Assalamualaikum wbt...
Mutiara kata Sayyidina Ali
Peristiwa 1
Berada di Lagenda Heights, Sg.Petani kerana urusan perbankan (CDM). Dah jam 6.30 petang, taklah sibuk mana. Orang pun nak cepat balik untuk persiapan berbuka.
Di depan pintu sebuah bank, ada seorang wanita mendukung anak. Bersamanya seorang budak lelaki (dalam 5-6 tahun) dan kakaknya, dalam 8-9 tahun. Melihat wajah wanita itu, terdetik di hati hamba Allah ni, Rohingya minta sedekah ke? Tapi tak nampak pula tabung atau tangannya dihulur minta sesuatu.
Lepas selesai urusan dalam bank, wanita dan ketiga-tiga orang anaknya tidak kelihatan. Hamba Allah ni hidupkan enjin kereta, nak pulang ke rumah. Dalam jarak 200 meter, terlihat wanita tadi bersama anak-anaknya di hadapan kedai Al Ihsan. Hati kecilnya tertanya-tanya. Hamba Allah ini dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Dia memperlahankan kenderaan sambil menurunkan tingkap keretanya. Digamitnya wanita itu supaya dekat ke keretanya.
"Nak ke mana ni?" ujarnya.
Bila mendengar penjelasan wanita itu, terkejut kerana tekaannya silap. Bukan Rohingya..orang tempatan, berdasarkan loghat Kedahnya.
Rupa-rupanya dia bersama anak-anaknya dalam perjalanan pulang dari Taman Wira untuk pulang ke rumah mereka di Taman Ria. Masha Allah, berjalan kaki dalam keadaan berpuasa hampir 2km jaraknya. Bayangkanlah 4 km pergi balik...aduh, dengan mendukung anak bersama dua anak yang ikut berjalan bersamanya.
Menurutnya, dia hendak mengambil wang zakat seperti yang dijanjikan oleh seseorang di Taman Wira. Namun sebaik tiba, dia dimaklumkan wang zakat itu telah diberikan kepada oranglain. Dia kata dia tak ada duit di tangan.
Pasti wanita itu benar-benar memerlukan. Kalau tak takkan sanggup berjalan jauh di bulan puasa untuk mengambil wang. Hamba Allah itu sebak melihat wajah ketiga-tiga orang anak bersamanya. Tanpa bertanya jumlah wang zakat yang sepatutnya dia perolehi, dihulurkan sejumlah wang dalam kemampuannya kepada wanita itu.
"Belilah makanan untuk berbuka, ya"
Berkali-kali wanita itu mengucapkan terima kasih dan meminta anak-anaknya bersalam dengan hamba Allah itu.
Peristiwa 2
Seorang pakcik masuk ke sebuah bank tempatan. Tiba gilirannya, dia menghulurkan buku banknya di kaunter.
"Saya nak keluarkan semua duit dalam buku ni."
Terkejutlah kerani bank sebab baki dalam akaun tertera RM 12. Dijelaskan wang itu tidak boleh dikeluarkan kerana perlu ada baki wang yang perlu ditinggalkan.
Sayu mendengarkan bila dia kata hanya itulah wang yang dia ada. Dia perlukan wang itu.
Sungguh, masing-masing tergamam dengan perisitiwa itu.
Kita yang ada pendapatan ni, tentu tak terfikir akan berlaku hal ni pada kita. Tapi buat mereka di kampung, yang tak punya pendapatan tetap, ini adalah lumrah. Lagi-lagi harga getah begitu rendah. Harga getah tak sampai RM 2 sekilo. Bagi mereka yang menoreh di tanah orang, pendapatan mereka perlu dibahagi dua . Bayangkanlah pendapatan setelah dibahagi dua, 80 sen sekilo...bagaimana mereka nak sara makan keluarga.
Peristiwa 3
Hamba Allah ini didatangi seorang lelaki yang mencari upah menebang pokok. Mendengar dia datang dari kampung yang jauh dari Sg Petani, rasa kasihan pula mendengarnya.
Bila ditanya tentang upah, lelaki itu meminta hamba Allah ni beri apa yang sepatutnya. Setelah didesak oleh hamba Allah ni supaya menetapkan harga, akhirnya dia meminta RM 250. Persetujuan dicapai. Dimintanya lelaki itu menebang pokok yang hampir mencecah bumbung rumahnya.
Selalunya bab menebang pokok ni dilakukan lebih dari seorang. Hamba Allah ni memerhatikan kerja-kerja yang dilakukan lelaki ini. Nak memanjat, nak menarik.. .oo.. banyak kerja. Bila hampir 80% kerja menebang siap, terkejut dia melihat lelaki itu sudah terdampar keletihan di lantai belakang rumahnya. Kerja mencabar dalam bulan puasa...
Dia memberitahu hamba Allah ni, kalau diikutkan, dia tak sanggup nak lakukan penebangan pokok di bulan puasa seorang diri. Namun dia kuatkan juga kerana nak cari duit . Kemudian dia minta izin untuk mandi dan solat. Hamba Allah ni izinkan dia mandi di belakang dan dia bersolat di belakang rumah.
Hamba Allah ni tak sampai hati nak beri RM 250. Dok godek-godek, hanya RM 300 saja yang ada dalam simpanannya di rumah. Dia kemudiannya ambil beberapa bahan mentah yang ada untuk diberikannya kepada lelaki itu setelah tugasnya selesai.
Sebak hatinya bila melihat lelaki itu tergamam dan bertafakur sebentar. Terharu barangkali..
Peristiwa 4
Hamba Allah ni ke kedai dobi berdekatan rumahnya. Dah biasa berurusan, kenal gitu-gitu ajalah dengan pekerja dobi di situ. Beberapa bulan sebelum ni, nampak dia mengandung. Kali ni dah kempis aja, dah bersalinlah tu.
Terkejut bila dimaklumkan dia baru 30 hari bersalin.
"Kena kerja juga kak. Kalau tak macamana nak dapat duit" . Note: Dia dibayar gaji hari.
Allahu Robbi...kalau tak susah, masakan dia boleh kerja dalam tempoh belum habis berpantang. Dihulurkan sedikit wang kepada pekerja itu. "Sedekah untuk baby," katanya.
Beberapa hari kemudian, dia ke kedai bersebelahan kedai dobi tersebut. Berbual dengan tuan kedai yang dikenalinya, entah macamana tercerita fasal kedai dobi di sebelah. Rupa-rupanya pemilik kedai dobi itu adalah ibu tunggal. Dia begitu baik dengan pekerjanya. Dia juga selalu bantu pekerjanya yang kematian suami.
Rupa-rupanya pekerja yang masuk bekerja 30 hari setelah bersalin itu baru kematian suami. Suaminya meninggal dunia waktu dia mengandung. Kalau tak silap, itu anak ke3 atau ke4 nya. Allahu Robbi .. sebaknya hati. Patutlah dia sudah masuk bekerja. Anak-anaknya dijaga oleh ibunya. Yang buat hamba Allah ni tambah sebak bila mendapat tahu pekerja itu bukan masuk bekerja setelah 30 hari bersalin tetapi sudah balik bekerja sebaik 10 hari bersalin!! Terduduk dia mendengarnya...
~ Mereka inikah golongan yang disebut dalam Al Quran, orang miskin tetapi tidak meminta-minta?~
P/S Dengar satu tazkirah. Kita berada di airport contohnya. Bawa balik banyak barang, banyak beg. Tiba di pemeriksaan kastam, sudah tentu barang-barang kita akan dicheck rapi. Ini akan memerlukan masa yang lebih lama, pemeriksaan dan lebih soaljawab berbanding rakan kita yang tidak membawa barang atau barang sedikit saja. Begitulah keadaan kita di padang Mahsyar nanti bila Allah menghitung harta yang kita ada dan bagaimana kita menggunakannya...
subhanallah..sedihnya baca cerita-cerita ni.ramai sangat yang menderita kerana kemiskinan kat Malaysia ni kak.kita yang ada tak banyak ni, kenalah banyakkan bersedekah. moga nanti Allah tak persoalkan ke mana kita salurkan harta benda kita.
BalasPadamallahuakbar.. di saat pemimpin angkuh melaungkan kemiskinan semakin dibasmi.. masih ramai lagi yg duduk dalam keadaan kurang kecukupan.. semoga pemimpin sedar akan kezaliman yang mereka lakukan..
BalasPadamInsaf bila mendengarnya. Sayu rasa hati. Itulah, kita tak perlu membandingkan kehidupan kita dengan orang yang lebih berkemampuan. Memang kita akan selalu rasa tersisih, selalu rasa tak cukup dan akhirnya mengeluh. Cubalah kita bandingkan diri dengan mereka di luar sana yang hidup dalam serba kepayahan untuk mencari sesuap nasi. Tentu kita akan lebih bersyukur dengan kehidupan yang ada...
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian kisah di atas... InsyaAllah menjadi pengajaran dan peringatan...
BalasPadamIyaa Anim..kalau kita pandang keliling. .memang banyak yang menginsafkan kita..tapi pandanglah semua itu sebagai peluang untuk kita mencari saham akhirat..insyaallah
BalasPadamKita beraya lah sekadarnya....lagi lagilah orang pencen cam nekcik ni
Salam Ramadhan Nim...
BalasPadamTerkesan jugaklah dengar cerita Anim ni ( masa bacalah.....) lepas ni tak tau lagi hihi...Tp okje pun mcm kurang mood nak bershopping Raya tahun ni Nim...apa yg ada jerlah hihi
Bersyukurlah apabila kita lbh baik drpd mrk..
BalasPadamermmmmm nangih dah ni...
BalasPadammohon kemaafan dear Anim, salam ramadhan, sayu baca entri Anim, moga dipermudahkan urusan mereka, berbanyak berdoakan. teringat pula peristiwa saya dan kakak dekat bank pada masa lama dulu, tak dapat keluar duit, pegawai bank bagi duit untuk parking dan lebih skit. syukur kalau tidak nak korek kat mana mmm... masa muda takda budget apa pun.
BalasPadamsedihnya baca kisah2 mereka...
BalasPadamdlm arus kemodenan ni.masih ada insan y tertinggal di belakang tnpa kt sedar...
sayu sgt baca nsib2 mereka..bsyukurlah kita, krn mampu punyai sgala walaupon x mewah...
Allah hu akbar.. akak.. sebak hati membaca cerita akak.. orang susah.. hebat diduga.. kerdil sungguh diri ini..
BalasPadamSubhanallah ... :')
BalasPadam