Home · About Me · Sitemap ·

Tok Wan nak nikah...


"Madam, hari Ahad nanti saya tak mai sekolah"

"Awat chek...nak p mana. Tak ada surat, Madam tanda ponteng"

"Saya p kenduri" (kenduri = majlis kahwin)

"Kenduri mana...lepas sekolah lah p makan kenduri, tak payah ponteng"

"Kenduri rumah Tok Wan saya"  (Tok Wan = datuk)

"Haah...siapa kahwin? Makcik? Pakcik?"

"Tak mau habaq" sambil menggeleng-gelengkan kepala. Muka tersipu-sipu malu.

"Siapa yang kahwin?" soal sekali lagi dengan nada serius.

Dia lantas membisikkan sesuatu ke telinga kawannya.

 "Madam, dia kata Tok Wan dia nak kahwin!"

 Laaaaa.....patutlah hang malu nak cakap.

"Kan best dapat Tok baru"

" Mak Teh suruh Tok Wan nikah. Tak dak sapa jaga Tok Wan. Tok tiri tak rasa macam Tok dulu eh" sambil mencebik.

Note : Tok Wan nak bernikah baru selepas kematian Tok (nenek). 


P/S Untung cucu...dapat tengok Tok Wan bernikah ....

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Tok Wan nak nikah..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai