Home · About Me · Sitemap ·

Mufti P.Pinang & Ustaz Harryanto Rizal Rokman


Assalamualaikum wbt...

Nak skip dulu kisah telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu tu. Bagi yang bertanya, next entry okay, Saspen..saspen....heeee

Sabtu lalu, selesai solat Subuh di Masjid Kuning, AJK Masjid buat pengumuman. Kuliah Subuh dibatalkan untuk memberi laluan kepada Kuliah Dhuha oleh Mufti Pulau Pinang . Tak pasti nama tempat.

Masuk kereta bertanya Encik Suami, laaa 2X5 jugak!! Hampir 6 tahun dok SP, jangan ingat kami boleh faham 100% apa yang didengar ya. Selalunya ada 2 faktor, cakap laju dan loghat pekat (terutama orang Baling)..huhu

Dalam jam 10 pagi, start kereta. Tapi tempat nak dituju masih samar-samar. Ada bunyi surau Abim, ada bunyi padang Abim. Bila taip di Waze.... keluar Kota Padang, Sumatera yang jauhnya 786 km. Waaaaa...tension.

Tapi hati berkeras nak dengar Kuliah Mufti P.Pinang. Tak tau nama apatah kenal lagi wajahnya. Tambahan pula pernah dengar satu tazkirah seorang Ustaz. Kalau ada orang alim atau ulama mai tempat kita, sambutlah..raikanlah kedatangannya. P lah "jumpa" dia,,

Nekad mencuba nasib dengan menyelusuri taman perumahan dan kampung di Sg.Layar mengharapkan ada banner terpampang di tepi jalan.

Syukur alhamdulillah. Satu-satunya banner di tepi jalan. Kuliah Dhuha Mufti P.Pinang itu bertempat di Kompleks Pendidikan Dar Maa'rif,  Kg.Kari, Sungai Layar rupanya. Tapak baru sekolah ABIM. Mehlah masuk kampung yang sebelum ni tak tau kewujudannya.

Mufti P.Pinang, Sahibul Samahah Dr.Hj.Wan Salim bin Wan Mohd Noor yang low profile. Dia lebih suka dipanggil Ustaz. Kami tiba jam 10.30 pagi, belum lama mula kata jiran sebelah. In sha Allah, Anim akan share isi kuliahnya akan datang. Belum sempat nak semak ejaan. UPFATE: Isi kuliah

Mudah-mudahan dengan adanya Kompleks Pendidikan Dar Maa'rif ini dapat menyediakan prasarana yang lebih selesa untuk pelajar Sekolah ABIM belajar.La, pelajar Sekolah Rendah ABIM Sg.Petani belajar di bangunan rumah kedai berhampiran Pekan Baru, SP.

Bagi yang hendak menyediakan bekalan akhirat dengan berwaqaf...boleh guna acc Maybank Islamic : 552059682639 atau Bank Islam : 02020010061083. Bangunan ini nanti juga akan menempatkan Kelas Tahfiz Al Quran, TASKI, Sekolah Rendah dan Menengah Islam serta Asrama Anak Yatim & Warga Emas

Malam itu juga, selepas Isyak, bertempat di sekolah Anim....


Ustaz Harryanto Rizal Rokman in the house daaa:-))

1st time penceramah terkenal (kuar TV)  mai kampung ni. 

Sambutan dari waris dan penduduk sekitar. Ceramah perdana ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam/Bahasa Arab bagi menampung aktiviti sepanjang tahun ini. Kena cari duit sendiri ya Ustaz.  Jazakallahu khairan kathiran buat Ustaz dan Ustazah. 

P/S Maaf, belum sempat BW. Line tenet kat rumah tenat sangat. Update dengan hp dan publish kat restoran ada WIFI, huhu. Nanti Anim qadha ya...





Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Mufti P.Pinang & Ustaz Harryanto Rizal Rokman"

  1. waaaahhhh dpt dgr ilmu drpd 2 ustaz terkenal ;-)

    BalasPadam
  2. Ustaz Hariyanto kalau berceramah seronok tak jemu...

    BalasPadam
  3. Mufti PP itu kakak tak pernah dengar lagi tapi ustaz Haryanto selain di radio IKIM beliau pernah ke masjid tempat kakak. Ada 2 kali juga kakak dpt mengikutinya tahun lepas.

    Sabtu minggu lepas ustaz masjid kakak pun tak sihat. Cancel kuliah subuh. Tapi Jumaat & Ahad ada.

    BalasPadam
  4. Ustaz Haryanto tu biasalah dengar tapi mufti PP tu memang tak kenal dan tak pernah dengar. Nasib baik juga bijak guna akal akhirnya dapat 'bertemu' ustaz. Itulah kalau guna waze, jenuh pulak nak naik kapalterbang ~_^

    Tak lama dulu UKE buat ceramah perdana di kawasan rumah saya, serentak dengan perlawanan bola antara Malaysia dengan Thailand tak silap. Yang muda kejar bola, yang tua-tua kejar UKE....

    BalasPadam
  5. alhamdulillah , banyak input boleh dikongsi bersama nanti ...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai