Home · About Me · Sitemap ·

Saya pun ada protege gak tau!

2 hari berkampung (bulan puasa buat bengkel...CABARAN!) di BTPN Pulau Pinang, Pokok Sena, Kepala Batas. Ada Mid Practicum Mentoring Workshop, B.ED TESOL Twinning Programme (Victoria University Wellington, N.Zealand).

Pada awal nama dicalonkan GB untuk jadi mentor 2 student teachers ( both lelaki) dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, jadi blurr. Almaklumlah, kita ni cikgu "veteran" dapat latihan di Maktab Perguruan. La ni disebut Institut Perguruan. Student teachers pulak, 2 tahun ditrained di Victoria University Wellington dan menjalani praktikum di sekolah rendah di New Zealand.

Mula-mula rasa bertambah beban kerja wajib (of course) kerana selain membantu, jadi mentor mereka..kena lak isi banyak form (tang tu paling malas). Tapi bila dipandang dari sudut positif... banyak idea dan teknik baru boleh dicedok dari students teachers ni. Untuk pengetahuan, student teachers ni nanti akan turun menjadi guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah. (Australia dan UK juga terlibat dalam Twinning Programme bersama Institut Perguruan) .Camnapun, student teachers dari UK akan turun ke sekolah menengah.

Organised by Dr.Jonathan Newton dan Dr. Caroyln Tait dari Victoria University Wellington. Peserta terdiri dari Cooperating Teachers (guru terlatih sekolah rendah...cam I) dan Supervisors (KSAH lecturers). Banyak input dan idea baru yang dapat dikutip. Alhamdulillah...keyakinan kembali meningkat. My "protege" 2 orang tu perlu dibantu, dibimbing dan diberi keyakinan bukan dicari kesilapan mereka. Maklumlah...persekitaran berbeza. Nak adapt apa yang dipelajari di New Zealand di tempat sendiri...yang jauh berbeza latar belakang dan tahap pencapaian Bahasa Inggeris mereka. Tapi Anim yakin..ini hanya permulaan. Mereka memang berkebolehan dan mampu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Inilah "protege" yang akan bersama Anim sehingga Oktober. Yang ni, Hafizuddin. Friendly dan ceria. Orang muda dan handsome pulak...bebudak Tahun 3 ni memang minat giler lah. Yang satu lagi, si Hafiz manatah menghilang gambarnya dalam simpanan. Lain entry story.  Depa ber2 ini adalah batch pertama keluaran BEDTESOL Twinning Programme.

P/S Perlu ada peng"hijrah"an dalam pendidikan....

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Saya pun ada protege gak tau!"

  1. kalau cikgu baru masuk ke sekolah, anak2 dara sure suka kann.. siap ada yg berangan heee..

    BalasPadam
  2. yan ni mesti bercerita dari pengalaman, hihi...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai