Home · About Me · Sitemap ·

Pertukaran Januari 2015 lulus pulak


Assalamualaikum wbt...

1 November 2014

Rentetan itu...Anim tidak membuat sebarang rayuan. Orang Perak tak nak terima kita, sudah. Kata putus diambil, Anim dan anak-anak akan terus berada di SP sehingga anak-anak tamat persekolahan menengah. Encik Suami pun ada buka mulut kat orang atasan pejabatnya....mohon bertugas semula di Utara (doa...doa...doa).

Angin tak ada. ribut tak ada, mahu tak terkejut bila posmen yang tiba di sekolah tengahari tadi membawa surat ini....

Berkuatkuasa 19 Januari 2015...hmmmmm

Hari ini 15 Februari 2015. Pertukaran sekarang tak ikut bulan macam dulu agaknya. Susah nak merancang. Bila tiba-tiba dapat macamni, kan susah. Persekolahan anak, rumah.....pening kepala memikirkan tambah-tambah dengan aturan hidup yang telah dilalui sepanjang dua bulan ini. Dengar cerita kalau menolak kelulusan ini, minimum 5 tahun hilang kelayakan memohon.

P/S  Encik Suami serah keputusan pada Anim...berat hati kat mana..

Artikel berkaitan:

32 Komen untuk "Pertukaran Januari 2015 lulus pulak"

  1. Inilah yang digelar ibu mithali! Syabas,

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah saya sentiasa ikuti blog ini sejak awal hasrat penghijrahan ke ipoh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi ikuti blog saya:-))

      Padam
  3. pening gak tu anim . brg dah masuk rumah sewa sp kan . sebhgn dah kat johor . nak pindah balik satu hal tu . tapi klu nekad , sewa je lori beso angkut semula gi Ipoh . klu tolak ada lak masalah kan ... ada masa lagi utk fikir ...

    BalasPadam
  4. Hihi....biasalah Nim, bila beriya nak tak dapat, tp bila tak berharap, senang pulak dapatnya. Tahniah ye Nim..... peluang jarang dtg berulang kali, so apa lagi genggam jadi baralah!

    BalasPadam
  5. tiba-tiba je bertukar memang lah pening kepala..ish..

    BalasPadam
  6. laaa at last ye Anim...Anim kalau Ipoh dekat sikit nak dtg KL dan balik kampong..he..he

    BalasPadam
  7. Ada seseorang beritahu CM, pilihan yang pertama ialah pilihan yang terbaik. Pilihan lain yang datang kemudian itu untuk mengacau/menguji sahaja. Jadi teruskan berpindah...insyallah semua akan baik-baik sahaja. (He he terlebih sudaaa..)

    BalasPadam
  8. Masya-Allah - istikharah juga jalan terakhir nampaknya Anim.
    Tapi kalau kakak baik pindah Anim, cekalkan hati. Susun balik satu-satu semula tak apalah
    Ujian kali ini tapi bagaikan jelas sudah ada cahaya indah dihujungnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pindah, lagi kalut kakzakie weeeiii...

      Padam
  9. salah satu dugaan yang perlu dihadapi..bawa bertenang la ye..

    BalasPadam
  10. cahayacinta rasa benda kita berserah juga..tak boleh berharap sangat..yakin mesti ada sebab Tuhan beri rentetan kiasha begitu..mungkin ada manis yang kita tak tahu masa akan datang...

    BalasPadam
  11. yang kat atas tu orang lain punya decission (atau mungkin computerized system). yang kat bawah tu orang lain pula...

    maknanya, ada 2 pembuat keputusan lah.

    BalasPadam
  12. Ini benar2 ujian... Tak dapek nak nolong.... Namun saya pasti, Kak Anim akan membuat keputusan yg terbaik utk semua dan utk jangkamasa panjang. Semoga Allah beri petunjuk dan dipermudahkan segala urusan...amiin.

    BalasPadam
  13. Alahai, susah juga macam ni! Dah seronok dengan rutin, sedih pun dah hilang tetiba lulus pulak permohonan pertukaran kali ni. Kalau tolak, 5 tahunlah kena menetap di SP ya. Macamana keputusan Anim? Pindah lagi ke tak pindah?

    Kalau en suami dapat pindah ke utara, lebih baik dok je kat SP kan, Anim. Pindah-randah ni penatlah jugak....

    BalasPadam
  14. Setelah banyak yang dilalui pindah rumah pindah barang tiba2 lulus mesti pening kepala nak buat keputusan. Moga Allah s.w.t permudahkan urusan Kak Anim sekeluarga.

    BalasPadam
  15. admin sekarang kerja mmg macam sengal... semua jabatan pun macam tu, spesis macam ni lah yang memburukkan sistem penyampaian kerajaan. tak kira berapa canggih sistem kita buat, kalau attitude tak mahu berubah... mmg susah... huhuhuh...

    all de best kakak...

    BalasPadam
  16. Allah hu akbar.. kalau saye.. saye nak dekat dengan suami saye.. tapi 2 bulan yang kite da lalui tu?

    BalasPadam
  17. inilah cabaran n ujian kak..
    bila dh dimudahkan satu jalan..ada ujian dijln lain lak..
    xpela... kptusan y akak buat tu pasti terbaik..
    kiranya dpt mgejut jugak la ni ue

    BalasPadam
  18. Benda yang kita tak terfikir tetiba datang memang akal fikiran serabut la kan!

    BalasPadam
  19. insyallah.. ada benda lebih baik menanti =D

    BalasPadam
  20. Saya selalu mengikuti blog cikgu dan inilah kali pertama saya saya bersuara. Perancangan pertama baru di terima, andai di tolak kena tunggu 5 tahun lagi.Isteri seharusnya berada di sisi suami.Saya cadangkan cikgu terima tawaran ini, lagipun suami cikgu baru memohon untuk bertukar.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai