Cuti 3 hari kami di Utara (hujung minggu + Hari Malaysia) tiada aktiviti "merayap" seperti cuti-cuti sebelum ini. Ada tak ada...kuar breakfast...p lunch...memenuhi jemputan open house. 2 hero tu asyik bertanya, "Duduk rumah aja ke Ummi cuti 3 hari". Uddin bagi ayat provokasi, "Ummi tau tak, Irdina (kawan sekelasnya) makan angin Pulau Pangkor cuti ni"
-------------------------------------------------------------
Ummi dan abah tak de moodlah anak-anak. Rasa sedih masih bersarang di jiwa Ummi. Namun Ummi pasrah dengan ketentuan Allah SWT.
Ingat tak 3 hari lepas kita menghadiri Majlis Hari Raya di ofis abah? Sewaktu majlis hampir berakhir..abah mendapat panggilan telefon. Ummi yang duduk bersebelahan dapat menangkap isi perbualan abah itu.

Tepat tekaan Ummi apabila abah memberitahu panggilan itu dari agen travel agensi tempat kami ber4 (Embah dan Tok Pak bersama) mendaftar haji tahun ini. Hasrat kami untuk menunaikan haji tahun ini tidak tertunai
Alasan pihak travel, nama jemaah yang naik di TH adalah jemaah yang mendaftar 2006,2007 dan sedikit 2008. Kami mendaftar tahun 2009 Menurutnya lagi, pihaknya memohon 1600 tempat tetapi kelulusan yang diberikan TH hanyalah 900 sahaja.
Abah cuba merisik TH Travel...kot..kot masih ada peluang di situ. Depa memaklumkan pihak depa sendiri terlebih tempahan sebanyak 1000. Dulu orang kata...kalau ikut pakej senang dapat tak macam muasassah..tapi nampaknya sejak orang Malaysia lebih duit, lebih sedar...ikut pakej pun SUSAH jugak!
Khabarnya yang available saat ini...pakej 70K seorang ke atas. Hmmmm.....apakandaya, diluar kemampuan Ummi dan abah.
-----------------------------------------------------------------

Moga-moga anak-anak Ummi faham situasi Ummi dan abah sekarang. Ummi maklum...jemputan ke sana dari Allah.Namun...Ummi tetap terus berdoa...mudah-mudahan akan ada keajaiban berlaku buat kami semua sepanjang beberapa minggu sebelum bermulanya musim haji tahun ini. Sesungguhnya Ummi insaf, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seperti sms dari Cik Ana kamu (adik ipar).."InsyaAllah, ada sesuatu yang lebih baik dari Allah untuk kak Anim dan abang K pada tahun berikutnya". Ummi pasrah dengan ketentuanNya.
P/S Duit raya Uddin dan Syawal tu , Ummi daftarkan haji hangpa ber2.
Belum ada komen untuk "Tak Ada Rezeki Tahun Ini"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai