Home · About Me · Sitemap ·

Kehendak Allah mengatasi kehendak manusia

Assalamualaikum wbt...

Sambunglah cerita fasal surat pertukaran ke Perak yang Anim terima dua hari lepas ya. Tak payah berintro bagai, heee...

Keputusan bersama diambil. MUKTAMAD.....Anim akan tetap berada di Sungai Petani sehingga satu masa yang akan ditetapkan (itu ayat tambahan). Ini bermakna Anim akan menghantar surat penolakan ke KPM secepat mungkin.

Hilang 5 tahun kelayakan memohon pada masa akan datang? Itu cerita lain. Benda yang belum berlaku...tak perlu dirisaukan. Entah-entah, belum sempat memohon bertukar negeri lain, sudah bertukar pindah ke alam barzakh pula, ya kan. 

Takpelah...mungkin sudah ditakdirkan negeri Perak bukan menjadi tempat Anim mencari rezeki. Alhamdulillah, Anim diberi kesempatan "mengenalinya" tahun lalu. Entry tentang Ipoh banyak ditulis tahun lalu. Camnapun...Anim taklah "berpatah arang berkerat rotan" dengan Ipoh kerana ada "tanda" yang ditinggalkan di sana. Siapa tahu, perancangan Allah, membawa Anim kembali ke sana.
.
Keputusan yang Anim ambil ini..bukanlah kerana bimbang penat berpindah  (I kan Ratu Nomad) atau bimbang tak dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru dan sebagainya. In sha Allah, Anim boleh hadapi kesusahan sementara itu. Bukankah Allah dah beritahu dalam Quran...

Surah Al Balad, ayat 4

Tapi yang Anim sangat-sangat rasa kehilangan atau bimbang ialah......

Rugi miss kuliah Subuh Ustaz Shahril Long di Masjid Taman Keladi.Dia akan ambil dalil dari Quran bila ulas satu-satu isu. Kuat betul ingatannya. Anugerah Allah, semua keluar lancar dalam kepala ( tanpa perlu buka Quran dan belek satu2 )

Ustaz Sharhan Shafie di Masjid Kuning, Sg Layar

Kuliah Bulanan Ustaz Shahul masih dengan kitab Syamail Muhammad. La dikenali PU Shahul...ala, peliknya


Peluang untuk mendengar kuliah, tazkirah atau menghadiri majlis ilmu di SP. Setiap malam surau dan masjidnya hidup. Sampai tak tahu masjid dan surau mana nak pergi. Lagi-lagi bila kuliah disampaikan oleh Tok Guru Pondok, mengajar Tauhid. Dalam usia dah mengorak senja, baru temui cara mencintai Allah. 

P/S  Moga-moga pengorbanan ini merupakan pilihan terbaik ... 


Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Kehendak Allah mengatasi kehendak manusia"

  1. Apa pun keputusan yang Kak Anim dah buat...ianya adalah yg terbaik. Tiada yg perlu disesalkan...terus sahaja bergerak kehadapan. Lama xdengar kisah 2 Abdul tu... Salam buat mereka ya!

    BalasPadam
  2. Aduhhhh jelesnya akak aneem dapat dengar kuliah dr ustaz yg mantop belaka. Pengorbanan yg amatlah berbaloi.

    BalasPadam
  3. mmg itulah kelebihan yg x de kat ipoh . teruskan saja perjalanan anim ... esok lusa hak Allah . sapa lah kita nak mendahului perancangannya ...

    BalasPadam
  4. biarlah di mana pun asalkan kita bahagia

    BalasPadam
  5. semoga keputusan tersebut memberi manfaat yang besar..kepada kak anim

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan hanya yang terbaik tersedia untuk kak anim...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ....

    laaaa... akak tak jadi pindah ke? tak apa lah, semoga dalam pemeliharaan Allah sentiasa.

    kalau kita g SP, blh lah jumpa akak kan .... hihihi...

    okay akak... semoga dapat kembali menulis dengan kerap..

    p/s: lawa lah layout blog baru... nak tiru juga tapi tak ada masa nak godek blog... hihihi...

    salam sayang dari orang jepun yang dah balik malaysia tapi hatinya tertinggal di jepun...

    BalasPadam
  8. x pe laa kak...nnt bln dpn sy g sp boleh jg jengah akk ;-)

    BalasPadam
  9. Stay put and buy yourself a house. If needs be you can always sell it - normally with a bit of profit .

    BalasPadam
  10. insyallah..keputusan ni pasti y terbaik utk akak khidupan duniakhirat

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah....setiap keputusan yg kita ambik tu moga dlm keredhoaan Allah. Habis tu Cik Abang tak bertemanlah hari hari biasa tu Nim?....hihi...

    Glemer sungguh masjid Keladi ni tau sejak ada sorang blogger tu tulis...

    BalasPadam
  12. ada hikmahnyaaa tu.. mari mari kita lepak SP sama-sama.. apeee tu tmpt mee kuah sedap tu ? alahai x ingt lak namanye.. yg ada jetty ada sungai semua tu la..

    BalasPadam
  13. qori stimbot pun oookay ahahaha.. akak banje =D miaahah

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai