Home · About Me · Sitemap ·

Allah mengaturkan yang terbaik

Assalamualaikum wbt...

Musim haji telah berakhir. Penerbangan terakhir pulang jemaah haji Malaysia, 3 hari lalu dikejutkan dengan khabar gembira Hajjah Fatimah Abd Latiff, 60 tahun yang boleh berjalan semua setelah hampir 5 tahun lumpuh separuh badan. Allahu Akhbar...Hajjah Fatimah pulang dari mengerjakan haji dengan membawa balik bersamanya kebesaran Allah SWT. Nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata..


3 minggu lalu juga, pihak Tabung Haji dan syarikat travel telah memulangkan kembali wang urusan "haji tak kesampaian" ke akaun Tabung Haji kami. Alhamdulillah...belum sampai sebulan, tanpa kami buat susulan bertanya tentang bayaran yang telah dikenakan, wang itu sedia ada dalam akaun tanpa kurang walau sesen pun.


Manusia sudah beri kebenaran tetapi Allah belum lagi atas sebab yang kita sendiri pun tak tahu sekarang...


Bila sudah refund, setidak-tidaknya legalah Mak (MIL) dan Pak (FIL) di kampung. Alkisah, bila kami tak dapat penerbangan (KT) dan tak dapat p haji musim lalu (1436H), macam-macamlah cerita menakutkan yang Mak dengar bila ada yang datang menziarahinya bertanya cerita.

Ada yang kata Mak kena tipu pihak travel lah, duit kat Tabung Haji hanguslah. Travel tak pulangkan balik duitlah. Hmmm...risaulah orangtua tu dibuatnya. Sampai ke satu peringkat bila dia mengadu, orang tu kata begini, orang ni kata begitu, kami minta Mak berikan nombor telefon kami berdua kat mereka yang bertanya. Senang nak dapat penjelasan (sampai ke sudah tak ada pula yang menelefon).

Cerita fasal haji ni, ada seorang hamba Allah minta nasihat. Dia kata dia nak daftar haji. Wang daftar haji RM 1500 sudah ada tapi malangnya, si suami masih belum mampu lagi. Macamana nanti katanya bila tiba gilirannya menunaikan haji. Tak dapatlah pergi bersama-sama.

Anim sarankan dia teruskan niatnya untuk daftar haji. Tak apalah, kalau suaminya masih belum mampu. Doakan supaya suaminya diberikan lebih pendapatan untuk menabung.

"Takkanlah saya nak cukupkan simpanannya. Sepatutnya suami sayalah yang keluarkan perbelanjaan haji untuk isterinya"

Anim teringat apa yang di dengar di rancangan Salam Baitullah TV1 @ Labaikallah (lupa).  Tentang bukan tanggungjawab suami menghajikan isteri. Jika suami yang keluarkan perbelanjaan haji untuk pasangannya, itu dikira ihsan si suami.

Seorang teman juga pernah mengutarakan hal yang sama kepada Anim. Dia nak daftar haji tetapi suaminya belum terbuka hati. Kalau dalam kes pertama , si suami belum mampu tetapi dalam kes kedua, si suami mampu tapi belum sampai seru katanya. Dan kebimbangannya juga berkisar dalam hal yang sama, takkan nanti dia nak p haji seorang diri tanpa ditemani suami.

Sebenarnya kedua-dua mereka , Anim berikan nasihat yang sama. Jangan risau...Allah akan uruskan semua. Niat dah ada, teruskan saja.

Anim bercerita kepada mereka tentang dua hamba Allah; seorang darinya dikenali manakala seorang lagi Anim temui semasa medical check up sewaktu urusan haji (tak jadi) yang lalu.

Hamba Allah yang pertama ni, masih muda lagi. Belum ada 30 tahun lagi. Dia masih belum daftar haji lagi. Nak jadi cerita musim haji tahun ni (2015), isteri dan ibu mertuanya yang mendaftar sejak 2006 mendapat giliran p haji.  Bukan dia saja, malah bapa mertuanya sendiri belum daftar haji. Dek kerana isteri dan ibu mertuanya tiada mahram menemani, dengan tidak disangka-sangka tahun ini dia dan bapa mertuanya dapat bersama-sama menunaikan haji.

Hamba Allah yang kedua ni pula mendaftar haji bersama ayah dan ibunya. Pada tahun lalu, mereka bertiga terpilih haji. Ditakdirkan, tak lama kemudian bapanya meninggal dunia. Si suami pula tak disangka-sangka menjadi mahram. Kata hamba Allah ni lagi, suami dia bukan saja belum daftar haji, akaun TH pun tak ada. Di saat-saat akhir, wang p haji cukup juga.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja, dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan kering, melainkan(semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata"  Al-An'aam:59

P/S  Moralnya di sini, Allah mengaturkan yang terbaik.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Allah mengaturkan yang terbaik"

  1. Sangat tepat Dialah yang mengatur sebaik2nya

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya Allah itu akan memakbulkan doa kita sebaik kita dalam kesusahan pasti kita mendapat Rahmat Allah

    BalasPadam
  3. Betul tu kak. Perancangan Allah adalah sebaik baiknya...

    BalasPadam
  4. allah ingin memakbulkan doa hambanya, yang pelik bukan mustahil...

    BalasPadam
  5. percaturan hidup kita Allah yang tentukan. Semuga Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita.Aamin.

    BalasPadam
  6. semuanya di bawah keizinan Allah...jgn berhenti berdoa...

    BalasPadam
  7. Benarlah... Allah jua yang mengaturkannya dan ia adalah yang terbaik buat kita. maka sebarang Niat yang baik harus diteruskan. InsyaAllah... pasti ada jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
  8. syukur alhamdulillah..
    kun fa ya kun..
    kalo itu katanya..maka jadilah dia...

    lya dlu ada pgalaman, lumpuh & xde harapan pon nk bjln smuala..tp syukur..kuasa Allah swt...
    sama sewaktu mgndungkan asya...alhamdulillah..kuasa Dia

    BalasPadam
  9. Yelah kan Nim.....urusan menjadi tetamunya adalah urusan Allah. Siapalah kita nak mengaturkan lebih dari jangkauan akal manusia.

    Masyaallah.... perancangan Allah tu maha hebat. Yang tak de perancangan pergi pun dapat pergi juga akhirnya. Begitu jugaklah dlm kes Anim.

    Sampai masa nanti Insyaallah....akan jadi tetamunya jugak nanti.
    Anim ni kali kedua ke menunaikan haji? Anim under pakej ke biasa?

    BalasPadam
  10. Allah lah yang mengatur segalanya.....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai