Home · About Me · Sitemap ·

Masjid Jamiul Badawi@Kepala Batas

Ihsan dari Mr.Goggle

Berkesempatan singgah sembahyang Zuhor di masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas semasa mengikut Mr.Hubby menjengok perkembangan pasukan dart anak buahnya dalam pertandingan antara jabatan  di Kompleks Sukan MPSP Bertam. Dari pandangan luar seperti biasa sahaja. Namun..ada beberapa perkara yang menarik minat Anim kerana tidak berpeluang menemuinya di masjid-masjid lain yang pernah kami singgah sebelum ini. Tak taulah pengalaman oranglain pula.

Khabarnya ini rumah datuk Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi...dalam kawasan masjid. Nampak elok dan terjaga namun persis tiada penghuni.


Perpustakaan di tingkat atas (ruang solat muslimah)...tambah ilmu di masjid 


 Tertarik dengan ayat di papan notis ini. Mesti ada jemaah yang pernah buat kerja lagu nih sebelum ni...kalau tak, takkan ada kenyataan dari pentadbiran masjid. Tak pernah jumpa notis seperti ini di masjid lain yg pernah Anim singgah

 Ni yang tak sanggup nak baca. Dalam ruang solat pun nak buat kerja. Musang berbulu ayam ada dalam masjid!!

 Terkejut kerana dalam kawasan masjid pun ada amaran begini...Masya-Allah, berani peragut tu buat dajal di sini....

UPDATE: dia agro farm telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Masjid Jamiul Badawi@Kepala Batas " anda:

"maaf..rasanya gambar yg tertera bukanlah rumah datuk kpd Tun...rumah keluarga beliau adalah rumah sejarah yg terletak di dalam kawasan sekolah arab yg terletak diseberang jalan kawasan masjid"
Maaf, Anim telah terpadam comment ini secara tak sengaja. Terima kasih dia agro farm. Semoga kesilapan Anim sewaktu menulis fakta tentang masjid ini dimaafkan.

P/S Kejahatan ada di mana-mana...

Artikel berkaitan:

Handphone untuk si buta

Pusat Urut Abdullah ada dalam n3 sebelum ini. Aiii, usia makin meningkat ni, mulalah banyak angin dalam badan lah...kaki lenguh-lenguhlah..maklumlah dari Subuh hingga ke tengahari "meniaga" di sekolah semalam.. Masa nilah rasa nikmatnya berbaring sambil badan di massage.

Sementara menunggu badan diurut Ayu, duduklah dulu di ruang depan. As usual, Tamil Movie yang ditayangkan...

 Sambil bersembang dengan pekerja baru di tempat ini (buta sejak kecil). Syok bersembang...handphone dia berbunyi. Bukan nada dering...nada message. Didekatkannya ditelinga...ditekan-tekan skrin telefon itu. Mulut mula lah gatal nak bertanya..
" Awak boleh baca dan jawab message tadi ya. Macamana tu?"
"Braille Reader kak. Boleh baca, boleh jawab"

P/S Animlah yang ketinggalan zaman....

Artikel berkaitan:

Nak cari isteri cikgu?

Orang tua-tua dulu, makcik-makcik kat kampung yang ada anak teruna suka sangat kalau dapat menantu cikgu. Teringat cerita Encik Suami...(kami ni dulu...Mak Usu dia yang match...huhu) Pilihan yang dibisikkan kat Mak Usunya ialah cikgu. Apa taknya...pandangan biasa, cikgu balik sekerat hari...cikgu banyak cuti...anak tak payah hantar tuition...Haaa..padan muka...baru tahu rupa-rupanya kerjaya cikgu taklah seindah yang dia bayangkan...hahaha.


Terkejut bila lihat banyaknya benda yang dibawa balik cikgu ni ke rumah..

 Tambah terkejut sebab seawal 4 pagi, cikgu dah buka "warung" di dapur. Ada yang kena grill, ada yang kena kukus...Mana sempat buat semua kat sekolah. Kena bahagi2 tugas la..

Jangan tak tau bah...kerja cikgu termasuk cari duit untuk sekolah sama...Zaman awal 90an dulu, pernah dikerah cari duit dengan Jogathon. Masuk alaf baru...Hari Kantin a.k.a Hari Usahawan Muda. Mana-mana sekolah, program ni ada dalam takwim, Tak taulah 5 tahun akan datang camna gaya cari duit. Kena guna tenaga sendiri...Nak beli siap, upah orang buat..berapalah untung dapat. Lagilah sekolah kecil , tenaga yang ada tu lah yang dipusing2, bukan takat satu kerja, satu nama...biasalah,cikgu kan superpower...

Tak caya...tengoklah geng-geng bas sekolah ni. Ni jela foto yang sempat di snap kerana gerai sudah diserbu sampai tak menang tangan...Tak sempat pegang kamera

 Kerja tak habis di situ bila gerai ditutup...

Pelanggan dah tunggu tu...menanti nama naik untuk cabutan bertuah..

 Malangnya...satu pun bukan milik Anim

P/S Tenaga sudah habis bila balik sekolah hari ini..Kalau kita tido hingga ke petang...jangan mareee yee...

Artikel berkaitan:

Salah bagi nama ni....

Anak ke2 Anim, SALAHUDDIN yang berusia 8 tahun ni... merungut lagi dengan namanya. Sebelum ini. dia sering mengadu diejek rakan-rakannya "SALAH..SALAH...BETULLUDDIN".

Hari ini, Anim menegur kesalahan kerja sekolahnya....diungkit-ungkit kesalahan abah dan umminya yang memberikan namanya "SALAH" itu..."Sebab itulah  selalu buat SALAH"...Hmm..anak-anak. (Alasannya, kenapa tak diberi nama SALEHUDDIN...boleh jadi anak saleh)
"Abah berikan nama tu sempena nama Salahuddin Al Ayubi., Pahlawan Perang Salib. Walaupun dia anak Gabenor, sepanjang hayatnya, dia lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarganya. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. 

Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, dia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera"
"Abah mahu Salahuddin berani seperti Salahuddin Al-Ayubi. Abah tak suruh Salahuddin berperang dengan senjata...abah nak Salahuddin berperang dengan mulut . Salahuddin kan pandai cakap. Salahuddin bebaskan Palestin dengan mulut bukan dengan senjata."

"Satu sebab lagi...Abah amat sayangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang Dipertuan Agong ke-11 dan Sultan Selangor ke-8. Walaupun abah anak jati Johor, tapi hampir 20 tahun abah tinggal dan bertugas di Selangor. 

Masa dia mangkat pada 2001, Salahuddin belum lahir. Ummi asyik menangis aja masa tonton TV sewaktu siaran langsung upacara pemakamannya di Makam Diraja Klang. Almarhum tu, seorang Sultan yang sangat popular. Dia amat disayangi oleh rakyat negeri Selangor"

Haaa...ingat saja-saja ke abah bagi nama Salahuddin tu???

P/S Lepas ni harap-harap dia tak menyebut-nyebut lagi...

Artikel berkaitan:

Angsaku bertelur lagi

Dah 4 ekor anaknya menjadi korban sebelum ini. Kali ini kami bakal menerima "ahli keluarga" baru bila si betina Ang bertelur lagi. Wah..rezeki ..rezeki...

 Si ibu Ang yang tidak pernah meninggalkan kawasan "persembunyiannya" kecuali terdesak untuk minum dan membasahkan badan. Note: singahsananya ini disediakan oleh tuannya iaitu my ncik Suami

Kata Encik Suami, ada 6 biji telur semuanya. Tak taulah jadi semua ke tidak. Dalam cuaca panas begini di SP, insya-Allah...semua akan menetas dieramkan oleh si ibu. Kuasa Allah SWT, dah 2 kali kami menyaksikan detik penetasan...anak2 yang dieramkan oleh si ibu bila menetas semuanya berpasangan jantan-betina. Tak ada lagilah bila tetas, 3 jantan 1 betina dan sebaliknya. Kalau bertelur 3 biji pulak...1 biji telur mesti tak menjadi. Lain ceritanya kalau dieramkan oleh manusia melalui suhu tertentu, jantinanya tidak menentu.

Bapa Ang memandang Anim dengan curiga...Amboi..nak disudunya kita bila ternampak si Mem snap gambar bini dia. Wah...guard setia ni. Sanggup dia guard "bini" dia kalau si betina keluar sekejap minum dan mandi. Kadang-kadang disondolnya kepala si betina suruh bangun makan. Ada ketikanya...dia turut sama mengeramkan telur-telur tersebut. Sayang betul si jantan kat bini dan telur-telurnya...

Ustazah Rumlah dah booking sepasang.. Teruja dia bila dengar cerita Anim tentang guard2 Anim ni di kantin. RM50 sepasang tau kak...bagi Anim jaga besar sikit. Takut mati kalau bagi kat kak kecil2 lagi. Apek kat BPJ pun dah tanya...dia sanggup ambil RM40 seekor anak. Nantilah pek...kami fikir dulu nak bela ke tak...tunggulah "cucu-cucu" kami keluar dulu.

P/S Pengalaman di depan mata amat berharga...

Artikel berkaitan:

Nasi Kandar Hj Ramli

Penat berjalan....perut mula berbunyi. Kami ke Nasi Kandar Hj.Ramli di Simpang Empat

Dah namanya Nasi Kandar kan....semua bergulai. Encik Suami la order ni semua. 
Anim memang tak reti order...tapi makan takde pantang.

 Peria goreng macam snack food. Tak rasa pahit sikit pun. Dihiris nipis-nipis dan digoreng tepung rangup

Nasinya memang sedap. Makan begitu saja tanpa lauk. Hari ni, Si Abdul tak nak makan lauk. 
"Nak makan nasi sahaja".
Eh, budak ni. Dari RM36.90 bil yang diterima, RM1.90 sahaja la bahagian dia +teh o ais.
 Wah...beruntungnya siapa yang bersuamikan dia nanti...hahaha. Jimat banyak oooo....

P/S Khabarnya DYMM Sultan Kedah dan kerabat pun suka makan di sini.

Artikel berkaitan:

Rumah Kelahiran Tun Dr.Mahathir

Nak lunch, perut kenyang lagi. Di Stadium Alor Star tadi, macam2 masuk perut. Kuih ros(goyang),twisted potato, puyuh goreng. Belum masuk makanan free lain yang depa suruh rasa.

Encik Suami bawa kami ke Rumah Kelahiran Dr.Mahathir Mohammad di Lorong Kilang Ais, Alor Star.  Dekat 2 tahun dia duduk Kedah, 2 minggu sekali p HQ di Alor Setar, tapi tak pernah singgah katanyaOk...jomlah singgah. Bila lagikan? Cuti sekolah nanti ramai le pulak orangluar mai.

Di rumah inilah Tun Dr.Mahathir Mohammad dilahirkan dan melalui zaman kanak-kanaknya

 Bilik pengantin Dr.Mahathir dan Dr.Siti Hasmah. 

Meja belajar Dr.Mahathir bersama sepupu dan kawan-kawannya. Antaranya ialah TYT Syed Ahmad Shahbuddin (TYT Gabenor Melaka). 

Ayah Dr.Mahathir mempunyai cara istimewa menyampaikan mesej kepada anak-anaknya apabila dia pulang ke rumah.  Beliau akan terbatuk-batuk kecil apabila pulang ke rumahnya (menandakan beliau sudah pulang).  Anak-anaknya akan faham dan cepat-cepat menelaah buku sekolah di meja tersebut. 

Dr. Mahathir tak suka makan ikan. Ini ialah kerana kepercayaan ibunya (orang dulu-dulu)  makan ikan menyebabkan "kecacingan". Disinilah agaknya daging bakar cicah air asam yang menjadi makanan kegemaran Dr.Mahathir disediakan.


Rumah ini kini menjadi warisan negara. Menurut pak guard, kali terakhir Dr.Mahathir menjenguk rumah kelahirannya ialah pada 2003

Beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, dan surau. Di dalamnya ada pelbagai catatan sejarah dan beberapa barangan sejarah mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 ini di pamerkan. Beberapa wakaf juga disediakan  sebagai tempat berteduh dan merehatkan diri.

Artikel berkaitan:

Hari Penternak, Peladang & Nelayan


Diadakan di perkarangan Stadium Negeri di Alor Star.  Tak jumpa zirafah, harimau, singa hari ini...kita jumpa lembu ajalah yaa....


Nilah Sang Juara Pertandingan Haiwan Penjantan Terunggul dari Alor Star. Umur 2 thn 6 bln sudah segagah ni...mesti jadi rebutan para makwe ......lembulah...

Pi pameran MARDI pulak...mesin padi nih

 Demontrasi kuih goyang@kuih ros.

 Pameran buah nadir (buah hutan) dan herba.Ternampak satu spesis buah hutan yg cukup special....


P/S Hasil penternak ada....hasil peladang ada....tercari-cari kelibat hasil nelayan. Mana???????


 

Artikel berkaitan:

Ubi Tumis Jawa Mari


Ubi kayu memang sedap direbus (bersama sambal tumis atau ikan masin ). Selain itu sedap  juga dibuat "getuk". Direbus dan ditumbuk bersama gula pasir@merah, kemudian dikepal dan seterusnya digoreng (salut dengan bancuhan tepung seperti pisang goreng). 

Resepi ubi kayu tumis hari ini diwarisi dari emak .Masakan Jawa kot sebab tak ramai kawan2 yang tahu ubi kayu boleh ditumis.Simple sangat ingredient dia, lepas tu time merebus ubi,  leh tinggal tengok TV..hahaha


Hujan2 begini...makan ubi memang sedap.Permintaan dari si tukang tanam...ubi tumis


Bahan-bahan:
Ubi kayu  ~ anggaran 1kg


Bawang merah - 8 ulas
Bawang putih - 4 ulas
Ikan bilis - segenggam
(Semua bahan diblender)

Cara :
Letakkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga wangi. Masukkan ubi kayu yang telah dipotong kecil dan dibersihkan. 
Masukkan air searas dengan ubi kayu tersebut.Tambahkan garam. Tutup kuali dan direbus empuk.
Pastikan ubi tersebut telah empuk sebelum dihidangkan.


Note : The best part...kanji dari tumisan ubi kayu yang melekat di ubi kayu tersebut...paling sedap. Lembik2...nyummmm....

P/S Ubi kayu digoreng dan dicicah sambal kicap....pun sodappppp!!

Artikel berkaitan:

Lemon Rosemary Chicken Grilled

2 Abdul panggil resepi oleh "The Naked Chef" si Jamie Oliver ni "Ayam Mr.Bean". Tak taula apasal nama Mr.Bean boleh kuar..Bukan kaitan dengan si Jamie tu tapi ayam yang dipanggang seekor2 tak dikerat lebih kecil nih. (Asal resepi 1 kg ayam tapi la ni payah nak cari ayam saiz kecil...dapatlah 1.5kg paling kecil so adalah alteration sikit)

I.5 kg ayam
1-2 biji lemon                                                                                     
5 ulas bawang putih                                                                          
3 biji kentang - belah 2 (Anim guna baby potato...tak belah)    
3 sudu besar minyak zaiton                                                                 
 1 1/2 genggam Rosemary kering
3 biji tomato
Baby carrots ~ optional
2 labu bawang besar ~ belah 4

Note : lemon, bawang putih dan kentang direbus 15 minit. Angkat dan toskan.


Cara:
1. Tumbuk bawang putih dan Rosemary hingga lumat.
2. Gaul bahan tumbuk ini bersama minyak zaitun dan garam.
3. Lemon yang direbus tadi dicucuk2 dengan garfu dan sumbat dalam perut ayam.
4. Lumur ayam dengan ramuan (2). 

5. Susun kentang, tomato, bawang dan bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 1 1/2 j atau sehingga masak.

Note: Anim menggunakan Microwave National Inverter kali ini..tekan Grilled selama 90 minit. Result : warna kurang cantik sebab tak nampak keperangannya tapi rasa tetap menjilat jari. Pernah guna resepi yang sama dan bakar dalam oven letrik...lebih cantik hasilnya.

P/S Seekor ayam tersebut berjaya dilangsaikan oleh Anim dan 2 Abdul.

Artikel berkaitan:

Memang Berubah Betoii..


Seronok pulak bercerita fasal perubahan. Tiba-tiba teringat kat 2 Abdul di rumah. Memang nampak betul perubahan mereka. Jauh berbeza berbanding 6-7 tahun dahulu. Nak kata macamana...bukannya kita tau apa bakal mendatang. 

 Dah usia terlalu dekat...yg meniarap tu si Abdul kecil. 

 
Waktu depa sekecil ini...istilah spa, facial, mandi susu, mandi rempah..tak ada dalam kamus.
Masa 24 j macam 5 minit saja. Rambut pun kekadang tak sempat sikat..kehkehkeh..sib baik Encik Suami tak pasang cawangan. Kekadang..p kerja, baju kuning tudung biru pun ada. Tak sempat matching la kak oiii....

Masa ni....tak ada masalah nak kenal mana  adik mana abang...

Macam kembar....aduhhh...rindunya nak balik saat2 ini...masing2 tido ketiak kanan dan ketiak kiri

 
La ni....depa lah sendiri jawab mana adik mana abang.....

P/S Life is like a coin. You can spend it any way you wish, but you only spend it once. The best of times is NOW.


Artikel berkaitan:

Semuanya berubah...

Apa yang tak berubah dalam kehidupan kita? Mustahil tiada perubahan dari dulu sampai sekarang. Kalau orang kata"amboi hang...dari dulu sampai la tak berubah no..." Aaah..muhonglah. Badan berubah, bilangan rambut hitam di kepala berubah, silap2...bilangan gigi pun berkurangan! Tapi ni bukan nak cerita asal empunya diri atau oranglain. Nak cerita fasal perubahan tak sampai setahun post entry tentang sesuatu tempat.

Ceritanya di [sini]
 
Hmmm...bila berkunjung lagi tempohari...tukang masak yang muda belia dan pelayannya yang dulu sudah berubah wajah. Bila dah berubah orang. of course la ada perubahan rasa walaupun tokey restoran masih sama..Lain orang...lain air tangannya. Kalau tak percaya bagilah bahan-bahan dan ramuan yang sama kepada 2 orang tukang masak. Masing-masing akan menghidangkan 2 masakan yang sama tapi berbeza rasa.

Tak jumpa lagilah Roti Arab berkuah sardin [ di sini ]

2,3 kali lalu tutup sahaja restoran ini. Ingatkan kot renovation ke, cuti ke. Bila berpeluang tinjau lebih dekat...terpampang "FOR RENT"...hmmmm...sahla dah tutup. Nilah payahnya bila kuasa membeli tiada. Restoran cantik, bersih orang tak nak pi...tapi kalau warung bawah pokok...tu dia! Cari parking pun payah (walhal harga makanan sama dengan restoran bersiling dan berkipas)

Abang Mat Laksa Motor masih sama macam baru2 jumpa [di sini]

Cuma harga tak sama macam tertera di atas. Tadi bersembang dengan Bang Mat di pasar malam BPJ, harga laksa RM1.50 dah tak jual dah. Laksa sebungkus RM2 sahaja. Harga ikan kembung (termenung) dah tak dapat RM3.50 sekilo macam dulu walhal jumlah ikan tak leh kurang...nanti tak sama rasa. Ish..ok sangatlah RM2. Mana nak jumpa kat tempat lain? Ada telur 1/2 biji, ada limau, ada salad, ada bawang, ada cili... Kalau nak buat sendiri, lagilah surrender..

Dah tak jejak kaki ke sini lagi [di sini]

3 kali pergi dan serasi dengan no.66 (panggilan untuk si tukang urut). Alih-alih bila berkunjung buat kali ke4, jawapan yang diberi penyambut tetamu :

"Oranglain boleh?"

"Mana 66? Saya dah faham cara dia. Dia dah tahu kehendak saya"

"66 sudah balik la"

"Bila dia mai semula?"

"Dia balik teruslah...tak mai Malaysia lagi"

Laaaaaaaaaaa.........


P/S Bisnes ada untung ada rugi....Tak ada bisnes yang senang dan goyang kaki untuk dapat duit melainkan bisnes menipu!

Artikel berkaitan:

Western Food SP@ Hotmas

Kat Sg.Petani ni janganle mencari-cari Kenny Rogers Roasted Chicken ke, Nandos Chicken ke, Manhattan Fish ke...semua tak ada. Masa mula2 sampai ke SP, pusing juga satu bandar. Yang kami jumpa.. ."Tok Janggut Putih", McDollah, "Pondok Pizza" dan "Resepi Rahsia". 

Atas suggestion kawan sekerja, Cik Fauziah (yg suka sangat ke situ!)...Anim bawa la anak2 ke sini malam tadi. Restoran ni memang "MACAM-MACAM ADA"...western, Melayu, Thai pun ada. Senang nak buat pilihan sebab lagi banyak kepala lagi pening kan?

Survey tempat waktu siang (maklumlah..p dengan anak2 saja ber3)....6 petang baru dibuka. Berdekatan dengan Hotel Swiss Inn. Memanglah now nampak lengang..tapi menjelang malam..lagi2 lepas Maghrib, nampaklah ke"busy"annya (pencemaran bahasa nih!). Customer siap berdiri tunggu meja kosong..

 Boleh tahan sedap ayam dan gravynya. Tak pekat sangat. Saiz pun boleh tahan besar. Harga? Not bad..tak sampai RM8 kalau tak silap.


Si tukang snap???? Patutlah kurus melidi!!!!
P/S  Rasa berbaloi-baloi kalau pergi makan...harga reasonable, makanan sedap, servis cepat dan tip top.. Seronok nak menyokong (...hahaha, promosi percuma nih)

Artikel berkaitan: