Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah....jerebu semakin pulih di Utara. Tersenyum gembira dapat melihat sinaran terik mentari.pagi ini.
Jerebu tuan rumah masih belum pulih. Aduhai, blog pun dah jadi suam-suam kuku. Sabaq Anim, bertahan..bertahan:-)).
Hampir 11 bulan tinggal di kawasan perumahan sekarang, belum kedengaran azan dari masjid setiap waktu solat. Bukan azan tak dilaungkan tapi tak sampai ke rumah. Jarak masjid dengan rumah adalah dalam 1km. Khabarnya masjid tersebut telah dinobatkan sebagai masjid terbaik seluruh negeri Kedah, tahniah! Actually, menara azan masih belum siap, masih dalam pembinaan.
Namun hati kadang-kadang tak yakin 100% waktu azan berkumandang. Mesti nak check waktu solat dalam website Jakim atau paper (edisi Utara) untuk kepastian. Bergantunglah..dua@tiga hari sekali.
Semalam baru dapat Takwim dan Waktu Ibadat 1347H bagi seluruh negeri Kedah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Tahun ni keluar lewat sikit kot.
Takwim atau lebih dikenali sebagai kalendar ialah satu jadual atau susunan tarikh dalam menentukan sesuatu jumlah hari sama ada seminggu, sebulan atau setahun. Dalam mengenali sesuatu takwim, ianya mestilah berlandaskan empat kaedah sesuatu takwim itu dibuat iaitu:
1- Mengikut pergerakan matahari (mengikut perubahan musim)
2- Pergerakan bulan (fasa-fasa bulan)
3- Gabungan antara pergerakan matahari dan bulan
4- Peristiwa atau hari kebesaran bagi sesuatu agama
#Sekiranya satu takwim itu dicipta tanpa merujuk kepada 4 kaedah ini, ianya tidak akan bertahan lama dan akan berlaku banyak kesilapan dalam pengiraan takwim.
Setiap 14 helaian depan dan belakang dimanfaatkan dengan info berguna..
P/S Ada tak Takwim Islam seperti ini di negeri anda?
Alhamdulillah jerebu dah makin beredar... lama akak menyepi..harap nya sihat... taqwim begini memang berguna utk rujuk waktu sholat dan sebagainya.. sy sllu nya beli.. kat sini susah jgk nak jumpa, klu terjumpa di mana2 pun terus beli sbb tau tak semua ada jual... tertentu shj...
BalasPadamMoga baik-baik semuanya walau lama tak bersiaran..
BalasPadamKalau Johor punya sah-sahlah tak ada info menarik yg Anim paparkan itu.
Takwim waktu solat adalah..
Kl ada kot...
BalasPadamP/s sritu g sp lalu dpn sek akk tp sek ttp sempena cuti maal hijrah
Assalamualaikum,
BalasPadamWalaupun tenggelam timbul...tapi jangan tenggelam terus ya blog ni. Sebulan sekali pun xpa.... asalkan ada update, itu pun sudah mencukupi utk mendapat khabar berita dari akak.
Belum dapat atau beli lagi sebaran kalendar utk tahun depan. Buat masa ini selalu guna hp jer sebagai rujukan...hehe
alhamdulillah kat taman saya ni ada masjid yg gah..boleh dengar azan setiap waktu solat..ceramah agama jugak boleh dengar dgn jelas
BalasPadamSaya cuba juga nak add takwim online di blog tapi tak dapat huhuhu....dan juga waktu solat....
BalasPadam