Home · About Me · Sitemap ·

Penang....kalau itu yang tersurat


Assalamualaikum wbt...

Rabu petang Bapak Abdul dah bertolak ke Penang. Khamis dan Jumaat ada kursus bersama 10 rakan sekerja. Anim 'mencuba nasib' ...
"Lamanya tak makan telur sotong goreng di Nasi Kandar Kayu Penang Original'.
Bapak Abdul faham dah trick Anim tu, huhu. Dia plan nak jemput kami 3 beranak di SP malam Khamis .

Manusia hanya mampu merancang. Kursus mereka dipendekkan. Dia bersama yang lain diarahkan pi taklimat di KL pagi Jumaat (pagi ini). Bermakna, dia akan bertolak pulang ke Ipoh petang Khamis. Bermakna, dia akan pulang semula ke SP, Jumaat malam. Bermakna...NO telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu..huhu

Jika sudah suratan takdir...view Penang pagi Jumaat yang kelihatan dari tingkap bilik kami di Tingkat 10.

Malam tadi dijemput Bapak Abdul lepas Maghrib. Ist time seberang pulau dengan feri waktu malam. Orang dah balik kerja, setengah jam je tiba destinasi.

Alkisah, sewaktu Bapak Abdul beritahu plan yang terbatal sebelum ni, frustle juga. Kalau Anim rasa frust, lagilah dia dan rakan sekerja yang lain kan. Ada yang dah bawa family dari Ipoh lagi..nak cuti hujung minggu di Penang. Alih-alih kena p KL, taklimat dalam 2-3 jam saja. Mana depa tak geram..

Namun...kalau dah tersurat, tiada yang boleh menghalang. Petang semalam Bapak Abdul menghubungi kami untuk bersiap. Nama dia dan seorang lagi tiada dalam senarai yang diarahkan ke KL hari ini!

2 Abdul dipelawa tidur di bilik rakan-rakan sekerja Bapak Abdul yang terpaksa pulang malam tadi. Pagi tadi , Anim dan 2 Abdul buffet breakfast pun guna no.bilik depa. Depa dah bayar penuh..takleh refund sebab nak refund kena check out jam 12 tengahari . ( Buffet Breakfast RM37++ satu kepala, ooo....mehlah pekena roti canai kedai mamak. Zaman GST ni kena jimat makan, anak-anak weiii kalau tak dapat free breakfast ni)

Sebelum ni, kami redha dengan plan awal. Share double bed dengan Bapak Abdul yang hanya diberi Buffet Breakfast seorang saja...huhu. Siapa sangkakan rancangan berubah...

P/S  Kejap lagi nak check out. Suspen gak...adakah telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu Penang Original itu tersurat untuk menjadi hidangan Anim tengahari ni.


Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Penang....kalau itu yang tersurat"

  1. Itu yg dikatakan rezeki yg tak boleh diduga Anim
    Seronok juga kalau selalu bernasib baik macam ini kann

    BalasPadam
  2. Syukur. Sweet surprise untuk orang3 yang redha dan sabar

    BalasPadam
  3. dapat tak akak makan telur sotong tu? ehehe

    BalasPadam
  4. Rezeki datang dalam pelbagai cara...:)

    BalasPadam
  5. Gitulah kalau dh rezeki takkan ke mana. Terliuq akak baca entri ni. Rasa dan dan nk blk penang...pasni blh cuba mkn telor sotong Nasi Kandar Kayu lah plak. Kak ida

    BalasPadam
  6. Haha... kak anim... sy lak saspen... dpt x mkn?
    Dan apa tu? Bnyk kali g kayu x tau pun itu glamer...

    cepat akak share... hihihi....

    Btw... nk pelawa akak dan rakan2 blog akak jawab teka-teki ni jom...

    http://hnr318.blogspot.com/2015/04/smile-of-believer-tackling-lifes.html?m=0

    BalasPadam
  7. alaaahai kak.. mai la Penang ni habaq jaaa.. jom nak p nasi kandaq kayu mana ?
    kalooo free bleh teman ehehe..

    BalasPadam
  8. Assalam Anim...dah lama kak nah xsingggah sini..dapat xtelur sotong goreng Nasi Kandar Kayu Penang Original itu..

    BalasPadam
  9. Cikgu...feri beroperasi pd waktu malam ka...saya biasa naik siang jer...

    BalasPadam
  10. Okey, sambunglah cerita lepas ni! Kalau ada dalam tajuk next entry, makanya kita faham-faham ajelah ~ dah kenyang pekena telur sotong goreng nasi kandar kayu original tu yerk :)

    BalasPadam
  11. rezeki tak disangka2 yer anim..

    BalasPadam
  12. sedap ker telur sotong goreng Nasi Kandar Kayu Penang Original tu..???

    BalasPadam
  13. alhamdulillah , rezeki anim sekeluarga tu ...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai