Home · About Me · Sitemap ·

Let's Read bersama pelajar International School


Assalamualaikum wbt...

Dalam keadaan belum sihat, gagahkan juga mengikuti program bersama pelajar dan guru International School di Penang yang dibawa bekas gurunya, Jasmane (my mentor) di salah sebuah SJK (C) di Sg Petani semalam. 

Semuanya kerana mencari idea dan kaedah baru mengajar membaca. Anim tak nafikan anak-anak murid di sekolah Anim bukan saja-saja  tak mahu baca buku @ novel Bahasa Inggeris tapi kerana tak faham..

Untuk pertama kali ni, murid Tahap 1 SJK (C) ini bergabung dengan SJK (T). Murid sekolah depa tak ramai. 

Station 1: Can you name the parts of your body in English?

Station 2: Story Telling


Station 3: Let's Read


Station 4: Reading with fluency and expression

Station 5: What is the Weather? (Membaca dengan komputer)

Station 6: What's in the Story?

Station 7: All about Me

P/S Lepas ni Jasmane kata nak cuba program yang sama di sekolah Anim. Tak sabar nak tengok reaksi murid Anim nanti. 


Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Let's Read bersama pelajar International School"

  1. Mesti teruja kan sbb dpt pengalaman baru...

    BalasPadam
  2. Saya pun malas nak baca buku inggeris... tapi sejak kerja, boleh pula buat report dalam bahasa inggeris. mungkin kerana banyak bercampur dengan rakan cina dan india yangh memaksa kita berkomunikasi dalam BI walaupun broken...

    BalasPadam
  3. Wahh seronok jg ada program mcm ni kak.. boleh cari idea baru utk mengajar tu..

    BalasPadam
  4. foreigner ke yg ajar tu..? mesti excited bebudak kan..

    siap ada setting membaca dalam kelambu ya.. hehehe-

    BalasPadam
  5. semoga dgn program mcm ni dapat meningkatkan minat dan prestasi pelajar2...

    BalasPadam
  6. menarik la kak anim.. kalau saya pon saye teruja..

    BalasPadam
  7. Teringat dulu zaman sekolah kat kampung. Walaupun kita boleh bertutur dan menulis dalam BI, nak bercakap dengan kawan-kawan tu malu sebabnya nanti dikatakan pulak kekwat. Tunjuk lagak. Anak saya si Abang suka benar bercakap dalam BI ala-ala American style. Sampai English teachernya bertanya sama ada ayahnya asal dari US ke ~_^ Itu pun dia kena kutuk sebab kata kawan-kawan Melayu yang sekelas, eksyen je lebih!

    Kalau dapat satu budak kampung yang teruja nak belajar BI, tentu Anim pun double teruja nak mengajar merekakan...

    BalasPadam
  8. I still remember anim..masa mengajar BM dulu I rojakkan bahasa. Heeee coz I suka communicate dgn kids in English. ..lagipun sblm jd cikgu dah terdedah dgn BI di KPP (program sblm ke USA).. n kids pun suka..

    BalasPadam
  9. bestnya bebudak tu ada pendekatan dari pakar bahasa,, kalaulah saya berada di kelas tu mesti jadi patung dan lidah jadi kelu hihihi,,

    BalasPadam
  10. mungkin pendekatan kaedah ini boleh berhasil ...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai