Haah...dah bertelur? Usia
itik-itik (2 betina, 1 jantan) kami baru menjangkau usia 4-5 bulan
.
Ish...tak nampak mengawan pun?
"Kenapa ambik telur-telur ni. Tak nak bagi menetas dulu ke? Tak nak tunggu cucu sulung lahir"
"Ini telur dia belum mengawan. Tak jadi nih. Tak boleh menetas jadi anak!"
Aduh....pening dengar jawapan Encik Suami. Kalau tak mengawan, mana boleh keluar telur?
"Laa, macam manusia jugak. Perempuan kan mengeluarkan telur. Itik pun sama jugak." tambahnya lagi bila Anim menunjukkan aksi tak faham.
"Si jantan tu tak reti lagi nak mengawan. Si betina yang besar ni ajar. Kalau dah reti, dia mengawan dan bertelur...barulah kita biarkan dia mengeram sendiri."
Memang layak Encik Suami jadi pegawai pertanian.
Dari 15 biji telur itik yang dikutip..satu biji saja yang ditinggalkan semula di bawah pohon mata kucing itu...
"Tak boleh ambik semua. Nanti si betina ni merajuk tak nak bertelur lagi kalau dia tengok telur dia tak ada" Hmmmm...gitu kaaa???
Anim masak sekati garam kasar di dalam periuk berisi air. Biarkan sehingga suam-suam kuku @ sejuk. Barulah masukkan telur itik tadi. Rendamlah dalam seminggu untuk dibuat telur asin. Best...best...makan hasil dari ternakan yang dipelihara! Tak payahlah beli telur itik lagi di market.
P/S Harga telur itik (mentah) di pasar SP sudah naik 60 sen sebiji. Ok lagilah kalau dibandingkan di Johor..sehingga RM1 sebiji kerana orang Johor gunakan telur itik asin untuk bunga pohor pengantin. Tak de lagi dah telur ayam rebus....
btol ke itik betina bole bertelur walaupun xda jantan???
BalasPadamada org gtau sy mcm tuh..huhu
betul cahaya...
BalasPadamikut hukum alam, setiap betina akan bertelur tanpa jantan..
tapi tidak boleh menetas..
SAYA ADA MENTERNAK ITIK TELUR. MEMANG BENAR. TANPA JANTANPUN ITIK BETNA BOLEH BERTELUR SENDIRI.
BalasPadamtq...sudah terang lagi bersuluh..
BalasPadambaru 2 hari yang lepas itik betina adik saya bertelur tanpa itik jantan. mula2 tu rasa x percaya & rasa pelek, tapi lepas cari info kt internet, fuh.. lega :)
BalasPadam