Home · About Me · Sitemap ·

Wajahku disolek teman blogger


Assalamualaikum wbt....

Gara-gara gatal tangan menggodek...hilang dah wajah blog di atas. Pasrah....

Pucuk dicita, ulam mendatang. Bagai mengetahui keresahan di hati, terima header ini dari Anies

Kegembiraan berganda bila terima satu message di kotak komen beberapa hari lalu..

Malangnya, blogger terkenal ini tak mahu identitinya didedahkan. Ikhlas nak buat untuk Anim..

Hasilnya....


P/S Wajah baru, konsep baru, semangat baru untuk menghasilkan entri yang menarik. Terima kasih...Kak Anim sangat-sangat menghargai budi baik kalian berdua.

Artikel berkaitan:

Kehendak Allah mengatasi kehendak manusia

Assalamualaikum wbt...

Sambunglah cerita fasal surat pertukaran ke Perak yang Anim terima dua hari lepas ya. Tak payah berintro bagai, heee...

Keputusan bersama diambil. MUKTAMAD.....Anim akan tetap berada di Sungai Petani sehingga satu masa yang akan ditetapkan (itu ayat tambahan). Ini bermakna Anim akan menghantar surat penolakan ke KPM secepat mungkin.

Hilang 5 tahun kelayakan memohon pada masa akan datang? Itu cerita lain. Benda yang belum berlaku...tak perlu dirisaukan. Entah-entah, belum sempat memohon bertukar negeri lain, sudah bertukar pindah ke alam barzakh pula, ya kan. 

Takpelah...mungkin sudah ditakdirkan negeri Perak bukan menjadi tempat Anim mencari rezeki. Alhamdulillah, Anim diberi kesempatan "mengenalinya" tahun lalu. Entry tentang Ipoh banyak ditulis tahun lalu. Camnapun...Anim taklah "berpatah arang berkerat rotan" dengan Ipoh kerana ada "tanda" yang ditinggalkan di sana. Siapa tahu, perancangan Allah, membawa Anim kembali ke sana.
.
Keputusan yang Anim ambil ini..bukanlah kerana bimbang penat berpindah  (I kan Ratu Nomad) atau bimbang tak dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru dan sebagainya. In sha Allah, Anim boleh hadapi kesusahan sementara itu. Bukankah Allah dah beritahu dalam Quran...

Surah Al Balad, ayat 4

Tapi yang Anim sangat-sangat rasa kehilangan atau bimbang ialah......

Rugi miss kuliah Subuh Ustaz Shahril Long di Masjid Taman Keladi.Dia akan ambil dalil dari Quran bila ulas satu-satu isu. Kuat betul ingatannya. Anugerah Allah, semua keluar lancar dalam kepala ( tanpa perlu buka Quran dan belek satu2 )

Ustaz Sharhan Shafie di Masjid Kuning, Sg Layar

Kuliah Bulanan Ustaz Shahul masih dengan kitab Syamail Muhammad. La dikenali PU Shahul...ala, peliknya


Peluang untuk mendengar kuliah, tazkirah atau menghadiri majlis ilmu di SP. Setiap malam surau dan masjidnya hidup. Sampai tak tahu masjid dan surau mana nak pergi. Lagi-lagi bila kuliah disampaikan oleh Tok Guru Pondok, mengajar Tauhid. Dalam usia dah mengorak senja, baru temui cara mencintai Allah. 

P/S  Moga-moga pengorbanan ini merupakan pilihan terbaik ... 


Artikel berkaitan:

Pertukaran Januari 2015 lulus pulak


Assalamualaikum wbt...

1 November 2014

Rentetan itu...Anim tidak membuat sebarang rayuan. Orang Perak tak nak terima kita, sudah. Kata putus diambil, Anim dan anak-anak akan terus berada di SP sehingga anak-anak tamat persekolahan menengah. Encik Suami pun ada buka mulut kat orang atasan pejabatnya....mohon bertugas semula di Utara (doa...doa...doa).

Angin tak ada. ribut tak ada, mahu tak terkejut bila posmen yang tiba di sekolah tengahari tadi membawa surat ini....

Berkuatkuasa 19 Januari 2015...hmmmmm

Hari ini 15 Februari 2015. Pertukaran sekarang tak ikut bulan macam dulu agaknya. Susah nak merancang. Bila tiba-tiba dapat macamni, kan susah. Persekolahan anak, rumah.....pening kepala memikirkan tambah-tambah dengan aturan hidup yang telah dilalui sepanjang dua bulan ini. Dengar cerita kalau menolak kelulusan ini, minimum 5 tahun hilang kelayakan memohon.

P/S  Encik Suami serah keputusan pada Anim...berat hati kat mana..

Artikel berkaitan:

Cerita Ipoh yang hampir tiba penamat


Assalamualaikum wbt....

Sejak si Abdul sulung kembali ke SP, hujung minggu Anim bukan lagi di Ipoh. Encik Suami saja yang berulangalik. Senanglah sikit susun atur cuti.

Setelah sebahagian barang dipindahkan semula ke SP manakala seperempat lagi ditumpangkan ke rumah staff "bujang"(bujang hari bekerja, hujung minggu depa balik jumpa anak isteri) rumah sewa di Ipoh hampir kosong. Bermula Mac nanti, tak delah kelibat kami anak-beranak di Taman Puteri Lindungan Bintang lagi.

Kata Encik Suami, tuan rumah pujuk dia terus tinggal di rumahnya itu dan berjanji nak besarkan dapur belakang. Terpaksalah Encik Suami bagi alasan, takkan dia nak tinggal sorang-sorang dalam rumah 3 tingkat tu. Nak cari rumah yang lebih kecil dan lebih rendah sewanya.

Nak mencari rumah sewa di Ipoh memang sukar. Dah 2 bulan mencari, tak ada yang sesuai. Kata Encik Suami, anak-anak buah dia tak de offer pun ajak tinggal sama. Haha...Anim bagi alasan, dia generasi Baby Boomer, manalah sesuai tinggal bersama dengan Gen X dan Gen Y. Depa segan nak offer tu.

Akhirnya dia memberitahu Anim, untuk sementara ini, dia akan tinggal di asrama. Merasa jugaklah Anim tinggal di asrama tu waktu mula-mula tiba Ipoh..Syukurlah tu...ada tilam empuk, TV dan bilik berairconditioned jika dibandingkan dengan nasib sebahagian dari kawan kita yang kena tinggal dalam khemah.

Nak tahu tak ke mana lagi seperempat lagi barang kami di Ipoh dipindahkan?
......
......
......
......
......
Hujung minggu ini Encik Suami tak balik SP. Ada tugas luar di Melaka dan KL. Ambil kesempatan membawa pulang my Waja antik kesayangan Anim balik Johor. Nak dijual sayang, condition masih tip top lepas overhaul. Nak dijual...alahai RM 8K pun ntah dapat ntah tidak. Silap-silap kena timbang kati.

Aduh, bimbang juga mulanya sebab Waja antik tu kan pernah "meletup kecil" di highway semasa dibawa dari SP-Ipoh tahun lalu. Water pump buat hal waktu itu. Apa ada dalam kereta tu?
.......
.......
......
.......
Haha...washing machine tuh! Penuh kereta dan boot kereta dengan barang. Tak ubah macam orang lari merajuk dengan bini.
........
........
........
........
Tinggallah kamu di sini ya, guard rumah. Kita jumpa waktu cuti panjang nanti, in sha Allah. Tau ajalah bila balik Johor, adakala Anim dan Encik Suami ada aktiviti berbeza. Adakala berebut kereta.

Oh ya, inilah rumah Anim yang ditinggalkan kosong di BP hampir 7 tahun lamanya. 2015 ni baru cadang nak lengkapkan sikit-sikit, konon-konon nak buat homestay. Sengaja tidak disewakan walaupun ramai yang meminta kerana setiap kali balik bercuti di Johor, kami mesti nak lepak BP untuk aktiviti JJCM..

Alkisah, bila baca buku kewangan Robert T.Kiyosaki, penulis Rich Dad, Poor Dad dan banyak tajuk lagi ...barulah buka mata. Rupa-rupanya harta yang dibeli bukan jadi aset kalau ianya tak datangkan duit untuk kita. Kalau dibiarkan kosong begini, dah dikira sebagai liabiliti (tanggungan). Alahai Nim, dah nak dekat pencen, baru tau ya...kasihan!

P/S  Walaupun buku tulisan Robert T.Kiyosaki dibaca, namun tidak mungkin dapat diambil bulat-bulat sebagai panduan hidup. Kami tetap kena pasang niat betul-betul. Bukan mencari keuntungan semata, tapi niatkan homestay yang bakal ditawarkan, in sha Allah memberi kemudahan dan bantuan buat mereka yang bermusafir dan perlukan tempat penginapan sementara. Dan yang penting, kami masih boleh lepak di rumah yang sama bila balik bercuti di kampung:-))

Artikel berkaitan:

Dia yang meninggalkan kami...


Assalamualaikum wbt....

Hampir setahun bersama, dia yang membantu, memberi idea baru dan memotivasikan diri akhirnya meninggalkan kami. Bukan kerana habis dah program...tapi si cantik manis ini kini mendapat job baru, menjadi trainer di salah satu lagi program KPM. Sedih jangan cakaplah. Kami ada setahun saja lagi untuk tamatkan program...please..please...don't leave me, Marta. (Boleh refer sini )

Teringat sportingnya Marta menyarungkan dress (jubah) yang dibelikan untuknya khusus untuk majlis Sambutan Hari Raya 2014 di sekolah. Terkejut kami bila melihat dia muncul dengan memakai shawl yang dia cari sendiri!!

Patah tumbuh hilang berganti. Namun yang pasti....yang tumbuh dan berganti belum tentu sama dengan yang pergi. Kena ambil masa menyesuaikan diri, memahami rentak dan cara orang baru bekerja . Yang pasti target tetap sama....manfaat yang diperolehi adalah untuk anak didik di sekolah.

Almaklum, mentor baru kali ini dari Afrika Selatan pula...

P/S  Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap sebenarnya tidak sibuk. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang yang bekerja biasanya diam-diam saja..huhu.


Artikel berkaitan:

Menangisi pemergian TGNA


Assalamualaikum wbt....

Menangisi pemergian TGNA sambil mengenangkan bagaimana perjalanan akhir kita nanti...
Matinya seorang ulama, Allah angkatkan keberkatan dan ilmunya...




Ucapan TGNA di sidang media, 30 Jun 2010

Moga jannah untuk TGNA yang dikasihi Sultan dan rakyat Kelantan, kawan dan lawan, muslim dan non muslim...

Boleh agak siapa gerangan?

P/S  Nak buat entry lain serba tak kena...sebak!


Artikel berkaitan:

Bintang VS Sentuhan


Assalamualaikum wbt...

Setiap kali sesi persekolahan baru bermula, Anim cukup teruja nak lihat wajah-wajah baru di sekolah. Siapa lagi kalau bukan anak-anak Tahun 1 yang baru memulakan alam persekolahan. Apa pula ragam mereka pada tahun ini. Walaupun bergelar guru sudah melebihi dua dekad, Anim tetap memasang niat menuntut ilmu setiap kali melangkah kaki ke sekolah. Niat menuntut ilmu tentang manusia.

Keletah seorang murid lelaki berbadan kecil ni menarik perhatian di hari pertama persekolahan. Sekali pandang macam hyperaktif sebab dia tak boleh duduk diam. Ada kala dia hilang dari pandangan mata secara tiba-tiba. Bila dicari, dia sedang menjengah kelas sebelah. Pendekata, hampir 2 bulan bersekolah. dia cukup dikenali oleh sebahagian guru dan pentadbir sekolah. Apataknya...setiap kali perhimpunan rasmi, dia akan membuat aksi yang menyebabkan seluruh tumpuan mata ke arahnya.

Dia yang istimewa....dan kreatif sebenarnya 

Minggu pertama persekolahan, dia tak boleh melipat kertas. Kaku sungguh jari jemarinya. Melihat caranya memegang pensel pun nampak kekok. Dia akan mengatakan "tak tahu buat, tak gheti buat" bila disuruh melakukan sesuatu. Anim akan cari jalan agar dia tidak menganggu rakan yang lain selain beri galakan untuk dia mencuba dengan duduk di sebelahnya.Alhamdulillah, selalunya usaha Anim berhasil.

Alkisah, tugasan mereka hari ini ialah memadankan huruf besar dengan huruf kecil. Istilah yang Anim gunakan untuk mereka yang lemah ialah mencari Mama dan babynya. Dia, yang Anim ceritakan awal tadi ni telah berjaya menyiapkan semua tugasannya dengan betul. Anim lukiskan tiga bintang di atas buku latihannya itu . Anim beritahu bintang-bintang itu ialah tanda dia telah melakukan kerja yang sangat bagus sambil mengusap kepalanya.

Dia tersenyum lebar dan membawa bukunya balik ke meja, Dia menuju ke arah kawan-kawannya. Anim mengagak dia dengan bangganya akan memberitahu kawan-kawannya, hari ini dia dapat tiga bintang. Biasalah....memang macam tulah murid Tahun 1. Suka kira bintang yang dia dapat.

"Ini bapak siput, emak siput, abang siput dan adik siput"...jelasnya bila ditanya apa yang dia lakukan

Sangkaan Anim salah rupanya. Tergamam sebentar bila terdengar dia dengan gembiranya memberitahu kawan-kawannya. "Madam pegang kepala aku macam ni" sambil menunjukkan aksi kepalanya diusap. Tersentap perasaan Anim tika itu. Masha Allah.....dia lebih menghargai sentuhan yang diberikan berbanding bintang-bintang yang diperolehi:-))

P/S Hari ni Anim gagahkan diri menjengok blog yang lama terbiar. Almaklum, bila guna Celcom Broadband 4 GB tanpa kontrak dengan caj RM68 sebulan (satu laptop saja boleh guna) tau sajalah kemampuan untuk mengupdate blog setiap hari. Nak BW pun terbatas. Masha Allah...banyak perkara Anim tertinggal. Ada beberapa kejutan yang membuat Anim menggelabah seketika. Isi e-mel yang diterima juga membuatkan Anim tidak senang duduk. Terima kasih buat semua yang masih sudi singgah. Tak lupa buat BM yang menyenaraikan blog Anim dalam Malaysia Best Blog 2015 di blognya. Aduhai, terasa kerdil diri...macam nak lari jauh-jauh dek malu tau. Tak layak jika dibandingkan dengan blog-blog lain yang disenaraikan.



Artikel berkaitan: