Home · About Me · Sitemap ·

Mencari Air Dari 7 Kolah Masjid


7 botol air dari 7 kolah masjid
(Ustaz Sharhan b Shafie kata air kolah masjid jatuh ranking ke2 selepas air zamzam)
Cari kolah masjid yang aktif..yang digunakan..jangan yang berlumut, yang ada berudu!

CARA:
~ Letak atas sejadah.
~ Lakukan solat Hajat.
~ Baca Al Fatihah, Ayat Kursi dan surah An Anbia ayat 83
~ Basuh muka dengan air tersebut
~ Sedut dan hembus (buang) air ke dalam hidung seperti berwudhuk
~ Lakukan sebanyak 7 kali
~ Jangan lupa baca selawat, kalau boleh Selawat Shifa'
---------------------------------------------------------------
Ni bukan antara 7 syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada utusan meminang Sultan Mahmud. Syarat yang di atas itu ialah untuk Encik Suami dan Syawal!!

Tertarik nak berkongsi cara perubatan Islam merawat resdung yang perolehi dari program Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sharfan Shafie, pagi Sabtu lalu.

Tinggal di Sg Petani, tak ada masalah nak mencari air kolah masjid kerana kebanyakan masjid di SP menyediakan kolah untuk jemaah.
Rasa-rasa kalau tinggal kat Johor atau Selangor payah sedikit...
Semua dah guna pili...


P/S Air kolah masjid mendengar azan 5 kali sehari ~ Ustaz Sharhan~

Artikel berkaitan:

1 Komen untuk "Mencari Air Dari 7 Kolah Masjid"

  1. Saya berkesempatan melihat melalui video di youtube. Perkongsian yang baik dan mudah-mudahan bermanfaat kepada yg ada resdung.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai