Salam 1 Ramadan 1433H buat semua. Bulan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kita perbanyakkan doa dan memohon keampunan dari Allah SWT.
Nak cerita fasal surat ke2 yang diterima sebaik pulang umrah 2 bulan lalu. Memang berdebar juga bila nampak logo TH di sampul surat tu. Kita terbayang 2 perkara sahaja. Satu, tawaran menunaikan haji. Kedua, pemberitahuan maaf kerana nama tak naik atau pakej dah penuh. Rupa-rupanya surat yang tiba ialah surat pemberitahuan pakej harga baru pakej haji yang dinaikkan pada tahun ini (2012). Dengan perubahan itu, kami kena menambah RM 3000 (naik lebih 12% jugak) seorang.
Harga pakej haji THTS dilaman webnya tulah yang terbaru, dah diupdate..
Kemudian, pemohon diminta mencukupkan harga pakej haji yang dipilih ke dalam akaun TH sebelum 21 Julai (1 Ramadhan) dan kemudiannya diberitahu tempoh tersebut dilanjutkan sebelum 30 Julai 2012. Bagaimanapun...kami masih lagi berstatus Rayuan. Pemergian ke Tanah Suci tertakluk kepada kelulusan Kuota Haji yang akan dimaklumkan kelak. Ada rezeki, terima jemputan Allah..insya-Allah. Kalau tidak, redha sajalah. Semua usaha sudah dilakukan. E-mel surat rayuan sudah, check nama di Bahagian Rayuan TH di Tingkat 30 sudah (nasihat Anim...ini perkara WAJIB yang perlu dilakukan oleh setiap pemohon yang ingin membuat rayuan). Jangan kita harapkan agen atau wakil syarikat saja uruskan untuk kita (unless kita ni SOMEBODY). Buat kami yang NOBODY, NOBODY ni...kenalah berusaha sendiri.
Walaupun harga pakej haji makin naik...bilangan jemaah yang memohon haji melalui pakej semakin bertambah. Peluang mengikut haji muassasah terlalu nipis, kena usaha cara lain. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun "
5 perkara sebelum datangnya 5 perkara" banyak memotivasikan diri. Teringat waktu kami check nama di Ibu Pejabat Tabung Haji , Mac lalu...menurut pegawai berkenaan, pemohonan untuk menunaikan haji melalui THTS sudah 6000 orang sedangkan tempat yang disediakan THTS sekitar 3273 sahaja. Bayangkanlah walhal pendaftaran masih belum lagi ditutup waktu itu.
Prosedur yang dilakukan:
1. Mendaftar dengan THTS sebaik sahaja pendaftaran dibuka ( awal Januari kalau tak silap) di Tabung Haji Cawangan Sg.Petani
2. E-mel surat rayuan ke Tabung Haji.
3. Check nama di Ibu Pejabat Tabung Haji di Tingkat 30 pada bulan Mac.
4. Terima surat pengesahan pakej THTS dan dinasihatkan menghadiri Kursus Asas Haji 17 minggu di masjid-masjid berdekatan.
4. Terima panggilan telefon dari pihak Andalusia, (tahun lalu kami ber4 mendaftar dengan pakej syarikat tersebut). Depa minta isi borang penerimaan pakej kerana nama kami sudah naik di TH katanya namun masih berstatus Rayuan. Tahun 2011, nama langsung tak ada dalam sistem. Kami maklumkan kami nak tukar pakej haji tahun ini.
5. Batalkan pakej dengan Andalusia di pejabatnya di Taman Maluri. Tak boleh batal dengan telefon. Bimbang ada pertindihan nama.
6. Terima surat penerimaan (terima/tolak) kenaikan harga pakej THTS musim haji 1433H/2012M.
7. Fax surat mengatakan harga pakej terbaru diterima.
8. Terima surat pengesahan pakej dari THTS dan dipohon mencukupkan Harga Pakej Haji yang dipilih ke dalam akuan TH sebelum 30 Julai 2012.
9. Cukupkan akaun ke dalam akuan TH seperti yang diarahkan....
10. Berdoa dan TUNGGU......
P/S Terima jemputan pemimpin besar@Sultan mai ke rumah/istana pun kita dah seronok dan berdebar-debar...bayangkanlah pula bila "jemputan" itu datangnya dari Pemerintah Alam Semesta..Yang Menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan (Akhirat)..Pasti ramai di antara kita yang ternanti-nanti akan Jemputan Maha Agung itu...
Artikel berkaitan: