Tenggelam, timbul, tenggelam timbul...bersiaran di dinihari. Ini jelah masa yang dapat dicuri.
Cemas seketika minggu lalu sewaktu called Encik Suami bertanyakan jam berapa dia nak tiba rumah. Manakan tidak, dia kata dia tengah bagi signal nak park kereta tepi jalan. Ada bunyi kucing mengiau dalam kereta waktu dia drive katanya. Tak lama panggilan diputuskan. Saspen sungguh..
Tiba rumah, diarahkan si Abdul ambil sangkar yang sudah beberapa bulan tak berpenghuni. Terpinga-pingalah dia seketika. Abah bawak balik apa nih...
Kata Encik Suami, dalam jarak 10km dari tempat kerjanya di Kota Kuala Muda, dia terdengar bunyi kucing mengiau. Dia kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan. Dibuka boot belakang dan boot enjin di depan. Geledah dalam kereta, bawah kerusi pun tak ada. Dok shoooh, shooh gitulah.
Diam dah. Sambung perjalanan lagi. Berhenti solat Asar di satu masjid di Tikam Batu. Lepas solat dengar lagi. Dok shoooh, shooh...diam pulak.
Beberapa minit kemudian, bunyi kucing mengiau muncul lagi. Sudah..sudah. Tergerak nak singgah di sebuah bengkel kereta. Minta tolong seorang mekanik yang kebetulan masih belum balik untuk check bawah kereta. Laaa...ada seekor anak kucing. Bawah kereta Encik Suami (MPV) memang ada satu ruang kosong. Dia dok situ rupanya. Bila dan darimana dia memanjat di situ agaknya. Masha Allah, selamat...tak jatuh pulak tu, tak kena lenyek tayar kereta. Bukan dekat...hampir 20km jaraknya.
Kecil lagi. Tak putus susu ibunya lagi ni. Bila masuk sangkar, mengiau kuat. Menangis, tak mahu. Bila dikeluarkan, senyaplah pulak. Akhirnya...sangkar tolak tepi.
Tak mahu jilat susu dalam pinggan. Minta nasihat pemilik Pet Shop berdekatan. Diberikan kami sebatang picagari untuk dicuba. Free je tu, dia bagi saja. Diriba tak mahu, dibaringkan macam baby meronta. Akhirnya....nah kau...paksa minum macam bagi anak makan ubat..huhu
Hari ini hari ke 6 dia bersama kami. Dah pandai menyesuaikan diri. Jadi penghibur kami sekeluarga. Nama awal diberi Black. Bila dipanggil, tak tunjuk respon. Akhirnya...panggil Tam. Teringat pula kat TamTeh ..huhu
Yang tak tahan....dia suka tidur atas badan kita. Agaknya mencari kehangatan. Si Abdul sulung pulak rajin melayan..ikutlah.
P/S Auto publish entry
comelnya dia... hitam bukan sebarang hitam.. hitam manis...seronok tengok org bela kucing kita nih xboleh lagi... huhuhu
BalasPadamiyalah ahlam...adakala mata pun tak nampak. hitam seluruh badan, hihi
Padamrezeki anak kucing tu utk bertuankan cikgu sekeluarga..
BalasPadamrezeki kami dapat pengganti si Bisu..heee
Padamkasihannya dia.. bagus kak anim membelanya.. dapat pahala dan jadi penghibur di kala kesunyian..
BalasPadamaiza...kak tak boleh masuk blog aiza..huhu
Padamsalam perkenalan dari blog baru bertatih (^___^) folo anda di 348
BalasPadamterima kasih krn sudi singgah:-))
Padamkak Anim..si bisu dh xde ye?..sedihnye....suke tgk bulu si bisu tu..cantik...
BalasPadamiyalah...dah jadi "arwah" dah si Bisu tu...
Padamkak, sy cari kalu2 tersangkut bulu kaler putih ;-)
BalasPadamtakde anies...memang hitam seluruhnya, huhu
PadamMemang nyawa kucing tu panjang dan ditakdirkan untuk akak membelanya. Dah 20km tu... kalau belum sampai ajalnya!
BalasPadamHitam berkilat...kena sangatlah namanya Tam :)
sedih pula nampak adik tu, amat sayang kucing..kucing di laman Etuza banyak yang black..
BalasPadamSelepas si Bisu, memang Anim takda bela kucing lain ke? Kalau dari kecil dibela, memang jadi kesayangan keluargalah nampaknya ya, Anim. Jadi si 'bongsu' dalam keluarga Animlah ni nanti :)
BalasPadamcantiknya kucingnya ...siapa namanya????
BalasPadampatah tumbuh hilang berganti.. mana nak sama dengan sikucing belang.. hihihi...
BalasPadamjom jenguk sini ya.. hehe