Pagi2 Jumaat, nak cerita fasal kuku. Nampak link yang dihantar sepupu di fb tentang kuku. Kuku walaupun tak hidup tapi boleh memanjang (
camna ni..pening) Iyalah...macam rambut jugak. Dipotong tak sakit.
Tapi kalau dicabut kuku...alamat meraunglah..Menarik info ini untuk dikongsi. Tengok tu...dah 4 dekad hidup...barulah tahu nak potong kuku pun ada urutan atau tertibnya. Bukan main belasah aja (
popular word!) . Sebab Anim bukannya kidal, jadi memotong kuku selalu mula dengan kuku di tangan kiri (
apalah teruknya cikgu nih!!).
Kalau tak betul cara potong kuku atau kurang jaga kebersihan atau pakai kasut sempit...hati-hati nanti kuku kena penyakit cengkam atau cagu.
Sakitlah apa lak tak sakit. Tambah2 bila kuku bernanah dan mengeluarkan aroma yang tidak menyenangkan..(
bau kari lagi sedap!!!) .Nak ubat kuku bercagu??? Pergi kat (
sini). Macam2 petua moden dan tradisional dia bagi. Ikutlah mana nak guna..
Camna dengan kuku mudah patah? Mana taknya, nak buka tin biskut pun dengan kuku. Malas cari sudu nak umpil. Kuku juga mudah patah kalau terlalu kering atau terlalu lembab. Pendekata..
yang sedang2 saja... Penyelesaian bagi yang kerjanya bertemankan air..cepat2lah lap kuku lepas buat kerja. Yang terlalu kering? Ni ditujukan khas buat anda yang bertemankan airconditioned 24 jam. Kena sapu lotion selalu.
Kalau bercadang nak jadi popular dan tersenarai nama di Guiness World Record, ikutlah jejak langkah makcik di atas nih. Camnalah gamaknya dia nak mencebok..ooopss..calar balar dibuatnya. Macam2 aksi pelik manusia. Benda yang menyusahkan...itu yang dia suka nak buat!!!
Jumpa decorated nail ni kat google. Kalaulah fesyen kuku jari ditatah berlian betul jadi ikutan remaja dan muda mudi kita..alamat ramailah anak dara kita tak ada jari masa nak sarung cincin kahwin. Habis dicantas si perompak!!!
P/S Suam-suam kuku bermaksud tidak panas hangat. Sampai sekarang masih tak faham dari mana datangnya idea ini. Try dah buat experiment..masih tak ditemui jawapannya.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Kuku Oh Kuku"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai