Apa hal pagi2 Jumaat, trak bomba dah tersadai di depan sekolah? Ada panggilan kecemasan ke? Selepas menyiapkan sarapan pagi anak2 di rumah (Jumaat kan cuti hujung minggu)...bergegas ke sini.
Kem Perkhemahan Unit Beruniform (tahun lepas bersama tentera...tahun ini bersama JPA dan Bomba). Kain baju belum berbasuh...rumah belum berkemas, pagi-pagi lagi sudah menggantikan shift cikgu2 malam..Duty bermula 8 pagi-8 malam...bukan kah itu menandakan cikgi ni mengutamakan oranglain bukan keluarga sendiri?
Di awal mesyuarat dimaklumkan...cikgi hanya kena masak air minum peserta, buat air minuman jam 10 pagi, minum petang.."tengok-tengok" depa...
Tapi...bila tiba part demonstrasi, ish..ish...tak de peserta perempuan yg berani ke depan. Terpaksalah cikgi ni jadi volunteer..
Di awal mesyuarat dimaklumkan...cikgi hanya kena masak air minum peserta, buat air minuman jam 10 pagi, minum petang.."tengok-tengok" depa...
Tapi...bila tiba part demonstrasi, ish..ish...tak de peserta perempuan yg berani ke depan. Terpaksalah cikgi ni jadi volunteer..
Cikgi ni gak jadi model peralatan bomba. Sib baiklah cikgi ni sporting. Berat woooo... 9kg oxygen tank tu cikgi ni pikul...hang pa tau gelak je ya...
Selalunya lepas orang balik sembahyang Jumaat, cikgi ni tido jap.Tapi...dah namanya tugas. Kenalah tengok abang bomba ni jalankan aktiviti "jurai tali" ni. Kata abang bomba, inilah cara mereka menyelamat di kawasan gelap...
Kaki dah letih berdiri. Hari ini cikgi jumpa pagi...tengahari...petang.
Lepas Asar, depa panjat bukit selama 2 jam. Cikgi dah keletihan...cikgi nak balik ni.
Shift malam mai dah jam 7. Cikgi dah ready nak start enjin kereta. Depa kata..."tunggu la sat"
Kambing bakar ooo....
Cikgi dah tak larat nak tunggu lagi. Lebih 10 jam cikgi ni bertugas luar dari waktu mengajar.
Kalau ada yang kata...cikgu2 sekarang makan gaji buta...Allah je yang maha mengetahui.
P/S Mekasihle bagi cikgi ni daging kambing bakar untuk dibawa balik sedikit.
Belum ada komen untuk "Bukan Mudah Jadi Cikgi..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai