Home · About Me · Sitemap ·

Nasi Ayam Kampung

Sepanjang bulan puasa ni, n3 Aneem berkisar fasal food sahaja. Tak pelah...setidak2nya resepi dari kitab lama Aneem boleh tersimpan di sini. Kitab berusia 20 tahun tu pun dah "lunyai" semacam. Dakwat pen (tulisan tangan) pun dah kabur... Juadah berbuka semalam...menggunakan baki ayam kampung yang ada dalam fridge.

--------------------------------------------------------

1 ekor ayam kampung ~ dipotong 8 (ikut suka) dibersihkan dan direbus bersama 1 batang kulit kayu manis, halia, 3 ulas bawang putih yang diketuk dan sedikit garam. Air rebusan di biarkan sejuk sedikit untuk bahan nasi ayam.


Bahan Nasi:
3 pot beras ~ dicuci dan toskan. Aneem guna beras basmathi
4 ulas bawang merah ~ hiris
1 ulas bawang putih ~ hiris
1" halia ~ hiris
4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu margerin
serbuk kunyit, garam, daun pandan

Bahan Ulam2an:
Tomato
Timun
Salad

Cara Buat Nasi Ayam:- Cairkan margerin atas kuali. Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris. Masukkan beras yang telah ditos kering. Tambah serbuk kunyit dan garam. Masukkan ke dalam periuk nasi eletrik. Masukkan 2 batang daun pandan disimpul. Masukkan air rebusan ayam ikut kesesuaian. Masuk garam secukup rasa.


Cara Buat Ayam Madu :- Ayam yang direbus tadi diangkat dan ditoskan. Masukkan ke dalam bekas. Perapkan bersama 6 sudu madu, 3 sudu kicap pekat, 4 sudu besar sos tiram. Perahkan sedikit air limau nipis. Dah perap lebih 30 minit, digoreng sekejap.(Jangan lama...)

Cara Buat Sos Cili :-  5 biji cili merah, 4 bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 tomato buah, air rebusan ayam, air asam jawa (ganti cuka), sedikit garam dan gula. Blend semua. Masukkan dalam periuk. Didihkan atas api (hubby tak suka makan "mentah"). Tambah sos cili dan sos tomato.Ikut tahan kepedasan anak2.


Cara Buat Sos Kicap :- Ketuk 2 ulas bawang putih. Goreng sekejap. Campurkan air perapan ayam tadi Tambah air rebusan. Kalau suka, tambah sos tiram untuk nampak pekat. Didihkan atas api jugak.


Cara Buat Sup :- Air rebusan tadi, tambah stok ayam. Tulang2 ayam..kaki, leher masukkan semula.Tabur bawang goreng dan daun sup+bawang




P/ S Jenuh menjawab pertanyaan anak2 waktu berbuka, "Sahur nanti makan apa, Ummi?" Bila tiba waktu sahur pulak, "Buka nanti, Ummi masak apa?". Hmmm..muka Ummi ni dah jadi muka dapur ek?...


 

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Nasi Ayam Kampung"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai