Showroom di Genting Hotel. Show start jam 9 malam sharp.


Rasanya group kami je ada muka Melayu malam itu. 

 Gambar google

Seats kami hak kuning sebelah kanan (atas) tu. Punyalah jauh dari stage. Dah orang bagi tiket free, syukur ajalah. Bukan senang dapat tengok live. Selalu tengok Ice Magic Show dalam TV je. Harga tiket tingkat paling atas tu dalam RM55 (adult) dan RM30 (children).

Dikejauhan....no camera and video allowed


Nilah rupa sesetengah karakter Freeze show malam itu yang dipinjam dari google.

P/S Konon-konon nak sambung aktiviti outdoor game (pass valid sampai 1 pagi)..tapi dek disapu kedinginan Genting..mulalah menguap nak tidur. Kipas pun tak berani bukak. Sejukssssss...


Artikel berkaitan:

Lasting Memories@Genting Highlands Day 1

 3 hari sibuk dengan majlis kahwin...tiba masa untuk merehatkan badan. Kami ber3 ni sebenarnya "mengekori" Encik Suami yang bertraining di Genting Highlands. Wah...sudah 20 tahun Anim tak jejak kaki ke sini. Last p masa tengah berhoneymoon tahun 1991. So...segalanya dah berubah. Ini pun pengalaman pertama anak-anak. So...cerita Anim ni sesuaile untuk readers yang belum pernah tiba sini@1st time nak jejak GH.

 Jam 5 petang sudah tiba dan check in di Hotel First World. Hanya 1 beg yang diturunkan kerana baju-baju lain belum sempat dicuci. Kerepek dan kuih-muih kering ditinggalkan dalam kereta (eksyen le tu...konon2 kita makan je lah kat GH). Bukan apa...tak kuasa nak mencari sebab boot kereta sudah sendat dengan tong jeruk madu Pak Ali yang kosong dan segala macam benda yang diangkut..hihi. 

Nak beli 1 hari pas permainan tanpa had untuk hari ni rasa rugilah pulak . Bayar sekali je, boleh menaiki lebih 40 jenis permainan berulangkali  dalam sehari. Pujuk anak-anak, dalam usia abah dan Ummi ni, tak sanggup rasanya nak bertahan hingga 1 pagi. Tak pe..kita beli untuk esok. Dari pagi sampai malam pun tak apa.. Malam ni, kita bayar je tiket permainan indoor saja dalam First World yang kita nak...

Bagi chance Encik Suami layan anak-anak. Esok dia bertraining, giliran Anim pula...

Beratur untuk naik Rio Float....

 Kena pilih permainan sekeluarga...2 Abdul dah besar gedabak. Tak sesuai bermain carousel, hihi

Reindeer Cruiser...ok lagi. Ummi dan Abah ber2 masih ada tenaga untuk beratur...hihi

Hajat nak menaiki Venice Gondola tak kesampaian kerana ditutup...huhu...

Abah sudah kepenatan. Ada peluang berfoot reflexology....apalagi. RM50 untuk 30 minit..

 Anak-anak kena "umpan" buat aktiviti sebelah. Jangan pi mana-mana yaa....Ummi nak naik tingkat atas.

Bukan apa...cari cawangannya di tingkat 1. Privacy sikit...bukan kawasan orang lalu lalang.

Makan time. Of course, semua restoran bangsa depa. Ada tak ada...nilah selain Mc Dollah, Atuk Janggut Putih, Marry Coklat dan Pak Kenny. Harga?? Atas tanah tinggile katakan...so kena up le harga. Kalau atas gunung tak taule camna gamaknya. Sepatutnya harga dah berbeza kat bawah..tak payahlah service charge 10% dan tax pun customer kena bayar...

P/S Next time, kena bawa bekalan roti, biskut, Maggi Cup dan botol mineral kosong.


Artikel berkaitan: