Home · About Me · Sitemap ·

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53


SELAMAT HARI MERDEKA!!!! Selamat Ulangtahun ke 53, Malaysia. "1 Malaysia, Menjana Transformasi" Alhamdulillah, dah 2 tahun berturut-turut sambutan Hari Kemerdekaan di bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan. Tahun hadapan sambutan kemerdekaan mungkin dalam bulan Syawal. Selepas itu entah bilalah lagi agaknya kita jumpa sambutan kemerdekaan dalam bulan Ramadan...insya-Allah kalau umur panjang.

Dari pagi Anim tak keluar rumah. Duduk depan TV menyaksikan sambutan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, KL. Duduk-duduk sambil mengemas rumah. Aduhh...time mengemas ni, macam2 benda yang disangkakan hilang...ketemu semula. Gembiranya hati bila jam tangan Guess yang disangka hilang selama ini terletak elok dalam kocek beg sandang yang dah berbulan2 tersangkut di belakang pintu.

Si Abdul dan Encik Suami sewaktu Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 di Dataran Merdeka, 31 Ogos 2008


Si Abdul bertanya bila kami nak bawa dia melihat perbarisan kemerdekaan seperti dalam TV. Seingat Anim sekali saja dapat bawa dia secara live iaitu sewaktu dia berusia 7 tahun..2 tahun lalu di zaman Pak Lah.


Entah ingat ntah tidak waktu dia diheret Encik Suami untuk bergambar bersama Datuk Misbun Hj.Sidek, Tan Sri Lee Lam Thye, Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim dan Karam Singh Walia. Abah tu yang lebih2..huhu...

P/S  Adakah generasi muda sekarang memahami erti kemerdekaan sebenar? Anim cukup bersetuju kalau Sejarah dimasukkan semula ke dalam silibus . Tanpa sejarah, kita tidak dapat mengenal identiti seseorang dan asal usul sesebuah bangsa dan negara.

Artikel berkaitan:

Ajal Datang Menjemput


Waktu menulis n3 ini, umat Islam telah memasuki hari ke19 Ramadan. Alhamdulillah...Anim masih berkesempatan merasai Ramadan tahun ini. Tahun hadapan..tak tentu lagi. Masa beredar begitu pantas. Sedar tak sedar Syawal akan menjelang beberapa hari lagi. 


Setiap pagi Ahad, selepas assembly, tazkirah pendek oleh para ustaz dan ustazah akan diadakan di sekolah Anim. Alhamdulillah, program ini baik sekali kerana pada Anim, sesekali wajar kita diperingatkan. Maklumlah...kadangkala kita leka, lena dan alpa.

Hari ini Anim dikejutkan dengan berita dari Ustaz Akmal mengenai seorang guru dari sekolah berhampiran yang meninggal dunia mengejut dalam usia muda semalam. Pagi itu arwah begitu sihat menjalankan aktiviti di sekolah. Namun ajal menjemputnya ketika menunggu keretanya di tempat servis kereta. Dia meninggal dunia ketika duduk di kerusi di tempat berkenaan. Innalillahi wainnailahirojiun.

Tengok tu, Miss Choo dan Mr.Ramadas pun turut sama mendengar (tak de paksaan)

Pada suatu malam ketika seorang yang soleh sedang tidur maka dia telah bermimpi melihat malaikat maut. 
Maka dia telah bertanya: ” Wahai malaikat maut! berapakah lagi baki umurku untuk hidup?”. 
Maka malaikat maut telah menunjukkan isyarat dengan tangan dengan menunjuk 5 jarinya.
Maka dia bertanya lagi mengenai angka 5 tadi samada ia menunjukkan 5 tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari. 
Tiba-tiba sebelum malaikat maut itu menjawab soalannya maka dia telah terjaga dari tidurnya.
 
Untuk mengetahui jawapan mengenai mimpinya itu maka dia telah pergi menemui Ibnu Sirin yang merupakan seorang ulama’ yang hebat dalam ilmu tafsir mimpi. Dia bertanya Ibnu Sirin : “Sesungguhnya aku telah melihat malaikat maut dalam mimpiku dan aku telah bertanya kepadanya mengenai baki umurku. Malaikat maut itu telah mengisyaratkan kepadaku dengan menunjuk 5 jarinya dan aku tidak dapat tahu mengenai angka 5 yang diisyaratkan tadi samada 5  tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari. 

Mendengar soalan yang telah dikemukakan, maka Ibnu Sirin menjawab bahawa angka 5 itu bukanlah bermaksud 5 tahun atau 5 bulan atau 5 minggu atau pun 5 hari tetapi perkara yang hendak diberitahu oleh malaikat itu ialah berkenaan dengan soalan engkau yang merupakan salah satu daripada 5 perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah.

Perkara itu adalah sebagaimana firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman yang bermaksud :  Sesungguhnya di sisi Allah sahaja pengetahuan mengenai hari qiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dilakukannya esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Sumber : di sini)

P/S : Malaikat maut boleh bertamu bila-bila masa jika sudah sampai waktunya tanpa terlewat ataupun terawal walau sedetik. Mengingati mati sungguh menginsafkan.Lebih2 lagi bila yang pergi itu sahabat sendiri, yang pagi tadi masih sempat bergurau senda...


Artikel berkaitan:

Erti Sebuah Keikhlasan

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
 Situasi 1:-

"Nim, dah siap assignment? Kak tak dapat cari bahanlah. E-mel lah , please....nak compare"
"Belum siap lagi. Kak p lah cari buku "XYZ". Kat situ separuh isi assignment kita ada"
"Ala..Anim dah ada tu. Kak pinjamlah buku tu "
"Nantilah...saya tengah buat ni. Dah siap saya bagi".  

Dalam hati merungut. "Apalah kak Y ni. Kita sanggup turun KL cari buku kat Jln TAR. Bersengkang mata siang malam taip assignment. Senang2 je nak tengok buat perbandingan. Aaah..ada 2 buku aku beli. Aku bagi 1 sajalah". Bila keluar result coursework...."Anim,terima kasihlah. Akak dapat A." Anim????B+.
Ni kisah benar yang Anim lalui. Ya Allah...cepatnya Allah nak tunjukkan ketidakikhlasan Anim semasa memberi pinjam buku tersebut. Mulut kata ikhlas...tapi hati??? Benar...Allah SWT saja yang tahu keikhlasan kita.Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni kesilapan Anim. Benarlah, keikhlasan memerlukan keterpaksaan.


Situasi 2:- 
(Sumber :http://www.iluvislam.com/ )


 "Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. 

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


P/S Mulut kata lain.....hati kata lain. Ikhlas tak perlu diucapkan....

Artikel berkaitan:

Makaroni Sup Daging Kerbau

Balik dari tugas di Alor Setar, Encik Suami bawa balik sekilo daging kerbau . "Bukan senang nak jumpa daging kerbau tau. Beli kat Hutan Kampung ni". Bagi orang Utara, daging kerbau bukanlah pelik sangat berbanding kami ni di Johor (tak ada kerbau!!). Walaupun harganya murah sikit(RM18 sekilo) dari lembu tetapi mana nak jumpa daging kerbau di merata tempat. Payah!!! Kata geng bas sekolah, orang Utara suka guna daging kerbau untuk makan kenduri. (kenduri kahwin).

Setengah kilo daging kerbau itu Anim gunakan untuk Makaroni Sup yang pernah Anim publish resepinya sebelum ini (disini). Kali ini Anim sertakan cara buat sambal kicap stail MIL untuk dimakan bersama makaroni sup.

 Makaroni Sup Daging Kerbau

Sambal Kicap
15 batang cili padi
5 ulas bawang putih 
Cili padi (cabai burung kata org Kedah) digoreng sebentar dgn minyak sederhana. Tutup kuali dengan tudung periuk tau. Kalau tak...meletup2. Jaga2...jangan hangus.

Kalau rajin, tumbuk. Kalau malas, blend. Masuk semua bahan di atas, gula sedikit dan kicap manis. Blend la. Jangan tambah air. Guna kicap kipas Udang...memang kelas!!!! Versi MIL, ditambah air asam jawa dan gula merah menggantikan gula putih. Anim tak masukkan 2 bahan tu.


Ihsan dari Goggle

Teringat heboh2 tentang kekeliruan daging yang diimport dari India beberapa bulan lalu dan menjadi bahan hangat di media massa. Kecoh sangat2 sampai Bonda kat kampung pun pandai komen.
(adik beradik bersusun paku...dulu2 Bonda memang beli daging "kotak" untuk buat rendang atau kari untuk raya..tak mampu beli daging fresh)


P/S  Yang pastinya..susu dari kerbau tu lah merupakan bahan keju Mozarella.



Artikel berkaitan:

Nasi Ayam Kampung

Sepanjang bulan puasa ni, n3 Aneem berkisar fasal food sahaja. Tak pelah...setidak2nya resepi dari kitab lama Aneem boleh tersimpan di sini. Kitab berusia 20 tahun tu pun dah "lunyai" semacam. Dakwat pen (tulisan tangan) pun dah kabur... Juadah berbuka semalam...menggunakan baki ayam kampung yang ada dalam fridge.

--------------------------------------------------------

1 ekor ayam kampung ~ dipotong 8 (ikut suka) dibersihkan dan direbus bersama 1 batang kulit kayu manis, halia, 3 ulas bawang putih yang diketuk dan sedikit garam. Air rebusan di biarkan sejuk sedikit untuk bahan nasi ayam.


Bahan Nasi:
3 pot beras ~ dicuci dan toskan. Aneem guna beras basmathi
4 ulas bawang merah ~ hiris
1 ulas bawang putih ~ hiris
1" halia ~ hiris
4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu margerin
serbuk kunyit, garam, daun pandan

Bahan Ulam2an:
Tomato
Timun
Salad

Cara Buat Nasi Ayam:- Cairkan margerin atas kuali. Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris. Masukkan beras yang telah ditos kering. Tambah serbuk kunyit dan garam. Masukkan ke dalam periuk nasi eletrik. Masukkan 2 batang daun pandan disimpul. Masukkan air rebusan ayam ikut kesesuaian. Masuk garam secukup rasa.


Cara Buat Ayam Madu :- Ayam yang direbus tadi diangkat dan ditoskan. Masukkan ke dalam bekas. Perapkan bersama 6 sudu madu, 3 sudu kicap pekat, 4 sudu besar sos tiram. Perahkan sedikit air limau nipis. Dah perap lebih 30 minit, digoreng sekejap.(Jangan lama...)

Cara Buat Sos Cili :-  5 biji cili merah, 4 bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 tomato buah, air rebusan ayam, air asam jawa (ganti cuka), sedikit garam dan gula. Blend semua. Masukkan dalam periuk. Didihkan atas api (hubby tak suka makan "mentah"). Tambah sos cili dan sos tomato.Ikut tahan kepedasan anak2.


Cara Buat Sos Kicap :- Ketuk 2 ulas bawang putih. Goreng sekejap. Campurkan air perapan ayam tadi Tambah air rebusan. Kalau suka, tambah sos tiram untuk nampak pekat. Didihkan atas api jugak.


Cara Buat Sup :- Air rebusan tadi, tambah stok ayam. Tulang2 ayam..kaki, leher masukkan semula.Tabur bawang goreng dan daun sup+bawang




P/ S Jenuh menjawab pertanyaan anak2 waktu berbuka, "Sahur nanti makan apa, Ummi?" Bila tiba waktu sahur pulak, "Buka nanti, Ummi masak apa?". Hmmm..muka Ummi ni dah jadi muka dapur ek?...


 

Artikel berkaitan:

Laksa Johor

Sorrylah...gambar tak lawa. Si Abdul tolong hias dan snap!!!

Dek kerana plan nak masak laksam tergendala (tak ada tudung periuk), bahan2 yang ada sudah jadi Laksa Johor semalam. Tinggal tukar dengan spaghetti saja.

Bahan Kuah: (4-5 orang makan)
 
Spaghetti, direbus bersama garam +  1/2 sudu kecil minyak. Toskan.
3 ekor ikan kembung  ~ rebus dan ambil isi
1/2 ikan tenggiri ~ rebus dan ambil isi
12 ekor udang basah ~ rebus berasingan dan dikisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
2.5 cm halia ~ kisar
2.5 cm lengkuas ~ kisar
3 batang serai ~dititik
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan dari 1 biji kelapa (kisar bersama isi ikan)
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam keping
1/2 biji kelapa ~ kerisik. Anim guna 1 sudu kerisik segera
Garam

Cara :
 1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari (bancuh sedikit air). Kacau rata.
3. Masukkan serai, santan cair. Biar mendidih.
4. Masukkan udang kisar, udang kering kisar dan isi ikan yang dikisar bersama santan pekat. Tambah asam keping dan garam. Tambah kerisik.
5. Masak hingga kuah pekat

Bahan Ulam:
 
 
Tauge
Timun
Daun kesum dihiris
Limau kasturi
Lobak asin (optional)
Bawang besar (optional)
Sambal belacan

Cara Hiris Timun:

P/S Wonder...siapa cipta laksa nih sebab spaghetti mai dari Itali:-

Artikel berkaitan:

Kolak @ Pengat PK2

 
"Kolak" ialah nama jawa bagi pengat. Secara umumnya, pengat bererti kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah manis. Bubur? Tak sesuai sebab lebih cair. Tak tau nak bagi nama apa pada pengat nih. Pengat pisang+keledek+keladi =?. Pengat PK2...hahaha..boleh la kot. P=Pisang. K2= Keladi, Keledek. Selalunya pengat keledek dan keladi dimasukkan cha cha (macam cendul kaler2 tu)...tapi kali ni spesel sikit. Masuk pisang....

1 keladi ~ sederhana besar
1 keledek ~ sederhana besar
(dipotong dadu dan direbus + sedikit garam hingga empuk. Toskan)
6 batang pisang ~ Anim guna pisang nangka. Hiris tebal.
3 keping gula nira ~ yg bulat dipotong kecil
50 sen sagu biji ~ Anim guna separuh saja. Rendam kembang dan toskan.
RM1 santan pekat
Daun pandan, disimpul dan sedikit garam

Cara :
1. Cairkan gula nira bersama air di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Ketulan gula dah cair, masukkan pisang dahulu diikuti keledek dan keladi yang telah direbus.
4. Masukkan santan pekat. Dah mendidih masukkan sagu biji dan sedikit garam. (syarat je...)
5. Tutup api
6. Kombinasi manis keledek, masam pisang nangka dan rasa tawar keladi tu yang melengkapkan rasa antara satu sama lain.


P/S Favourite Encik Suami ni. Berulang2 dia makan...lepas terawih dan sahur nanti, mesti dia cari lagi kat dapur..

Artikel berkaitan:

Ayam Ungkep @ Ketumbar


Assalamualaikum wbt...

Hari ni memang gelabah. Mana taknya...dah plan nak buat laksam untuk berbuka petang ni. Tengahari di sekolah baru teringat,kat rumah takde tudung periuk aluminium tu. Semua bertudung kaca dan bertombol (periuk Vision dan Zebra)


Takkanlah nak beli periuk baru semata2 nak buat laksam (bulat bergulung tu). Cepat2 call Encik Suami. Tukar plan ke ayam kampung masak ketumbar dimakan bersama nasi impit.

Formula nasi impit buat sendiri senang. 1 pot beras = 3 pot air. Kemudian tambah 1 pot air. 

Anim buat 4 pot = 12 pot air + 1 pot air. (13 pot). Kena guna beras biasa , jangan guna beras wangi. Tambah secubit garam dan 2 titik minyak masak. 

Dah masak, tumbuk2 dengan lesung. Anim guna senduk kayu je. Keluarkan dan masuk bekas (kalau ada dulang lagi senang). Tekan-tekan, ratakan dengan senduk@plastik. 



Kerana sudah lewat petang, pasar dah tutup .Sudahnya dia p masuk kampung cari ayam, heeee....

Tuan punya ayam sanggup tolong sembelih 2 ekor ayam tu tapi tak sanggup proses.Sudahnya, cabut bulu dan proses sendirilah ya....


 AYAM MASAK  KETUMBAR

 12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2" halia
2" kunyit basah
2" lengkuas
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
(semua bahan di atas di kisar).
Attention : Ketumbar biji dan jintan kisar kering kalau takut tak lumat.
1 ekor ayam (ayam kampung la best)  ~ potong ikut suka
3 batang serai ~ dititik
Ubi kentang (optional)
Santan pekat RM1
Air asam jawa, garam 

Cara:
1. Bahan kisar boleh ditumis atau dimasukkan terus ke dalam kuali. Versi mak Anim, tak ditumis. Versi mak mertua, ditumis. Hari ini Anim tumis kerana Encik Suami yg nak makan. Nanti kata tak sama lak macam mak dia wat.

2. Kalau ditumis, tunggu naik bau baru masuk ayam. Campak serai, masukkan air dan tutup. Sebab tu nama dia "ungkep" yg bermakna tutup dengan tudung kuali ke periuk ke.Tunggulah ayam dah dekat nak empuk, masukkan ubi kentang. Tak masuk kentang pun tak apa.

3. Tiba part yg ini...ayam dah empuk, dah perisakan dengan garam dan air asam jawa..stop proses pun boleh.

Pilihan 1 : Tak payah letak santan. Arwah nenek suka masak sampai tahap ni saja. Yang ini dipanggil masak "ungkep" (tutup dengan tudung )


Pilihan 2 :Tambah santan. Tunggu mendidih. Bila berkuah begini...jadilah masak "ketumbar"

UPDATE : Untuk yang berkuah ni (masak ketumbar) boleh juga ditambah kerisik.

P/S 2 Abdul tak komplen apa2pun kecuali keluar statement..." macam dah raya je Ummi"..... 

Artikel berkaitan:

Rahsia Solat

Bersembang dengan Kak Lah...terpandang satu info menarik yang ditampal di mejanya. Dialah tempat rujuk Aneem jika ada masalah dan kemusykilan agama. Seronok juga dapat share dengan readers bulan2 puasa ni.

S
 Sumber Image : Halaqah Net


NIAT SEMBAHYANG ~ Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

BERDIRI BETUL ~ Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

TAKBIRATUL IHRAM ~ Sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur

FATIHAH ~ Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

RUKUK ~ Sebagai tikar kita di dalam kubur

IKTIDAL ~ Akan memberi minuman air dari Telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur

Sumber imej : Halaqah Net

SUJUD ~ Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

DUDUK ANTARA 2 SUJUD ~ Akan menaung panji-panji Nabi Muhammad SAW

DUDUK ANTARA 2 SUJUD (AKHIR) ~ Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mashyar

TAHIYAT AKHIR ~ Sebagai penjawab bagi setiap soalan yg dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur

SELAWAT NABI ~ Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

SALAM ~ Memelihara kita di dalam kubur

TERTIB ~ Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

P/S Jangan tinggal solat walau apa alasan...ingatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan

Artikel berkaitan:

Saintis Muda Mercun Tanah

Bulan puasa ni tak sah kalau tak dengar bunyi mercun selepas waktu berbuka @ selepas solat terawih. Walaupun begitu banyak operasi menyekat penyeludupan mercun dari negara jiran, masih ada lagi kedapatan orang menjual mercun. Sekarang, bazar Ramadan bukan hanya tempat menjual kuih muih dan juadah berbuka tetapi juga menjual mercun.


Harga pun melambung..Mercun pop 40 sen sekotak sebelum ni dah jadi RM1..


Bagi peluang mereka main selepas berbuka. Lepas main, kena ikut p masjid

Sewaktu bersembang dengan anak-anak Tahun 3 di sekolah, banyak cerita depa kongsikan. Depa ni kalau bab belajar...liat memanjang. Bagi kerja sekolah 3 ayat untuk disiapkan di rumah...esok pagi.ayat yang itu jugalah tak berubah-ubah. Bila berpeluang mencungkil aktiviti mereka selepas berbuka, membuatkan Anim ternganga..

1. Semua angkat tangan bila ditanya siapa main mercun.
2. Main bukan sebarang mercun.Meriam tanah..meriam tin.
3. Meriam tin dibuat sendiri. Beli kabaid RM5 di kedai Apek, Tikam Batu. Beli dengan ayah..huhuhu
4. Cari tin (milo) atau susu. Belakang tin kena buat lubang.
6. Cari minyak petrol, kayu panjang dan ayaq (air). Tin tu nanti tanam dalam tanah...
7. Bila ditanya tak takut ke putus jari, buta mata dan sebagainya. Langsung tak takut sebab mula main sejak umoq 4 tahun. Emak ayah pun tahu.
8. Alasan depa; mercun nak beli mahal. Dahlah tu...bunyi tak kuat. Beli kabaid RM5 boleh main banyak kali.
9. Meriam tanah buatan sendiri lagi power. Bunyi kuat...pow...pow...pow..kata depalah!

Aduh...luruh jantung Anim. Memang tak ada perasaan takut di wajah masing-masing. Begitu seronok, ceria dan bersemangat bercerita. 



P/S  Yang bersembang dengan Anim ni, anak-anak Tahun 3, umur 9 tahun...Hebat saintis kampung nih..Ya Allah..selamatkanlah anak-anak ini dari kecederaan akibat kelalaian...
 



Artikel berkaitan:

My Spaghetti Carbonara

Sejak hari pertama puasa 2 Abdul dah request spaghetti "putih" aka carbonara nih. Tapi mak abahnya ada kureng sikit makanan berkrim puasa2 ni. Tangguh punya tangguh...semalam dah climax bila si Abdul dah bersuara, "Bilalah Ummi nak masak spaghetti putih ni?"   Buat sikit saja dengan bahan2 xpress. cukup untuk 2 hero tu sebab Ummi dan abah nak makan nasi berlaukkan asam pedas pari untuk buka puasa ni. 

Cedok dari goggle sebab tertarik dengan persembahannya

Guna krim ready-made ni saja.

1/2 bungkus spaghetti ~ rebus bersama 1/2 sudu minyak dan secubit garam. Toskan.
1 tin carbonara cendawan ~  jenama Campbell, tin biru
1/2 labu bawang besar ~ didadu
1 bawang putih ~ tumbuk lumat
2 keping isi ayam ~ kisar dalam food processor. Hiris nipis pun boleh.
1/2 tin cendawan butang ~ hiris 
lada sulah , garam

 Cara :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun, (kalau ada le)
2. Dah layu, masukkan isi ayam. Masak sebentar.
3. Masukkan sedikit air, carbonara mushroom, cendawan hiris. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
4. Nak tambah Nestle cream segar pun boleh. Sebab tak ada dalam fridge, Anim tak letak.
5. Senangkan???

Nilah rupa  sauce carbonara yang menjadi hidangan berbuka puasa 2 Abdul malam tadi.

P/S Nak ganti ayam dengan daging pun boleh..

Artikel berkaitan:

Cek Mek Molek

Petang semalam buat cek mek molek untuk berbuka. Baru ni sempat post n3. Kuih ni kuih tradisional orang Kelantan dan Terengganu. Dah lah senang nak buat, sedap pula dimakan tambah2 bila gula di dalamnya "mencair" keluar bila digigit. Nyum...nyum....


Ubi keledek ~ direbus dengan sedikit garam hingga empuk
Tepung gandum ~ jangan banyak sangat. Untuk elak keledek "pecah" masa goreng
Gula pasir

Lenyek keledek. Masukkan tepung. Gaul rata. Bulat2kan.

Bulatkan satu adunan kecil. Bentukkan adunan untuk diisi gula pasir. Isikan dalam setengah sudu gula (bergantung pada saiz doh). Katupkan semula. Buat bentuk bujur

P/S Ikut pengalaman buat kuih ni, dah buat kena terus goreng, Jangan tunggu lama2 sebab nanti gula dia keluar.

Artikel berkaitan:

Cari Cicak Tokek

Masuk ke kelas yg satu ni (kelas hujung) selepas rehat, nampak beberapa muka hero-hero familiar tak ada di dalam kelas.

Bila ditanya ke mana mereka semua, jawab yang lain, tak mai. Bulan puasa, apa yang di buat di rumah agaknya. Kawan-kawan yang ada kata, depa cari duit raya.

Ish, tolong emak buat kuih kaa? Terkejut besar bila diberitahu, mereka p cari cicak merah. Anim mengusik yang lain, kalau nak seringgit seekor, mailah rumah Anim.Banyak cicak yang boleh dilastik.

Depa kata, bukan sebarang cicak.Ini cicak besar, bila jual dapat ribu-ribu ringgit..hoho

 Nilah rupa cicak tokek yang dicari agaknya

Ia dikatakan mampu mengubat penyakit AIDS/HIV (di sini).

Aduhai....sanggup ponteng sekolah kerana mengejar habuan $$$$$. Tu baru kelas Tahun 3. Hmm..nilah pengalaman pertama yang dihadapi mengajar kampung. Sekolah2 sebelum ni berhadapan murid ponteng sekolah merayap di shopping complex. Kali ni...ponteng sekolah masuk hutan.

Agak-agaknya kalau dapat saiz "anak" atau "cucu" cicak tokek ni, boleh dijual ke? Tapi di jawab oleh 2,3 budak lelaki dalam kelas tu..depa ada bela di rumah. Bila dah besar nanti, baru dijual.Itu macam kaa?

P/S Depa dah bela cicak pulak nooo. Kena letak padlock macam kat Restoran Hussin Nasi Kandar. Pasang padlock pada akuarium ikan Arowana nya...

Artikel berkaitan:

Makan Sahur Hari ke7


Masuk hari ke 7, masing-masing dah semacam di meja makan. Semalam, makan nasi berlaukkan ikan dan sayur, sikit saja dicuit. si Abdul kecil saja yang laju..dia ni tolak batu dan kayu. 

Nasi tomato dan ayam masak merah ada berbaki lagi. Jam 4.30 bangun, panaskan semua dan hidang di meja makan. Si Abdul kecil, macam biasa, basuh muka, basuh tangan..terus duduk di meja makan. Anim tak ada masalah dengan sorang ni. Encik Suami dan si Abdul sulung??? Termenung di meja makan..Tak lalu la tu. 

 Roti canai untuk sahur

Berubah muka mereka...nampak bersemangat nak bersahur. "Tengok ni, pagi2 Ummi dah mencanai roti. "   ..Iyalah tu Ummi..tak adanya nak bangun pagi menebar roti canai. Anim guna yg express je lah. Kuah dalca juadah berbuka semalam jadi pencicahnya..Hmmm...5 keping selesai juga sebelum azan Suboh.

Jenama Kawan ni memang superbbbb!!!...promosi percuma. Makan kosong saja pun dah sedap.

P/S Antara hikmah bersahur : membantu menghilangkan amarah akibat perasaan lapar

Artikel berkaitan:

Keladi Goreng


Sebut nama keladi, macam2 perkataan yg boleh dikaitkan dengan keladi.

Tua-tua keladi, makin tua makin menjadi. Makin kubur kata mari....makin tak sedar diri. Lagi???

Ibarat menyiram air di daun keladi.Ibarat menegur si perokok. Letaklah gambar mengerikan di kotak rokok tu, naikkanlah harga rokok, kuarkan fatwa haram merokok, hmmm..dah tak makan nasihat.

Satu lagi..terima kasih daun keladi. Kalau boleh, berilah lagi. Beri apa??? Harap2 bonus tahun ini (utk Pak Najib kita!! Jauh ni nak balik raya..duit tol, duit minyak, duit makan2, duit jajan, duit hulur kat mak, kat adik, kat anak2 sedara..takkan bawa balik angin utara saja.)

Favourite Encik Suami ialah keladi goreng. Tak kisahlah sama ada digaul dengan garam, bawang putih yang ditumbuk bersama bawang merah dan digoreng atau digoreng bertepung seperti pisang goreng. Kemudian, dicicah dengan sambal kicap.Masalahnya... mana nak cari keladi macam di Johor? Dek kerana lama tak menjamah, bulan2 posa ni teringin pulak dia rupanya. Pulang dari pasar malam,(Anim sedang menyiapkan Nasi Tomato) sibuk pulak dia mengupas keladi dan dipotong-potong,

Rupa-rupanya dia berhajat nak makan goreng keladi bercicahkan sambal kicap untuk berbuka. Bila ditanya kenapa lain rupa keladi yang dibeli, terkejut bila diberitahu harganya RM5 sekilo (kat Johor baru RN3). Dan tambahnya, keladi di Kedah sesuai untuk asam rebus dan pengat.


Nilah keladi bumi Kedah yang digoreng ..Rasanya agak tawar berbanding keladi di bumi Johor. Tak dapat rotan, akar pun berguna. Hidangan untuk berbuka dan kudapan balik bertarawih di Masjid Taman Keladi, Sg.Petani malam tadi.  (elok sangatlah tu!!)

P/S  Teringat sambal sulur keladi Bonda. Sedapnya.....

Artikel berkaitan:

Nasi Tomato Versiku..

Versi Nasi Tomato Anim ni ala2 Nasi Ayam cuma kaler jadi merah. Resepi Nasi Tomato yang lama tersimpan ni, dah Anim alter sikit utk kesesuaian .


Bahan Nasi :
3 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair ~ Anim tukar dengan air rebusan ayam (elak muak)
1 labu bwg besar  dihiris ~ Anim guna 1/2 labu
3 ulas bawang putih , dikisar
3 cm halia dikisar
4 sudu makan tomato puree@1/2 botol tomato sos
1 senduk minyak sapi  utk menumis (Anim guna margerin)
3 kuntum bunga cengkih    
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis            
1/2 cawan bawang goreng (Anim masukkan bawang merah hiris 3 ulas)
secukup gajus goreng ~ Anim tak masukkan
garam

Cara Asal:

1. Tumis b.cengkih, b.pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan bawang putih dan halia kisar ,.Tumis hingga garing. Masuk pula tomato puree/tomato sos.
3. Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam. Masukkan beras (cuci dan tos), bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata.
4. Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.

Versi Anim:
1. Di dalam kuali, tumis bahan2 dengan margerin. Kemudian Anim masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan.(macam digoreng cuma minyak tak banyak)
2. Masukkan tomato puree . Tambah sedikit garam . Matikan api.
3. Alihkan ke rice cooker. Masukkan air , air rebusan ayam dan daun pandan. Kacau rata. Tunggu hingga masak. Hidangkan bersama Ayam Masak Merah dan Dalca.


Bahan Ayam Masak Merah:
 1/2 ekor ayam, potong kecil
15 lada kering + 1 labu bwg besar + 2 ulas bwg putih~ diblender
bawang goreng
5 sudu makan sos tomato ~ agak2
gula, garam secukup rasa 

 1. Ayam dilumur serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak. 
2. Tumis bahan blender hingga naik bau dan elok masak rempahnya.
3. Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam dan gula. Gaul rata. Lastly masukkan ayam hingga kuah pekat dan mendidih.



Bahan Dalca:
150g daging ~ potong kecil2
 1 cawan kacang dal (rendam sekejap )

Rebus kacang dal bersama daging sehingga keduanya masak dan empuk di dalam periuk.


1 batang carrot                                
2 biji ubi kentang
1/2 batang terung panjang        
1 biji tomato
 5 batang kacang panjang (kacang buncis pun leh)        

Apabila daging + kacang dal sudah empuk, masukkan kentang dan carrot. Elok empuknya barulah masukkan terung, kacang panjang dan tomato.

Bahan rempah :
1 labu bawang besar + 2 ulas bawang putih + 2cm halia dikisar.
Kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
4 sudu makan rempah kari daging
Air asam jawa, garam dan minyak menumis.

1. Dalam kuali berasingan, tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, diikuti bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging (bancuh dgn air asam ) . Tumis hingga masak.
3. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan sayur2an. Kacau sebati.
4. Masukkan santan . Rasa garamnya dan masak hingga mendidih.

P/S Kalau guna beras biasa, kena ubah sukatan air kerana beras basmathi tak "  takut"   air.

Artikel berkaitan:

Puding Laici


Hari ini buat puding laici pulak untuk 2 Abdul. Puasa2 ni memang laku betul laici. Masuk dalam bekas kecil, senang dimakan dan senang disimpan dalam fridge. Cedok resepi kat tenet lama dulu.


1 paket agar-agar (28g)
6 gelas air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin...isi dikisar/cincang sedikit
1 tin laici (optional) ...utk hiasan atas

Cara : 
~ Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. Tapiskan dalam bekas lain.
~ Masukkan isi laici kisar, air laici dan susu cair.

Tuang dalam acuan. Olehkerana puding ni lembut sedikit, senang masuk acuan kecil sebab kena guna sudu masa makan. Bukan keras macam agar2 biasa. Dah hampir2 nak keras, letaklah buah laici atas puding. Ikutla banyak mana. (macam gambar kat atas). Sejukkan lagi best.

Dapat dalam 15 bekas untuk adunan di atas

P/S Seronok jadi budak2 bulan puasa ni...teringin di tekak, ummi dan abah tak sampai hati tak tunaikan.



Artikel berkaitan:

Kawan baru 2 Abdul


Sejak ketiadaan Bella (sini) menjadi teman 2 Abdul, depa "mati kutu" di rumah bila duduk2 menonton TV. Bella lah yg menjadi teman untuk dibelai2 sementara mata terpaku di TV. Sekarang...mereka telah temui pengganti walaupun bukan "hak sendiri".


Nilah Si Belang..kucing baka tempatan yg selalu bertandang ke rumah kami. Actually, dia ni kucing jiran sebelah rumah. Makanan yang diberi jiran , dalam tin. Tetapi dah genetik tempatan (kampung) agaknya...bila Encik Suami beri makan pada angsa2 kami..ikan atau keropok, dia dengan selamba masuk ke dalam kawasan berpagar angsa itu dan menikmati hidangannya di sana.

Apalagi.."bising" juga lah angsa2 itu...penceroboh...... penceroboh agaknya.. Kekadang, dia mengejar cicak mengkarung... dijinjingnya ke sana ke mari.. Haaa, bestlah dapat teman macam Belang ni kan? Sesekali mai rumah kita, time makan dan berehat balik rumah tuannya.

Ni pulak kawan terbaru mereka. Anis, yang tinggal selang 2 pintu dari rumah kami. Kucing parsi yang sering didukungnya itu...jadi teman rindu 2 Abdul kepada Bella.

P/S Kerap berpindah memang dapat ramai kawan baru, tapi kawan lama tidak dilupa.

Artikel berkaitan:

Pokok Betik Jantan


Ingat manusia dan haiwan saja ke ada betina ada jantan??  Buah-buahan pun ada tau.. Inilah rupa pokok betik jantan. Gambar pokok betik jantan ni diambil sewaktu ke Yan tempohari.

" Mana abah tahu, ini betik jantan?"   soalan Anim kepada Encik Suami persis budak sekolah bertanya gurunya. " Bunganya panjang-panjang .. dah boleh kenal,"  

Apa yang membezakan pokok betik jantan dan betik betina?

Kata orang...pokok betik betina, bunganya melekat dekat dengan pokok manakala  bunga betik jantan pula  jauh melayut ke bawah dan tak berbuah. Kalau ada buah pun buahnya kecil-kecil saja

Carian google

Bila bertanya kawan-kawan Kedah, rata-rata mengatakan bunga betik jantan sedap dibuat ulam dan kerabu. Ada yang kata elok untuk tambah selera makan. " Ramas dulu dengan garam untuk hilangkan rasa pahit."

Nilah pertama kali dengar sebab Encik Suami kata, kat kampung dulu, kalau tahu itu pokok betik jantan...memang awal-awal lagi dah jadi arwah...kena tebang daa...


P/S Senang cakap...pokok jantan ni berbunga tapi tak berbuah

Artikel berkaitan:

Wanton (Wantan) Goreng

Hari ni plan tak nak beli kuih di Bazar Ramadan. Nak buat sendiri. Teringat kuih2 semalam yg tak habis dimakan. Tak ralat sangat sebab sepanjang Ramadan ni, Encik Suami tak membeli dedak untuk angsa2 kami tu. Angsa2 yg ada tu lah yg menghabiskan lauk pauk, kuih muih yang kami tak habis makan..

Resepi wantan ni Anim dapat dari channel Astro 703 Asia Food Channel. Tukang masak dia Chinese lady, lupa namanya. Dia buat 2 jenis. Satu berkuah sup dan satu lagi bergoreng. Semua bahannya sama. Hari ini Anim nak buat yg bergoreng. Sesuai untuk anak2 Anim yg berpuasa ni.

Wanton pastry
10 ekor udang sebesar ibu jari  - kupas kulit
1 isi ayam sebesar tapak tangan
sedikit daun sup
serbuk lada sulah, garam
(Resepi asal ada sesame oil ~ minyak bijan. Tapi memikirkan jarang2 Anim nak guna, beli pun membazir..tak masukkan sesame oil  dalam resepi ini)
Untuk bahan2 di atas, Anim dapat 30 biji wantan goreng.

 Semua campak dalam food processor. Garam dan lada sulah sekali. Senang banget sih....

  
Step 1 : Basahkan setiap penjuru pastry dengan air ( air biasa jek..wat gam)
Step 2: Sudukan sedikit adunan dan letak ditengah2 pastry
Step 3 : Bentukkan ikut kreativiti masing2. Jangan ada yg "terbuka"..masuk minyak nanti kalau digoreng. 
Goreng terendam..cicah dengan sos cili

 
Tengok tu...2 Abdul pun pandai membentuk wanton..kreativiti sendiri.

Artikel berkaitan:

Menu Johor

Hari ni sudah hari ke4 berpuasa. Baru hari ini berkesempatan update blog. Sibuk masak sahur, sibuk masak untuk berbuka...dan sibuk menghadapi peperiksaan final semester Mei. Dua paper dari jam 9 pagi-12.10 tengahari dan satu paper lagi 3 ptg -6.10 petang dalam sehari (tersengguk2 mengantuk dalam bilik exam) menyebabkan semalam Anim mencari lauk berbuka di Bazar Ramadan Taman Ria Jaya..

Menu ikan bakar, ayam percik, asam rebus keladi dan sambal paru+ tempe serta 5 jenis kuih muih lagi banyak berbaki di atas meja. Berselera sewaktu membeli tetapi bila tiba tang makan....sikit saja yg disentuh. Kalau nak beri 3 Abdul makan bersungguh2...kenalah memasak walaupun menunya simple saja. Selalunya, Encik Suami request makanan Johor. "Bazar Ramadhan Sg Petani tak ada masakan Johor..."  itu alasannya. Maka, 1st day tempohari, menu Lontong+Lodeh+Rendang Daging menjadi menu berbuka kami.

Ambil dari google

2nd day, dek kerana nasi himpit yg Anim buat sendiri (lembut nasinya) banyak lagi, maka keluarlah menu Soto Ayam + Begedil pulak dah...


Cerita fasal begedil (sesetengah negeri sebut pegedil)..Senang dan mudahnya buat begedil dengan food processor. (Versi express Anim...)

200g daging yang direbus sekejap (hilangkan darahnya)
3 biji ubi kentang, dipotong 4 dan digoreng sebentar
daun sup, bawang goreng
Kesemua bahan di atas dimasukkan ke dalam food processor, tambah garam dan lada sulah.
Tadaaa....siap untuk dibulat2kan dan digoreng. (Celup dalam telur + secubit garam yg telah dipukul )



Artikel berkaitan:

Gulai Sembilang@Sg.Pial

Selesai urusan shopping baju Melayu untuk 2 Abdul (dan Bapak Abdul) serta sepasang baju kurung bermanik sedondon warna untuk Anim di Lagenda Heights, perut mula menunjukkan tanda2 minta diisi. Masa shopping, tak rasa lapar pulak.Ikan bakar? No, no, no... Nasi kandar? No, no, no...Western food? Lagila no, no, no, no... ""

 
Kalau teringin makan gulai, sinilah tempat dituju. Di Sg.Pial, on the way ke Tanjung Dawai. Gulai sembilang yang dicari...kalau tak ada sembilang, kami angkat kaki.

Kedai makan dari pandangan luar, sederhana rupanya. Orang??? Memang ramai. Tapi bila dah duduk sini, baru tau macamana sibuknya toke kedai dan pekerjanya..hingga "berlari2" hantar nasi. Satu syarat, kena sabar menunggu sebab ibarat "restoran tomyam thai"...semua panas2 belaka, ikut order. Ikan sembilang pun kena timbang dulu..so, harga ikut pasaran laa..

TQ pada Encik Suami yang sporting ambil gambar ni kat dapur kedai makan. Hahaha...toke dia turut memasak tau...


Nilah tarikan hidangan yg menambat hati Anim. Kalau di Johor, sembilang dimasak asam pedas. Kat sini...gulai sembilang dalam periuk tanah . Istimewanya gulai ni, tak guna santan. Kuah boleh dihirup tanpa risau .Tuannya beritahu kami dulu (ini kali ke 3, Anim ke sini dgn anak2), rempah yang digunakan dibuat sendiri. 2 kepala sembilang tu milik Anim dan si Abdul kecil.


Ikan sembilang saiz kecil sikit digoreng panas2. Sedap pulak ikan sembilang goreng walaupun hanya digaul rempah kari, kunyit dan garam sahaja.

 
On the way pulang ke SP, ternampak buah ini bergantungan di tepi jalan. Perlahankan kenderaan, nak kata rambai bukan rambai, rupa iras buah cermai. Buah jentik katanya. Sesuai untuk orang  darah tinggi, ye ke? Buah hutan agaknya kot. Boleh tahan mahal . RM6 satu ikat. Mmmmm....mula2 rasa manis, kemudian masammmmm.

 
Nilah rupa isinya. Senang dikopek. 2 Abdul minta dibelikan. Bak kata pakcik yg menjual ni, "Kat KL tak jumpa buah ni.."   Hmmm....mesti ingat Anim ni pelancong dari KL .

P/S Kedai makan gulai sembilang ni ditutup sepanjang bulan Ramadhan .

Artikel berkaitan: