Home · About Me · Sitemap ·

Mimpi membawanya ke Mekah


Foto  ni tak ada kaitan dengan entry....

Seorang teman bernazar untuk ke Mekah seandainya penyakit yang ditanggungnya sembuh. Alhamdulillah, dengan izin Allah...setelah berubat, dia sihat seperti sediakala. Maka dia yang bakal ditemani oleh suaminya mendaftarkan diri untuk mengerjakan umrah melalui wakil syarikat pengurusan umrah yang dikenalinya.Bayaran deposit dijelaskan bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun dia diuji Allah sekali lagi apabila suaminya menghadapi satu masalah. Setelah dirujuk dengan ahli agama, suaminya dinasihatkan untuk menangguhkan pemergian tersebut sehinggalah masalahnya dapat diselesaikan. Teman ini buntu. Ini merupakan pemergiannya kali pertama. Takkanlah dia nak pergi seorang diri walaupun suaminya memberi keizinan.Setelah berfikir masak-masak, teman ini mengambil keputusan untuk turut menangguhkan pemergiannya. Dia bercadang untuk pergi bersama-sama suaminya apabila masalah yang dihadapi oleh suaminya itu selesai. Teman ini pun menelefon pihak syarikat untuk menyatakan keputusannya dan meminta semula wang deposit yang telah dibayar.

Teman ini kemudiannya telah bermimpi. Seseorang berjubah putih telah muncul dalam mimpinya dan bersungguh-sungguh meminta beliau meneruskan hajatnya ke Mekah. Dia tersedar dari tidur. Puas dia memikirkannya. Mungkinkah itu petunjuk untuk dia tetapkan hati menunaikan nazarnya ke Mekah. Benar, itulah hutangnya pada Allah yang perlu dibayar. Dia merujuk kepada ahli agama tentang mimpinya itu. Lalu dijawab oleh ahli agama tersebut, "Kalau dah sampai awak bermimpi disuruh ke Mekah, tunaikanlah nazar awak tu. Pergilah ke Mekah."

Anim faham kebimbangan teman ini. Anim hanya dapat nasihatkan dia supaya YAKIN yang Allah lah yang menjaganya sepanjang masa di sana. Kalau ditunda pemergiannya, belum pasti bila masalah yang dihadapi suaminya akan selesai walhal dia telah berjanji dengan Allah. 

Sedikit petikan dari buku Ketika Mulut Dikunci, Tangan dan Kaki Bersaksi oleh Mahmudin... 
 ~Dalam hidup, kita harus pandai memanfaatkan waktu. Kita harus menggunakan waktu untuk berbuat amal soleh sebanyak-banyaknya. Kita juga tidak boleh menunda kesempatan untuk berbuat baik. Berkaitan dengan hal ini, Ibnu Umar r.a berkata, "Jika kamu memasuki waktu petang, janganlah menunggu pagi. Bila kamu memasukki waktu pagi, maka janganlah menunggu datangnya petang". 

Ibrahim bin Adham r.a pernah ditanya. "Bagaimana kamu boleh bersikap zuhud terhadap dunia?"
Ia menjawab, "Aku boleh bersikap zuhud dengan 3 hal. Pertama, aku merasa resah bila melihat kubur, padahal tidak ada seorang pun yang menyertaiku. Kedua, aku melihat suatu jalan yang panjang, padahal aku tidak mempunyai bekal. Ketiga, aku melihat penguasa langit dan bumi bertindak sebagai hakim yang mengadili, padahal tidak ada seorang pun yang membelaku".

Teman, selama kita masih hidup, kita masih mempunyai kesempatan untuk memperbanyak amal ibadah dan meminta ampun segala dosa. Kesempatan itu tidak boleh disia-siakan kerana  menyesal kemudian tiada gunanya.  Al-Quran telah mengingatkan kita :

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu. Lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku hingga waktu terdekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan tergolong dalam orang-orang yang soleh?" (Al-Munafiqun: 10)

Syeikh Ahmad Atha'illah mengatakan, "Kekecewaan terbesar antara semua kekecewaan adalah ketika kamu melepaskan kesempatan begitu sahaja. Kekecewaan ini tidak berguna ketika di hari kiamat kelak kerana setiap manusia akan menerima balasan setimpal dengan amalnya di dunia"

Wallahu'alam.

P/S Waktu terus menerus berjalan. Boleh jadi kita meninggal dunia esok. Siapa yang mengetahui nasib kita esok?

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Mimpi membawanya ke Mekah"

  1. Dunia ini adalah jambatan untuk akhirat...ibadah tak smestinya berada di tikar sembahyang sepanjang hari...memberi makan pada sesiapa pun ibadah..tengok muka ibu bapa juga ibadah..buat ranting di jalan pun ibadah..bnyak peluang yang Allah bagi di dunia ini untuk mendapat keredhaanNya di akhirat

    BalasPadam
  2. terima kasih atas nasihat bermakna ni nekcik:))

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai