Decide nak check out jam 11 pagi. Hotel First World ni mudah sangat. Pagi ada staff hotel mai bilik tanya bila check out. Lepas tu sebelum 12 tengahari...kita blah. Tak payah berurusan lagi di kaunter. Hotel ni masuk Guiness Book of Records pada 2006 ~ World's Largest Hotel (6118 rooms).
Singgah rumah adik di Rawang sekejap. Ada banyak faktor kena "berpatah balik". Biasalah, bila ramai2, sibuk2, kalut2 mesti ada yang tertinggal. Blaus la, seluarlah, bedak pun sekali. Tu pasal 3 hari dok Genting, satu benda tak calit. Natural, hihi...sib baik cuaca sejuk, tak berpeluh, berminyak muka! Emak pulak berkirim "duit jajan" untuk Uddin dan Syawal. Lepas mengira "salam seluk" , cucu-cucu pun tumpang semangkuk. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki Atok dan Nenek.
Namun, faktor yang lebih besar ialah........
3 hari dok makan tempat sejuk....nak cari nasi panas2. Hanya 3 anak saudara lelaki dan adik ipar join kami ke sini. Adik lelaki Anim berkerja.
Olehkerana hari ini kami yang belanja depa, maka I le tukang order dan boleh share harga food di restoran ini. Siakap Goreng Asam (RM38). Ikan digoreng rangup...ditabur kacang panjang kukus dan tauhu pok goreng.
Tauhu Kukus wajib order (RM6). Kombinasi rasa masin kicap bersama rangup bawang goreng..tu yang order 2 set.
Brokoli Udang ni RM18 sepinggan.
Sotong Goreng Rangup RM8 sepinggan.
Tomyam Seafood berkuah pekat ni (RM10) .
P/S Dah berusia ni...kena cari nasi panas jugak!
Belum ada komen untuk "Last day at Genting & Restoran Mohd Chan lagi"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai