Beberapa hari lepas kami dihubungi oleh agen travel kami mendaftar haji. Rayuan kali ke2 tidak berhasil. Alasan agen masih seperti dulu...nama tak naik di Tabung Haji, jemaah mendaftar 2006-2008, kuota yang diberikan TH sedikit sahaja...
Mereka hanya boleh menyediakan 2 tempat sahaja. Bermakna Encik Suami boleh pergi bersama salah seorang dari ahli keluarga di bawahnya iaitu ayah@ibu@isteri. Pastinya keadaan ini amat menyulitkan kami.
-------------------------------------------------------------------
Mereka hanya boleh menyediakan 2 tempat sahaja. Bermakna Encik Suami boleh pergi bersama salah seorang dari ahli keluarga di bawahnya iaitu ayah@ibu@isteri. Pastinya keadaan ini amat menyulitkan kami.
-------------------------------------------------------------------
Kami kemudiannya "ditawarkan" oleh seseorang untuk menggunakan khidmat haji tanpa melalui Tabung Haji. Ini bermakna...kami bersama-sama dengan jemaah lain dari Asia Tenggara. Nampak macam challenging namun risiko tetap ada. Secara kebetulan agaknya...agen yang dihubungi mengatakan ada 4 kekosongan yang perlu diisi. .Memikirkan kami(Anim dan Encik Suami) membawa bersama warga emas bersama-sama...kami terpaksa menolak tawaran tersebut. Perkara utama yang difikirkan ialah masalah kesihatan. Kemana tempat yang nak dituju ditakdirkan kami berhadapan dengan masalah kesihatan jika kami tidak berdaftar dengan kerajaan Malaysia?
----------------------------------------------------------------
Semalam...Encik Suami sempat singgah ibu pejabat TH di KL sebelum pulang ke SP. Tujuan utama nak mendapatkan maklumat tepat mengenai kedudukan kami.
Encik Suami dimaklumkan TH hanya memberikan kuota kepada pihak travel yang memohon.
Jemaah berdaftar 2006-2008 itu hanyalah jemaah mengikut muassasah TH saja.
Ini bererti...kuasa memilih jemaah haji tahun ini adalah di tangan pihak travel.
Pihak travel yang ada nama (terlebih promo agaknya menyebabkan ramai yang mendaftar dengan syarikatnya) tidak mendapat kuota seperti yang dipohon menyebabkan ramai jemaah yangberdaftar dengan syarikat tersebut tidak mendapat tempat.
Hmmm...patutlah ibu bapa Eylin dan seorang teman di NS bertindak bertukar syarikat yang lebih kecil. Rupa-rupanya mereka dah dapat info tentang masalah tersebut. Kami ni duduk nun di utara, tak sampailah info tersebut kepengetahuan kami..
Iyalah...syarikat kata TH tak naikkan nama, TH pulak kata itu kuasa syarikat bukan kuasa TH.
-------------------------------------------------------------
OKlah...redha dengan keputusan ini. Bagi Anim, itu hanyalah sebab musabab. Sebenarnya, kami ber2 belum mendapat jemputan Allah mengerjakan haji tahun ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Perlu tambah ilmu agaknya...perlu ketahanan fizikal dan mental agaknya. Iyalah...tenaga dan mental kena 2 kali ganda. Selama ini paling lama tinggal bersama mertua 2 minggu. Kalau pergi haji...setidak-tidaknya 40 hari. Masa tu lah baru tahu menantu ni sekali-sekala kuar tanduk...masa tulah baru tahu angin mertua...huhu...betulkan?
Doa Anim pada Allah SWT...mudah-mudahan...dikurniakan kesihatan yang baik, juga rezeki yang berkat untuk mencuba lagi di tahun hadapan.
P/S Doa juga untuk kedua ibu bapa mertua semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan.