Home · About Me · Sitemap ·

Kecik-kecik dah rabun teruk..

First try guna "effect" dengan laptop baru.....amacam?

MATA....anugerah Allah SWT paling berharga. Kalau dah seusia Anim ni, p jumpa optometrist bukan suatu yang pelik. Bila nak masuk benang dalam jarum asyik melepas aja, bila tulisan yang dibaca melompat-lompat...bakal bermata 4 la gamaknya. Bagaimana pula kalau si mata rabun itu masih terlalu muda?

Seorang hamba Allah bermurah hati memberi bantuan cermin mata kepada murid-murid sekolah Anim yang tidak berkemampuan. Ibu bapa murid berkenaan yang layak kemudiannya diminta untuk membawa anak mereka ke mana-mana kedai cermin mata . Kos cermin mata itu akan ditanggung oleh Hamba Allah tersebut.

Beberapa hari kemudian, ibu salah seorang murid yang layak menerima bantuan cermin mata menemui guru yang bertanggungjawab menguruskan bantuan tersebut. Menurutnya, dia telah membawa anak perempuannya (8 tahun) ke sebuah kedai cermin mata. Malangnya diberitahu mereka tidak dapat menentukan "power" mata anaknya itu kerana rabun teruk. Lebih dari satu kedai cermin mata dia p. Semuanya memberikan jawapan yang sama.

Hamba Allah yang bermurah hati itu dihubungi. Kemudian, dia membawa murid terbabit bersama guru berkenaan ke sebuah klinik pakar mata di Sg.Petani. Jawapan yang diberikan doktor pakar mata amat mengejutkan. Murid perempuan ini mengalami kerabunan mata (rabun dekat) yang amat teruk dan biasanya dialami mereka yang sudah berusia. Hasil "siasatan" pakar mata itu...murid perempuan berusia 8 tahun ini mengalami STRESS yang amat teruk hingga membawa efek kepada matanya.

Hati Anim amat tersentuh dengan berita yang diterima. Tambahan pula dia adalah bekas anak murid Anim tahun lepas. Macamanalah Anim boleh terlepas pandang dalam perkara ini.. Perwatakannya ceria di sekolah, bajunya kemas dan bergosok rapi..namun bila diingat2 kembali, barulah tersedar sikapnya yang jarang menghabiskan kerja sekolah, tak berminat untuk membaca rupa-rupanya ada kaitan dengan masalah matanya.

Dan hati tambah tersentuh bila hasil siasatan mendapati ibubapanya telah berpisah dan dia kini tinggal bersama-sama ibu dan abangnya di rumah nendanya. Bagaimanakah kehidupannya sehari-hari, apakah yang berlaku pada anak ini yang membuatkannya STRESS? Semoga Allah melindungi anak ini.

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Kecik-kecik dah rabun teruk.."

  1. first time dengan cerita ni laa... ada juga disebabkan stress boleh menyebabkan rabun dekat.... biasanya kalau usia muda ni seperti kami suami isteri yg pakai cermin mata hanya mengalami rabun jauh....

    semoga Allah melipatgandakan rezeki hamba allah yang baik hati tu...

    BalasPadam
  2. Stress smpai rabun? Simpatinya...kesian dia..

    BalasPadam
  3. kazman_teringat cerita ibu mertuaku, p.ramlee jadi kassim selamat. menangis sampai buta. tu kami, para guru syak, budak ni banyak menangis kot.

    BalasPadam
  4. aine_macam tak percayakan? kami tak menolak kemungkinan dia banyak menangis (cam kassim selamat)...
    cuma kena pastikan sebab musababnya

    BalasPadam
  5. betul laa... banyak menangis kot...

    P/S: Terima kasih kerana memberi jawapan yang betul bersama ulasan yang penuh ilmu dalam entri kami...

    sebenarnya pun kami pening tak tahu nak jawab kat anak kenapa salah pada jawapan A bila di tanya...

    terasa cetek la sangat ilmu yg Allah pinjamkan kat diri ni...

    BalasPadam
  6. kazman_lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu sebenarnya....tu timbul "menuntut ilmu hingga ke liang lahad"

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai