Home · About Me · Sitemap ·

Cerita Ipoh yang hampir tiba penamat


Assalamualaikum wbt....

Sejak si Abdul sulung kembali ke SP, hujung minggu Anim bukan lagi di Ipoh. Encik Suami saja yang berulangalik. Senanglah sikit susun atur cuti.

Setelah sebahagian barang dipindahkan semula ke SP manakala seperempat lagi ditumpangkan ke rumah staff "bujang"(bujang hari bekerja, hujung minggu depa balik jumpa anak isteri) rumah sewa di Ipoh hampir kosong. Bermula Mac nanti, tak delah kelibat kami anak-beranak di Taman Puteri Lindungan Bintang lagi.

Kata Encik Suami, tuan rumah pujuk dia terus tinggal di rumahnya itu dan berjanji nak besarkan dapur belakang. Terpaksalah Encik Suami bagi alasan, takkan dia nak tinggal sorang-sorang dalam rumah 3 tingkat tu. Nak cari rumah yang lebih kecil dan lebih rendah sewanya.

Nak mencari rumah sewa di Ipoh memang sukar. Dah 2 bulan mencari, tak ada yang sesuai. Kata Encik Suami, anak-anak buah dia tak de offer pun ajak tinggal sama. Haha...Anim bagi alasan, dia generasi Baby Boomer, manalah sesuai tinggal bersama dengan Gen X dan Gen Y. Depa segan nak offer tu.

Akhirnya dia memberitahu Anim, untuk sementara ini, dia akan tinggal di asrama. Merasa jugaklah Anim tinggal di asrama tu waktu mula-mula tiba Ipoh..Syukurlah tu...ada tilam empuk, TV dan bilik berairconditioned jika dibandingkan dengan nasib sebahagian dari kawan kita yang kena tinggal dalam khemah.

Nak tahu tak ke mana lagi seperempat lagi barang kami di Ipoh dipindahkan?
......
......
......
......
......
Hujung minggu ini Encik Suami tak balik SP. Ada tugas luar di Melaka dan KL. Ambil kesempatan membawa pulang my Waja antik kesayangan Anim balik Johor. Nak dijual sayang, condition masih tip top lepas overhaul. Nak dijual...alahai RM 8K pun ntah dapat ntah tidak. Silap-silap kena timbang kati.

Aduh, bimbang juga mulanya sebab Waja antik tu kan pernah "meletup kecil" di highway semasa dibawa dari SP-Ipoh tahun lalu. Water pump buat hal waktu itu. Apa ada dalam kereta tu?
.......
.......
......
.......
Haha...washing machine tuh! Penuh kereta dan boot kereta dengan barang. Tak ubah macam orang lari merajuk dengan bini.
........
........
........
........
Tinggallah kamu di sini ya, guard rumah. Kita jumpa waktu cuti panjang nanti, in sha Allah. Tau ajalah bila balik Johor, adakala Anim dan Encik Suami ada aktiviti berbeza. Adakala berebut kereta.

Oh ya, inilah rumah Anim yang ditinggalkan kosong di BP hampir 7 tahun lamanya. 2015 ni baru cadang nak lengkapkan sikit-sikit, konon-konon nak buat homestay. Sengaja tidak disewakan walaupun ramai yang meminta kerana setiap kali balik bercuti di Johor, kami mesti nak lepak BP untuk aktiviti JJCM..

Alkisah, bila baca buku kewangan Robert T.Kiyosaki, penulis Rich Dad, Poor Dad dan banyak tajuk lagi ...barulah buka mata. Rupa-rupanya harta yang dibeli bukan jadi aset kalau ianya tak datangkan duit untuk kita. Kalau dibiarkan kosong begini, dah dikira sebagai liabiliti (tanggungan). Alahai Nim, dah nak dekat pencen, baru tau ya...kasihan!

P/S  Walaupun buku tulisan Robert T.Kiyosaki dibaca, namun tidak mungkin dapat diambil bulat-bulat sebagai panduan hidup. Kami tetap kena pasang niat betul-betul. Bukan mencari keuntungan semata, tapi niatkan homestay yang bakal ditawarkan, in sha Allah memberi kemudahan dan bantuan buat mereka yang bermusafir dan perlukan tempat penginapan sementara. Dan yang penting, kami masih boleh lepak di rumah yang sama bila balik bercuti di kampung:-))

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Cerita Ipoh yang hampir tiba penamat"

  1. semoga homestay tu menjadi kenyataan...better daripada disewakan, tapi kena cari someone yang boleh menguruskan bila kak Anim takde.semoga dipermudahkan urusan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah...kalau sewa kat orang tak leh buat apa dah..

      Padam
  2. Menarik juga buat homestay. Semoga dimudahkan urusan akak nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kosong lama dh PMDR. kena cari kos untuk tampung repair nanti...

      Padam
  3. Bsnyaknya rumah Anim..dari utara sampai selatan!!
    Takpe harta ni tak berkarat..jarang turun tapi regenya tetap naik...nak pencen nnti boleh gantikan dgn yang lebih besar kan..insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat utara ni rumah orang nekcik, haha. tak taulah takdir akan datang...leh balik pencen kat johor ke dak.

      Padam
  4. klu sewakan , umah blh jadi mcm - mcm . rugi dan sayang ... klu buat homestay , insha Allah akan terjaga rumah tu dgn baik ... dah ama saya x balik BP ...

    BalasPadam
  5. Ohhh dah pindah balik SP rupanya.....habis tu macamana pulak dgn offer pertukaran tu? Jadi lebih kusut kekdahnya ni hihi ..

    Betul Nim keta ni mmg susut nilai ....sama jer ngan keta Iswara aka kuda besi yg ada ni....nampaknya mmg kena timbang kati hihi

    BalasPadam
  6. Oh, berpindah-randah sekali lagi ya, Anim! Kali ni jauh lagi perjalanan sesetengah barangan rumah tu, sampai ke BP :) Oh, nak buat homestay ke rumah kat BP tu? Nanti-nanti kalau saya balik kampung, dengan seluruh keluarga besar belah saya, bolehlah saya roger nak tidur kat homestay Anim ni. Hahaha... Mahu kena lepuk dengan kakak-kakak saya. Rumah ada dua buah sebelah menyebelah still nak duduk homestay kat daerah sendiri *_*

    BalasPadam
  7. camne washing machine tu boleh msk tu? heheheh

    BalasPadam
  8. betul kak.. orang nk menumpang dapat.. kite pon dapat 'menumpang' juga.. dua dalam satu.. akak.. mesin basuh kat tempat co pilot tu memang rare.. haha..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai