Home · About Me · Sitemap ·

# Rabu Yang Senyap 55 : Itulah Dia Tuhanku!

Assalamualaikum wbt....


لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-mujinya kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!


[Almarhum Shaykh al Tantawi,rahimahullah]

P/S Berkursus selama 3 hari sejak semalam. Balik dah lewat petang, mahu cari bantal saja bila tiba rumah. Maaf ya tak dapat berkunjung..

Artikel berkaitan:

Siaran Langsung Tanyalah Ustaz@Raudhah DiHatiku

 Assalamualaikum wbt.....

Jam 7 pagi, kami 4 beranak dah ada di booth Raudhah bersama-sama dengan warga SP (Sg Petani) yang lain untuk mengikuti siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz. Encik Suami yang tiba rumah malam tadi pun kena angkut. Mula-mula dia kata kita tengok kat TV sajalah. Mem dia kata, TV lain...live lain. Macam dalam masjid jugak. Lebih fokus, tak de gangguan seperti duduk bersandar, berlunjur kaki di rumah.

Pagi ini, Tanyalah Ustaz yang menampilkan Ustaz Amran Yusof, turut menjemput Exco JK Agama Kedah, YB Dato Mohd Rawi.

Mula-mula Anim duduk bersimpuh di lantai. Bila penonton semakin ramai memenuhi kawasan dalam booth, kerusi disusun pula di belakang, apalagi larilah ke belakang. Lenguh bersimpuh...nak menulis pun susah. Bila duduk atas kerusi...lebih selesa dan suara Ustaz dan tetamu pun lebih jelas. Nak menyalin nota kuliah pun senang.

Gelihati pulak bila dapat mesej dari geng bas sekolah.
Muka kak Anim nampak jelas kat TV...
Hahaha, malu pulak bila depa tahu kami 4 beranak dok berkampung di Amanjaya ni. Ala, bukan selalu jumpa program seperti ini. Hampir 6 tahun dok SP, ini kali kedua program Islamik diadakan. Kalau tak silap yang first. Karnival Halal Kedah, dua tahun lalu.

Habis program Tanyalah Ustaz, kuar p cari breakfast. Balik rumah sekejap, sidai kain, membuang apa yang tak perlu dan sebagainya kami mai Amanjaya semula, Kali ni payah sikit dah nak cari parking. Tak tahulah petang dan malam penutup nanti.

Jam 10.30 pagi dah ada semula di booth Raudhah. Kali ni kami berpisah mencari haluan masing-masing. Anak-anak berada di booth Bananana, mak pak lak...p kat booth  nile...


 Booth kegemaran Anim ni ramai makcik dan pakcik..samalah dengan I

Salam Mualaf bersama Derrick Fernando@ Mat Derih. Dia yang berasal dari Panama ,dan fasih berbahasa Melayu telah 8 tahun berada di Malaysia.Ralit mendengar cerita bagaimana dia dari seorang yang asalnya free thinker boleh memeluk agama Islam. Dok bayang Panama...dekat2 Costa Rica, Brazil nu..Masha Allah.

Derrick@Mat Derih ni kalau nak tahu, pernah memenangi Piala Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2014. Kata Mat Derih (atau nama Islam yang diberikan JAIS katanya, Mohd Zhafri Shahir) kalau nak tengok talk show yang sedang diusahakannya bersama rakan berbangsa Cina. boleh p ke laman You tube dengan menaip Salam Hari Ahad:-))

Pagi tadi bersama Ustaz Amran Yusof di Tanyalah Ustaz. 11 pagi sekali lagi bersama Ustaz di Halaqah bersama Da'i Tajdid dan Da'i Azam. Ustaz ni orang Kuala Ketil rupanya. Dalam Halaqah, Ustaz sentuh tentang 6 hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain. Nanti Anim share ya, in sha Allah.

Jam 12.30 tengahari. Lapaq ayaq..lapaq perut. Sebaik kami keluar booth Raudhah, ternampak kelibat 2 Abdul bergerak keluar dengan hadiah permainan di booth Bananana. Jom balik berehat, makan dan solat Zuhor di rumah dulu. Sat lagi, mak pak nak keluar lagi. Hangpa dok rumah saja noo..

Ustaz Sharhan Shafie jam 2 petang dan Ustaz Kazim Elias jam 4 petang....menanti kami.

P/S 1st time buat di Utara. Sambutan luarbiasa dari penduduk Utara (Kedah, Perlis dan Penang).Tahun depan mai lagi noo.

Artikel berkaitan:

Raudhah DiHatiku@Amanjaya Mall, Sg Petani

Assalamualaikum wbt...

Awal pagi Jumaat dah ada di Amanjaya Mall . Dekat saja dengan rumah. Tak mau lepas peluang bersama program Raudhah DiHatiku.

Gambar candid by si Abdul kecil

Mana tak lekat lama kat sini...

Program petang ni..(silap...ini esok punya program daaa..)
(Banyak  booth  lain seperti Bananana, Skrin, Hot FM, Lin Nisa dll. Anim upload yang diminati aja)

Audit Ad Din

SELERA...Chef Zaidah dengan roti makaroni bakar

Chef Kamarul in da house....petang ni slot dia agaknya

Best dapat jumpa Ustaz Fakhrul Radhi Unic ni...

Taleeb Mizad ni orang Johor rupanya

Si Abdul kecil ni pantang dengar lagu yang diminati...rakam saja kerjanya

Briefing oleh Juruteknik Tanyalah Ustazah...Nasron kalau tak silap sebelum program on air. Lucu orangnya. 1st time tengok program siaran secara langsung dikendalikan. 

Tak de peluang nak tanya soalan maa...semua 6 soalan yang disediakan sudah ada tuannya yang akan bangun bertanya..

Tanyalah Ustazah yang membawa tajuk "Rezeki Banyak Atau Cukup" kali ini bersiaran langsung dari Amanjaya Mall, Sg.Petani bersama Ustazah Dr.Nazirah  Tak lama kemudian, dapat WA dari geng bas sekolah. Muka Anim dan si Abdul kecil keluar kat TV katanya. Haha, kecoh..Itu baru jadi penonton. Kalau berdiri bertanya soalan tadi, mau tak tidur melayan SMS dan WA (perasannnn...)

P/S Banyak aktiviti menanti hingga 10 malam ini. Nampak gaya, malam ni dan pagi esok, in sha Allah muka kami ada lagilah kat sini. Almaklum...dekat dah tu. Sepelaung aja...

Artikel berkaitan:

4 karakter atau sifat manusia


Assalamualaikum wbt...


Lama nak share Nota Kuliah Dhuha oleh Mufti P.Pinang, SS Dr.Hj.Wan Salim b. Wan Mohd Noor (di sini) . Nota Kuliah ini juga adalah nota ingatan untuk diri sendiri.

Bila berbicara tentang tujuan hidup manusia, Ustaz ada sentuh tentang 4 karakter atau sifat manusia:-

1- Manusia yang bersifat haiwan @ bahimiyah (haiwan ternakan).

Penjelasan sifat
Dia tidak boleh guna hati, tak  pandai guna akal untuk berfikir. Dia mudah terpengaruh dengan kehendak. Hidupnya berkisar tentang makan, seks dan keseronokan, tidak ada tujuan. Dia tak tahu kenapa Quran diturunkan, kenapa Rasul diutus. 

Bukan kita diminta tinggalkan dunia tapi anggap dunia sebagai jambatan. Jangan biarkan jambatan kita reput. Jangan dilalaikan oleh dunia yang sementara kerana kita semua nak balik ke tempat asal kita di syurga

2- Manusia yang bersifat sabu'iyah (predator@haiwan pemangsa).

Penjelasan sifat: 
Dia ni lagi teruk. Hidupnya hanya nak ganggu dan menyakitkan oranglain. Berbanding sifat pertama yang hanya nak penuhkan keinginannya sahaja. Dia ni tak boleh tengok orang senang. Bila nak dapatkan mangsa, dia terkam tanpa mengira orang dapat susah ke, teraniaya ke...

3- Manusia yang bersifat syaithaniyah (buat jahat sahaja)

Penjelasan sifat
Yang ini lagi teruk berbanding sifat kedua. Kalau manusia yang bersifat sabu'iyah melakukan sesuatu kerana dia jahil, tak tahu mana baik mana buruk, mana haram mana halal..Yang ketiga ni pula berbeza kerana tau mana baik mana jahat tapi sifatnya sendiri yang seperti syaitan. 

Dia akan menghasut orang. Yang tak baik digambarkan baik begitu juga sebaliknya. Dia mengajak manusia pada kekejian dan keburukan. Walhal kita diminta jadikan syaitan sebagai musuh yang nyata. 

4- Manusia yang bersifat malakiyyah ( sifat kemalaikatan).

Penjelasan sifat
Sifat ini yang kita nak. Sifat yang penuh dengan kebaikan. Kita maklum kita bukanlah malaikat. Ada ketika kita serius, ada ketika kita bersantai. Jangan terlalu stress. Kadang-kadang kita perlu hiburkan diri sendiri.

Ustaz bercerita tentang sahabat bernama Hanzalah sedang dalam perjalanan untuk bertemu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam sambil menyatakan kekesalan kerana dia telah munafik. Hanzalah kemudiannya berselisih dengan Abu Bakar. Abu Bakar bertanya mengapa.

Hanzalah kemudian menjawab dia telah munafik kerana apabila berada bersama Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, dia merasakan syurga dan neraka berada di depan matanya. Dia menangis kerana sangat takutkan neraka. Namun apabila dia keluar meninggalkan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam , dia akan mula sibuk dengan anak dan isterinya serta harta benda sehingga hilang rasa tangisnya bersama Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Dia bimbang dia telah menjadi munafik.

Abu Bakar kemudian menyatakan kalau begitu dia juga telah munafik. Mereka kemudian sama-sama menemui Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sambil menangis kebimbangan.Sesampainya di depan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, Hanzalah menyatakan perkara yang sama dikatakan kepada Abu Bakar tadi. Lantas Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tersenyum lalu bersabda,

Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dalam kelakuanmu ketika berada bersamaku dan terus berzikir, tentu Malaikat akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketikanya waktu mu (untuk beribadah) dan ada ketikanya waktu mu (untuk dunia mu) ~ HR Muslim

P/S Pesannya, jangan berbalah kerana ianya akan menyebabkan kita lemah dan tak selesai masalah. Kita ada kerja-kerja lebih besar yang perlu diselesaikan untuk lebih berjaya. Kita kena fokus benda-benda yang lebih besar untuk manfaat generasi akan datang.


Artikel berkaitan:

Cara kawal penggunaan internet anak-anak di rumah


Assalamualaikum wbt...

Hampir empat bulan membiasakan diri dengan broadband..selama itu jugalah 2 Abdul kena membiasakan diri dengan "apa" yang ada. Ndak tak ndak kena ikut peraturan yang ditetapkan. Depa ni kalau ada line laju, Youtube dan game sajalah kerjanya.

Ingat lagi tak Anim cerita, bilik dah gelap, kita ingat dia dah masuk tidur tapi bila buat spot check, ada cahaya dalam selimut. Sekali dua bolehlah kawal. Tak larat nak bising, Satu lagi sejak dua-dua dah masuk sekolah menengah ni, Anim perhatikan depa culas bab solat awal waktu dan makan bila leka online  Kenalah Anim berkorban. Tak de lagi Streamyx atau Unifi.

Alternatif yang ada, mencari broadband. Berbanding tempat tinggal lama di Bandar Perdana, kawasan perumahan sekarang dekat dengan pusat bandar baru. Berhampiran shopping mall, gedung perniagaan dan pusat perbankan. Tapi, tang coverage.....

Baik Yes, U Mobile, Digi atau Maxis, bila mentioned kawasan perumahan, depa confident je kata "cover...cover". Tapi bila check alamat, tu dia...yang biru covered area manakala dalam red circle tak cover (lorong rumah Anim). Sabar ajalah. Nak buat camna. Area rumah Anim memang berdekatan dengan sungai.

Nampaknya hanya Celcom saja yang laku area situ...huhu

Celcom Broadband Basic Plan (4GB), RM68 sebulan tanpa kontrak ni jadi penyambung hayat untuk kerja sekolah, update blog dan BW. Hanya boleh guna pada satu laptop saja. Dok fikir senang nak kawal berbanding Wifi.

Bajet topup hp depa, RM5 seminggu seorang untuk WeChat dan Fb. Pandai-pandailah nak jimat. Nak download video kat Youtube@download game, tunggu free Wifi kat mana-mana restoran/kedai makan yang disinggah.

Dek kerana depa tumpang sekaki, tak cukup sebulan habis 4GB . Mana tahan nak purchase additional data volume 1GB@RM15 atau 5GB@RM50 setiap bulan. Dahlah tu....kata pinjam sekejap, sekejap...sekejap depa tu bermakna berjam jugak. Mana Ummi tak makan hati....huhu.

Agaknya dek kesian atau tak tahan dengar keluhan. minggu lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Celcom New PortaWifi (4GB, RM68 sebulan dan kontrak setahun) ni diberikan Bapak Abdul untuk kegunaan Anim. So, kalau Broadband putih tu sudah kehabisan data, tak payah tambah data lagi. Depa pun tak leh kata apa kan...kan..Mudah-mudahan rahsia tetap tersimpan dan 2 Abdul tak tahu kewujudannya.

Anim kagum dengan cara kawan-kawan (malah readers juga) yang mampu mengawal penggunaan internet anak-anak di rumah. Anim dah cuba bertegas, namun dek kerana tau kita ni seorang saja bersama mereka sepanjang minggu, ketegasan Anim tu kadangkala dilanggar juga. So, kena cari jalan lainlah.

Tergelak juga bila masalah ini Anim kongsikan di WA keluarga, kak long yang punya 9 anak (dua di universiti, lima bersekolah menengah dan dua bersekolah rendah) bercerita tentang caranya mengawal penggunaan internet di rumahnya.

Tambah tergelak bila dia kongsikan gambar ini...

Modem diletakkan di dalam bilik tidurnya. Atas kepala katil lagi, haha. Ada berani nak on? Dahlah tu...kalau nak p mengajar, dibawanya ke sekolah. Alasannya ada anak yang pulang awal nanti. Kelonggaran hanya diberi kalau anak-anaknya yang mengaji di universiti balik bercuti.

P/S Macamana dengan kalian? Boleh share cara? 

Artikel berkaitan:

Let's Read bersama pelajar International School


Assalamualaikum wbt...

Dalam keadaan belum sihat, gagahkan juga mengikuti program bersama pelajar dan guru International School di Penang yang dibawa bekas gurunya, Jasmane (my mentor) di salah sebuah SJK (C) di Sg Petani semalam. 

Semuanya kerana mencari idea dan kaedah baru mengajar membaca. Anim tak nafikan anak-anak murid di sekolah Anim bukan saja-saja  tak mahu baca buku @ novel Bahasa Inggeris tapi kerana tak faham..

Untuk pertama kali ni, murid Tahap 1 SJK (C) ini bergabung dengan SJK (T). Murid sekolah depa tak ramai. 

Station 1: Can you name the parts of your body in English?

Station 2: Story Telling


Station 3: Let's Read


Station 4: Reading with fluency and expression

Station 5: What is the Weather? (Membaca dengan komputer)

Station 6: What's in the Story?

Station 7: All about Me

P/S Lepas ni Jasmane kata nak cuba program yang sama di sekolah Anim. Tak sabar nak tengok reaksi murid Anim nanti. 


Artikel berkaitan:

Sakit perut sampai termimpi-mimpi


Assalamualaikum wbt...

Lepas Maghrib, kuar ke farmasi berdekatan. Cari ubat kapur dan angin. Ingatkan gastrik muncul kembali.Dua, tiga hari kebelakangan ni waktu makan tak disiplin. Peel Anim ni, kalau tengah sibuk buat kerja, nak berhenti makan punyalah malas. Asyik bertangguh.

Menjelang Isyak, perut dah lain macam. Pusing sini tak kena, meniarap tak kena, menonggeng pun tak kena. Habaq kat 2 Abdul..Anim nak masuk tidur dulu. Nasib baiklah dah bawa depa kuar makan heavy petang tu.

Tak dapat lena. Selang 20-30 minit mesti terjaga. Ubat dah telan, perut dah diusap dengan segala jenis minyak. Minyak Mahkota Dewa, minyak Unta, minyak Dhab pun sudah. Bila asyik berulang alik ke tandas, mulalah memikirkan...

Mengimbas kembali. Balik sekolah semalam mencuba satu kedai makan di Sg.Layar. 1st time singgah sebab nampak ramai pelanggan. Anim makan daging cicah ayaq asam. Tak taulah sama ada ayaq asam yang pedas dan masam jadi punca kerana simptom gastrik pun ada masa tu.

Ok..sambung cerita..

11 malam, sakit makin teruk. Nak ke klinik mana pun tak tahu. Sejak berpindah ke kawasan baru, belum berpeluang p klinik. Nak ronda pun dah lewat malam. Payah juga nak cari toilet kat jalan. Anim text Encik Suami, minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Haha..sendu. Manalah tahu, kalau ajal Anim tiba malam tadi. Nampak sangat takut sebab banyak dosa kat suami. Dia dah masuk tidur agaknya. Sms Anim tak dijawab.

Tak tahu bila masa Anim terlena. Anim terjaga kerana sakit perut yang amat. Tengok jam di dinding, pukul 1 pagi . Nak turun bawah, ternampak lampu bilik si Abdul terpasang. Budak ini, masih belum tidur lagi. Leka membaca komik. Dia bertanya Anim nak ke mana.

Ummi nak turun bawah. Ummi mimpilah. Nak cari kurma.

Alkisah, dalam mimpi Anim tu ternampak kumpulan jemaah sedang duduk di satu tempat. Kalau lihat dari pakaian mereka, macam rombongan umrah. Ramai..dalam 2 bas gitu. Mereka duduk-duduk dan hendak dijamu dengan buah kurma. Nak kata kat ladang kurma, tak nampak pokok kurma.

Yang peliknya, semua tak jamah kurma depan mata. Si penjamu (tuan rumah) punyalah susah hati sebab semua ahli kumpulan tu sakit perut! Dia panggil seorang Ustaz untuk sembuhkan mereka namun tak berjaya dan Ustaz tu minta diri pulang dengan menaiki kereta. Tak lama, entah dari mana muncul seseorang ini bertanyakan apa yang berlaku.

Bila mengetahui apa yang terjadi dia menjawab,

"Senang aja kalau sakit perut ni. Ambil 8 biji kurma, baca Al Fatihah dan tiupkan pada kurma tu"

Anim terjaga.  Sakit perut tak tertahan. Teringat mimpi 8 biji kurma tadi. Nak cuba..tak...nak cuba..tak. Dok fikir, ini malam Jumaat. Masuk tidur tadi ada wudhuk. In sha Allah, boleh percaya mimpi ni. Apa salahnya mencuba. Setakat makan kurma saja..bukan susah sangat. Benda tu pun ada dalam rumah.


Letak 8 biji kurma dan sebotol air mineral atas meja. Macamana caranya ni? Betul ke 8 biji? Kenapa bukan ganjil, 5 ke 7 ? Lepas tu, nak baca Al Fatihah sekali kat semua 8 biji tu baru makan ke atau ambil sebiji-sebiji dan baca Al Fatihah, 8 kali ? Kalau orang tu ada di sebelah, mahu saja ditanya. Hmm..decided ambil satu dan baca Al Fatihah hingga 8 yang terakhir nanti. Dok fikir...baca banyak kali lagi banyak pahala. Mudah-mudahan lagi cepat baik. gitule.

Bukan senang ooo nak makan kurma sekaligus 8 tu. Dok "menolak" dengan air saja jawabnya. Masuk biji ke 5, perut memulas ya amat dan bergegas ke bilik air. Si Abdul pun cuak aja. Dia suruh telefon ambulan.

Memandang 3 biji kurma yang masih belum bersentuh. Laaa.... lupa!  Bukankah tadi dia suruh tiup kurma tu lepas baca Al Fatihah? Nak memulakan semula yang 5 tadi? No..no...tak sanggup. Dengan penuh yakin, baki 3 tu saja yang Anim baca Al Fatihah dan tiup kat kurma.

Alhamdulillah, dapat tidur lena hingga terjaga jam 5 pagi. Walaupun sakit tu kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang tapi taklah seteruk malam tadi sehingga menyukarkan pergerakan Anim. Ni pun ingat nak p klinik juga sekejap lagi. Nak pastikan sama ada gastrik@ food poisoning.

P/S  Janganlah ingat Anim nak jadi bomoh pula bila publish entry ni. Anim hanya cuba. Pada Anim apa jua kaedah dan cara...walaupun hanya minum air segelas, adalah keyakinan kita yang usaha itu hanya akan berhasil dengan izin Allah.


Artikel berkaitan:

Cerita telur sotong


Assalamualaikum wbt....

Menjawab pertanyaan MD, Huda, Kniedaz dan Kak Nah tentang suratan makan telur sotong goreng tempohari, hihi.  Memang sudah tersurat daaa...

Mas Yana pula bertanya, sedap ke telur sotong goreng di Kayu Nasi Kandar, Penang. Bagi Anim yang bukan peminat tegar Nasi Kandar...benda tak dapat kat kampung halaman kita kat Johor..sedaplah kot. Boleh gitu..heee

Kat SP tak jumpa yang digoreng. Tekak boleh terima menu telur sotong hanya di Hussein Nasi Kandar.

Satu-satunya restoran Nasi Kandar kat SP yang melarang pelanggan merokok di restorannya juga yang memaklumkan penggunaan telur ayam berbasuh.

Nilah rupa telur sotong goreng di Kayu Nasi Kandar, Penang yang menjadi menu tengahari Sabtu lalu. Tak tahulah samada dok canang lama tak makan atau perut masih full dek Buffet Breakfast RM37++ , cam kurang umphhh lak tengahari tu, huhu

Lauk sampingan, peria goreng. Depa kena tuntut ilmu dari Nasi Kandar Melayu kat Alor Setar ni nampaknya dari segi kerangupan, huhu.

P/S  Kalau p Utara, jangan lupa cari telur sotong ni. Kat Selatan...tak jumpa...

Artikel berkaitan:

Mufti P.Pinang & Ustaz Harryanto Rizal Rokman


Assalamualaikum wbt...

Nak skip dulu kisah telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu tu. Bagi yang bertanya, next entry okay, Saspen..saspen....heeee

Sabtu lalu, selesai solat Subuh di Masjid Kuning, AJK Masjid buat pengumuman. Kuliah Subuh dibatalkan untuk memberi laluan kepada Kuliah Dhuha oleh Mufti Pulau Pinang . Tak pasti nama tempat.

Masuk kereta bertanya Encik Suami, laaa 2X5 jugak!! Hampir 6 tahun dok SP, jangan ingat kami boleh faham 100% apa yang didengar ya. Selalunya ada 2 faktor, cakap laju dan loghat pekat (terutama orang Baling)..huhu

Dalam jam 10 pagi, start kereta. Tapi tempat nak dituju masih samar-samar. Ada bunyi surau Abim, ada bunyi padang Abim. Bila taip di Waze.... keluar Kota Padang, Sumatera yang jauhnya 786 km. Waaaaa...tension.

Tapi hati berkeras nak dengar Kuliah Mufti P.Pinang. Tak tau nama apatah kenal lagi wajahnya. Tambahan pula pernah dengar satu tazkirah seorang Ustaz. Kalau ada orang alim atau ulama mai tempat kita, sambutlah..raikanlah kedatangannya. P lah "jumpa" dia,,

Nekad mencuba nasib dengan menyelusuri taman perumahan dan kampung di Sg.Layar mengharapkan ada banner terpampang di tepi jalan.

Syukur alhamdulillah. Satu-satunya banner di tepi jalan. Kuliah Dhuha Mufti P.Pinang itu bertempat di Kompleks Pendidikan Dar Maa'rif,  Kg.Kari, Sungai Layar rupanya. Tapak baru sekolah ABIM. Mehlah masuk kampung yang sebelum ni tak tau kewujudannya.

Mufti P.Pinang, Sahibul Samahah Dr.Hj.Wan Salim bin Wan Mohd Noor yang low profile. Dia lebih suka dipanggil Ustaz. Kami tiba jam 10.30 pagi, belum lama mula kata jiran sebelah. In sha Allah, Anim akan share isi kuliahnya akan datang. Belum sempat nak semak ejaan. UPFATE: Isi kuliah

Mudah-mudahan dengan adanya Kompleks Pendidikan Dar Maa'rif ini dapat menyediakan prasarana yang lebih selesa untuk pelajar Sekolah ABIM belajar.La, pelajar Sekolah Rendah ABIM Sg.Petani belajar di bangunan rumah kedai berhampiran Pekan Baru, SP.

Bagi yang hendak menyediakan bekalan akhirat dengan berwaqaf...boleh guna acc Maybank Islamic : 552059682639 atau Bank Islam : 02020010061083. Bangunan ini nanti juga akan menempatkan Kelas Tahfiz Al Quran, TASKI, Sekolah Rendah dan Menengah Islam serta Asrama Anak Yatim & Warga Emas

Malam itu juga, selepas Isyak, bertempat di sekolah Anim....


Ustaz Harryanto Rizal Rokman in the house daaa:-))

1st time penceramah terkenal (kuar TV)  mai kampung ni. 

Sambutan dari waris dan penduduk sekitar. Ceramah perdana ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam/Bahasa Arab bagi menampung aktiviti sepanjang tahun ini. Kena cari duit sendiri ya Ustaz.  Jazakallahu khairan kathiran buat Ustaz dan Ustazah. 

P/S Maaf, belum sempat BW. Line tenet kat rumah tenat sangat. Update dengan hp dan publish kat restoran ada WIFI, huhu. Nanti Anim qadha ya...





Artikel berkaitan:

Penang....kalau itu yang tersurat


Assalamualaikum wbt...

Rabu petang Bapak Abdul dah bertolak ke Penang. Khamis dan Jumaat ada kursus bersama 10 rakan sekerja. Anim 'mencuba nasib' ...
"Lamanya tak makan telur sotong goreng di Nasi Kandar Kayu Penang Original'.
Bapak Abdul faham dah trick Anim tu, huhu. Dia plan nak jemput kami 3 beranak di SP malam Khamis .

Manusia hanya mampu merancang. Kursus mereka dipendekkan. Dia bersama yang lain diarahkan pi taklimat di KL pagi Jumaat (pagi ini). Bermakna, dia akan bertolak pulang ke Ipoh petang Khamis. Bermakna, dia akan pulang semula ke SP, Jumaat malam. Bermakna...NO telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu..huhu

Jika sudah suratan takdir...view Penang pagi Jumaat yang kelihatan dari tingkap bilik kami di Tingkat 10.

Malam tadi dijemput Bapak Abdul lepas Maghrib. Ist time seberang pulau dengan feri waktu malam. Orang dah balik kerja, setengah jam je tiba destinasi.

Alkisah, sewaktu Bapak Abdul beritahu plan yang terbatal sebelum ni, frustle juga. Kalau Anim rasa frust, lagilah dia dan rakan sekerja yang lain kan. Ada yang dah bawa family dari Ipoh lagi..nak cuti hujung minggu di Penang. Alih-alih kena p KL, taklimat dalam 2-3 jam saja. Mana depa tak geram..

Namun...kalau dah tersurat, tiada yang boleh menghalang. Petang semalam Bapak Abdul menghubungi kami untuk bersiap. Nama dia dan seorang lagi tiada dalam senarai yang diarahkan ke KL hari ini!

2 Abdul dipelawa tidur di bilik rakan-rakan sekerja Bapak Abdul yang terpaksa pulang malam tadi. Pagi tadi , Anim dan 2 Abdul buffet breakfast pun guna no.bilik depa. Depa dah bayar penuh..takleh refund sebab nak refund kena check out jam 12 tengahari . ( Buffet Breakfast RM37++ satu kepala, ooo....mehlah pekena roti canai kedai mamak. Zaman GST ni kena jimat makan, anak-anak weiii kalau tak dapat free breakfast ni)

Sebelum ni, kami redha dengan plan awal. Share double bed dengan Bapak Abdul yang hanya diberi Buffet Breakfast seorang saja...huhu. Siapa sangkakan rancangan berubah...

P/S  Kejap lagi nak check out. Suspen gak...adakah telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu Penang Original itu tersurat untuk menjadi hidangan Anim tengahari ni.


Artikel berkaitan:

Panggilan Mee Udang Pulau Sayak


Assalamualaikum wbt....

Sekilas pandang gambar yang dipost Bapak Abdul sebaik keluar dari pagar sekolah, boleh diagak di mana dia berada waktu rehatnya. (Minggu ni dia ada kerja di Utara)

Haaa?...."mai...lah...". Pucuk dicita ulam mendatang...green light sudah diperolehi. Sepantas kilat, pedal minyak Myvi ditekan lebih laju dari tayarnya. 

Mee Udang Laut Usop Pulau Sayak. Berbeza dengan Mee Udang Kuala Sepetang atau Mee Udang Sg.Dua . Kuah Mee Udang di sini agak cair dan sedap dihirup . Kemanisan kuahnya dari rebusan udang.  Tak ditambah daging atau dipekatkan dengan ubi keledek, kacang tanah atau udang kering. Tulah kelainannya yang menambat tekak Anim..

Sepinggan mee udang laut fresh (baru naik) saiz sebesar ini hanya RM9 saja. Mana nak dapat. Dahlah udang laut, besar dan fresh lagi. Tempat lain biasanya belasan ringgit sepinggan.

Special tu maknanya extra udang.

35km memandu seorang diri dari Laguna Merbok ke Kg.Pulau Sayak. Mana ada orang lunch dengan Mee Udang. Tak de orang, huhu. Tak kiralah....lama bebenor tak pekena Mee Udang kat sini.

Side menu...Ketam Masak Sos yang menjilat jari.

P/S  Pinjam sekejap masa Bapak Abdul untuk temankan makan. Dating waktu lunch..huhu. 


Artikel berkaitan:

Cerita Gulai Sembilang Periuk Tanah


Assalamualaikum wbt...

Sejak Encik Suami transfer ke Ipoh, lama tak pekena Gulai Sembilang yang dihidang dalam periuk tanah. Waktu paling sedap mestilah waktu lunch. Hari Sabtu je ada peluang coz biasanya dia tiba rumah Jumaat malam dan balik Ipoh subuh Isnin. Ahad....kami pula bersekolah dan dia merayau seorang diri.

Inilah kunjungan pertama dalam 2015. 

Naim Gulai Sembilang di Sg.Pial, on the way ke Tanjung Dawai. Kami terima berita dan gambar kemalangan maut menimpa tuan punya kedai makan ini hampir dua tahun lalu, kalau tak silap.

Masih awal waktu kami tiba. Dapatlah berbual dengan isteri arwah. Alangkah terkejutnya kami bila dapat tahu arwah meninggal dunia bukan kerana kemalangan tetapi kerana sakit .

Masha Allah, siapalah yang tidak bertanggungjawab menghantar gambar dan menyebarkan berita palsu kemalangan maut yang mengorbankan tuan punya Naim Gulai Sembilang. Kata isteri arwah, dia pun tahu tentang gambar kemalangan yang tersebar di WhatsApp tu.

Kalau kita pun, mestilah kita sedih. Arwah meninggal dunia atas pangkuannya (isteri) dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan (kereta melanggar pokok).

Ramai orang "besar" pernah berkunjung ke kedai makannya. Naim Gulai Sembilang menggunakan rempah yang dikisarnya sendiri .Tempat proses rempahnya ada bersebelahan kedai makan. Rempah segera pun turut dijual. 2 Abdul pun suka sebab gulai (kari) nya dimasak tanpa santan. So boleh hirup kuah.. 

P/S  Cukup berhati-hati nak foward sesuatu berita yang diterima. Takut menyebarkan fitnah seperti peristiwa ini. Tapi adakala terkena juga

Artikel berkaitan: