Home · About Me · Sitemap ·

Aku pekak badak?


Assalamualaikum wbt...

Nak share cerita Anim jumpa Dr.Mathew, pakar ENT, Metro Hospital tempohari.

Nak tau tak, OTW ke hospital, Encik Suami bertanya samada Anim bawa pakaian sekali atau tidak. kalau perlu operation, terus minta doktor buat, Tak perlu tangguh katanya.

2003, sewaktu kami menetap di Batu Pahat, Anim ada masalah pendengaran. Tak dengar suara sendiri. So, kalau bercakap, volume tinggi. Asyik kena tegur ngan Encik Suami, pelan lah sikit suara tu. Siapa yang mengenali Anim memang tau dah....suara memang kuat.

Anim jumpa pakar ENT di Batu Pahat, lupalah klinik mana. Test gitu gini, doktor suggested satu pembedahan di hospital swasta di Melaka. Kos rawatan dalam RM3 ribu lebih. Waktu tu memang tak cukup duit, saving tak banyak, medical card pun tak ada. Dari setahun ke setahun Condition telinga pun on off on off, tak ingat dah. Tapi bila telinga kanan itu rasa sakit tempohari. baru teringat balik sejarah telinga Anim ni. Aduhai.... membayangkan ianya kini dalam worst condition .

12 tahun telinga itu tak dikisahkan...macam-macam kemungkinan yang terlintas di fikiran. Kalau kena operate pun redha. Cuti sekolah, senanglah sikit.

ear otoscope video camera ~pinjam google

Hasil test dengan otoscope video kamera, doktor kata telinga kanan Anim tiada masalah. Tertayang gegendang telinga kiri kanan yang cantik, tak ada kecederaan, bersih, tak ada kulat dan normal.

Masalah Anim bukan sakit dalam telinga sebenarnya. Sakit di sendi telinga (sakit dipicit) yang menyebabkan keseluruhan kepala rasa sakit. Ini barangkali berpunca akibat mengunyah hanya guna sebelah kanan, menjerit , bising ataupun bunyi yang terlalu kuat. Doktor takkan kacau dan beri ubat titis telinga. Anim hanya akan diberikan ubat sakit sendi saja nanti.

Anim bertanyakan tentang pekak dan adakala tak dengar suara sendiri.. Doktor sarankan Anim buat Audiometry test.

Audiometry test ~ pinjam google

Diuji dengan menggunakan fon telinga. Anim diperdengarkan nada bunyi dengan tone atau frekuensi yang berbeza. Setiap belah telinga diuji bergilir-gilir. Anim dikehendaki menekan suis sekiranya mendengar apa-apa bunyi.

Kekuatan bunyi diukur dalam decibels (dB). Pendengaran normal adalah 20 dB. Hasil ujian yang ditunjukkan Anim hampir menghampiri 20 dB, so pendengaran Anim normal. Anim boleh mendengar bunyi kuat tetapi tidak boleh mendengar bunyi perlahan.

Masalah kadangkala Anim tak dengar suara sendiri bukan berpunca dari masalah pendengaran tetapi masalah di hidung. Hidung tersumbat, dengkur yang kuat boleh jadi punca.

Manakala pekak badak yang Anim alami kadangkala boleh berpunca dari keadaan "bengang". Bukan bengang dengan orang katanya. Tetapi "bengang" dengan persekitaran, keadaan cuaca ; panas, sejuk atau suasana waktu itu.

Aduhai...bertahun-tahun lamanya Anim menyangka Anim ni kategori pekak badak. Lucunya di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua (baru semak), pekak badak ditafsirkan "tidak dapat mendengar bunyi yang kuat tetapi dapat mendengar bunyi yang perlahan". Kes Anim, terbalik!

Sewaktu menunggu giliran di bahagian farmasi, teringat cerita Ustaz Husam di Masjid Kuning beberapa hari lalu tentang seorang kaya di Tanah Arab . Alkisah, anak kesayangannya koma. Olehkerana tak punya harapan lagi, anak itu dibawa balik ke rumah. Malam itu, orang kaya tersebut memberi makan anak-anak yatim dan memberikan mereka wang bila mereka nak pulang. Alangkah terkejut orang kaya itu apabila anaknya yang koma, bangun dan berjalan turun tangga dan sedar dari koma. Apa yang nak disampaikan Ustaz ialah bila kita sakit, kena banyak bersedekah. In Sha Allah, dengan sedekah itu mudah-mudahan dapat menyembuhkan penyakit kita.

Bila membelek bil rawatan RM359.10 yang dikenakan, Anim percaya ianya ada kaitan dengan peristiwa pagi di Bank Islam (entry sebelum ini). Bukan niat untuk menjaja cerita Anim bersedekah. Allahu Robbi...hanya ingin berkongsi ibrah yang diperolehi .

Dalam berkira-kira dan mencongak berapa nak Anim beri pada pasangan tak berumah dalam entry lepas, akhirnya Anim hanya "melepaskan" wang dapur manakala wang rawatan masih Anim pegang. Ya, wang rawatan masih berbaki. Dan pastinya berita yang paling gembira ialah pendengaran Anim normal. Sungguh, Anim membayangkan, kalaulah iman Anim sekuat Sayyidina Abu Bakar, yakin 200% tanpa ragu menyerahkan semua, pasti ceritanya juga berbeza. Allahu Akbar!

Teringat tentang permintaan mereka yang telah berada di dalam barzakh dalam satu ceramah agama di radio. Mereka nak minta balik ke dunia untuk bersedekah. Kenapa mereka tak minta balik ke dunia untuk melakukan ibadat lain. Nak solat banyak-banyak, nak puasa..kenapa sedekah yang disebut? Mesti mereka nampak keutamaan dan beruntungnya bersedekah di alam barzakh..

Dalam surah Al Munaafiquun (63:10), Allah berfirman..

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku-ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

P/S  Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Aku memohon keampunanMu..


Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Aku pekak badak?"

  1. alhamdulillah.. Ahlam pun ada alami bnda mcm ni..bila pg cek dokto kata ada luka sikit.. ptutlah xbrape dgr.. asyik brdesing jer teliga nih... huhuhu

    BalasPadam
  2. Asalam...nice entri...marilah ambil hikmah bersedekah..

    BalasPadam
  3. Allahurobbi... syukurlah penyakit singgah sementara untuk menguji kita sebenarnya Anim
    Kita ni terlalu kerdil nak dibandingkan dgn Saidina Abu Bakar tu. Namun dpt berbuat sedikit pun jadilah dan yg penting istiqomah dan ikhlas. Allah yg menilai diri kita ni..

    Moga tak berulang sakit telinganya.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..syukur tak de yg teruk... jaga kesihatan kak./..jgn stress2

    BalasPadam
  5. bila baca tetiba takut pulak dgn diri sendiri sebab tak pernah nak amik tahu akan kesihatan telinga sendiri huhuu.. thanks kongsi info :D

    BalasPadam
  6. kenapa rasa nak nangis baca cite ni. terasa sebak pula
    terasa banyaknya kekurangan diri

    apapun saya harap anim terus diberikan kesihatan yang baik. aamin

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah pendengaran kak anim normal..

    banyak manfaat bersedekah.. aiza kongsikan cerita seorang rakan aiza yang tidak dapat anak walaupun 5 tahun berkahwin, setiap hari dia dan suami akan bersedekah.. Alhamdulillah dengan kuasa Allah swt dia disahkan hamil.. bila bersedekah mungkin ada di antara orang yang menerima sedekah kita itu yang mendoakan kita..

    BalasPadam
  8. ibu_suri ditahun 2008 dulu selalu dengar orang berbisik di cuping telinganya walaupun ketika itu dia bersaorangan saja di rumah...

    BalasPadam
  9. diakhir entry sedikit tersentuh. mudah2 di alam barzah nanti kita orang2 yang beruntung hendaknya

    BalasPadam
  10. ALhamdulillah bila pendengaran normal tu kak.. kadang susah jgk bila kita tak berapa nk mendengar ni.. ujian sementara dari Allah... hikmah dari bersedekah itu amat besar nilainya... syukur msh boleh memberi pada yg memerlukan...

    BalasPadam
  11. salam..apa khbar..
    dugaan banyak datang dalam pelnagai sudut kalau kita dapat terima lalui dengan sabarmoga ada indah sebaliknya ya..

    aisy..lama tak borak kalau jumpa tak mau jerit bisik..bisik boleh??

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, rupa-rupanya takda apa yang abnormal tentang telinga mahupun pendengaran Anim. Kira lama juga Anim bertahan dengan 'pekak badak' ni ya. Saya yang tak pekak badak ni pun rajin sungguh bercakap kuat. Puncanya memang HDlah. Mereka ni kalau bercakap sesama sendiri memang kuat. Kalau bercakap di telefon pun macam suara orang menjerit. Tak tahulah apa sebabnya. Sampaikan kakak saya kata, kalau bercakap biasa macam orang bergaduh, kalau bergaduh tak tahulah macamana kuatnya suara HD. Jadi, dah lama hidup bersama, memang terikut-ikut juga cara HDlah kiranya saya ni. Hahaha...nampak tak alasan saya bercakap dengan suara kuat ni cukup munasabah? Hehehe....

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah bila semuanya normalkan Nim. Kalau okje dah debar tu, belum lagi nak kena operate ....
    Itulah kelebihan bersedekah agaknya... tp kekadang yg banyak pahala tulah yg berat kita nak buat...tipisnya imanku...huhu...

    BalasPadam
  14. kalo kita dapat tengok nilai pahala derma tu mesti kita nak dermakan semua kan kak ? tapi kita manusia biasa ni mmg.. normal utk rasa begitu. kan ada orang cakap.. pegi masjid dan bukak wallet dan dermakan note paling besar.. tp kalo note yg ada hanya rm100 dan rm20 ? mesti kita tragak2 jugak kan ? hehehe.. normal tu.

    alhamdulillah tak ada apa2 kak.. kena kunyah dua dua belah lepas ni kasi sama rata.. take care =)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Biasanya bila sakit kita akan stress dan macam2 kita akan fikir.

    Aina pun pernah dengar berkenaan sedekah sewaktu kita sakit tu.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai