Home · About Me · Sitemap ·

Bertemu empat mata akhirnya..

Assalamualaikum warohmatullah...

Anim memenuhi satu undangan perkahwinan yang dihantar melalui WhatsApp di Jeniang, Gurun. Sebenarnya, yang mengundang tak pernah bertentang mata mahupun mendengar suara Anim.

Alhamdulillah, Encik Suami setuju ikut sekali (suke..suke, boleh jadi cameraman tak bergaji). Begitu juga dengan si Abdul sulung walaupun asyik bertanya, macamana kami berjumpa. Anim buka balik kisah "pertemuan" kami (di sini).

Sebaik tiba dan "mengesahkan" rumah pengantin (bertanya tetamu yang baru balik), Anim menuju ke arahnya. Hallo, tengok pakaian, sapa pun tahu yang mana satu pengantin.

Saja nak suprisekan pengantin. Namun, belum sempat menyapa lagi, dari jauh dia sudah dapat meneka "Kak Anim kan?"

Dah minta izin upload gambar tapi kena blur kan:))

Anim diperkenalkan kepada ahli keluarganya.."kawan maya".  Kalau orang lihat kami bersembang, macam dah kenal lama. Mana taknya, ibu pengantin kata wajah Anim menyerupai wajah kerabat mereka. Tapi rata-rata mereka anak Mami. Eerrr..Makcik, saya orang Jawa Johor, hidung pesek ni, heee.

Siapa sangkakan...hajat untuk bertemu sudah diungkapkan dua tahun lalu. Akhirnya kami bertemu di hari bahagianya..

P/S Semoga ukhwah kami berpanjangan.

Artikel berkaitan:

Ganjaran


Assalamualaikum warohmatullah...

Jam 9.29, malam kelmarin terima WA dari ibu anak murid Anim di kelas Tahun 2. Terkejut bila diberitahu...Ajmal Waseem dipatuk ular.

Menjengoknya di HSAH, Sg Petani tengahari semalam. Tahun depan, dia naik Tahun 3, Anim tak jadi guru kelasnya lagi

Anim berhubung rapat dengan kebanyakan parents murid kelas Anim . Dah berusia ni, kebanyakan parents lebihkurang sebaya dengan adik-adik Anim saja. Depa boleh text atau WA Anim bertanyakan apa saja masalah berkaitan sekolah atau anak-anak mereka.

Bila ada hubungan baik, sikap saling faham memahami dan mempercayai satu sama lain akan wujud.
Tak ada masalah bila Anim minta izin bawa anak-anak mereka keluar bagi meraikan kejayaan kertas BI Akhir Tahun di sebuah restoran makanan segera sebelum cuti sekolah berakhir minggu lalu.

Pada awalnya ganjaran KFC ialah buat mereka yang dapat 100% dalam paper BI. Almaklum, akhir tahun, kertas soalan dibekalkan PPD. Walaupun mereka tak score 100%, Anim tetap tunaikan janji. Bangga.... walaupun bersekolah kampung, mereka dapat menjawab dengan baik (99%-95%).

3 hari berturut-turut jadi pengunjung setia...

1st day, group pertama sepatutnya empat orang. Umairah dan Adreana Sofea (Tahun 2) serta Irdina Sofea dan Nisa Zahirah (Tahun 1). Malangnya Nisa demam pulak hari itu.

 2nd day, Ajmal Waseem dan Zawawi, murid Tahun 2. Kereta kecil Anim tak boleh nak angkut semua sekaligus. Bergilirlah..Nasib baik bukan satu kelas..hee

3rd day, Nisa (Tahun 1) dah kembali ke sekolah. Sihat dah. Hari ketiga ni restoran KFC penuh dengan ibubapa yang bawa anak-anak mereka makan. Hari tu hari kuar result UPSR. Ganjaran buat anak-anak mereka juga.

Tiga hari berturut-turut, cikgu dah tak lalu telan...pandang sajalah. Cuit sana cuit sini. Nampak gaya bukan sebulan, mau berbulan tak mau jejak dan cium bau..haha.

Namun yang tersengih dapat rezeki terpijak ni tak lain tak bukan ialah si Abdul kecil. Nak buat macamana, dah dia p dan balik sekolah dengan Anim.  Takkan nak pandang saja dan telan air liur. Mengangguk dia bila Anim kata dia kena berpantang KFC lebih sebulan...huhu

P/S  Bukan saja ibu bapa. Guru-guru pun biasanya akan beri ganjaran pada anak-anak didiknya:))

Artikel berkaitan:

Aku pekak badak?


Assalamualaikum wbt...

Nak share cerita Anim jumpa Dr.Mathew, pakar ENT, Metro Hospital tempohari.

Nak tau tak, OTW ke hospital, Encik Suami bertanya samada Anim bawa pakaian sekali atau tidak. kalau perlu operation, terus minta doktor buat, Tak perlu tangguh katanya.

2003, sewaktu kami menetap di Batu Pahat, Anim ada masalah pendengaran. Tak dengar suara sendiri. So, kalau bercakap, volume tinggi. Asyik kena tegur ngan Encik Suami, pelan lah sikit suara tu. Siapa yang mengenali Anim memang tau dah....suara memang kuat.

Anim jumpa pakar ENT di Batu Pahat, lupalah klinik mana. Test gitu gini, doktor suggested satu pembedahan di hospital swasta di Melaka. Kos rawatan dalam RM3 ribu lebih. Waktu tu memang tak cukup duit, saving tak banyak, medical card pun tak ada. Dari setahun ke setahun Condition telinga pun on off on off, tak ingat dah. Tapi bila telinga kanan itu rasa sakit tempohari. baru teringat balik sejarah telinga Anim ni. Aduhai.... membayangkan ianya kini dalam worst condition .

12 tahun telinga itu tak dikisahkan...macam-macam kemungkinan yang terlintas di fikiran. Kalau kena operate pun redha. Cuti sekolah, senanglah sikit.

ear otoscope video camera ~pinjam google

Hasil test dengan otoscope video kamera, doktor kata telinga kanan Anim tiada masalah. Tertayang gegendang telinga kiri kanan yang cantik, tak ada kecederaan, bersih, tak ada kulat dan normal.

Masalah Anim bukan sakit dalam telinga sebenarnya. Sakit di sendi telinga (sakit dipicit) yang menyebabkan keseluruhan kepala rasa sakit. Ini barangkali berpunca akibat mengunyah hanya guna sebelah kanan, menjerit , bising ataupun bunyi yang terlalu kuat. Doktor takkan kacau dan beri ubat titis telinga. Anim hanya akan diberikan ubat sakit sendi saja nanti.

Anim bertanyakan tentang pekak dan adakala tak dengar suara sendiri.. Doktor sarankan Anim buat Audiometry test.

Audiometry test ~ pinjam google

Diuji dengan menggunakan fon telinga. Anim diperdengarkan nada bunyi dengan tone atau frekuensi yang berbeza. Setiap belah telinga diuji bergilir-gilir. Anim dikehendaki menekan suis sekiranya mendengar apa-apa bunyi.

Kekuatan bunyi diukur dalam decibels (dB). Pendengaran normal adalah 20 dB. Hasil ujian yang ditunjukkan Anim hampir menghampiri 20 dB, so pendengaran Anim normal. Anim boleh mendengar bunyi kuat tetapi tidak boleh mendengar bunyi perlahan.

Masalah kadangkala Anim tak dengar suara sendiri bukan berpunca dari masalah pendengaran tetapi masalah di hidung. Hidung tersumbat, dengkur yang kuat boleh jadi punca.

Manakala pekak badak yang Anim alami kadangkala boleh berpunca dari keadaan "bengang". Bukan bengang dengan orang katanya. Tetapi "bengang" dengan persekitaran, keadaan cuaca ; panas, sejuk atau suasana waktu itu.

Aduhai...bertahun-tahun lamanya Anim menyangka Anim ni kategori pekak badak. Lucunya di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua (baru semak), pekak badak ditafsirkan "tidak dapat mendengar bunyi yang kuat tetapi dapat mendengar bunyi yang perlahan". Kes Anim, terbalik!

Sewaktu menunggu giliran di bahagian farmasi, teringat cerita Ustaz Husam di Masjid Kuning beberapa hari lalu tentang seorang kaya di Tanah Arab . Alkisah, anak kesayangannya koma. Olehkerana tak punya harapan lagi, anak itu dibawa balik ke rumah. Malam itu, orang kaya tersebut memberi makan anak-anak yatim dan memberikan mereka wang bila mereka nak pulang. Alangkah terkejut orang kaya itu apabila anaknya yang koma, bangun dan berjalan turun tangga dan sedar dari koma. Apa yang nak disampaikan Ustaz ialah bila kita sakit, kena banyak bersedekah. In Sha Allah, dengan sedekah itu mudah-mudahan dapat menyembuhkan penyakit kita.

Bila membelek bil rawatan RM359.10 yang dikenakan, Anim percaya ianya ada kaitan dengan peristiwa pagi di Bank Islam (entry sebelum ini). Bukan niat untuk menjaja cerita Anim bersedekah. Allahu Robbi...hanya ingin berkongsi ibrah yang diperolehi .

Dalam berkira-kira dan mencongak berapa nak Anim beri pada pasangan tak berumah dalam entry lepas, akhirnya Anim hanya "melepaskan" wang dapur manakala wang rawatan masih Anim pegang. Ya, wang rawatan masih berbaki. Dan pastinya berita yang paling gembira ialah pendengaran Anim normal. Sungguh, Anim membayangkan, kalaulah iman Anim sekuat Sayyidina Abu Bakar, yakin 200% tanpa ragu menyerahkan semua, pasti ceritanya juga berbeza. Allahu Akbar!

Teringat tentang permintaan mereka yang telah berada di dalam barzakh dalam satu ceramah agama di radio. Mereka nak minta balik ke dunia untuk bersedekah. Kenapa mereka tak minta balik ke dunia untuk melakukan ibadat lain. Nak solat banyak-banyak, nak puasa..kenapa sedekah yang disebut? Mesti mereka nampak keutamaan dan beruntungnya bersedekah di alam barzakh..

Dalam surah Al Munaafiquun (63:10), Allah berfirman..

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku-ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

P/S  Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Aku memohon keampunanMu..


Artikel berkaitan:

Aku tak mampu jadi seperti Abu Bakar


Assalamualaikum wbt...

Jumaat pagi. Cuti sekolah sudah bermula. Telinga kanan sudah 3 hari berdenyut-denyut. Malam sebelumnya terpaksa telan sebiji pil pain killer yang kebetulan ada di rumah (kepunyaan Encik Suami yang sakit gigi). Darurat... tak leh lena, huhu

Bercadang nak jumpa Dr. Mathew, pakar ENT di Hospital Pakar Metro. Rujuk kes telinga Si Abdul sulung di situ sebelum ini. Hmm.. 2 beranak ni sama-sama ada masalah di telinga.

Dok congak. Proffesional fee dalam RM80++plus Audiometry test plus kos ubat rasa-rasa tak cukup RM300. Kalau kena xray? Plus GST lagi. Lagilah tambah caj. Decide nak withdraw RM500 dari tabung kecemasan di Al Rajhi Bank,

pinjam google

Otw ke Legenda Heights SP, dihadapan Anim ada satu motor yang dinaiki sepasang suami isteri (barangkali). Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan..barangkali kurang stabil dek sarat dengan barang-barang yang dibawanya. Ada bantal peluk di tengah, botol-botol plastik di kiri kanan handle dan bungkusan kain yang diikat di dalam raga motor. Boleh bayangkan tak bagaimana saratnya motor itu? Sewaktu memandu melepasi mereka dan menoleh, terdetik di hati ...kasihan, tak berumahkah mereka?

Lepas tunaikan hajat di Al Rajhi Bank, tergerak pula nak ke Bank Islam. Nak withdraw duit dapur pula. Almaklum, kerja makan gaji, bukan macam orang bisnes, duit masuk bila-bila masa. Akaun gaji, akaun dapur, akaun kecemasan, akaun balik kampung kena asing. Kalau semua taruh dalam akaun gaji, alamat tak leh nak simpan. Lenyap tak dapat dikesan..huhu.

Dari Al Rajhi Bank ke Bank Islam selang dalam 100m. Berjalan kaki saja. Tiba-tiba terpandang motor yang sarat dengan barang-barang tadi di depan Bank Islam. Eh...depa kan tadi?

Masih awal pagi (dalam 8 lebih) bank belum dibuka. Hanya Anim, pasangan suami isteri tadi dan dua orang anak muda berurusan di ATM. Selepas urusan Anim selesai, dua anak muda tadi sedang membantu pasangan tadi memasukkan RM100 (terdengar perbualan mereka) ke dalam satu akaun. Anim menunggu. Hati ni degil nak bertanya..

Sebaik urusan mereka selesai, Anim pun menghampiri pasangan itu. Soalan pertama Anim ialah ke mana mereka nak pergi dengan barang-barang yang sarat di motor?

Dipendekkan cerita, pasangan suami isteri itu dari Butterworth. Rumah mereka musnah akibat ribut bulan 10 lalu (kalau tak silap). Sudah puas pasangan tersebut ke sana sini minta bantuan rumah tetapi sehingga kini masih belum berhasil. Mereka juga memohon rumah flat di S.Petani namun dokumen tak lengkap katanya. Pasangan ini tidur merata. Nak tumpang rumah adik beradik, tetapi adik beradik juga punya tanggungan ramai. Mereka perlukan rumah kerana mereka punya anak gadis.

Wang yang dimasukkan ke dalam akaun tadi adalah untuk anaknya itu. Kasihan katanya. Ish, tak tertanya pula ke mana anak gadisnya itu ditumpangkan. Sungguh, tak keluar pun dari mulut pasangan itu nak bantuan kewangan dari Anim. Tapi memikirkan kalau dalam sebulan ini mereka tidur merata,ke sana sini ingin menumpang rumah tapi tiada tempat...sudah tentu barangkali mereka tak berkemampuan mencari rumah sewa.

Allahu Robbi....Mampukah Anim mengikut jejak Ustaz Husam seperti dalam entry Anim sebelum ini? Ada wang RM500 yang diperuntukkan untuk rawatan telinga. Ada RM200 wang dapur di tangan buat bertahan hingga gaji masuk, huhu. Berapa yang sanggup aku beri ni?

Masha Allah....Nak jadi cerita, pagi tu terdengar ceramah agama di Radio Mutiara FM (Penang). Dengar tak dari mula, tak pasti Ustaz mana (Subuh Jumaat, 20/11/2015). Penceramah radio sentuh fasal sedekah lah juga.

Dia suruh kita nilai iman kita. Adakah iman kita sekuat iman Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a yang menyerahkan semua hartanya ke jalan Allah.(Perang Tabuk). Jangan pula nanti ada simpanan RM50K, kita pun infaq semua. Lepas tu bila dah tak ada simpanan. Termenung sana, termenung sini. Kemudian menyesal pula, kenapa aku beri semua.

Tambahnya lagi. Nak infaq, infaqlah. Tapi manusia ni, kalau ada simpanan, hatinya tenang. Bila tenang, dia akan mudah beribadat.

P/S  Memang tak mampu jadi seperti Sayyidina Abu Bakar r.a yang menyerahkan kesemua hartanya. Bukan juga seperti Sayyidina Umar Al Khattab r.a yang menyerahkan separuh dari seluruh barangan rumahnya. Lemahnya imanku , ya Allah.

Artikel berkaitan:

Iktibar dari ayat 10 surah Adh-Dhuha

Assalamualaikum wbt...


Forum perdana SS Dato' Syeikh Baderuddin Hj Muhammad, Mufti Negeri Kedah dan anaknya Ustaz Ahmad Husam di Masjid Kuning, SP malam 13 November 2015.

Nak share cerita Ustaz Husam kerana Allah Taala. Anim taip dan share ceritanya malam itu dalam WhatsApp. Hari ini copy paste untuk blog pula. Semoga Allah jauhkan dari niat  menunjuk diri ..

@@@@@@@@@@@

Berlaku pada hari Jumaat, hari pertama Ramadan yang lalu.

Balik berkhutbah di Cherok Tok Kun. Tiba rumah, isteri ajak p bazar Ramadan.

Ditakdirkan tak dapat parking, isteri saja yang turun ke bazar manakala dia menunggu dalam kereta.

Ambil peluang dengar bacaan Quran dalam kereta. Waktu itu Sheikh baca surah Dhuha.

Bila tiba pada ayat [93:10] وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ
{Adapun orang yg meminta bantuan maka janganlah engkau tengking herdik]

dia paused bacaan itu sebentar. Dia teringat kata Tok Guru zaman dia belajar dulu, kalau ada orang meminta sesuatu dari kita, kita tak tau yang meminta itu siapa.

Tiba-tiba tingkap kereta sebelah kirinya diketuk. Ada seorang lelaki Pakistan berjubah. Lelaki itu (Salman) minta sumbangan untuk madrasahnya di Pakistan. Tambah Salman, di madrasahnya menempatkan 400 orang lumpuh dan 1000 anak yatim.  

Ustaz Husam bertanyakan dokumen yang ada . Lelaki tu menunjukkan gambar-gambar yang ada. Bila dibelek, macam biasa nampak. Ni mesti gambar yang diprint dari internet. Biasa dah dengan taktik yang digunakan peminta derma di Kedah sebelum ni. 

Ustaz Husam jerkah dan kata lelaki itu tipu. Tiba-tiba lelaki itu membaca ayat 10 dari surah Adh-Dhuha. Tersentak Ustaz. Dia beramal dengan ayat itu. Sekarang Allah nak uji dia.

Ustaz buka beg. Ada RM2000 duit untuk bayar hutang kereta. Ustaz bagi kesemua RM2000 kat lelaki tu. Lelaki itu berdoa panjang kat luar kereta. 

Rupa-rupanya isteri Ustaz perasan dari jauh. Balik ke kereta dan tahu perkara itu, isteri Ustaz kata tak apa, Insha Allah, Allah akan gantikan duit itu.

Buka puasa, Ustaz bersiap untuk ke tazkirah di Sg Petani. Bila dia buka beg, terkejut bila duit RM2000 masih ada dalam beg itu. 

Dia bertanya isterinya, bagaimana rupa lelaki yang dilihat isterinya. "Lelaki berjubah, berserban putih tutup kepala"walhal lelaki yang mengetuk cermin kereta yang dilihatnya ialah lelaki berjubah dan berkopiah ..

Wallahua'lam.

P/S  (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati....Al Baqarah ayat 263 

Artikel berkaitan:

Patah tumbuh hilang berganti


Assalamualaikum wbt...

Tenggelam, timbul, tenggelam timbul...bersiaran di dinihari. Ini jelah masa yang dapat dicuri.

Cemas seketika minggu lalu sewaktu called Encik Suami bertanyakan jam berapa dia nak tiba rumah. Manakan tidak, dia kata dia tengah bagi signal nak park kereta tepi jalan. Ada bunyi kucing mengiau dalam kereta waktu dia drive katanya. Tak lama panggilan diputuskan. Saspen sungguh..

Tiba rumah, diarahkan si Abdul ambil sangkar yang sudah beberapa bulan tak berpenghuni. Terpinga-pingalah dia seketika. Abah bawak balik apa nih...

                        

Kata Encik Suami, dalam jarak 10km dari tempat kerjanya di Kota Kuala Muda, dia terdengar bunyi kucing mengiau. Dia kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan. Dibuka boot belakang dan boot enjin di depan. Geledah dalam kereta, bawah kerusi pun tak ada. Dok shoooh, shooh gitulah.

Diam dah. Sambung perjalanan lagi. Berhenti solat Asar di satu masjid di Tikam Batu. Lepas solat dengar lagi. Dok shoooh, shooh...diam pulak. 

Beberapa minit kemudian, bunyi kucing mengiau muncul lagi. Sudah..sudah. Tergerak nak singgah di sebuah bengkel kereta. Minta tolong seorang mekanik yang kebetulan masih belum balik untuk check bawah kereta. Laaa...ada seekor anak kucing. Bawah kereta Encik Suami (MPV) memang ada satu ruang kosong. Dia dok situ rupanya. Bila dan darimana dia memanjat di situ agaknya. Masha Allah, selamat...tak jatuh pulak tu, tak kena lenyek tayar kereta. Bukan dekat...hampir 20km jaraknya. 

                       
Kecil lagi. Tak putus susu ibunya lagi ni. Bila masuk sangkar, mengiau kuat. Menangis, tak mahu. Bila dikeluarkan, senyaplah pulak. Akhirnya...sangkar tolak tepi.

                                 
Tak mahu jilat susu dalam pinggan. Minta nasihat pemilik Pet Shop berdekatan. Diberikan kami sebatang picagari untuk dicuba. Free je tu, dia bagi saja. Diriba tak mahu, dibaringkan macam baby meronta. Akhirnya....nah kau...paksa minum macam bagi anak makan ubat..huhu


                     
Hari ini hari ke 6 dia bersama kami. Dah pandai menyesuaikan diri. Jadi penghibur kami sekeluarga. Nama awal diberi Black. Bila dipanggil, tak tunjuk respon. Akhirnya...panggil Tam. Teringat pula kat TamTeh ..huhu


                               
Yang tak tahan....dia suka tidur atas badan kita. Agaknya mencari kehangatan. Si Abdul sulung pulak rajin melayan..ikutlah.

                   
Sehari tak keluar rumah, dok mengiau tepi pintu. Suka tengok burung..main rumput..Aduh..lama tak ada "baby" kat rumah, hihi. Sib baik ada "abang-abang" yang rajin melayan.


P/S Auto publish entry

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 56: Pos anak murid


Assalamualaikum wbt...

Dapat murid baru. Geng bas sekolah riuh bila tau Irfan mai dari mana. :))


Teringat 10 bulan lalu...

Dapat sekolah Irfan tu le.. ( di sini )

P/S Tak de rezeki mengajar sana, dipos pula anak muridnya untuk diajar. Alhamdulillah....

Artikel berkaitan:

Husnuzon VS Suuzon

Assalamualaikum wbt...

Selesai ambil kereta Anim di workshop, kami sekeluarga singgah satu masjid di tengah pekan SP untuk solat Maghrib. 

Dek kerana belum masuk waktu Maghrib lagi, ramai yang ambil kesempatan solat tahiyatul masjid.Ruang solat wanita hanya dipisahkan dengan tabir nipis jarang. Boleh nampak jemaah lelaki bersolat.

Ada sorang hamba Allah (lelaki) bersolat bersama anaknya. Nak kata solat sunat tahiyatul masjid, si ayah duduk pula selepas rakaat pertama. Manakala si anak terus bangun untuk rakaat kedua. So, ayah solat satu rakaat sajalah.. 

Selesai azan Maghrib, jemaah mula menyusun saf namun si ayah masih berada di tempat dia duduk tadi. Si anak pula sudah bergerak ke hadapan menuju saf pertama. Kenapa pula si ayah masih duduk lagi? Kenapa masih berlengah-lengah lagi?

Solat Maghrib berjemaah sudah dimulakan. Sorang demi sorang, jemaah yang baru tiba memenuhkan saf. Dari satu saf, sudah jadi dua saf. Si ayah yang duduk tadi kemudiannya bangun dan bergerak ke belakang namun masih belum berada dalam saf. Apa pula yang dicarinya?

Si ayah masuk pintu keluar pintu. Kalau ada yang memerhatikan gerak gerinya sejak awal, mungkin curiga. Kurang sihat ke dia ni?

Nak masuk rakaat kedua, barulah si ayah masuk saf. Dia akhirnya memilih saf paling hujung dan tiada jemaah lain solat dibelakangnya.

Apa yang dapat anda simpulkan tentang perlakuan si ayah? 

Agaknya kalau kita terperasan kelibat si ayah dan anaknya dari awal, akan tertanya-tanya mengapa dia berlengah-lengah solat berjemaah, mengapa dia memilih untuk berada di saf kedua walhal dia boleh berada di saf pertama bersama anaknya dan kenapa pula memilih untuk jadi makmum masbuk?
  
Nak tahu tak , si ayah yang Anim maksudkan ialah Encik Suami sendiri. Tergelak bila Encik Suami dan 2 Abdul buka cerita sebenar dalam kereta sebaik keluar masjid.

Alkisah, masuk masjid, depa solat tahiyatul masjid. Masa sujud rakaat pertama, dia terdengar bunyi koyak (serupa citer Pendekar Bujang Lapok, huhu). Dalam hati dah cuak, alamak, seluar dah koyak! Tu yang dia ambil keputusan terus duduk.

Lepas si Abdul kecil sudah solat, dia bertanyakan si anak, dengar tak bunyi apa-apa tadi. Si Abdul kata, dengar bunyi seluar koyak, huhu.

Nampak sangat masing-masing solat tak khusyuk, hee. Sorang perasan seluar koyak. Sorang lagi perasan bunyi "prap",,haha..

                                      

Silap Anim juga. Masa menggosok, perasan dah seluar ni koyak di punggung ( sebelum ni tak sebesar  seperti gambar di atas). Konon2, gosok dulu baru nak jahit. Lepas tu lupa asing....hmmm, nak jadi cerita..

Dia kemudian keluar cari kain pelikat dalam kereta. Selalunya ada kain pelikat spare. Malangnya, dek memikirkan kereta akan duduk dua hari dalam workshop, Anim dah,keluarkan harta karun dalam kereta. 

Masuk dalam masjid semula. Jumpa satu kain pelikat dalam masjid, tapi tak selesa pula nak sarung. Lama tak cuci gamaknya.

Akhirnya tunggu line clear dan pasti tiada orang di belakangnya, barulah dia masuk saf. Kata dia lagi, dia tak mahu orang di belakangnya (kalau ada) terganggu kekhusyukan gara-gara ternampak seluar yang terkoyak lebar itu waktu rukuk dan sujud . Kalau tengah qiyam oklah kerana tertutup oleh kemejanya,

Ish..kalaulah lelaki itu bukan suami Anim dan Anim tak tahu cerita sebenar, pasti Anim sendiri dah lakukan dosa hati dengan menyangka yang bukan-bukan.

Lepas tu, Anim bayangkan, selesai solat dan masuk ke kereta, Anim akan memulakan perbualan. Bila perlakuan lelaki itu menjadi bahan perbincangan, sudah jadi ghibah. Kalau Anim buat kesimpulan tak betul, jadi fitnah pula. Parah...parah.


                                        
Amaran dari Allah

P/S  Bukan senang nak husnuzon. Suuzon selalu menang!

Artikel berkaitan:

Siapa yang lebih takutkan azan?

Assalamualaikum wbt....

Sekolah Anim sebelah kubur. Perkara biasa kalau kami lihat secara live urusan pengkebumian dari awal hingga akhir.

Sekolah Anim juga sebelah masjid. Jangan kata azan, takzirah Subuh di masjid (kalau mai awal) boleh dengar dengan jelas.

Sessi persekolahan Tahap 1 tamat jam 1.15 tengahari. Bulan ni waktu solat Zuhor awal sedikit. So, dalam 1.04 tengahari akan kedengaran azan dilaungkan.

Andai waktu akhir tu Anim ada kelas, maka pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan berehat sebentar tanda menghormati azan. Lepas azan, Anim akan baca doa dan anak-anak Tahun 1 @ Tahun 2 akan mengaminkannya:))

Namun, dah nama budak . Minta diam tanda hormat pun masih ada yang nak bercakap, nak mengusik kawan, nak bergurau. Dengan lain perkataan, ada yang masih tak tahu duduk diam.

Macamana nak fahamkan anak murid berusia 7 tahun dan 8 tahun ni tentang menghormati azan.
"Kamu kena diam diri waktu azan. Jika tidak, Allah akan kelu kan lidah kamu waktu nak mati"
Ishh, kelu pun belum tentu faham maksudnya apatah lagi nak cerita hal apabila berada di ambang kematian.

"Kamu takut pada azan tak?" Anim memulakan bicara.

Masing-masing menunjukkan muka kehairanan. Ada juga yang tersengih-sengih. Apa soalan cikgu ni...takkan dengan azan pun nak takut.

"Kamu tahu tak, ada yang lari ketakutan sampai terkentut-kentut bila dengar azan"

Mereka tertawa kecil. Ish...budak-budak kecil ni memang macam tulah. Cikgu mesti buat lawak nih...

"Syaitan, makhluk yang paling jahat cukup takutkan azan. Syaitan anggap azan itu sesuatu yang besar dan menakutkan. Sebab tu Syaitan lari terkentut-kentut bila dengar azan"

"Azan bukan saja beritahu masuk waktu solat. Itu panggilan dari Allah. Sebab tu kena diam, kena hormat, kena jawab seruannya "

Mudah-mudahan mereka faham...

Oh ya...jawapan untuk soalan di atas :

Syaitanlah yang lebih takutkan azan berbanding manusia. Cuba lihat manusia.  Masa azan berkumandang tu lah, masuk kedai makan, masih duduk bersembang di gerai, masih mencari barangan di pasar malam tanpa ada usaha nak memenuhi panggilan Allah dengan bersegera ke masjid atau surau berdekatan. Bukan saja tak takut, tak lari, malah tak endah panggilan Allah itu. Berani sungguhkan kita yang jadi manusia ni ...

P/S Sabda Nabi: "Jika engkau mendengar suara azan, maka penuhilah panggilan Allah itu"
(HR Thabrani)

Artikel berkaitan:

Allah mengaturkan yang terbaik

Assalamualaikum wbt...

Musim haji telah berakhir. Penerbangan terakhir pulang jemaah haji Malaysia, 3 hari lalu dikejutkan dengan khabar gembira Hajjah Fatimah Abd Latiff, 60 tahun yang boleh berjalan semua setelah hampir 5 tahun lumpuh separuh badan. Allahu Akhbar...Hajjah Fatimah pulang dari mengerjakan haji dengan membawa balik bersamanya kebesaran Allah SWT. Nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata..


3 minggu lalu juga, pihak Tabung Haji dan syarikat travel telah memulangkan kembali wang urusan "haji tak kesampaian" ke akaun Tabung Haji kami. Alhamdulillah...belum sampai sebulan, tanpa kami buat susulan bertanya tentang bayaran yang telah dikenakan, wang itu sedia ada dalam akaun tanpa kurang walau sesen pun.


Manusia sudah beri kebenaran tetapi Allah belum lagi atas sebab yang kita sendiri pun tak tahu sekarang...


Bila sudah refund, setidak-tidaknya legalah Mak (MIL) dan Pak (FIL) di kampung. Alkisah, bila kami tak dapat penerbangan (KT) dan tak dapat p haji musim lalu (1436H), macam-macamlah cerita menakutkan yang Mak dengar bila ada yang datang menziarahinya bertanya cerita.

Ada yang kata Mak kena tipu pihak travel lah, duit kat Tabung Haji hanguslah. Travel tak pulangkan balik duitlah. Hmmm...risaulah orangtua tu dibuatnya. Sampai ke satu peringkat bila dia mengadu, orang tu kata begini, orang ni kata begitu, kami minta Mak berikan nombor telefon kami berdua kat mereka yang bertanya. Senang nak dapat penjelasan (sampai ke sudah tak ada pula yang menelefon).

Cerita fasal haji ni, ada seorang hamba Allah minta nasihat. Dia kata dia nak daftar haji. Wang daftar haji RM 1500 sudah ada tapi malangnya, si suami masih belum mampu lagi. Macamana nanti katanya bila tiba gilirannya menunaikan haji. Tak dapatlah pergi bersama-sama.

Anim sarankan dia teruskan niatnya untuk daftar haji. Tak apalah, kalau suaminya masih belum mampu. Doakan supaya suaminya diberikan lebih pendapatan untuk menabung.

"Takkanlah saya nak cukupkan simpanannya. Sepatutnya suami sayalah yang keluarkan perbelanjaan haji untuk isterinya"

Anim teringat apa yang di dengar di rancangan Salam Baitullah TV1 @ Labaikallah (lupa).  Tentang bukan tanggungjawab suami menghajikan isteri. Jika suami yang keluarkan perbelanjaan haji untuk pasangannya, itu dikira ihsan si suami.

Seorang teman juga pernah mengutarakan hal yang sama kepada Anim. Dia nak daftar haji tetapi suaminya belum terbuka hati. Kalau dalam kes pertama , si suami belum mampu tetapi dalam kes kedua, si suami mampu tapi belum sampai seru katanya. Dan kebimbangannya juga berkisar dalam hal yang sama, takkan nanti dia nak p haji seorang diri tanpa ditemani suami.

Sebenarnya kedua-dua mereka , Anim berikan nasihat yang sama. Jangan risau...Allah akan uruskan semua. Niat dah ada, teruskan saja.

Anim bercerita kepada mereka tentang dua hamba Allah; seorang darinya dikenali manakala seorang lagi Anim temui semasa medical check up sewaktu urusan haji (tak jadi) yang lalu.

Hamba Allah yang pertama ni, masih muda lagi. Belum ada 30 tahun lagi. Dia masih belum daftar haji lagi. Nak jadi cerita musim haji tahun ni (2015), isteri dan ibu mertuanya yang mendaftar sejak 2006 mendapat giliran p haji.  Bukan dia saja, malah bapa mertuanya sendiri belum daftar haji. Dek kerana isteri dan ibu mertuanya tiada mahram menemani, dengan tidak disangka-sangka tahun ini dia dan bapa mertuanya dapat bersama-sama menunaikan haji.

Hamba Allah yang kedua ni pula mendaftar haji bersama ayah dan ibunya. Pada tahun lalu, mereka bertiga terpilih haji. Ditakdirkan, tak lama kemudian bapanya meninggal dunia. Si suami pula tak disangka-sangka menjadi mahram. Kata hamba Allah ni lagi, suami dia bukan saja belum daftar haji, akaun TH pun tak ada. Di saat-saat akhir, wang p haji cukup juga.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja, dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan kering, melainkan(semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata"  Al-An'aam:59

P/S  Moralnya di sini, Allah mengaturkan yang terbaik.

Artikel berkaitan:

Takwim Islam @ Takwim Hijrah


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah....jerebu semakin pulih di Utara. Tersenyum gembira dapat melihat sinaran terik mentari.pagi ini.

Jerebu tuan rumah masih belum pulih. Aduhai, blog pun dah jadi suam-suam kuku. Sabaq Anim, bertahan..bertahan:-)).

Hampir 11 bulan tinggal di kawasan perumahan sekarang, belum kedengaran azan dari masjid setiap waktu solat. Bukan azan tak dilaungkan tapi tak sampai ke rumah. Jarak masjid dengan rumah adalah dalam 1km. Khabarnya masjid tersebut telah dinobatkan sebagai masjid terbaik seluruh negeri Kedah, tahniah!  Actually, menara azan masih belum siap, masih dalam pembinaan.

Solusi dicari bagi 2 Abdul (mak pak juga) alert tentang masuk waktu solat. Awal tahun beli jam azan RM150 ini. Alhamdulillah, bermanfaat cuma kekurangannya ialah laungan azan Subuh sama dengan azan waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Tak ada beza.

Namun hati kadang-kadang tak yakin 100% waktu azan berkumandang. Mesti nak check waktu solat dalam website Jakim atau paper (edisi Utara) untuk kepastian. Bergantunglah..dua@tiga hari sekali.

Semalam baru dapat Takwim dan Waktu Ibadat 1347H bagi seluruh negeri Kedah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Tahun ni keluar lewat sikit kot.

Takwim atau lebih dikenali sebagai kalendar ialah satu jadual atau susunan tarikh dalam menentukan sesuatu jumlah hari sama ada seminggu, sebulan atau setahun. Dalam mengenali sesuatu takwim, ianya mestilah berlandaskan empat kaedah sesuatu takwim itu dibuat iaitu:
1- Mengikut pergerakan matahari (mengikut perubahan musim)
2- Pergerakan bulan (fasa-fasa bulan)
3- Gabungan antara pergerakan matahari dan bulan
4- Peristiwa atau hari kebesaran bagi sesuatu agama

#Sekiranya satu takwim itu dicipta tanpa merujuk kepada 4 kaedah ini, ianya tidak akan bertahan lama dan akan berlaku banyak kesilapan dalam pengiraan takwim.

Waktu solat sepanjang 1437H yang lengkap dan tepat.

Setiap 14 helaian depan dan belakang dimanfaatkan dengan info berguna..


P/S  Ada tak Takwim Islam seperti ini di negeri anda?




Artikel berkaitan:

Penantian haji yang belum berakhir


Assalamualaikum wbt....

Terasa lama tak menjengok blog. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang bertanya khabar secara personal. Anim hargai ingatan anda semua.

Anim mulakan entri dengan surah Taha ayat 110 bagi menenangkan perasaan Anim tika ini.


Seminggu cuti sekolah, sibuk dengan urusan di Batu Pahat, persediaan Hari Raya Aidil Adha dan kebetulan Anim anak beranak buat korban di rumah mertua di Kota Tinggi menyebabkan Anim "lupa" sebentar kesibukan seminggu sebelum cuti sekolah. Namun sebaik tiba di Sg Petani petang semalam, tak semena-mena rasa sedih pula. Ditambah memikirkan nak bertemu kawan-kawan dan anak-anak murid di sekolah esok. Malu pula rasanya sebab dah bermaaf-maafan sebelum ini.

Jumaat, 11 September 2015.

Kami terima missed called di hp masing-masing selepas solat Jumaat. Bila dihubungi, rupa-rupanya dari syarikat travel yang beribu pejabat di Melaka. Anim, Encik Suami dan kedua mertua mendaftar haji bersama syarikat tersebut awal 2015.  

Dipendekkan cerita, mereka mahukan persetujuan on the spot untuk menaikkan nama kami ke Tabung Haji. Mereka dapat 66 kuota haji tambahan tahun ini (1436H). Kami meminta masa 5 minit. Orang pertama yang Anim segera hubungi ialah Bonda. Dialah individu terpenting yang Allah ilhamkan untuk Anim serahkan tanggungjawab menjaga 2 Abdul dalam masa terdekat itu. Alhamdulillah, Bonda amat gembira dan meminta Anim segera menyatakan persetujuan.

Sabtu, 12 September jam 8.30 pagi.

Pagi-pagi kami dah bersiap. Selepas breakfast, Encik Suami nak bawa 2 Abdul ke program sukan orang muda di Suka Menanti, Alor Setar. Sejak kembali bertugas pada 1 Ogos di Utara (pejabat di Alor Setar), macam-macam plan nak buat dihujung minggu. Bertambah gembira bila sebulan bertugas, pejabat di Alor Setar ditutup dan dia dipindahkan ke Sg Petani berkuatkuasa 1 Oktober ini. Syukur yang amat. Makin dekat dengan rumah. Tak kena tol dan tak berulang alik jauh setiap hari. .

Berbalik pada cerita Sabtu. Pagi tu juga pihak travel hubungi kami dan minta kami hantar pasport dan gambar visa ke pejabat mereka di Melaka sebelum 11 pagi, Puas juga Encik Suami bincang. Mustahil nak sampai Melaka dalam tempoh 3 jam. Sg Petani ke KL saja dekat 5 jam. Akhirnya, mereka bersetuju untuk menerima pasport dan gambar visa itu di cawangan KL dengan syarat sebelum atau pada jam 3 petang.

Boleh bayang tak macamana Anim masuk semula ke rumah, ambil semua dokumen yang diminta, arahkan 2 Abdul kemas kain baju andainya kami terdesak untuk bermalam. Semuanya perlu segera. Alhamdulillah, pasport Anim dan Encik Suami tamat tempoh pada 2018 dan macam tak percaya bila bukan setakat 4 gambar visa Anim dan Encik Suami ada dalam simpanan, malah gambar visa MIL dan FIL. 

Tapi, pasport MIL dan FIL ada di Kota Tinggi. Takde maknanya kalau kami sempat tiba KL sebelum jam 3. Terkejut orangtua di kampung. Lainlah kalau boleh memandu dan ada kereta. Nak minta adik-adik ipar pun, masing-masing bukan selalu turun KL. Melilau lak kita nak beri arah. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah permudahkan. Anak jiran sekampung MIL (pemandu teksi) masih belum keluar bandar. Sempatlah MIL minta dia hantar ke KL. Dia pulak biasa bawa penumpang berdekatan PWTC, tempat pertemuan kami .

Selamat tiba cawangan travel di KL jam 2 petang. Sewaktu menanti ketibaan teksi dari Kota Tinggi inilah terima call dari Melaka. Menurut rekod mereka, pasport MIL dan FIL dah tamat tempoh. Allahu Robbi...dugaan betul. On the spot Anim minta pengesahan dari MIL menerusi telefon. Terdengar suara pemandu teksi (MIL tak pandai baca) memberitahu pasport MIL dan FIL tamat tempoh 12/2016. Macamanalah MIL suruh driver tu semak waktu memandu, huhu. Syukurlah, MIL ingat pesan Encik Suami untuk renew pasport kalau 6 bulan nak tamat tempoh. 

Actually, pasport dan gambar visa kami ni nak kena hantar ke pejabat Tabung Haji jam 5 petang. Benarlah penantian itu satu penyiksaan. Jam 3.30, MIL dan FIL tiba dengan pasport. Lega...

Ahad, 13 September 2015 jam 1.20 petang 

Anim dah bersiap nak balik (dari sekolah) waktu diminta ambil surat tawaran dan membuat pengesahan persetujuan di pejabat Tabung Haji terdekat. Encik Suami pun dalam perjalanan pulang ke Sg Petani kerana kami perlu isi borang dan depa nak key in semua maklumat segera. Kami kemudian dimaklumkan pihak Tabung Haji akan membuat potongan dalam akaun Tabung Haji kami. Kalau tak silap, dalam RM7000++ (belum buat semakan)

Isnin, 14 September 2015.

Dua klinik swasta di SP yang dicadangkan oleh kakitangan TH (nak segera) tak dapat nak siapkan medical check up dalam sehari. Darah kena hantar lab katanya. So, 3 hari baru siap. Bukan semua doktor qualified untuk "cop" buku rekod rawatan haji. Kami kemudian dinasihatkan ke hospital (lama) SP. Tiba hospital dah 9 pagi. Tengok ramainya orang tunggu giliran, pasrah. Alhamdulillah, rupa-rupanya pihak hospital telah dimaklumkan tentang "jemaah haji urgent". Syukurlah, kami tak perlu tunggu giliran, ujian darah pun siap segera dan kami selesai urusan di hospital jam 2 petang. Buku ni kemudian dihantar ke pejabat Tabung Haji untuk key in.

Hijau tanda sihat dan boleh p haji. Kuning tanda ada penyakit namun terkawal dan boleh p haji. Merah tanda perlu rujuk doktor pakar namun masih boleh p haji. Namun bagi yang mendapat tanda di kotak hitam, mereka tak lulus p haji. Tahun ni pemeriksaan kesihatan bakal haji sangat ketat katanya.

Selasa, 15 September dan Rabu, 16 September 2015 (Cuti Hari Malaysia)

Sibuk uruskan surat cuti dan semua urusan bersangkutan haji. Waktu tulah nak urus payment bersangkutan dengan bank, tukar duit Riyal, urusan anak sekolah dan sebagainya. Pendekata...tidur pun tidur-tidur ayam. Dalam masa yang sama nak membelek buku-buku dan CD tentang haji ifrad. Sejak 2011 ikut kursus haji di beberapa masjid di SP. Tahun 2014  banyak tuang bila berulang alik Sp-Ipoh. Tahun 2015 boleh kira dengan jari sebab Encik Suami lak yang berulang Ipoh-SP. Alasan: tak de kawan nak p kursus hari Jumaat.

Khamis, 17 September 2015.

Sepatutnya kami ke Melaka pagi tu kerana pihak syarikat adakan taklimat dan nak ambil beg. Namun kerana urusan cuti yang masih belum selesai (jadual penerbangan belum keluar), Encik Suami meminta adiknya membawa MIL dan FIL hadir taklimat tersebut. Dari adiknya kami diberitahu urusan visa masih belum selesai. So, tak tahu bila berangkat. Kami bertanyakan bayaran kepada syarikat travel namun mereka hanya kata nanti dulu, tak tahu lagi. Kami perlu sentiasa bersedia. Telefon kena on 24 jam menanti panggilan penerbangan.

Keputusan segera dibuat. Susah nak bertindak kalau masih di SP. Kami perlu bertolak ke KL. Adik di Kota Warisan pun offer rumahnya untuk bermalam. Dekat sikit dengan KLIA. Dah segera ni, tak kena p Kelana Jaya. Naik terus dari KLIA. MIL dan FIL juga kami minta dibawa berkumpul di Kota Warisan.

Namun dipertengahan jalan, dok fikir. Macamana dengan beg kami? Kalau tunggu di KL, bererti kami akan guna beg besar beli di Langkawi, beg sorong TH Travel dan beg sandang Tiram travel masa umrah dulu, hihi. Pening pihak travel nanti.

Akhirnya kami memutuskan untuk pulang ke Johor. Atas pandangan my brother, kami tinggalkan dulu 2 Abdul di rumahnya di Rawang. Dia akan hantar mereka ke airport bila kami dah maklumkan tarikh penerbangan.

Tapi sebaik tiba Seremban, mata masing-masing dah tak mampu nak bertahan. Mengantuk satu hal, penat jangan cerita. Menginap kat hotel@highway Seremban. Tak boleh tidur dalam kereta sebab tenaga nak gunakan lagi esok untuk ke KL semula. Tak leh tidur lena juga. Jam 1 pagi terjaga, 2 pagi terjaga...maklum, takut-takut tak dengar call.

Jumaat, 18 September 2015

Lepas Subuh, bertolak balik Johor. Adik ipar juga bersiap nak hantar MIL dan FIL ke rumah kami di Batu Pahat. Nak jimat masa. Nasib baiklah diberikan ilham untuk minta mereka tinggalkan beg-beg haji kami di Batu Pahat petang Khamis. Kalau tak, jenuh juga nak kemas barang nak dibawa.

3 beg pemberian syarikat travel. Mengisi beg-beg ni tiada masalah kerana Anim guna barangan umrah sebelum ini yang masih elok. Hanya menambah sedikit barangan kecil kegunaan sehari-hari.

Cadang nak bertolak ke KL lepas solat Jumaat. Adik-adik ipar bye-bye dari Batu Pahat saja, Kami menghubungi pihak travel sekali lagi bertanyakan bayaran walaupun info diterima, masa taklimat pihak travel dah maklumkan, dalam keadaan terdesak ni, yang penting semua jemaah dapat p. Soal bayaran boleh diuruskan waris di Malaysia atau buat bayaran selepas pulang nanti. 

Kami tak senang hati memikirkan p haji dengan "berhutang". Kami hanya membayar RM500 seorang sebagai deposit di awal pendaftaran dahulu. Setelah mendapat angka dari pihak travel, masalah lain pula tiba. Hari Jumaat, Tabung Haji tutup pula di Johor. Wang simpanan untuk haji tersimpan dalam akaun Tabung Haji. Dalam sibuk ke sana ke mari, tak teringat langsung nak pindahkan duit dalam akaun bank lain.

Pengeluaran dari akaun TH di Bank Islam terhad RM 10,000 sehari. Kami memerlukan amaun lebih dari itu. Nasib baiklah akaun Bank Islam kami ada link dengan TH. Bolehlah transfer duit dari akaun TH ke akaun Bank Islam.Kemudian dari Bank Islam buat pindahan ke akaun syarikat travel. Alhamdulillah, ingatkan selesai satu masalah. Rupa-rupanya belum lagi.

Akaun Bank Islam Anim dan Encik Suami dibuat di SP. Bank Islam BP kena call pula Bank Islam SP untuk pengesahan. So....menunggulah lagi dalam setengah jam.

Urusan pembayaran kami selesai dalam jam 4 petang. Lega rasanya dapat selesaikan "hutang" yang satu ni. Bergerak meneruskan perjalanan ke KL. 

Tiba Hentian Pagoh, Muar berhenti rehat untuk ke tandas. MIL dan FIL lapar nasi. Dok menunggu urusan kat Bank Islam Batu Pahat, hanya pekena roti bakar kat kopitiam bersebelahan bank. Kopitiam tu takde menu berasaskan nasi. 

Di Hentian Rehat Pagoh itulah Encik Suami dihubungi pihak travel memaklumkan tak dapat flight pada 19 September. Alasannya hanya dua penerbangan saja pada tarikh tersebut dan Saudi Air saja yang boleh turun.

Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan Anim waktu itu. Kami mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat ke KL dan berpatah balik ke Batu Pahat. (Pihak travel terus buat rayuan untuk mendapatkan penerbangan pada Ahad, 20 September namun tidak berjaya. Kesemua 66 jemaah travel tidak dapat menunaikan haji. Visa dapat tapi tak dapat flight) 

Beg yang bakal disorong masuk flight, dah kena bungkus. Mudah-mudahan bila Allah menjemput kami di musim-musim mendatang, barangan dah tersedia, tinggal buka plastik saja. Untuk makluman, ini pengalaman kedua. Pengalaman pertama 2012, peluang tu hampir-hampir. Pengalaman kedua 2015..sipi-sipi. Apapun...Anim akur, haji tu hak Allah.

P/S  Auto publish entry. 

Artikel berkaitan:

Throwback : Uplands International School, Penang


Assalamualaikum wbt...

Mentor posted apa yang berlaku di kelas Selasa lalu. Berbanding Marta, mentor sebelum ni, bulan puasa biasanya kami "direhatkan" sebulan dari lawatannya. Tapi bersama mentor baru, Jasmane , memang banyak aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan. Of course banyak kerja,huhu....

Sungguh tak disangka...kami bertemu semula. Kali ni, dia yang pernah sekereta, sebilik dua tahun lalu kini duduk di belakang kelas observed Anim mengajar pula, huhu..

Anim teringat lawatan luar sekolah yang diatur untuk kami ke Uplands International School Penang pada 8 May lalu. Throwback...

Bersama Primary Principal Uplands, Allison Nicholson yang banyak membantu. Bukan senang nak mai sini. Kena kutip idea yang boleh dibawa balik untuk manfaat anak-anak murid sekolah kebangsaan.

 Anim ditempatkan di kelas Year 1, Mdm Julliena Teoh. Rata-rata students berusia 5-6 tahun. Level pelajaran mereka sama dengan Tahun 2 sekolah kebangsaan.

 Tak de masalah hilang pensel, hilang pensel warna dan sebagainya sebab alat tulis pun provided.

 Kemudahan lengkap dalam kelas...kelebihan mereka berbanding kita. Kelas pun share dengan kelas KAFA. Kadang boleh naik angin bila masuk kelas waktu pagi bila lihat kelas lintang pukang.

 Banyak cara pengajaran..murid tak bosan belajar. Ada assistant di kelas. Kerja cikgu hanya mengajar. Assistant yang pasang itu, cari ini...Ooo...bilalah kami di sekolah kebangsaan ni merasa nak ada assistant..

 Bukan semua students fasih berbahasa Inggeris. Macam si comel dari China ni. Depa pun ada kelas pemulihan bahasa juga. Berkesempatan melihat kelas Cikgu Rokiah, Malaysian citizen yang sudah mengajar hampir 25 tahun di Uplands, kalau tak silap.

 Recess time, kami dijamu di cafe sekolah bersama students dan guru Uplands. Depa guna kupon. Ada dua pilihan, western dan Malaysian food. Kena pilih salah satu. Kita pun of course, nak jadi Minah Salleh jugalah. Mee dah biasa makan. Lasagna sayur jadi pilihan. Makanan adalah halal coz ada murid dan guru Muslim di sekolah ini.

 Cenderahati buat kami dari Uplands International School, Penang (area Batu Feringghi)..

P/S  Ambil apa yang boleh diapply di sekolah. Niatkan untuk menambah baik cara mengajar...

Artikel berkaitan:

Persiapan raya jatuh ke laut setelah dengar cerita ini


Assalamualaikum wbt...

Mutiara kata Sayyidina Ali

Jangan terkejut dengan tajuk entri. Saya tak buang semua persiapan raya ke dalam laut tau. Bukan apa, sepanjang 16 hari menempuh Ramadhan pada tahun ini, banyak peristiwa yang dialami sendiri juga rakan-rakan sekitar Sg Petani dan Sik yang menyebabkan persiapan raya kali ini ala kadar saja. Sungguh, membayangkan diri berada di tempat mereka yang mengalaminya... membuatkan airmata tergenang. Hebatnya ujian yang Allah berikan kepada mereka..

Peristiwa 1

Berada di Lagenda Heights, Sg.Petani kerana urusan perbankan (CDM). Dah jam 6.30 petang, taklah sibuk mana. Orang pun nak cepat balik untuk persiapan berbuka.

Di depan pintu sebuah bank, ada seorang wanita mendukung anak. Bersamanya seorang budak lelaki (dalam 5-6 tahun) dan kakaknya, dalam 8-9 tahun. Melihat wajah wanita itu, terdetik di hati hamba Allah ni, Rohingya minta sedekah ke? Tapi tak nampak pula tabung atau tangannya dihulur minta sesuatu.

Lepas selesai urusan dalam bank, wanita dan ketiga-tiga orang anaknya tidak kelihatan. Hamba Allah ni hidupkan enjin kereta, nak pulang ke rumah. Dalam jarak 200 meter, terlihat wanita tadi bersama anak-anaknya di hadapan kedai Al Ihsan. Hati kecilnya tertanya-tanya. Hamba Allah ini dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Dia memperlahankan kenderaan sambil menurunkan tingkap keretanya. Digamitnya wanita itu supaya dekat ke keretanya.

"Nak ke mana ni?" ujarnya.

Bila mendengar penjelasan wanita itu, terkejut kerana tekaannya silap. Bukan Rohingya..orang tempatan, berdasarkan loghat Kedahnya.

Rupa-rupanya dia bersama anak-anaknya dalam perjalanan pulang dari Taman Wira untuk pulang ke rumah mereka di Taman Ria. Masha Allah, berjalan kaki dalam keadaan berpuasa hampir 2km jaraknya. Bayangkanlah 4 km pergi balik...aduh, dengan mendukung anak bersama dua anak yang ikut berjalan bersamanya.  

Menurutnya, dia hendak mengambil wang zakat seperti yang dijanjikan oleh seseorang di Taman Wira. Namun sebaik tiba, dia dimaklumkan wang zakat itu telah diberikan kepada oranglain. Dia kata dia tak ada duit di tangan.

Pasti wanita itu benar-benar memerlukan. Kalau tak takkan sanggup berjalan jauh di bulan puasa untuk mengambil wang. Hamba Allah itu sebak melihat wajah ketiga-tiga orang anak bersamanya. Tanpa bertanya jumlah wang zakat yang sepatutnya dia perolehi, dihulurkan sejumlah wang dalam kemampuannya kepada wanita itu.

"Belilah makanan untuk berbuka, ya"

Berkali-kali wanita itu mengucapkan terima kasih dan meminta anak-anaknya bersalam dengan hamba Allah itu.

Peristiwa 2

Seorang pakcik masuk ke sebuah bank tempatan. Tiba gilirannya, dia menghulurkan buku banknya di kaunter.

"Saya nak keluarkan semua duit dalam buku ni."

Terkejutlah kerani bank sebab baki dalam akaun tertera RM 12. Dijelaskan wang itu tidak boleh dikeluarkan kerana perlu ada baki wang yang perlu ditinggalkan.

Sayu mendengarkan bila dia kata hanya itulah wang yang dia ada. Dia perlukan wang itu.

Sungguh, masing-masing tergamam dengan perisitiwa itu.

Kita yang ada pendapatan ni, tentu tak terfikir akan berlaku hal ni pada kita. Tapi buat mereka di kampung, yang tak punya pendapatan tetap, ini adalah lumrah. Lagi-lagi harga getah begitu rendah. Harga getah tak sampai RM 2 sekilo. Bagi mereka yang menoreh di tanah orang, pendapatan mereka perlu dibahagi dua . Bayangkanlah pendapatan setelah dibahagi dua, 80 sen sekilo...bagaimana mereka nak sara makan keluarga.

Peristiwa 3

Hamba Allah ini didatangi seorang lelaki yang mencari upah menebang pokok. Mendengar dia datang dari kampung yang jauh dari Sg Petani, rasa kasihan pula mendengarnya.

Bila ditanya tentang upah, lelaki itu meminta hamba Allah ni beri apa yang sepatutnya. Setelah didesak oleh hamba Allah ni supaya menetapkan harga, akhirnya dia meminta RM 250. Persetujuan dicapai. Dimintanya lelaki itu menebang pokok yang hampir mencecah bumbung rumahnya.

Selalunya bab menebang pokok ni dilakukan lebih dari seorang. Hamba Allah ni memerhatikan kerja-kerja yang dilakukan lelaki ini. Nak memanjat, nak menarik.. .oo.. banyak kerja. Bila hampir 80% kerja menebang siap, terkejut dia melihat lelaki itu sudah terdampar keletihan di lantai belakang rumahnya. Kerja mencabar dalam bulan puasa...

Dia memberitahu hamba Allah ni, kalau diikutkan, dia tak sanggup nak lakukan penebangan pokok di bulan puasa seorang diri. Namun dia kuatkan juga kerana nak cari duit . Kemudian dia minta izin untuk mandi dan solat. Hamba Allah ni izinkan dia mandi di belakang dan dia bersolat di belakang rumah.

Hamba Allah ni tak sampai hati nak beri RM 250. Dok godek-godek, hanya RM 300 saja yang ada dalam simpanannya di rumah. Dia kemudiannya ambil beberapa bahan mentah yang ada untuk diberikannya kepada lelaki itu setelah tugasnya selesai.

Sebak hatinya bila melihat lelaki itu tergamam dan bertafakur sebentar. Terharu barangkali..

Peristiwa 4

Hamba Allah ni ke kedai dobi berdekatan rumahnya. Dah biasa berurusan, kenal gitu-gitu ajalah dengan pekerja dobi di situ. Beberapa bulan sebelum ni, nampak dia mengandung. Kali ni dah kempis aja, dah bersalinlah tu.

Terkejut bila dimaklumkan dia baru 30 hari bersalin.

"Kena kerja juga kak. Kalau tak macamana nak dapat duit" . Note: Dia dibayar gaji hari.

Allahu Robbi...kalau tak susah, masakan dia boleh kerja dalam tempoh belum habis berpantang. Dihulurkan sedikit wang kepada pekerja itu. "Sedekah untuk baby," katanya.

Beberapa hari kemudian, dia ke kedai bersebelahan kedai dobi tersebut. Berbual dengan tuan kedai yang dikenalinya, entah macamana tercerita fasal kedai dobi di sebelah. Rupa-rupanya pemilik kedai dobi itu adalah ibu tunggal. Dia begitu baik dengan pekerjanya. Dia juga selalu bantu pekerjanya yang kematian suami.

Rupa-rupanya pekerja yang masuk bekerja 30 hari setelah bersalin itu baru kematian suami. Suaminya meninggal dunia waktu dia mengandung. Kalau tak silap, itu anak ke3 atau ke4 nya. Allahu Robbi .. sebaknya hati. Patutlah dia sudah masuk bekerja. Anak-anaknya dijaga oleh ibunya. Yang buat hamba Allah ni tambah sebak bila mendapat tahu pekerja itu bukan masuk bekerja setelah 30 hari bersalin tetapi sudah balik bekerja sebaik 10 hari bersalin!! Terduduk dia mendengarnya...

~ Mereka inikah golongan yang disebut dalam Al Quran, orang miskin tetapi tidak meminta-minta?~

P/S  Dengar satu tazkirah. Kita berada di airport contohnya. Bawa balik banyak barang, banyak beg. Tiba di pemeriksaan kastam, sudah tentu barang-barang kita akan dicheck rapi. Ini akan memerlukan masa yang lebih lama, pemeriksaan dan lebih soaljawab berbanding rakan kita yang tidak membawa barang atau barang sedikit saja. Begitulah keadaan kita di padang Mahsyar nanti bila Allah menghitung harta yang kita ada dan bagaimana kita menggunakannya...

Artikel berkaitan:

Al Fatihah buat sahabatku, Sameha


Assalamualaikum wbt..

Dah dua hari kami berbuka 5 minit lebih awal dari Sg Petani. Jangan salah faham ya. Anim balik Ipoh. Pusing kepala tu macam berkurangan sikit, tu yang berani drive. Sikit je pun sakitnya.

Berbicara tentang sakit dan kesulitan yang dialami, Anim teringat nasihat yang diberikan Ustaz Haslin Bahrim (Ustaz Bollywood) di Kg Sg.Kinta bulan lalu.

Katanya, "lantaklah" apa yang Allah nak buat kat kita. Sakit, sihat, senang, susah. Dah kita ni hambaNya. Ikut DIAlah nak buat apa kat kita. Kita terima saja. Yang penting, keredhaan Allah di dunia dan akhirat yang kita mahu. Mati kita dalam keadaan Allah redha...

Pagi tadi sambil mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Rani ,"Rahsia Kematian & Alam Akhirat" di youtube, ayahnda telefon. Terkejut juga..7 pagi, awal lagi ni. Lagi-lagi dapat tau dia keluar jemaah 3 hari di satu tempat.


Ayahnda sampaikan berita mengejutkan. Berita pemergian sahabat Anim di Batu Pahat. Tambah mengejutkan dan membuatkan hati bertambah sebak ialah arwah meninggal dunia bulan Mac lalu. Berita ini Anim terima pagi ini, setelah 3 bulan berlalu.

Menurut Ayahanda, suami arwah (pernah satu markas jemaah tabligh dengannya) telah menyampaikan pesan kepada rakan jemaah ayahnda untuk menyampaikan berita itu kepada ayahnda dan meminta ayahnda menyampaikan berita itu kepada Anim kerana arwah merupakan sahabat Anim.

Arwah merupakan rakan sekelas Form 6 di High School, Batu Pahat. Bila Anim dapat masuk Maktab, kami masih meneruskan persahabatan melalui surat. Kemudian Anim dikhabarkan, dia juga memilih  bidang perguruan sebagai kerjaya. Hubungan kami kemudian terputus.

16 tahun kemudian, sewaktu Encik Suami bertukar dari Kulim ke Batu Pahat, Anim berpindah ke Peserai. Hari pertama melapor diri, Anim terpandang satu nama yang amat dikenali di notis board sekolah. Anim ingat nak buat surprise, nak tunggu hingga hari buka sekolah.

 Malangnya Anim tak jumpa pun sahabat Anim ni. Mungkinkah nama saja yang sama. Dari rakan-rakan lain, Anim bertanyakan cikgu yang punya sama nama dengan sahabat Anim ni. Depa tunjuk sorang cikgu yang berpurdah. Masha Allah....tentu sekali Anim tak mengenalinya. Dia berubah 100%. Lucunya...dia tak mengenali Anim kerana Anim nampak putih. Haha...

6 tahun di Batu Pahat, hubungan kami terjalin semula. Kami kerap menziarahi satu sama lain. Sehinggalah Encik Suami diarahkan berpindah ke KL kemudian ke Sg.Petani dan kami hanya berSMS dan berWhatsapp saja.

Sayunya hati membelek kembali ucapan hari raya tahun lalu...

 Tambah sayu mengenangkan kelapan-lapan orang anaknya yang berusia dalam 23+ hingga 10 tahun.

Tiba-tiba...kerinduan menusuk jiwa. Menurut kata kawan sekelas Form 6 dulu, arwah ada berpesan kepadanya kalau menjengok anaknya yang belajar di Alor Setar, singgahlah rumah Anim. Pasti Anim akan masak macam-macam nanti. Allahu Robbi...sedihnya..

Anim tak salahkan geng bas sekolah lama yang tak maklumkan pada Anim berita pemergiannya. Mungkin mereka terlepas pandang. Anim pulak tak aktif FB. Arwah dikhabarkan tidak lama sakit, dalam 2 bulan saja (kanser usus). Menurut kawan Anim yang menziarahinya di hospital, arwah redha dan mengatakan apalah sangat sakitnya, jika dibandingkan dengan oranglain. Allah uji sikit saja.

Khabarnya, jenazahnya diangkat dan dimandikan oleh suami dan anak-anaknya. Beruntungnya arwah. Sebelum dibawa ke masjid, kawan bercerita suaminya tazkirah atas kepala arwah surah yang arwah suka baca. Redha suami...syurgalah tempatnya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Damailah kamu di sana, sahabatku, yang disayangi rakan, ahli keluarga dan anak-anak murid. Doaku mengiringimu. Al fatihah..

P/S  Bila rakan seusia meninggalkan kita dahulu, terasa kita sendiri pun semakin dekat dengan kematian. Namun takut memikirkan, cukupkah bekalan kita...




Artikel berkaitan: