Assalamualaikum wbt...
Sejak Encik Suami transfer ke Ipoh, lama tak pekena Gulai Sembilang yang dihidang dalam periuk tanah. Waktu paling sedap mestilah waktu lunch. Hari Sabtu je ada peluang coz biasanya dia tiba rumah Jumaat malam dan balik Ipoh subuh Isnin. Ahad....kami pula bersekolah dan dia merayau seorang diri.
Inilah kunjungan pertama dalam 2015.
Naim Gulai Sembilang di Sg.Pial, on the way ke Tanjung Dawai. Kami terima berita dan gambar kemalangan maut menimpa tuan punya kedai makan ini hampir dua tahun lalu, kalau tak silap.
Masha Allah, siapalah yang tidak bertanggungjawab menghantar gambar dan menyebarkan berita palsu kemalangan maut yang mengorbankan tuan punya Naim Gulai Sembilang. Kata isteri arwah, dia pun tahu tentang gambar kemalangan yang tersebar di WhatsApp tu.
Kalau kita pun, mestilah kita sedih. Arwah meninggal dunia atas pangkuannya (isteri) dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan (kereta melanggar pokok).
Ramai orang "besar" pernah berkunjung ke kedai makannya. Naim Gulai Sembilang menggunakan rempah yang dikisarnya sendiri .Tempat proses rempahnya ada bersebelahan kedai makan. Rempah segera pun turut dijual. 2 Abdul pun suka sebab gulai (kari) nya dimasak tanpa santan. So boleh hirup kuah..
P/S Cukup berhati-hati nak foward sesuatu berita yang diterima. Takut menyebarkan fitnah seperti peristiwa ini. Tapi adakala terkena juga
ikan sembilang masak kari periuk tanah...tak terbayang enaknya.Mana nak cari disini.Masak kari guna periuk tanah mesti sedap .
BalasPadamaroma gulai dalam periuk tanah memang superb cikson:-))
Padamdah tak ramai org masak guna periuk tanah sekarang ni,kan..
BalasPadamKos periuk tanah lebih mahal dari pinggan kot kamsiah...
Padamadakah itu sotong goreng tepung ? huurm ajak mak ayah datang mesti tamau..
BalasPadamdiorang tak makan ikan sembilang..
kalau tak makan ikan sembilang, leh order gulai temenung, gulai bawal atau tenggiri..rasalah kuah gulai yg superb (ikut tekak akakle)
Padamwooo ada banyak ikan lagi ehehe.. ingat smilang ja.. tapi CT makan je semua ikan..
Padamtelan selagi boleh hahaha..
Di Muar, ikan sembilang ni mesti masak asam pedas atau goreng berlada.
BalasPadamBetul mak long, orang johor (bukan muar sahaja) masak sembilang asam pedas. Gulai2 jarangkan...
PadamNampak topik ikan sembilang tu pun dah telan air lioq....asam.pedas sembilang ada tak Anim...
BalasPadamAsam pedas org utara ni serupa asam rebus kitalah nekcik:-))
PadamSaya jarang dapat pergi ke utara. Ada 2 kali bila ke sana, saya cuba juga cari..tapi belum ada rezeki.
BalasPadamSaya juga takut nak.fwd apa2 yg belum pasti, kak
In sha Allah, jln nk p tanjung dawai. Tepi jalan aziela. Blh tanya org kampung kalau tak pasti:-))
Padamalahai sedapnya
BalasPadamkena p cari kalau turun utara, no
PadamNanti nak pi try la kat sini..walaupun dok sp tp tak pernah sampai pun kat kedai ni..
BalasPadamIngat lagi masa kecik2 kat kampong selalu tengok opah masak lauk dalam periuk tanah...
BalasPadamGulai tahan lama panasnya...
nk mai sn nnt nk try jg laa kak..tp akk yg belanja boleh?; -)
BalasPadamNasib tidak baiklah saya dibesar dalam keluarga yang tidak menikmati ikan seberti Sembilang, haruan, dan keli. Munkin sudah terlewat hendah mula belajar.
BalasPadamHaha...nampaknya selera saya dgn Al-Manar serupa. Walaupun orang kampung dan makan semua jenis ikan tapi...ikan sembilang, haruan, keli dan semua spesis kepala macam tu memang tak usik...huhu, pelik kan...
BalasPadamNampak sedap dan agak unik tuh...sembilang or keli mmg kegilaan akak...sedap sgt...tang kepala lagi sedap
BalasPadamsotong goreng tepung die nampak menarik..
BalasPadamkak.. zaman sekarang.. terlalu banyak fitnah.. tanpa kite sedar..
Hari Ahad lepas saya tengok tukang masak masak lontong dalam periuk tanah, tetiba jerk saya nak pi beli periuk tanah satu, bukan lontonglah *_*
BalasPadamSaya tak makan ikan sembilang dan tak kenal pun sebenarnya. Tapi kalau dah nama gulai ikan kegemaran, dah tentu saya tak tolak punya.
Sekarang ni zaman mengviralkan segala benda. Adakala benda yang takda pun diada-adakan sampai jadi viral. Saya bab-bab ni memang malas nak tengok. Sebab itulah saya masih di zaman batu lagi, jarang saya bermedia sosial ni kecuali berblogging.
Betul Nim...takut nak share gambar atau berita yg tak tentu sahihnya sekarang ni....jalan selamat tak yah le memandai nak share kan..
BalasPadamTengok sembilang goreng tu pun dah terliur tau
sedapnya kak anim
BalasPadamItulah..skarang apa y org share xleh caya 100%.. suka sgt sebar sesuatu y x sahih.. ermmm...
BalasPadamLya x pnh mkn ikn smbilang.. msk dlm periuk tanah tu cnfirm rsanta sgt sedap
sedapnya. dengar tajuk pun dah rase kesedapannya. hehe
BalasPadamsaya mmg pandang sepi je benda camt kat fb ... tak ada keperluan pun nak panjangkan .
BalasPadam