Home · About Me · Sitemap ·

Subuh berimamkan Imam Mekah@De Palma Hotel Ampang


Anim pernah cerita (di sini) mengapa Encik Suami suka menginap di De Palma Hotel Ampang jika ada urusan di ibu negara. Jumaat semalam kami dah berada sekali lagi di sini (walhal mesyuarat Encik Suami di Jln.Tun Ismail). Macam biasalah Anim dan 2 Abdul akan membontotinya..Jumaatkan hujung minggu di Kedah!

Malam tadi berterawih di sini berimamkan imam sedia ada De Palma Hotel Ampang. Menurut mereka, ada imam jemputan dari Yaman malam terawih sebelumnya  Penuh juga ruang muslimat. Dekat 3 saf..tapi macam biasalah, bila selesai 8...hanya tinggal satu baris sahaja. Ada dalam 10 orang.

Sebelum azan Subuh tadi dah turun. Tak lama kemudian...ada 2 jemaah wanita lagi. Jadilah kami ber3. Bila solat Subuh dimulakan, aduhhh...kenapa macam pernah ku dengar suara ini? Sayunya...terasa bagai berada di Masjidil Haram. Dia membaca Surah Al A'la dan Surah Asy Syams. Terasa pendek bacaan surahnya..Tak puas telinga ini mendengarnya.

Bila selesai solat (tiada doa qunut dan wirid)..hati tertanya-tanya, siapakah yang mengimamkan kami tadi. Kemudian bila tiba saat berdoa...sayunya hati...walaupun tak faham sepenuhnya  mendengar dan mengaminkan doa yang dibacanya (kebanyakannya ada dalam Al-Mathurat )..

Menurut jemaah sebelah Anim, itulah Imam Mekah yang baru tiba malam tadi. Selalunya, bila diundang ke Malaysia, dia akan menginap di De Palma Hotel Ampang. Ada jemputan dari masjid mana agaknya untuk mengimami solat terawih (Khabarnya 3 hari di sini). Betapa bertuahnya kami dari Sg.Petani ni. Tak jumpa di Mekah, jumpa di surau De Palma ni.

Dialah Ash-Shaikh Saad Nomani . Susur galur beliau ialah dari Imam Abu Hanifah Rahimahullahu Ta`ala.(pendiri Mazhab Hanafi). Beliau ialah generasi ke-26 dari keturunan Imam Abu Hanifah. Dapat cerita lanjut (di sini)

Dan...satu lagi rezeki pagi ini bila kami yang paling lewat keluar dari surau kemudiannya bertembung dengan Shaikh Saad Nomani ini di depan lift. Encik Suami ambil kesempatan bersalam dengan ulama muda ini. Dia yang ditemani seorang lelaki kemudiannya berada dalam satu lift dengan kami!! Allah, rasa mahu sahaja mengeluarkan handphone dalam beg telekung dan mengambil gambarnya bersama Encik Suami tapi ada rasa malu (dan hormat sebenarnya). Bila beliau keluar lift di Tingkat 6 (kami di tingkat 9) dia sempat memberikan salam kepada kami. Terkedu....

P/S Rezeki Ramadan ke8..

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Subuh berimamkan Imam Mekah@De Palma Hotel Ampang"

  1. Alhamdulillah... sejuk jiwa pagi-pagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejuk huda...luar dalam. (surau tu berdepan dengan swimming pool)

      p/s dah balik doha ke?

      Padam
  2. Alhamdulillah....tahniah rezeki tu .... pilihan diantara pilihan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa bersyukur sangat..rasa2 kalau "maklumat" diterima lebih awal, pasti ramai yang turun bersolat subuh kerana boleh nampak ramainya pengunjung yang turun bersahur di cafe hotel..rezekilah meha.

      Padam
  3. Ya Allah ...rezeki Ramadhan lah tu kan!!! entiasa rindu pada rumahMu Ya Allah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki Ramadan lah Nekcik. sekurang2nya terubat kerinduan bila mendengar bacaan Al Quran yang menusuk kalbu...sampai sebak!

      Padam
  4. alhamdulilah dpt jimpa imam Mekah.
    la ni Kat mana pun kita boleh berIbadat, asalkan kita mahu..surau Kat de palma ampang mmg besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. luas sampai boleh buat solat Jumaat. depan swimming pool pulak. seronok sangat stay de palma ni. hotelnya islamik, tak de pub, takde minuman keras.."ketenangannya" boleh dirasai...

      Padam

Komen anda amat dihargai