Home · About Me · Sitemap ·

Bintang VS Sentuhan


Assalamualaikum wbt...

Setiap kali sesi persekolahan baru bermula, Anim cukup teruja nak lihat wajah-wajah baru di sekolah. Siapa lagi kalau bukan anak-anak Tahun 1 yang baru memulakan alam persekolahan. Apa pula ragam mereka pada tahun ini. Walaupun bergelar guru sudah melebihi dua dekad, Anim tetap memasang niat menuntut ilmu setiap kali melangkah kaki ke sekolah. Niat menuntut ilmu tentang manusia.

Keletah seorang murid lelaki berbadan kecil ni menarik perhatian di hari pertama persekolahan. Sekali pandang macam hyperaktif sebab dia tak boleh duduk diam. Ada kala dia hilang dari pandangan mata secara tiba-tiba. Bila dicari, dia sedang menjengah kelas sebelah. Pendekata, hampir 2 bulan bersekolah. dia cukup dikenali oleh sebahagian guru dan pentadbir sekolah. Apataknya...setiap kali perhimpunan rasmi, dia akan membuat aksi yang menyebabkan seluruh tumpuan mata ke arahnya.

Dia yang istimewa....dan kreatif sebenarnya 

Minggu pertama persekolahan, dia tak boleh melipat kertas. Kaku sungguh jari jemarinya. Melihat caranya memegang pensel pun nampak kekok. Dia akan mengatakan "tak tahu buat, tak gheti buat" bila disuruh melakukan sesuatu. Anim akan cari jalan agar dia tidak menganggu rakan yang lain selain beri galakan untuk dia mencuba dengan duduk di sebelahnya.Alhamdulillah, selalunya usaha Anim berhasil.

Alkisah, tugasan mereka hari ini ialah memadankan huruf besar dengan huruf kecil. Istilah yang Anim gunakan untuk mereka yang lemah ialah mencari Mama dan babynya. Dia, yang Anim ceritakan awal tadi ni telah berjaya menyiapkan semua tugasannya dengan betul. Anim lukiskan tiga bintang di atas buku latihannya itu . Anim beritahu bintang-bintang itu ialah tanda dia telah melakukan kerja yang sangat bagus sambil mengusap kepalanya.

Dia tersenyum lebar dan membawa bukunya balik ke meja, Dia menuju ke arah kawan-kawannya. Anim mengagak dia dengan bangganya akan memberitahu kawan-kawannya, hari ini dia dapat tiga bintang. Biasalah....memang macam tulah murid Tahun 1. Suka kira bintang yang dia dapat.

"Ini bapak siput, emak siput, abang siput dan adik siput"...jelasnya bila ditanya apa yang dia lakukan

Sangkaan Anim salah rupanya. Tergamam sebentar bila terdengar dia dengan gembiranya memberitahu kawan-kawannya. "Madam pegang kepala aku macam ni" sambil menunjukkan aksi kepalanya diusap. Tersentap perasaan Anim tika itu. Masha Allah.....dia lebih menghargai sentuhan yang diberikan berbanding bintang-bintang yang diperolehi:-))

P/S Hari ni Anim gagahkan diri menjengok blog yang lama terbiar. Almaklum, bila guna Celcom Broadband 4 GB tanpa kontrak dengan caj RM68 sebulan (satu laptop saja boleh guna) tau sajalah kemampuan untuk mengupdate blog setiap hari. Nak BW pun terbatas. Masha Allah...banyak perkara Anim tertinggal. Ada beberapa kejutan yang membuat Anim menggelabah seketika. Isi e-mel yang diterima juga membuatkan Anim tidak senang duduk. Terima kasih buat semua yang masih sudi singgah. Tak lupa buat BM yang menyenaraikan blog Anim dalam Malaysia Best Blog 2015 di blognya. Aduhai, terasa kerdil diri...macam nak lari jauh-jauh dek malu tau. Tak layak jika dibandingkan dengan blog-blog lain yang disenaraikan.



Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "Bintang VS Sentuhan"

  1. kekadang saya tertanya, guru di sekolah bolehkah mengesan anak yang mempunyai masaalah pembelajaran (LD)?

    anak adik saya pun seorang yang tersangat aktif bermain tetapi seorang diri dia sahaja.

    BalasPadam
  2. Mungkin anak itu sebenarnya mendambakan kasih sayang. Lihatlah dia membentuk siput itu - lengkap satu keluarga.

    Kakcik juga gunakan celcom broadband dengan kadar RM68 (biasanya di dalam kereta) dan boleh digunakan untuk 3 atau 4 hp/iPad serentak...

    BalasPadam
  3. Bergenang airmata akak baca entri ni. Rupanya usapan di kepala dari seorang pendidik sangat besar ertinya buat si anak kecil. Dia dapat merasai tulus kasih gurunya. Tahniah Anim.

    BalasPadam
  4. Kakak rasa baru bulan lepas tak silap ustazah yg bagi kami tazkirah berkata anak-anak lebih mudah mengikut dgn cara belaian daripada kata-kata yg kita selalu tuturkan Anim. Contohnya nak ajak solat panggil dgn mengusap kepala berbanding panggil tapi tak mendekatinya..

    Cara Anim ini mendekatkan rasa kasihnya pada cikgunya. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Syabas adikku Anim..telah melakukan sesuatu yang mungkin orang lain tak pernah lakukan pada murid itu. Sentuhan itu ada keajaiban..

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah kerana dapat meluaskn kasih sayang...kasih sayang tidak ada nilai bandingannya

    BalasPadam
  7. Samalah kita Anim, pakai Celcom Broadband 4GB...RM68...tak sempat setengah bulan dah semput..penat nak nak menunggu satu2 gambar keluar...

    BalasPadam
  8. dia rasa disayangi bi diusap kepalanya begitu . setiap budak yg berkelakuan pelik aka lain dr budak normal selalunya bersebab . kena tgk keluarga dia mcm mana ... selalunya budak ni mudah dididik . cuma kena betul caranya ...

    BalasPadam
  9. Keletah budak-budak memang menyeronokkan. Saya pun ingat tentu budak tu bangga nak tunjuk pada kawan-kawannya berapa banyak bintang yang Anim bagi rupa-rupanya silap. Mungkin di rumah tak pernah merasai nikmat diusap kepala begitu tak? Yalah, mana tahu maknya sibuk sangat sampai takda masa nak beri perhatian pada anak....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai