Ada 3 pilihan Mee Kuah . Encik Suami memilih Mee Kuah Tulang Rusuk (RM8). Boleh tahan rasanya.
Mee Udang Kuala Muda ada 4 pilihan. Udang laut A @ B, udang bela dan udang kupas. Dek kerana ini kunjungan pertama...Anim dan Syawal pilih Mee Udang bela (RM8 ).
Overall...bolehlah dipuji dari segi penggunaan bahan masakan seperti yang diiklankan. Harap-harap berterusan hingga ke akhirnya...jangan masa awal2 pembukaan restoran sahaja. Komen jujur dari juri JJCM Sg Petani tak bertauliah ni, servis ada "cacat" sikit. Bukan sahaja makanan lewat sampai di meja pelanggan walaupun belum ramai pelanggan yang menunggu. Kesilapan menulis order sepatutnya tak berlaku. Kami ber4, takkan 3 pinggan sahaja tiba. Rupa-rupanya order untuk Anim tak ditulis. Hmmmm...udahnya lebih 45 minit berada di situ. Mungkin pelanggan boleh di"lekakan" seperti di restoran ini.
Harap ada perubahan kerana teringin juga nak merasa Laksa Udang Hjh Yasmin, Mee Kari Tulang Rusuk, Nasi Ayam Panggang dll tu. Sesetengah pelanggan ni sensitif sikit...mahal dari restoran lain consider lagi asalkan sedap, bersih dan SERVIS tip top. Kalau tak...alamat, angkat kaki lah....
P/S Kalau tersinggah SP, jemu makan ikan bakar...leh le mencuba restoran baru di Taman Ria ni pulak.
Belum ada komen untuk "Cuba restoran baru di SP"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai