Home · About Me · Sitemap ·

Penantian haji yang belum berakhir


Assalamualaikum wbt....

Terasa lama tak menjengok blog. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang bertanya khabar secara personal. Anim hargai ingatan anda semua.

Anim mulakan entri dengan surah Taha ayat 110 bagi menenangkan perasaan Anim tika ini.


Seminggu cuti sekolah, sibuk dengan urusan di Batu Pahat, persediaan Hari Raya Aidil Adha dan kebetulan Anim anak beranak buat korban di rumah mertua di Kota Tinggi menyebabkan Anim "lupa" sebentar kesibukan seminggu sebelum cuti sekolah. Namun sebaik tiba di Sg Petani petang semalam, tak semena-mena rasa sedih pula. Ditambah memikirkan nak bertemu kawan-kawan dan anak-anak murid di sekolah esok. Malu pula rasanya sebab dah bermaaf-maafan sebelum ini.

Jumaat, 11 September 2015.

Kami terima missed called di hp masing-masing selepas solat Jumaat. Bila dihubungi, rupa-rupanya dari syarikat travel yang beribu pejabat di Melaka. Anim, Encik Suami dan kedua mertua mendaftar haji bersama syarikat tersebut awal 2015.  

Dipendekkan cerita, mereka mahukan persetujuan on the spot untuk menaikkan nama kami ke Tabung Haji. Mereka dapat 66 kuota haji tambahan tahun ini (1436H). Kami meminta masa 5 minit. Orang pertama yang Anim segera hubungi ialah Bonda. Dialah individu terpenting yang Allah ilhamkan untuk Anim serahkan tanggungjawab menjaga 2 Abdul dalam masa terdekat itu. Alhamdulillah, Bonda amat gembira dan meminta Anim segera menyatakan persetujuan.

Sabtu, 12 September jam 8.30 pagi.

Pagi-pagi kami dah bersiap. Selepas breakfast, Encik Suami nak bawa 2 Abdul ke program sukan orang muda di Suka Menanti, Alor Setar. Sejak kembali bertugas pada 1 Ogos di Utara (pejabat di Alor Setar), macam-macam plan nak buat dihujung minggu. Bertambah gembira bila sebulan bertugas, pejabat di Alor Setar ditutup dan dia dipindahkan ke Sg Petani berkuatkuasa 1 Oktober ini. Syukur yang amat. Makin dekat dengan rumah. Tak kena tol dan tak berulang alik jauh setiap hari. .

Berbalik pada cerita Sabtu. Pagi tu juga pihak travel hubungi kami dan minta kami hantar pasport dan gambar visa ke pejabat mereka di Melaka sebelum 11 pagi, Puas juga Encik Suami bincang. Mustahil nak sampai Melaka dalam tempoh 3 jam. Sg Petani ke KL saja dekat 5 jam. Akhirnya, mereka bersetuju untuk menerima pasport dan gambar visa itu di cawangan KL dengan syarat sebelum atau pada jam 3 petang.

Boleh bayang tak macamana Anim masuk semula ke rumah, ambil semua dokumen yang diminta, arahkan 2 Abdul kemas kain baju andainya kami terdesak untuk bermalam. Semuanya perlu segera. Alhamdulillah, pasport Anim dan Encik Suami tamat tempoh pada 2018 dan macam tak percaya bila bukan setakat 4 gambar visa Anim dan Encik Suami ada dalam simpanan, malah gambar visa MIL dan FIL. 

Tapi, pasport MIL dan FIL ada di Kota Tinggi. Takde maknanya kalau kami sempat tiba KL sebelum jam 3. Terkejut orangtua di kampung. Lainlah kalau boleh memandu dan ada kereta. Nak minta adik-adik ipar pun, masing-masing bukan selalu turun KL. Melilau lak kita nak beri arah. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah permudahkan. Anak jiran sekampung MIL (pemandu teksi) masih belum keluar bandar. Sempatlah MIL minta dia hantar ke KL. Dia pulak biasa bawa penumpang berdekatan PWTC, tempat pertemuan kami .

Selamat tiba cawangan travel di KL jam 2 petang. Sewaktu menanti ketibaan teksi dari Kota Tinggi inilah terima call dari Melaka. Menurut rekod mereka, pasport MIL dan FIL dah tamat tempoh. Allahu Robbi...dugaan betul. On the spot Anim minta pengesahan dari MIL menerusi telefon. Terdengar suara pemandu teksi (MIL tak pandai baca) memberitahu pasport MIL dan FIL tamat tempoh 12/2016. Macamanalah MIL suruh driver tu semak waktu memandu, huhu. Syukurlah, MIL ingat pesan Encik Suami untuk renew pasport kalau 6 bulan nak tamat tempoh. 

Actually, pasport dan gambar visa kami ni nak kena hantar ke pejabat Tabung Haji jam 5 petang. Benarlah penantian itu satu penyiksaan. Jam 3.30, MIL dan FIL tiba dengan pasport. Lega...

Ahad, 13 September 2015 jam 1.20 petang 

Anim dah bersiap nak balik (dari sekolah) waktu diminta ambil surat tawaran dan membuat pengesahan persetujuan di pejabat Tabung Haji terdekat. Encik Suami pun dalam perjalanan pulang ke Sg Petani kerana kami perlu isi borang dan depa nak key in semua maklumat segera. Kami kemudian dimaklumkan pihak Tabung Haji akan membuat potongan dalam akaun Tabung Haji kami. Kalau tak silap, dalam RM7000++ (belum buat semakan)

Isnin, 14 September 2015.

Dua klinik swasta di SP yang dicadangkan oleh kakitangan TH (nak segera) tak dapat nak siapkan medical check up dalam sehari. Darah kena hantar lab katanya. So, 3 hari baru siap. Bukan semua doktor qualified untuk "cop" buku rekod rawatan haji. Kami kemudian dinasihatkan ke hospital (lama) SP. Tiba hospital dah 9 pagi. Tengok ramainya orang tunggu giliran, pasrah. Alhamdulillah, rupa-rupanya pihak hospital telah dimaklumkan tentang "jemaah haji urgent". Syukurlah, kami tak perlu tunggu giliran, ujian darah pun siap segera dan kami selesai urusan di hospital jam 2 petang. Buku ni kemudian dihantar ke pejabat Tabung Haji untuk key in.

Hijau tanda sihat dan boleh p haji. Kuning tanda ada penyakit namun terkawal dan boleh p haji. Merah tanda perlu rujuk doktor pakar namun masih boleh p haji. Namun bagi yang mendapat tanda di kotak hitam, mereka tak lulus p haji. Tahun ni pemeriksaan kesihatan bakal haji sangat ketat katanya.

Selasa, 15 September dan Rabu, 16 September 2015 (Cuti Hari Malaysia)

Sibuk uruskan surat cuti dan semua urusan bersangkutan haji. Waktu tulah nak urus payment bersangkutan dengan bank, tukar duit Riyal, urusan anak sekolah dan sebagainya. Pendekata...tidur pun tidur-tidur ayam. Dalam masa yang sama nak membelek buku-buku dan CD tentang haji ifrad. Sejak 2011 ikut kursus haji di beberapa masjid di SP. Tahun 2014  banyak tuang bila berulang alik Sp-Ipoh. Tahun 2015 boleh kira dengan jari sebab Encik Suami lak yang berulang Ipoh-SP. Alasan: tak de kawan nak p kursus hari Jumaat.

Khamis, 17 September 2015.

Sepatutnya kami ke Melaka pagi tu kerana pihak syarikat adakan taklimat dan nak ambil beg. Namun kerana urusan cuti yang masih belum selesai (jadual penerbangan belum keluar), Encik Suami meminta adiknya membawa MIL dan FIL hadir taklimat tersebut. Dari adiknya kami diberitahu urusan visa masih belum selesai. So, tak tahu bila berangkat. Kami bertanyakan bayaran kepada syarikat travel namun mereka hanya kata nanti dulu, tak tahu lagi. Kami perlu sentiasa bersedia. Telefon kena on 24 jam menanti panggilan penerbangan.

Keputusan segera dibuat. Susah nak bertindak kalau masih di SP. Kami perlu bertolak ke KL. Adik di Kota Warisan pun offer rumahnya untuk bermalam. Dekat sikit dengan KLIA. Dah segera ni, tak kena p Kelana Jaya. Naik terus dari KLIA. MIL dan FIL juga kami minta dibawa berkumpul di Kota Warisan.

Namun dipertengahan jalan, dok fikir. Macamana dengan beg kami? Kalau tunggu di KL, bererti kami akan guna beg besar beli di Langkawi, beg sorong TH Travel dan beg sandang Tiram travel masa umrah dulu, hihi. Pening pihak travel nanti.

Akhirnya kami memutuskan untuk pulang ke Johor. Atas pandangan my brother, kami tinggalkan dulu 2 Abdul di rumahnya di Rawang. Dia akan hantar mereka ke airport bila kami dah maklumkan tarikh penerbangan.

Tapi sebaik tiba Seremban, mata masing-masing dah tak mampu nak bertahan. Mengantuk satu hal, penat jangan cerita. Menginap kat hotel@highway Seremban. Tak boleh tidur dalam kereta sebab tenaga nak gunakan lagi esok untuk ke KL semula. Tak leh tidur lena juga. Jam 1 pagi terjaga, 2 pagi terjaga...maklum, takut-takut tak dengar call.

Jumaat, 18 September 2015

Lepas Subuh, bertolak balik Johor. Adik ipar juga bersiap nak hantar MIL dan FIL ke rumah kami di Batu Pahat. Nak jimat masa. Nasib baiklah diberikan ilham untuk minta mereka tinggalkan beg-beg haji kami di Batu Pahat petang Khamis. Kalau tak, jenuh juga nak kemas barang nak dibawa.

3 beg pemberian syarikat travel. Mengisi beg-beg ni tiada masalah kerana Anim guna barangan umrah sebelum ini yang masih elok. Hanya menambah sedikit barangan kecil kegunaan sehari-hari.

Cadang nak bertolak ke KL lepas solat Jumaat. Adik-adik ipar bye-bye dari Batu Pahat saja, Kami menghubungi pihak travel sekali lagi bertanyakan bayaran walaupun info diterima, masa taklimat pihak travel dah maklumkan, dalam keadaan terdesak ni, yang penting semua jemaah dapat p. Soal bayaran boleh diuruskan waris di Malaysia atau buat bayaran selepas pulang nanti. 

Kami tak senang hati memikirkan p haji dengan "berhutang". Kami hanya membayar RM500 seorang sebagai deposit di awal pendaftaran dahulu. Setelah mendapat angka dari pihak travel, masalah lain pula tiba. Hari Jumaat, Tabung Haji tutup pula di Johor. Wang simpanan untuk haji tersimpan dalam akaun Tabung Haji. Dalam sibuk ke sana ke mari, tak teringat langsung nak pindahkan duit dalam akaun bank lain.

Pengeluaran dari akaun TH di Bank Islam terhad RM 10,000 sehari. Kami memerlukan amaun lebih dari itu. Nasib baiklah akaun Bank Islam kami ada link dengan TH. Bolehlah transfer duit dari akaun TH ke akaun Bank Islam.Kemudian dari Bank Islam buat pindahan ke akaun syarikat travel. Alhamdulillah, ingatkan selesai satu masalah. Rupa-rupanya belum lagi.

Akaun Bank Islam Anim dan Encik Suami dibuat di SP. Bank Islam BP kena call pula Bank Islam SP untuk pengesahan. So....menunggulah lagi dalam setengah jam.

Urusan pembayaran kami selesai dalam jam 4 petang. Lega rasanya dapat selesaikan "hutang" yang satu ni. Bergerak meneruskan perjalanan ke KL. 

Tiba Hentian Pagoh, Muar berhenti rehat untuk ke tandas. MIL dan FIL lapar nasi. Dok menunggu urusan kat Bank Islam Batu Pahat, hanya pekena roti bakar kat kopitiam bersebelahan bank. Kopitiam tu takde menu berasaskan nasi. 

Di Hentian Rehat Pagoh itulah Encik Suami dihubungi pihak travel memaklumkan tak dapat flight pada 19 September. Alasannya hanya dua penerbangan saja pada tarikh tersebut dan Saudi Air saja yang boleh turun.

Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan Anim waktu itu. Kami mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat ke KL dan berpatah balik ke Batu Pahat. (Pihak travel terus buat rayuan untuk mendapatkan penerbangan pada Ahad, 20 September namun tidak berjaya. Kesemua 66 jemaah travel tidak dapat menunaikan haji. Visa dapat tapi tak dapat flight) 

Beg yang bakal disorong masuk flight, dah kena bungkus. Mudah-mudahan bila Allah menjemput kami di musim-musim mendatang, barangan dah tersedia, tinggal buka plastik saja. Untuk makluman, ini pengalaman kedua. Pengalaman pertama 2012, peluang tu hampir-hampir. Pengalaman kedua 2015..sipi-sipi. Apapun...Anim akur, haji tu hak Allah.

P/S  Auto publish entry. 

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Penantian haji yang belum berakhir"

  1. Allahuakbar...semoga kuat semangat kak...mudah-mudahan ada ruang untuk akak sekeluarga ke sana pada lain ketika..

    BalasPadam
  2. mungkin rezeki akan datang lebih baik kan kak...kita bersangka baik dengan-Nya. insya allah DIA pasti akan balas sesuatu diluar jangkaan kita... aminnnn

    BalasPadam
  3. Allah.. saya pun jadi debar2 + kelam kabut membacanya kak.. insya allah akan datang rezeki yang lebih baik lagi..

    BalasPadam
  4. Asalam Anim..setelah kita berusaha dengan berbagai cara..namun tak dapat jua..itulah ujian Allah untuk hambaNya..Allah suka kita terus merintih padaNya..redhakan aje kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui...apa yang tersirat dan tersurat..insyaallah

    BalasPadam
  5. insya Allah akan diberi rezeki dilain masa...

    BalasPadam
  6. Kakak ku sayang...

    La tahzan...

    Allah nk beri akk yg jauhhhhh lebih baik tu.


    Insya Allah...

    Jgn sedih2 ye.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Baris demi baris ayat kisah dibaca sampai tak senang duduk dibuatnya.
    Bila habis baca terus kelu.
    Semoga Kak Anim tabah..
    Yakinlah, segala ketentuan Allah SWT itu adalah yang terbaik buat hambanya.

    BalasPadam
  8. Apa khabar Anim...
    Alahai sedihnya dengar cite Anim ni. Okje yg baca ni pun terasa mcm tak cukup nafas. Sangat tergesa gesa rasanya. Yg punya badan apa tah lagi.

    Takutnya okje bila tang kena buat medical check up tu. Takut nak dengar result....maklum le org takut gi klinik hihi...

    Kes Anim ni sama dengan kes kawan hubby. Dah siap siap bagai, sudahnya tak dpt visa.....Betul kata Anim....Haji tu hak Allah, kita masih belum dijemput untuk menjadi tetamunya lagi....bersabar ajelah

    BalasPadam
  9. Salam Kak Anim..
    Allahuakbar .. insyaAllah pasti Allah menjanjikan yg terbaik nanti nya.. mgkin bila di panggil di tahun2 dtg pasti lebih bersedia... thn ini blm rezeki..
    atie pun pernah dapat offer utk haji masa thn 2011 atas kuota company, tapi sebab beberapa masalah mmg tak dpt pegi jg..sllu berdoa agar dpt kesana suatu hari nti..

    BalasPadam
  10. Drmua orang pun akan rasa macam mana Anim rasa tapi anggap lah belom ada rezeki dan belom sampai seru....
    InsyAllah ... akan tiba masanya pada suatu hari nanti.... bersabarlah...

    Kita hanya merancang ...tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik...

    BalasPadam
  11. sedihnyaa CT baca.. yang merasa mesti lagi terasa.. huurm..
    macam bulan 5 lepas.. nak buat umrah.. semua dah setel tapi mak tak dapat cuti..
    time tu rasa sedih yang amat..

    tapi apa2 pun kak.. semuanya Allah dah atur. ada hikmah dan jawapan cuma kita x mengerti lagi..
    andai ada tertulis rezeki kita dijemput menjadi tetamu-Nya.. akan jejak juga kaki kita kesana..

    insyallah.. moga ada rezeki untuk akak sekeluarga n CT sekeluarga juga =)

    BalasPadam
  12. asalam..blog sangat besih dan kemas..akan datang membaca sini ya

    BalasPadam
  13. baru jumpa blog ANIM semula..semoga pertemuan di maya sosial menambahkan ukuhuwa lagi..akan datang membaca ya

    BalasPadam
  14. muga ada ibrah dari kejadian ini... bertabahlah!

    BalasPadam
  15. Eh... kenapa pulak kakak yg menangis ni Anim.
    Tak apa teruskan mohon padanya moga peluang tu akan datang juga
    Ada hikmahnya kalau Anim lihat tahun ini terlalu banyak dugaan dan ujian buat jemaah sebenarnya. Allah tak mahu Anim sulit di sana disulitkan di sini.

    Redhalah... kita ni hambaNya. Tapi tak tahu kenapa kakak yg menangis pulak.

    BalasPadam
  16. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar... Insha Allah....

    BalasPadam
  17. klu mmg dah tiba masanya , insha Allah semuanya akan jadi mudah . sekurang2nya ,anim dah ada pengalaman apa yg perlu ada dan diuruskan utk tunaikan haji ... my arwah abah dan bonda dulu , alhamdulillah , semuanya mudah sahaja . semuanya TH yg ururskan ...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Anim,
    Bila tgk blog Anim x update lama, dlm hati berkata2 ni mesti Anim dpt pg haji. Dpt bygkan bagaimana perasaan Anim skg. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti Allah nk bg yg lebih baik utk Anim. Insyallah suatu hari Allah akan pilih Anim, suami ,FIL & MIL sebagai tetamuNYA.

    BalasPadam
  19. Insya Allah...ada rezeki....sabar itu istana iman....

    BalasPadam
  20. Dari mula sampai habis makchaq pun rasa berdebar & kelam kabut baca....
    Kita merancang dan berusaha, tapi penentunya Allah yg maha berkuasa..
    Makchaq doakan Anim, suami dan mak ayah dijemput Allah untuk jadi tetamunya musim haji tahun depan...

    BalasPadam
  21. Sebak pulak bica wa baca entry ni..sabarlah Anim..insyaalllah...suatu hari nanti Anim akan sampai jugak ke tanahsuci.Amin

    BalasPadam
  22. as salam kak..
    lama x nmpak akak..harap sihat sentiasa hendaknya.
    xpelah kak, ujian dariNya..
    setiap berlaku ada hikmahnya...
    Insyallah, lepas ni adalah peluang tu...

    BalasPadam
  23. Semoga Allah memudahkan lagi rancangan untuk tahun akan datang . Ada hikmahnya semua ini berlaku , haanya Allah yang tahu .

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai