Home · About Me · Sitemap ·

CINTA RAMADAN : Senarai Semakan Amalan

Suasana setiap pagi Khamis

"Barangsiapa yang bergembira dengan masuknya bulan Ramadhan, 
maka Allah SWT mengharamkan jasadnya disentuh api neraka"
(Hadith Nabi Sollahu Alahi Wassalam)

Majlis Tazkirah sempena menyambut ketibaan Ramadhan diadakan selepas majlis bacaan Yassin setiap pagi Khamis.. Anak-anak SKS diperingatkan balik tentang apa itu puasa, syarat dan rukun puasa, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan puasa dan banyak lagi. Bukan saja anak-anak sekolah rendah saja yang perlu diingatkan...kita ni yang jadi cikgu, jadi mak dan bapak anak pun kekadang terlepas pandang.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadan

Niat puasa Ramadan 
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa

Doa berbuka puasa 
Ertinya : Ya Tuhanku keranaMu jua aku berpuasa dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihanMu. Ya Allah Yang Amat Mengasihi.

Sumber : di sini

SUNAT KETIKA BERPUASA
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada solat Mahgrib
  • Berbuka dengan buah tamar; jika tidak ada, berbuka dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa

MAKRUH KETIKA BERPUASA
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu 

SENARAI SEMAKAN AMALAN PADA BULAN PUASA
  • Iftar Bersama
  • Tilawah
  • Tadarrus
  • Solat Tarawih
  • Qiamullail
  • Iktikaf
  • Bersedekah
  • Menambah Ilmu
  • Eratkan Silaturrahim
  • Menghayati Perjuangan Rasulullah Sollahu Alahi Wassalam dan para sahabat.

Rasulullah Sollahu Alahi Wassalam bersabda kepada sahabat Abdullah ibnu Mas'ud r.a agar memulai puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang tidak elok. (Hadith riwayat Al-Haitsami)

~ Wallahua'lam~

P/S Risalah Ramadhan 1433H/2012, Unit Dakwah & Surau SKS.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "CINTA RAMADAN : Senarai Semakan Amalan"

  1. selamat menyambut ramadhan anim...
    maaf ye kalau ada silap dan salah pertemuan kita dialam maya nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama ain. mudah2an pengisian ramadhan kali ini yang terbaik kita laksanakan kerana belum pasti kita bertemu lagi di ramadhan akan datang. Amin....

      Padam
  2. lama tak jenguk kat sini...
    selamat berpuasa tuk kak anim sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah...mana menghilang.. selamat berpuasa juga untuk misz sekeluarga

      Padam
  3. salam Ramadhan buat cikgu sekeluarga...
    Macam ustaz Akmal kat dlm gambar tu...betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bukan ustaz akmal yang gigih membentuk akhlak anak2 SKS. yang ni, satu lagi ustaz berkaliber di sekolah saya. Ustaz Zulkifli Ahmad, penceramah hebat di SP.

      Padam
  4. salam ramadhan. semoga ukuhuwa maya terjalin. nice entry bermanfaat, hikmah nya ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an..selamat berpuasa juga buat etuza sefamily

      Padam
  5. selamat menunaikan ibdh puasa kak:) mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari thun sebelumnya..amin

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai