Home · About Me · Sitemap ·

Throwback : Uplands International School, Penang


Assalamualaikum wbt...

Mentor posted apa yang berlaku di kelas Selasa lalu. Berbanding Marta, mentor sebelum ni, bulan puasa biasanya kami "direhatkan" sebulan dari lawatannya. Tapi bersama mentor baru, Jasmane , memang banyak aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan. Of course banyak kerja,huhu....

Sungguh tak disangka...kami bertemu semula. Kali ni, dia yang pernah sekereta, sebilik dua tahun lalu kini duduk di belakang kelas observed Anim mengajar pula, huhu..

Anim teringat lawatan luar sekolah yang diatur untuk kami ke Uplands International School Penang pada 8 May lalu. Throwback...

Bersama Primary Principal Uplands, Allison Nicholson yang banyak membantu. Bukan senang nak mai sini. Kena kutip idea yang boleh dibawa balik untuk manfaat anak-anak murid sekolah kebangsaan.

 Anim ditempatkan di kelas Year 1, Mdm Julliena Teoh. Rata-rata students berusia 5-6 tahun. Level pelajaran mereka sama dengan Tahun 2 sekolah kebangsaan.

 Tak de masalah hilang pensel, hilang pensel warna dan sebagainya sebab alat tulis pun provided.

 Kemudahan lengkap dalam kelas...kelebihan mereka berbanding kita. Kelas pun share dengan kelas KAFA. Kadang boleh naik angin bila masuk kelas waktu pagi bila lihat kelas lintang pukang.

 Banyak cara pengajaran..murid tak bosan belajar. Ada assistant di kelas. Kerja cikgu hanya mengajar. Assistant yang pasang itu, cari ini...Ooo...bilalah kami di sekolah kebangsaan ni merasa nak ada assistant..

 Bukan semua students fasih berbahasa Inggeris. Macam si comel dari China ni. Depa pun ada kelas pemulihan bahasa juga. Berkesempatan melihat kelas Cikgu Rokiah, Malaysian citizen yang sudah mengajar hampir 25 tahun di Uplands, kalau tak silap.

 Recess time, kami dijamu di cafe sekolah bersama students dan guru Uplands. Depa guna kupon. Ada dua pilihan, western dan Malaysian food. Kena pilih salah satu. Kita pun of course, nak jadi Minah Salleh jugalah. Mee dah biasa makan. Lasagna sayur jadi pilihan. Makanan adalah halal coz ada murid dan guru Muslim di sekolah ini.

 Cenderahati buat kami dari Uplands International School, Penang (area Batu Feringghi)..

P/S  Ambil apa yang boleh diapply di sekolah. Niatkan untuk menambah baik cara mengajar...

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Throwback : Uplands International School, Penang"

  1. 1st time dgr kelas pemulihan bahasa

    BalasPadam
  2. Bayor mahal2 kak....memang wajarlah mereka disediakan semua. Tapi kak.. jujurnya...baguskah belajar di private international school ni utk masa depan anak2?

    BalasPadam
  3. Pembantu boleh ada untuk bantu cikgu...jika suatu hari nanti dapat diadakan bagus juga....anak2 Malaysia dapat mengisi kekosongan kerja...

    BalasPadam
  4. bagus juga kan kalau ada konsep pembantu guru ni, lebih kurang pembantu makmal la kan...lagi pula, kelas sekolah sekarang ni muridnya sampai 30++ org...jenuh cikgu nak kawal seorang

    BalasPadam
  5. Duduk dibelakang kelas tengok Anim kakak rasa dia pun serba salah sebab dah tahu style Anim pun. Dah kenal lama bukan tak tahu...

    BalasPadam
  6. sesuai dengan harga yang dibayar kan kak... salam ramadhan yang hampir ke penghujungnya kak..raya di mana tahun ni?

    BalasPadam
  7. Saya kalau boleh nak hantar anak saya ke sekolah pemulihan akhlak.

    Ade ker...?

    BalasPadam
  8. jauh bezanyakan..tapi iyalah hanya yang mampu sahaja

    BalasPadam
  9. satu pengalaman jugak bpluang msk k skolah ni..

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    BalasPadam
  10. wah.. kalaulah sekolah biasa macam ni kan.. kak.. depa laju lagi la kan.. 5 6 tahun belajar yang 8tahun..

    BalasPadam
  11. Kenangan manis zaman persekolahan tentunya...
    Salam lebaran dari BUNDA...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum cikgu..apa khabar?

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing the goodness for Uplands School. Take a tour of the school’s impressive facilities and visit the classrooms to experience our teacher-student interaction at:
    http://kidbuxblog.com/give-your-child-an-international-education/

    BalasPadam
  14. Apa khabar Nim...sihat ke? Kuss semangat ...nape tak de entry baru? bertapa ke? haha....
    Seronokkan Nim dapat tukar fikiran sambil cedok ilmu untuk diguna pakai kat sekolah kita.....

    BalasPadam
  15. bestnyaa sekolah ni.. last few years mak ada join lawatan to schools kat sana..
    tapi x dan ekot.. cantik2 n sngt sistematik..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum...
    Semoga kak anim dan keluarga sihat dan diberkati.

    Relaks Minda telah berhenti operasi dan berpindah ke blog baru di : www.dammahumnib.com
    Semoga ukhuwah berkekalan. :)

    BalasPadam
  17. bestnya international school... sangat sistematik gitu kan...

    BalasPadam
  18. Betul ... montessary islamic kt sini pun bnyk apply style mcm tu...

    Pen pensel semua x yh bwk.
    Homework almost xde.

    Kelas... murid xde "bilik darjah mengikut kelas".
    Kelas fix i.e ada bilik kelas math. Ada kelas BI. Ada bilik kelas arab... kalo skolah kebangsaan... cikgu yg "bergerak masuk kelas"... tp skolah mcm ni...murid yg "bergerak cari kelas ikut subjek...

    Tp sy rs susah nk apply esp kt skolah yg volume student nya ramai...

    Private school byr nya mahal... mmg blh sgt...

    Skolah kerajaan susah sikit lh nk apply cara ni...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai