Nikmat paling besar yang dicari setiap manusia dalam hidupnya ialah KETENANGAN.
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad ayat ke-28) .Rasulullah SAW bersabda:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).
Dalam kesibukan kita sehari-hari, Album Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun ini dapat membantu menenangkan kita sebaik berada dalam kereta. WAJIB ada nih. Penemuan album secara tidak sengaja di Kedai Buku Hasani, Sg Petani ini memberi impak besar dalam keluarga Anim bila anak-anak Anim begitu cepat dapat menyanyikan bait-bait zikir yang terdapat di album ini berbanding lagu Awan Nano (Hafiz jugak nama penyanyi!) yang depa nyanyikan sebelum ini.
Dalam usia sekarang, Anim bukanlah ambil tahu sangat tentang penyanyi muda la ni.Tahniah buat Hafiz, seorang komposer yang juga penyanyi nasyid kumpulan UNIC (2003) kerana menerbitkan album terapi ini. Yang bestnya pendengar boleh melanggan Nada Dering Pemanggil dari setiap lagu@zikir dalam album Hafiz ini. Dan pastinya Anim memilih my favourite song, LAWKANA BAINANA .
P/S Mengingati Allah merupakan suatu KEWAJIPAN...bukan suatu PILIHAN.
memang zikir itu penenang hati.... tenang dengan kehidupan ini....
BalasPadamtukar siaran lagu di radio dgn album ni....dek kerana alunan zikir terapi yang diperdengarkan...menenangkan.
BalasPadam